Sukarelawan GSF enggan sentuh makanan, minuman yang disediakan sepanjang ditahan – “Moga Allah beri kami kekenyangan.” Para sukarelawan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) tidak menyentuh sebarang makanan atau minuman yang diberikan oleh tentera Zionis Israel sepanjang tempoh mereka ditahan.
Sukarelawan GSF Enggan Sentuh Makanan, Minuman Yang Disediakan Sepanjang Ditahan
Perkara itu disampaikan melalui satu rakaman video yang dikongsi di akaun rasmi Pengasas Cinta Salam Malaysia, Ahmad Musa Al-Nuwayri Kamaruzaman, sebelum beliau ditahan oleh pihak berkuasa Israel.
“Suka saya ingatkan kalian di Malaysia dan di mana-mana sahaja, insya-Allah kami dah bersedia segala kemungkinan ini.
“Moga Allah Beri Kami Kekenyangan”
“Kami sudah jangka apa akan berlaku, kami minta kalian terus doakan kami. Moga Allah berikan kekenyangan,” katanya dalam video berkenaan.
Dalam perkongsian sama, Ahmad Musa turut menyeru masyarakat agar tidak berhenti memperjuangkan suara rakyat Palestin yang terus menjadi mangsa kekejaman rejim Zionis.
Ads
“Teruskan bercakap tentang Palestin dan Gaza. Jangan dengan sebab kami ditahan, cerita Gaza dan Palestin didiamkan atau terus tidak ada orang langsung bercakap tentang mereka.
“Mereka adalah orang yang diserang, mereka memerlukan sokongan kita,” ujarnya.
Polis mengesahkan bahawa tiada unsur buli dikesan dalam insiden tikaman yang membabitkan seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama pada Selasa.
Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat, hasil siasatan awal menunjukkan kejadian tersebut tidak mempunyai kaitan dengan sebarang perlakuan buli. Bagaimanapun, pihak polis meneruskan siasatan terperinci dengan mengambil keterangan daripada beberapa individu termasuk rakan-rakan mangsa bagi memastikan semua aspek disiasat secara menyeluruh.
“Setakat ini siasatan awal polis mengesahkan tiada unsur buli yang berlaku.
“Tetapi soal siasat lanjut kita akan jalankan kalau timbul perkara-perkara lain. Pegawai penyiasat berada di sekolah dan saya belum dapat pastikan berapa lagi keterangan akan diambil,” katanya kepada pemberita di hadapan sekolah berkenaan pada Selasa.
Beliau turut memaklumkan bahawa proses bedah siasat akan dijalankan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bagi menentukan punca sebenar kematian mangsa. Polis menegaskan bahawa semua prosedur siasatan dijalankan mengikut tatacara dan standard keselamatan bagi memastikan keadilan kepada semua pihak yang terlibat.
Kejadian tragik yang berlaku sekitar jam 9.10 pagi itu dilaporkan berlaku di kawasan tandas pelajar perempuan dan disedari oleh seorang guru selepas terdengar jeritan kuat. Polis segera bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima laporan berhubung insiden tersebut.
Susulan kejadian itu, pihak polis menahan seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun yang disyaki terlibat dalam insiden berkenaan. Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti motif sebenar kejadian dan memastikan tiada unsur buli atau unsur jenayah lain yang terlibat.
Kes ini kini berada di bawah siasatan Jabatan Siasatan Jenayah Petaling Jaya, dan orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi sehingga keputusan rasmi siasatan diumumkan.
Keluarga Allahyarham Mustaqqeem Mansor yang ditemukan maut di puncak Gunung Liang, Perak berharap pihak berkuasa menjalankan siasatan terperinci berhubung kes berkenaan.
Ibunya, Rohani Saad, 65, berkata, mereka reda dengan kematian Mustaqqeem, namun berasa curiga dan tidak berpuas hati dengan kejadian yang menimpa anak sulung daripada tiga beradik itu.
“Mak cik dimaklumkan, rakan-rakan yang mendaki bersama Mustaqqeem beritahu mereka cari lebih enam jam tapi tak jumpa. Bila pihak bomba naik cari, dalam tiga jam terus jumpa Allahyarham di puncak gunung itu dan katanya dia (Mustaqqeem) memang ada di situ (puncak) sahaja.
“Kami bukan (pertikai) pasal anak mati, anak mati kami reda dan ini ketentuan-Nya (ALLAH), yang kami tak puas hati pasal apa hampa (mereka) tinggalkan dia (atas gunung) dan langsung tidak buat laporan polis atau maklumkan kepada bomba,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Masjid Jamek Nurussaadah Lahar Tabut di sini pada Sabtu.
Jenazah Allahyarham Mustaqqeem selamat dikebumikan di tanah perkuburan itu selepas solat Subuh dengan dihadiri lebih 200 orang terdiri daripada ahli keluarga, rakan-rakan dan penduduk kampung.
Rohani berkata, menantunya yang juga isteri Allahyarham, Nur Faratin Mohd Othman membuat laporan polis kehilangan Mustaqqeem di balai polis di Sungai Petani sebelum terus ke Perak bagi mengetahui keadaan arwah.
