Suliza Salam sudah dua tahun bercerai, “Saya tetap menyayangi kedua-dua mereka….”- Ismail Izzani. Penyanyi Ismail Izzani, 24, mengakui ibu bapanya, Suliza Salam dan Datuk Zainal Nazeri Zainuddin sudah lebih dua tahun berpisah.
Suliza Salam Sudah Dua Tahun Bercerai, “Saya Tetap Menyayangi Kedua-dua Mereka….”- Ismail Izzani
Ismail atau nama sebenarnya, Ismail Izzani Zainal Nazeri berkata, dia menyayangi ibu bapanya, justeru sentiasa mendoakan yang terbaik buat mereka meskipun tidak lagi tinggal sebumbung.
“Bagi saya, ia agak berat sebab saya sendiri berjanji untuk berkongsi perkara ini. Tapi, saya sayangkan ibu bapa. Sudah tentu, saya sayangkan mama.
“Pada penghujungnya, keputusan di tangan mereka. Bagi saya, selagi mama gembira dan selamat, saya sokong dan mungkin boleh buat lebih banyak benda yang dia nak buat.
Hubungan lebih rapat dengan ibu, Suliza Salam, 59, tidak membuatkan pelakon, komposer dan penyanyi, Ismail Izzani, 24, hanya ‘memilih sebelah pihak’ untuk diberikan perhatian kasih sayang selepas ibu bapanya bercerai beberapa tahun lalu.
Ismail berkata, dia tetap menerima baik keputusan perpisahan yang berlaku itu kerana percaya semuanya terjadi bersebab di atas ketentuan takdir yang sudah tertulis.
“Perceraian ibu bapa saya adalah suatu perkara yang berat juga, sebab kalau boleh saya pun sudah berjanji pada diri sendiri untuk tidak berkongsi mengenainya di luar.
“Tapi, saya tetap menyayangi kedua-dua mereka. Terutama, sudah tentu saya sangat sayangkan ibu saya dan apapun semua keputusan ada di tangan mereka (ibu bapa).
Ads
Ibunya yang juga penyanyi veteran 1980-an, Suliza Salam berkahwin dengan ahli perniagaan terkenal, Datuk Zainal Nazeri Zainuddin yang juga penerbit filem pada 11 Januari 1991. Bagaimanapun, pasangan itu tidak pernah berkongsi mengenai perceraian mereka.
Ismail berkata, dia cuba mengelak daripada terlalu emosional memandangkan dirinya satu-satunya anak lelaki, jadi perlu memberi sokongan pada ibu dan kakaknya.
“Saya tak boleh emosional sebab saya kena sokong mama dan kakak. Saya juga satu-satunya anak lelaki dalam keluarga.
“Selepas perpisahan terjadi, saya bertanggungjawab untuk memastikan mama dan kakak berada dalam keadaan baik.
“Saya sekarang pun duduk dekat dengan rumah mama, tak jauh hanya enam minit sahaja jaraknya. Saya terpaksa duduk sendiri sebab saya kena ada studio di rumah, jadi kasihan mama kalau duduk dengan saya.
“Takut bising mama tak boleh tidur,” katanya yang ditemui pada majlis bersama peminat di Undefeated, The Exchange.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ads
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ketika ditimpa musibah atau berada dalam keadaan yang sedih, ramai di antara kita yang berasa MALANG. Malah ada yang pertikaikan takdir dirinya. Reaksi negatif ini menunjukkan seseorang tidak mempunyai kekuatan diri yang sebenar.
Mana mungkin Allah mahu menzalimi hamba-Nya? Malah jika kita teliti, manusia hamba yang paling Allah S.W.T sayangi. Kita bukan sahaja dibekalkan dengan paras rupa yang unik malah kita dilengkapkan Allah dengan akal fikiran serta diberi emosi untuk menikmati hidup ini. Gunakan kelebihan yang Allah berikan ke jalan benar.
Terperangkap Dalam Masalah Sehingga Yakin Diri MALANG
Akal yang diberi mesti dipandu dengan al-Quran dan ajaran agama Islam, barulah ia membentuk kita menjadi insan cemerlang di dunia dan akhirat. Sehingga kini, sepanjang hidup saya terlalu ramai insan yang saya temui berputus asa dengan diri dan bersangka buruk dengan Maha Pencipta.
Di bibir orang sebegini, hanya perkataan negatif yang terbit. Mereka tidak jemu-jemu berkeluh kesah sehingga terperangkap dalam masalah selamanya. Malah ada yang asyik cakap dirinya MALANG.
