Lumrah seorang lelaki suka tengok wanita cantik. Kalau pandang sampai tak berkelip, begitu cantiklah perempuan itu pada pandangan lelaki.
Ada kalanya, wanita cantik ini dilihat sungguh menarik dengan penampilan dan gaya mekapnya yang mampan. Tak hairanlah, ramai lelaki yang tergoda.
Tak kurang juga bagi yang sudah berkahwin, sudah tentunya suami yang memang suka pandang wanita cantik. Niatnya mungkin untuk bergurau atau mengusik isteri. Tapi kalau dilayan memang makin menjadi-jadi.
Sebenarnya, wanita cantik bukan hanya dengan perlu solekan setebal lima inci atau perlu berpakaian seksi. Bila tingkahlaku yang sopan dan baik, pasti akan menyerlahkan lagi kecantikan wanita itu.
Sebab itu, suami janganlah terkejar-kejar wanita cantik, kita tak tahu perbelanjaan yang kena hadap setiap bulan demi untuk mencantikkan diri. Lebih baik cantikkan isteridi rumah yang sememang sudah tahu perangani dan sentiasa sabar dengan karenah kita.
Namun, kalau lelaki melihat wanita cantik itu normal, tapi tidak bermakna lelaki atau suami ingin memiliki. Inilah yang dikongsikan oleh Eddie Dieana tentang apa yang dikatakan ini.
Ada yang tanya pendapat dari pandangan seorang lelaki..
“Betul ke lelaki ni tak pandang perempuan lain?
Maksud saya, perempuan cantik?
Sebab isteri dia biasa-biasa sahaja?”
Ads
Ini jawapan jujur dari saya seorang lelaki.
Sudah menjadi naluri setiap yang hidup ini sukakan kecantikan, kemewahan dan sukakan apa sahaja yang dilihat cantik/menarik.
Kalau nak cakap saya tak pandang langsung tu. Maknanya saya bukan lelaki normal.
Sebab tuhan memang ciptakan lelaki itu bernafsu pada wanita.
Kalau bernafsu tengok laki itu dah lain ceritanya. Begitu jugak sebaliknya.
Perempuan pun tak lari dari melihat lelaki kacak, ada juga yang idamkan laki iras korea,
iras pelakon, laki bertubuh sasa dan bermacam lagi. Sampai sanggup tengok cerita di TV tu berjam jam lamanya. Hanya untuk kepuasan diri sendiri. Tapi tak bermakna dia jatuh cinta dengan orang tu.
Tengok Tapi Bukan Untuk Memiliki
Suka tengok tak semestinya berminat untuk memiliki.
Contohnya saya suka melihat kereta Ferrari,
cantik dan nampak mewah.
Tapi belum tentu sesuai dengan saya.
Belum tentu sesuai dengan keperluan saya.
Belum tentu saya mampu.
Contoh lain, bila melihat perempuan cantik lalu depan mata.
Ye, sebagai lelaki saya mengaku.
Terkadang kalau perempuan cantik lalu.
Saya juga terpandang/terpesona dengan kecantikan wanita cantik.
Ads
Tapi bagaimana kita mengawal nafsu kita tu yang penting.
Tundukkan pandangan dan sedar diri yang kita ini biasa-biasa sahaja dan sudah berpunya.
Cukup setakat tertengok, jangan sengih macam kerang busuk pula dekat perempuan tu.
Kena ingat semakin cantik perempuan tu semakin tinggi maintenance nak kena jaga.
Bila sedar kita tak mampu, mulut tu kena diam.
Jangan dekat rumah tak habis-habis nak merungut cakap isteri macam beruang lah, macam nyonya tak mandi lah.
Kalau nk isteri kita pun sama-sama cantik, keluar lah modal.
Jangan hanya pandai bandingkan perempuan lain cantik.
Tapi kedekut nk keluarkan pulus.
Isteri anda akan lebih cantik kalau kena pada duit dan gayanya..
Sekarang dia jadi tak cantik sebab anda miskin dan kedekut duit pada dia.
Dia penat urus anak-anak dan keluarga sampai dia tak ada masa untuk urus diri dia.
Ads
Cuba kalau awak tu kaya, ada orang gaji, pemandu peribadi.Agak-agak awak,
isteri awak sempat tak nak bersolek, pergi spa, buat kuku dan rambut.
Semuanya sempat sebab anda berduit.
Jadi, sebelum sibuk nak kejar perempuan cantik.
Baik cantikkan isteri yang dah memang setia dan sayang kita.
Perempuan lain belum tentu sanggup terima baik buruk kita.
Mingguan Wanita : Betul sangat, isteri kita sudah cantik untuk diri kita. Tak perlu nak terkejar wanita lain pun.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita.
Hidup tak sebumbung, itulah yang boleh dikatakan bila dah tak ada hati dan perpisahan menjadi jalan terakhir bagi pasangan. Mahu tak mahu, kdup perlu diteruskan.
Tak kisah hidup dah tak sebumbung dengan pasangan tapi masih ada lagi tanggungjawab yang dipikul dalam tuntutan memberi nafkah pada anak. Paling penting, jangan sesekali memburukkan pasangan sebab sebelum ini kita pernah hidup bersamanya.
Hidup Tak Sebumbung Jangan Bermusuhan, Kekal Bersahabat
Dalam perkongsian Firdaus Mokhtar turut memesan pada pasangan yang sudah berpisah supaya tidak bermusuhan dan jangan sesekali membiarkan anak dengan langsung tidak memberi nafkah.
Dalam kehidupan, ada banyak perkara yang kita tak mahu, tapi tetap berlaku. Contohnya bercerai.
Kita berpisah hidup dengan pasangan. Yang pernah bercinta, hidup dan segalanya dengan kita.
Sebab berlaku perselisihan yang kita tak dapat nak berlapang dada, kita pilih jalan akhir untuk tidak lagi hidup sebumbung.
Benar kawan-kawan, semua ini dibenarkan oleh Allah. Sekali pun ini yang Allah paling tak suka.
Namun, setelah semua itu berlaku, bukanlah kita punya lesen atau kebenaran untuk memburukkan bekas pasangan kita. Kita mengajar anak-anak untuk mengata ayah dia. Kita ajar anak berperasaan tak betul kepada mak dia.
Cerita pula segala lemah dan kurang bekas pasangan ke kawan kawan, keluarga dan siapa sahaja yang kenal kita. Sebolehnya nak letak salah berpisah itu pada sebelah pihak.
Kawan kawan sekalian,
1. Sekali pun jodoh tak panjang, kita masih boleh hidup seperti biasa. Bertegur dan berbincang. Terutama tentang zuriat yang lahir daripada diri kita dan pasangan kita dahulu. Itu benih cinta kita. Jadi masih perlu kepada aturan bersama.
2. Anak-anak yang lahir ini ada ikatan darah daripada mak ayah dia. Maka macam mana jauh terpisah pun, tetap menjadi tanggungjawab mak ayah kandung dia untuk membesarkan mereka.
3. Jangan sampai kerana marah kita kepada bekas pasangan kita, anak-anak jadi mangsa. Mereka diabai dan tidak dipedulikan. Terutama nasib akhirat mereka.
4. Ramai sangat anak-anak hasil rumah tangga yang retak jadi anak-anak bermasalah. Sekolah terganggu, pelajaran entah ke mana dan yang paling kita takut mereka ini akan ada masalah emosi. Tak ada kasih sayang.
5. Yang tak ada kasih sayang seorang ayah akan mencari lelaki di luar rumah. Anak lelaki pula tiada kawalan seorang ayah akan jadi anak yang keras, kuat melawan dan tak lekat di rumah. Hilang selalu. Bebas dengan kawan kawan.
6. Kawan-kawan, kalau pun hubungan kita tak berjaya di dunia. Moga dengan perceraian itu kita tidak semakin jauh dengan Tuhan.
Begitulah.
Mingguan Wanita : Benci sekalipun pada bekas pasangan, jangan sampai memburukkan sebab kita ada sejarah manis bersamanya sebelum ini. Sudah takdir, jodoh hanya setakat itu.
Jom jadi vendor akak-akak bakers biskut raya terpaling sedap dan meletup di FIESTA HOMEBAKER USHA-USHA BISKUT RAYA anjuran Mingguan Wanita dan CSR Sugar.
Pasangan adalah cerminan diri kita. Apabila telah hidup bersama sekian lama dan menghabiskan banyak masa bersama, kadang-kadang perkara kecil mula nampak besar di mata pasangan.
Suami Isteri Bila Makin Lama Hidup Bersama, Banyaklah Kelemahan Terserlah
Oleh itu, kita perulah ubah fokus dan cermin kelemahan diri sendiri juga. Terimalah pasangan seadanya, barulah hati berasa tenang dan rumah tangga bertambah bahagia.
Cara Atasi, Ubahlah Fokus
Ikuti perkongsian Nora Aida ini dan cuba fahami sebaiknya:
Nampak Besar Kesalahan
24 jam duduk bersama pasangan membuatkan kita lebih nampak dan memahami siapa pasangan kita sebenarnya. Mungkin sudah bertahun-tahun kahwin. Sebelum ini mungkin kita nampak kekurangan pasangan itu sebaldi. Namun semakin lama kekurangan yang nampak itu berbaldi-baldi.
