Penyanyi, Sufian Suhaimi, 33, selamat melangsungkan pernikahan dengan wanita pilihan hatinya, Rania Al Sadat, 25, dalam sebuah majlis akad nikah yang berlangsung secara tertutup di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, pagi tadi.
Majlis akad nikah berlangsung sekitar jam 9.30 pagi dengan hanya sekali lafaz daripada Sufian, disaksikan oleh keluarga dan kenalan rapat kedua-dua mempelai.
Majlis meraikan mereka akan diadakan secara tertutup.
Dinar Emas Sebagai Mas Kahwin
“Majlis resepsi akan diadakan dalam suasana sederhana dan tertutup, khusus untuk ahli keluarga terdekat sahaja di ibu kota, dengan jemputan yang terhad,” katanya.
Ads
Pasangan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan sendiri, Syaraff Al Sadat, dengan mas kahwin satu dinar emas serta tiga dulang hantaran berbalas lima, termasuk sebentuk cincin dan gelang buat Rania.
Mereka kemudiannya sepakat untuk disatukan sebagai suami isteri hanya dua bulan selepas bertunang, selepas mendapat restu daripada kedua-dua belah keluarga.
Sebagai tanda istimewa sempena hari bahagianya, Sufian turut melancarkan sebuah lagu baharu bertajuk Saksi, hasil ciptaan Sirkhan, Namjan dan Rinkarnaen.
Lagu itu yang membawa naratif kisah cinta mereka turut dilancarkan bersama muzik video eksklusif menampilkan Rania sendiri sebagai simbolik kepada perjalanan cinta mereka.
Muzik video rasmi Saksi boleh ditonton menerusi saluran YouTube rasmi Sufian Suhaimi bermula jam 2 petang.
Ads
Cinta Kembali Bertaut
Terdahulu, khabar angin pasangan tersebut bakal bernikah hari ini bertiup kencang selepas Rania memuat naik foto majlis bersiram.
Sebelum ini, Sufian pernah mendedahkan putus tunang pada April tahun lalu selepas penyanyi itu memberitahu cincin risik yang diberikan kepada Rania sudah dipulangkan.
Bagaimanapun, cinta mereka kembali bertaut beberapa bulan lalu selepas dilihat keluar meluangkan masa bersama.
Pasangan Kontroversi, Marissa & Aslam Ke Mahkamah Syariah. Terbaru anak kepada Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania Hakim telahpun ke Mahkamah Syariah bersama suaminya Ahmad Aslam.
Seperti mana dilaporkan, pasangan tersebut hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, atas prosiding pengesahan nikah di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023.
Pasangan tersebut hadir di mahkamah dengan memakai pelitup muka dan kemudian bergegas pulang selepas berada dalam dewan bicara. Untuk rekod, Marissa bernikah dengan Ahmad Aslam di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023.
Marissa dan Aslam khabarnya bernikah tanpa pengetahuan isteri pertama, Misya Mazlan. Malah pernikahan tersebut juga berlangsung tanpa pengetahuan keluarga Marissa, termasuk ibu dan bapanya iaitu pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi.
Seperti mana dikongsi Berita Harian Online Peguam Syarie mewakili pasangan berkenaan iaitu Muhammad Ammar berkata pihak mahkamah menangguhkan prosiding pada tarikh seterusnya.
“Mahkamah menangguhkan prosiding hari ini sebab ini kali pertama kami hadir. Siasatan akan disambung pada masa akan datang. Bila tarikhnya, saya dimaklumkan anak guam untuk tidak memaklumkan,” luah Muhammad Amar.
Aslam pula menyatakan terdapat sedikit masalah teknikah berhubung maklumat peribadi mereka.
“Ada masalah sedikit berkenaan maklumat peribadi dalam permohonan borang pengesahan pernikahan di luar negara, jadi kami diminta untuk mengemas kini maklumat peribadi dan datang semula pada tarikh lain.
“Saya tak boleh ulas dengan lebih terperinci kerana menghormati prosedur mahkamah. Kalau ada apa-apa mungkin peguam saya boleh jawab. Borang ini sudah lama kami serahkan kepada peguam dan hari ini, kali pertama kami hadir. Semuanya akan diuruskan pihak peguam,” katanya.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Tidak lagi bergantung harap kereta sewa. Tahniah buat Zahnita yang telah berkongsi kisah dirinya telah memiliki sebuah kenderaan.
Zahnita yang berhadapan dengan krisis rumah tangga berusaha keras dalam kehidupannya selepas keluar dari rumah suami. Jika sebelum ini dirinya bergantung harap dengan kereta sewa kini tidak lagi, wanita tabah ini mampu tersenyum lebar apabila akhirnyamemiliki kenderaan sendiri jenama Renault Captur.
Pemilik nama sebenar Zahnita Dorothy Hussein Wilson itu membeli pacuan empat roda berwarna biru bagi memudahkan urusannya terutama dalam perniagaan Humble Pie.
“Lepas ini tak perlu dah lenjan pakai kereta sewa. Terima kasih kepada Elle dan Ida (jurujual).
“Sangat berpuas hati, terima kasih banyak,” katanya menerusi hantaran dalam Instagram.
Zahnita juga turut memuat naik foto bersama dua jurujual yang menghantar sendiri kereta tersebut ke kediamannya. Kejayaan Zahnita tersebut turut membuatkan peminat gembira. Malah Zahnita juga dijadikan inspirasi buat wanita lain untuk terus kuat melangkah, biarpun pernah rebah di pertengahan jalan.
Netizen juga turut berasa sangat gembira dengan kejayan Zahnita. Malah wanita ini juga diberikan kata-kata semangat dan pujia.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Isteri Edika Yusof dakwa jadi mangsa keganasan rumahtangga, “lumpuh pun saya bekerja. Hari ini di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, pelakon Edika Yusof dan pasangan dikahwininya 22 tahun lalu, Nor Hidayah Yusri sah bercerai talak satu.
Pernah dipandang tinggi oleh peminat kerana setia di sisi isteri yang lumpuh, Edika pernah memaklumkan dirinya tak terfikir untuk berkahwin dua atau lebih di sebalik kekurangan dialami oleh isterinya.
Bagaimana pun kisah cinta pasangan ini mula mencuri tumpuan ramai apabila Nor Hidayah memfailkan permohonan cerai pada 23 April lalu dengan menyenaraikan 10 sebab kenapa dirinya berbuat demikian.
Dan sedikit demi sedikit, perasaan yang dilaluinya selama 22 tahun dikongsikan bersama media di mahkamah hari ini dengan mendakwa dirinya menjadi mangsa keganasan rumahtangga dari awal perkahwinan lagi.
Memetik laporan Harian Metro, Nor Hidayah Yusri, 47, memaklumkan anak-anak mereka terutama yang perempuan, iaitu Fereena Nurulhaq, 20, mengetahui apa yang terjadi dalam rumah tangga ibu bapanya.
Nor Hidayah berkata, anak perempuannya itu akan menghubungi abang sulungnya jika berlaku pergaduhan antara dia dan bekas suami, Edika Yusof, 58, yang tidak dapat dikawal.
“Malah, pihak polis juga pernah beberapa kali datang ke rumah untuk mengawal keadaan (pergaduhan) yang berlaku, Tapi, Edika memang sering menafikannya.
“Apa pun, Edika boleh saja menafikan apa yang dia nak. Dia boleh cakap apa yang dia mahu. Tapi, semua yang saya kemukakan dalam mahkamah beserta bukti kukuh.
“Saya ada gambar, video dan audio. Malah, anak-anak juga menjadi saksi. Walaupun anak perempuan tak duduk dengan saya, tapi itu tidak bermaksud dia tidak tahu apa yang terjadi.
“Anak perempuan pun berpihak pada saya. Contoh kalau ada kejadian-kejadian tertentu yang tak dapat dikawal, anak perempuan saya orang pertama yang akan cari abang sulungnya atau diam-diam akan hubungi polis,” katanya.
Menurut Nor Hidayah, dia juga sudah banyak kali pergi ke Balai Polis Kepong untuk buat aduan, selain pihak berkuasa juga banyak kali datang ke rumah mereka.
Tidak hanya itu, Nor Hidayah turut mendakwa dia menjadi mangsa keganasan rumah tangga sejak awal perkahwinan mereka kira-kira 22 tahun lalu.
“Ya, (keganasan rumah tangga). Dalam mahkamah dia tetap mahu menafikan perkara itu. Saya tak nak (keluarkan bukti). Keganasan itu berlaku dari sebelum saya sakit… lebih 20 tahun,” ujarnya.
Terdahulu, Nor Hidayah berkongsi perkara itu selepas selesai urusan perceraiannya dan Edika di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur di sini, hari ini.
Masa yang sama dirinya memaklumkan, dirinya turut bekerja ketika tidak sihat selain menafikan dirinya dirinya tidak waras sebagaimana dakwaan pelakon itu dan memaklumkan dia dalam keadaan sihat.
Dirinya yang lumpuh separuh badan sejak 19 tahun lalu masih boleh bekerja dan menguruskan rumah tangga berikutan sering diingatkan oleh Edika yang tiada benda percuma di dunia ini.
“Sepanjang perkahwinan saya dengan dia (Edika), saya bekerja. Saya bukan terlantar saja. Dia ‘shooting’ (penggambaran) ke apa, tapi saya yang menguruskan segalanya.
“Edika pun sejenis orang yang selalu cakap, tiada apa percuma di dunia ini. Kalau nak duduk terlantar saja, pergi duduk di hospital. Jadi, saya bekerja dan keluarga dia (Edika) pun tahu.
“Saya kat rumah tak duduk diam-diam. Urusan di rumah lain, urusan kerja lain. Termasuk, urusan kerja dia (Edika) pun saya juga yang uruskan,” katanya.
Nor Hidayah berkata, peringatan tiada yang percuma di dunia ini oleh Edika baginya sangat memilukan hati, namun dia mampu bersabar menghadapi segalanya lebih 20 tahun perkahwinan mereka.
Terdahulu, Edika dan Nor Hidayah sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di sini, pada jam 10.42 pagi hari ini.
Pada 23 April lalu, Edika tidak dapat melafazkan cerai terhadap Nor Hidayah pada tarikh itu kerana isterinya berada dalam keadaan tidak suci dan tarikh baru ditetapkan mahkamah pada hari ini.
TONTON VIDEO MENARIK DI SINI :-
Demikian luah Hawa Osman ibu kepada arwah Zulfarhan yang didera kejam ditekap dengan seterika wap sebanyak 90 kali termasuk di kemaluan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Tunku Azizah ziarah ‘cucu’ TAFF ke-148 dan 149 di Pantai Sepat, mencipta detik penuh emosi apabila pasangan IVF tajaan Yayasan Fertiliti Tunku Azizah akhirnya dikurniakan bayi kembar selepas tujuh tahun menanti.