Sukarelawan GSF enggan sentuh makanan, minuman yang disediakan sepanjang ditahan – “Moga Allah beri kami kekenyangan.” Para sukarelawan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) tidak menyentuh sebarang makanan atau minuman yang diberikan oleh tentera Zionis Israel sepanjang tempoh mereka ditahan.
Perkara itu disampaikan melalui satu rakaman video yang dikongsi di akaun rasmi Pengasas Cinta Salam Malaysia, Ahmad Musa Al-Nuwayri Kamaruzaman, sebelum beliau ditahan oleh pihak berkuasa Israel.
“Suka saya ingatkan kalian di Malaysia dan di mana-mana sahaja, insya-Allah kami dah bersedia segala kemungkinan ini.
“Kami sudah jangka apa akan berlaku, kami minta kalian terus doakan kami. Moga Allah berikan kekenyangan,” katanya dalam video berkenaan.
Dalam perkongsian sama, Ahmad Musa turut menyeru masyarakat agar tidak berhenti memperjuangkan suara rakyat Palestin yang terus menjadi mangsa kekejaman rejim Zionis.
“Teruskan bercakap tentang Palestin dan Gaza. Jangan dengan sebab kami ditahan, cerita Gaza dan Palestin didiamkan atau terus tidak ada orang langsung bercakap tentang mereka.
“Mereka adalah orang yang diserang, mereka memerlukan sokongan kita,” ujarnya.
Sumber: Instagram musanuwayri
Artikel lain: Isteri Dr Taufiq Razif Lega Suami Dibebaskan Alhamdulillah, Sujud Syukur
Pesawat Bawa Aktivis GSF Selamat Tiba Di Istanbul
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE