Berita Sosial

Sulong Sampai Tasik Kenyir, Jalani Proses Pemindahan Sebelum Ditempatkan Di Habitat Yang Sesuai

Share

Akhirnya gajah jantan, Sulong yang tular di media sosial sebelum ini selamat tiba di Tasik Kenyir bagi menjalani proses pemindahan ke habitat baharunya.

Sulong Sampai Tasik Kenyir

Menerusi video badri5354 yang tular di media sosial ketika ini, Sulong dilihat berada di kawasan berkenaan dan sedang melalui proses pemindahan sebelum ditempatkan di habitat yang sesuai.

Jalani Proses Pemindahan Sebelum Ditempatkan Di Habitat Yang Sesuai

Difahamkan, Sulong akan menerima rawatan terlebih dahulu sebelum dipantau secara berterusan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

Dua gajah denak, Indah dan Suria, turut digunakan bagi membantu memujuk Sulong menjalani proses pemindahan itu.

Sebelum ini, Sulong mencuri perhatian selepas dirakam berjalan sendirian dari Gerik, Perak menuju ke Gua Musang, Kelantan.

Pergerakannya yang merentasi jarak jauh mengundang kebimbangan orang ramai serta pelbagai reaksi pengguna media sosial.

Sulong dijangka terus dipantau dan dirawat bagi memastikan keadaan fizikalnya baik sebelum disesuaikan dengan habitat baharunya di Tasik Kenyir.

Alhamdulillah… dengan rahmat Allah, Sulong telah diselamatkan dan dibawa ke tempat baru. Mungkin ini adalah tempat yang terbaik buat Sulong untuk mendapat rawatan dan seterusnya menjalani kehidupan baru dan membina keluarga baru di habitat yang sesuai.

 

Published by
Nadia Mohamad