Sebenarnya setiap jawapan itu ada pada kita. Cuma kita kena bijak menangani situasi atau dugaan yang Allah berikan. Dugaan adalah bukti kasih sayang Allah, Dia mahu mengangkat darjat kita menjadi insan mulia. Ujian akan membuatkan kita menjadi insan tabah dan berjiwa kental. Lihat orang-orang yang berjaya mengharungi ujian, hidupnya lebih bermakna dan bahagia.
Mental & Rohani Kena Kuat
Dalam hidup ini, apa pun boleh berlaku. Banyak perkara di luar jangkaan kita. Lantaran, kita mesti sentiasa persiapkan mental, rohani, emosi dan fizikal. Caranya mudah, kita mesti set minda agar sentiasa positif, berlapang dada dan bersangka baik dengan setiap ujian yang Allah berikan.
Set minda dengan perkara-perkara yang menjadikan kita insan hebatâĤKatakan kepada diri kita tabah, sabar, kuat semangat, setiap yang berlaku ada hikmah. Pada masa yang sama, sentiasa bermohon kepada Allah agar diberi kekuatan untuk menempuh ujian tersebut.
Apabila kita set minda sebegini, emosi, fizikal dan rohani kita akan bergerak selari. Orang yang mindanya positif dapat dilihat menerusi tindakan fizikal yang juga positif, emosinya stabil dan semangatnya tidak goyah.
Kita mempunyai pilihan untuk menjadi insan hebat. Jadi buatlah keputusan dengan tepat, latih minda berfikir secara positif. Kekuatan minda sangat luar biasa, jika dipacu dengan betul ia menjadikan kita insan yang benar-benar hebat.
Jangan Aniaya Diri Sendiri
Contohnya pesakit kanser, ramai yang mempunyai minda positif akhirnya bebas kanser dan menjalani hidup bahagia bersama keluarga. Namun orang yang mindanya negatif akan diselubungi kesedihan dan fizikalnya menjadi lemah. Tindak balas ini hasil daripada cara kita set minda.
Jika kita set minda, aku mesti kuat dan bersemangat. Aku pasti boleh lakukan, insya-Allah segalanya tidak mustahil. Didik minda berfikiran positif, anda pasti terkejut dengan hasil luar biasa ini.
Kuasa minda positif menghantar mesej kepada tubuh dan emosi untuk bergerak ke arah positif. Jadi mengapa menganiaya diri dengan berfikir negatif dan merendah-rendahkan diri serta keupayaan sendiri?
Pilihan di tangan andaâĤMasih belum terlambat untuk berubah. Jadilah insan yang menghargai diri dan sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah. Setiap kali kita bersyukur, Allah akan tambahkan nikmat. Bersangka baik dengan Allah, hikmahnya pasti membuatkan anda lebih bahagia dan temui ketenangan yang tidak dapat diungkap. Ingat! Tiada siapa yang MALANG, fikir yang baik-baik ye.
Bebel sebab sayang, bebel sebab amanah. Sayang semua.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kemelut rumah tangga yang melanda pelakon dan penyanyi Lufya Omar, 34 dengan suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz sampai ke jalan perpisahan. Dr Che Muhammad Baharum membuat pengumuman menceraikan isterinya, atau nama sebenarnya, Lutfyah Sheikh Omar menerusi aplikasi WhatsApp sejak minggu lalu.
Berita pilu ini disampaikan ketika beliau dalam sesi temubual di portal MHETV. Apabila kedua-dua pihak tidak menemui jalan penyelesaian untuk memulihkan kembali hubungan mereka.
Dakwa Dr Che Muhammad, dia bersetuju menunaikan permintaan Lufya untuk bercerai yang mana ianya diminta isterinya itu dalam WhatsApp ketika mereka sedang membincangkan isu rumah tangga.
Jelas Dr Che Muhammad dalam temubual itu, âCukuplah ini sahaja penjelasan daripada saya dan terlalu peribadi untuk saya kongsikan tentang hal lain. Banyak hati yang perlu dijaga dan diharapkan tidak timbul sebarang spekulasi lain.â
Lufya Bingung, Tak Terima Lafaz Cerai Seperti Didakwa
Bagaimana pun dalam temubual bersama Berita Harian Online, Lufya mendakwa yang dia dalam keadaan bingung dengan tindakan suaminya. Kerana sama sekali dia tidak tahu menahu mengenainya.
Dakwan Lufya, âSaya langsung tak terima lafaz cerai seperti didakwanya dilakukan terhadap saya menerusi WhatsApp.â
Malah dakwanya lagi, dia juga tak menerima sebarang dokumen berkaitan penceraian yang dimaksudkan oleh suami. Bagaimanapun, jika perpisahan menjadi titik akhir kemelut rumah tangga mereka.
Lufya akur mengenainya.
“Saya terima ketentuan-Nya jika suami mahu menceraikan saya, tetapi biarlah menerusi saluran betul dan melakukannya sebagai lelaki budiman.”
“Jika dia mengambil saya dengan cara baik, maka pulangkan dengan cara yang sama. Jangan cakap dia sudah melafazkan cerai menerusi WhatsApp.”
Jadilah Lelaku Yang Bertanggungjawab
Bagaimana pun, kata Lufya untuk suaminya agar jadilah lelaki yang bertanggungjawab.
“Dia kena fikir, dirinya mempunyai anak. Semua ini adalah untuk kebaikan dan hormatilah cara sepatutnya bagi melepaskan wanita yang kamu kahwini.”
Hasil perkahwinan antara kedua pada 26 November 2016, mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Laana Haura yang sudah pun berusia dua tahun.
Rumah tangga pasangan ini dikatakan berdepan dengan masalah pada Oktober lalu malah dikatakan mahu mengakhirinya dengan jalan perpisahan. Lufya menafikan khabar angin itu.
Ramai antara kita yang mendirikan solat, namun sayangnya hanya sekadar mengingat bacaan dalam solat tanpa memahami maksud disebalik bacaan tersebut. Hakikatnya, setiap butir bacaan didalam solat merupakan satu doa, pengharapan dan kata-kata pujian buat yang Maha Esa yang perlu difahami maksudnya.
Pengertian disebalik bacaan duduk antara dua sujud ini contohnya, jika diteliti dan difahami setiap baris bacaannya mampu memberi kekuatan jiwa yang luar biasa buat kita.
Maksud Disebalik Bacaan Duduk Antara Dua Sujud;
ROBIGHFIRLII
(Wahai Tuhan ampunilah dosaku)
Ia mengingatkan kita pada dosa yang telah dilakukan.Dosa adalah beban yang menyebabkan kita berat melangkah menuju redha Allah SWT. Dosa adalah kotoran hati yang membuat hati kelam sehingga hati kita merasa berat untuk melakukan kebaikan.
WARHAMNII
(Sayangilah aku)
Ia mengingatkan hanya mengharapkan kasih sayang Allah berbanding cinta pada manusia.Jika kita disayangi Allah SWT, hidup akan terasa nyaman. Kerana dengan kasih sayang Allah SWT akan dapat dicapai semua cita-cita baik didunia mahupun akhirat.
WAJBURNII
(Tutupilah kekuranganku)
Ia mengingatkan banyak sekali kekurangan yang kita ada seperti kurang bersyukur, kurang sabar, mudah marah, pendendam dan sebagainya. Kekurangan ini sebenarnya hanya mampu ditutup/diperbaiki oleh Allah SWT, yang menjadikan kita dilihat seperti ‘insan sempurna’dimata manusia.
WARFAâNII
(Tinggikanlah darjatku)
Meskipun kita mempunyai banyak dosa dan kekurangan, namun tetap mengharapkan agar Allah SWT dapat meninggikan darjat kita.
WARZUQNII
(Berilah aku rezeki)
Sebagai hamba, kita mengharapkan agar dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah. Sesungguhnya hanya Allah SWT mampu mendatang kan rezeki dari arah yang tak terduga dari pelbagai cabang dan bentuk.
WAHDINI
(Berilah aku petunjuk/bimbinglah aku ke jalan kebahagiaan)
Pengharapan agar diberikan jalan petunjuk dan keredhaan menuju jalan Allah. Diberi jalan keluar,penyelesaian dan kekuatan jiwa diatas segala kesukaran dan masalah yang dihadapi.
WAâAAFINII
(Berilah aku kesihatan)
Pengharapan kesihatan yang baik agar dapat memberi kebaikan dan manfa’at serta tidak menjadi beban orang lain. âHealth is not everything, but without health everything is nothing.â
WAâFUANNII.
(Aku mohon maafkanlah segala kesalahan ku)
Permulaan dan pengakhiran bacaan doa disertai pengharapan pengampunan kepada Allah. Meskipun sering lalai dalam melakukan pelbagai dosa dan kesilapan, tetap mengharapkan keampunan dariNya dan mengharapkan agar doa diperkenankan.
Semoga kita beroleh kekuatan jiwa luarbiasa apabila menghayati dan benar-benar memahami setiap maksud bacaan ini, setiap kali mendirikan solat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pengantin baharu maut kemalangan motosikal berkuasa tinggi, rempuh Proton Saga. Seorang lelaki yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan dilaporkan maut dalam kemalangan membabitkan motosikal berkuasa tinggi di Kilometer 79, Jalan Kuala TerengganuâKota Bharu berhampiran Bukit Grebar, pagi Rabu.