Beliau berkata, Nur Faratin mengetahui mengenai kehilangan Mustaqqeem melalui rakan-rakan Allahyarham sebelum beliau memaklumkan kepada ahli keluarga yang lain dan membuat laporan polis.
“Allahyarham baru dikebumikan dan kami ahli keluarga akan berbincang selepas ini, antaranya mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang terlibat dalam kejadian itu,” katanya, sambil menambah Mustaqqeem mesra dengan panggilan Qeem.
Beliau berkata, kali terakhir berjumpa dengan Mustaqqeem ialah sehari sebelum anaknya mengikuti aktiviti mendaki itu, dengan dia yang tinggal di Sungai Petani datang ke rumahnya di Lahar Tabut di sini memaklumkan mahu pergi mendaki gunung.
“Dia datang di rumah, dia panggil mak, mak, mak dan mak cik kat dapur sebelum buka pintu dan nampak dia… dia kata saya datang nak tengok mak sahaja sebelum peluk-peluk mak cik sambil beritahu nak pergi naik gunung.
“Mak cik kata hati-hati lah naik gunung dan mak cik tunjuk telefon mak cik rosak, Qeem kata kalau Qeem balik nanti Qeem tengok. Sebelum balik arwah berulang kali beritahu dia dah nak pi ni, ya ALLAH rupanya Qeem nak bagitahu dia nak ‘pergi’ (meninggal dunia),” katanya, yang beberapa kali menahan sebak dan menangis.
Sementara itu, adik mangsa, Muzammeer, 33, berkata, abangnya yang bekerja sebagai eksekutif teknologi maklumat memang seorang yang aktif dalam sukan dan mula menjalankan aktiviti mendaki sejak awal tahun ini.
Beliau berkata, abangnya itu telah mendaki sekurang-kurangnya lima gunung di Malaysia sebagai persiapan untuk ‘menawan’ Kem Pangkalan Annapurna (ABC), Nepal yang berketinggian 4,130 meter dari aras laut.
Muzammeer berkata, abangnya telah berkahwin dengan Nur Faratin kira-kira lima tahun lepas dan setakat ini belum lagi dikurniakan rezeki cahaya mata.
Mustaqqeem ditemukan meninggal dunia pada 3.30 petang Khamis di puncak Gunung Liang selepas memulakan pendakian bersama 10 rakan-rakannya pada 10 Oktober dari Bukit Fraser, Pahang dan kali terakhir dilihat pada 14 Oktober.
Jenazah mangsa dibawa keluar dari puncak gunung berketinggian 1,933 meter menggunakan helikopter AW189 oleh Pasukan Khas Udara Bomba (PASKUB) pada 2.45 petang semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Muallim, Deputi Superintenden Suhaimi Muhamad dilaporkan berkata, hasil bedah siasat oleh pakar patologi forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh mendapati punca kematian disebabkan hipotermia (kesejukan melampau).
Seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, Petaling Jaya, dilaporkan meninggal dunia selepas dipercayai ditikam oleh seorang pelajar lelaki pada pagi tadi.
Menurut sumber, insiden tersebut berlaku kira-kira jam 9.30 pagi apabila pelajar lelaki Tingkatan Dua itu didakwa membawa sebilah pisau ke sekolah sebelum bertindak menyerang mangsa.
Difahamkan, selain mangsa utama, suspek turut menikam seorang lagi pelajar dalam kejadian yang berlaku di kawasan sekolah berkenaan. Pihak polis kini masih menjalankan siasatan terperinci di lokasi kejadian.
Usaha sedang dibuat oleh pihak media untuk mendapatkan maklumat lanjut daripada polis, namun butiran penuh dipercayai akan diumumkan dalam sidang media khas di lokasi.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat bersama pasukan penyiasat dilaporkan berada di tempat kejadian bagi mengumpul maklumat awal.
Sementara itu, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail mengesahkan insiden tikaman tersebut berlaku di luar kelas namun masih dalam kawasan sekolah.
Beliau menyifatkan kejadian tragik itu amat menyayat hati dan menegaskan bahawa siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.
“Kita difahamkan mangsa berusia 16 tahun meninggal dunia akibat kejadian ini, manakala motif kejadian masih belum dapat dipastikan. Suspek sudah berjaya ditahan dan Ketua Polis Selangor akan mengumumkan perkembangan lanjut,” katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran Program Kempen Anti Buli, hari ini.
Mohd Khalid turut menjelaskan bahawa identiti suspek yang berumur 14 tahun tidak boleh didedahkan kepada umum kerana masih di bawah umur.
Terdahulu, laporan awal menyebut suspek membawa senjata tajam berbentuk pisau ke sekolah sebelum bertindak menikam pelajar terbabit sekitar jam 9.30 pagi.
Siapa sangka, selepas hampir 10 tahun mendiami mahligai serba mewah, Datuk Seri Aliff Syukri akhirnya membuat keputusan besar rumah agamnya bakal dicat semula sepenuhnya buat pertama kali!