Bila senang dan situasi tenang, ramai orang boleh buat baik. Namun bila situasi tegang, susah, saat ini perangai sebenar mula muncul. Kesabarannya setinggi mana, tolak ansurnya besar mana.
SAAT INI KITA PERLU BANYAK REFLEKSI DIRI. KELEMAHAN PASANGAN ITU AKAN NAMPAK SEMAKIN BESAR JIKA ITU YANG KITA FOKUSKAN. WALAUPUN KELEMAHAN ITU TETAP ADA, NAMUN IA NAMPAK SEPERTI SEMUT APABILA KITA UBAH FOKUS KITA.
Pasangan adalah cerminan
Prinsip saya, pasangan kita adalah cerminan diri kita. Cerminan sikap kita, cerminan hati kita, cerminan attitude kita pada Allah. Cermin besar, meliputi banyak faktor. Jadi saat ini, alihkan fokus untuk perbaiki diri, bersihkan hati.
Kenapa mata kita lebih banyak nampak kekurangan dan kelemahan pasangan? Mungkin hati kita penuh keladak, dan perlu dicuci. Selain alihkan fokus melihat kebaikan pasangan, konsistenlah untuk melihat kekurangan dan kelemahan diri. Fokus untuk perbaiki diri.
Dalam hidup, it’s not about apa yang kita terima, it’s about bagaimana respon kita terhadap apa yang kita terima. Pasangan kita ini adalah yang terbaik untuk kita. Terbaik dari segi apa? Wallahualam. Hanya Allah yang tahu.
Mungkin sikap pasangan kita, sebenarnya Allah hendak didik kita jadi manusia yang lebih sabar dan redha. Mungkin sebelum ini kita ni spesis kurang sabar, cepat melatah. Whatever baik atau buruk pasangan kita itu, itulah yang terbaik untuk kita. Pasangan kita, amanah kita.
Membesar dengan adik-beradik, memang akan ada drama bertengkar sampai buat orang tua pening kepala. Tapi itu semua normal, hakikatnya adik-beradik tetap saling menyayangi. Akhirnya, sains membuktikan yang kehadiran adik mahupun kakak akan membuatkan kehidupan anda jadi lebih baik lagi.
Kajian ini dijalankan pada tahun 2010 dan dicatatkan dalam The Journal of Family Psychology. Melibatkan 400 keluarga yang mempunyai adik beradik yang pelbagai. Usia mereka antara 10 ke 14 tahun. Hasilnya, kehadiran kakak menyuntik mental yang positif di kalangan adik-beradik mereka.
Keputusan kajian itu juga menunjukkan mereka yang punya adik-beradik ini akan lebih mudah bersimpati, pandai berkomunikasi dan bijak menyelesaikan konflik. Manakala, seorang profesor dari University School of Family Life, Laura Padilla-Walker menjelaskan walaupun adik beradik ada yang saling bertelingkah, selagi adanya perasaan sayang, gaduh itu tak berpanjangan.
Kalau Adik Beradik Bergaduh..
Semasa adik beradik ini bertelingkah, mereka sebenarnya sedang belajar bagaimana untuk mengatur emosi. Inilah kemahiran yang amat bermanfaat untuk mereka menjalani kehidupan. Dan walaupun adik kakak kadangkala tak sebulu, tak dinafikan ketiadaan salah seorang akan membuatkan kehidupan menjadi sunyi.
Sebab itulah adik beradik perempuan lebih banyak bercakap berbanding lelaki. Jika anda ada seorang kakak, anda akan lebih banyak bercakap tentang masalah kehidupan.
Anda juga perlu tahu yang anak lelaki yang membesar dengan kehadiran seorang kakak, akan lebih baik dalam berkomunikasi dengan pasangannya. Yang lebih menarik dari kajian ini, dibuktikan bahawa selepas ketiadaan orang tua kelak, kakaklah yang akan mengambil alih tanggungjawab mak ayah untuk memastikan adik-beradiknya saling bersatu.
Anugerah Adik Beradik Cuma Sekali
Sebab itulah anda kena faham di sini, mungkin hari ini anda ada berselisih faham dengan adik beradik. Anggaplah itu cuma pertelingkahan atau perselisihan pendapat yang kecil yang terjadi pada kalian.
Ini kerana, biar apa pun terjadi, air dicincang takkan putus dan adik beradiklah yang akan sentiasa mengingat dan membantu anda kelak. Justeru, pastikan anda saling rapat dan menjaga anugerah hubungan adik beradik yang Allah berikan untuk anda. Yang mana, hadiah tuhan beri ini cuma satu saja di dunia ini.. Jagalah ia.
Sumber : goodfullness.net
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pilih tema gothic vampire di hari sanding, pengantin akui peminat muzik metal. Sepasang pengantin menjadi tular di media sosial gara-gara memilih tema gothic vampire...