Allahurabbi… moga ada insan yang sudi mengurangkan beban Puan Sal Sal AL Amin yang mana suami kemalangan dan sangat perlukan bantuan dari segi kewangan.
Assalamualaikum WBT, saya Salmah . Berumur 39 tahun. Saya dah berkahwin. Suami saya baru menghadapi kemalangan jalan raya pada Rabu 6 hb Disember 2017. Saya hanya bekerja di Taska.
Sebab Perlukan Bantuan
Saya perlukan bantuan dari warga FB. Suami sudah disahkan ada pendarahan otak akibat kemalangan tersebut. Begitu juga dengan bahagian rahangnya yang patah juga memerlukan pembedahan. Motosikal rosak teruk akibat kemalangan juga memerlukan kos untuk baik pulih.
Ads
Bukan itu sahaja, bayaran untuk rumah, bil-bil air dan elektrik juga perlu dibayar. Saya tak tahu lagi cara untuk mencari kewangan untuk menyelesaikan masalah ini. Saya agak runsing untuk bayar bil hospital nye nanti dengan ubat ubatan.
Terpaksa Guna Cara Ini
Saya harap ada warga FB yang dapat membantu saya, walaupun dengan RM1. Sebelum ni saya hidup bergantung dengan duit kerja suami. Itu pun tak banyak, rm1500 sahaja. Tapi saya gunakan duit tu 100% untuk anak-anak dan rumah. Sekarang duit pun makin sikit. Saya dah malu nak pinjam duit dengan saudara mara kerana sebelum ini dah banyak meminjam. Hutang dengan orang pun semakin banyak. Saya terpaksa meminta macam ni untuk selamatkan suami dan masalah lain.
Ads
Saya mohon sangat pada warga FB untuk beri pertolongan pada saya. Memandangkan ibubapa saya pun susah,tak sampai hati nak minta tolong lagi. Saya tak mintak banyak hanya ihsan dari warga FB utk membantu saya. Ni numb acc saya, jika ada yg sudi utk membantu.
Boleh Salurkan Menerusi:
8881013786011-Ambank
Ads
Terima kasih yang sudi membantu. Moga Allah berkati hidup puan/tuan.
Aamiiin…
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Inilah yang dikatakan cinta hingga ke hujung nyawa. 70 tahun melayari bahtera perkahwinan bukannya suatu jangka waktu yang sekejap.Isabell Whitney dan Prebel Staver berjaya membuktikan cinta mereka hingga ke akhir hayat.
Isabell Whitney dan Prebel Staver jatuh cinta pada pandangan pertama ketika bertemu dalam satu ‘blind date’ di Philadelphia. Namun, mereka terpaksa menghentikan sebentar perhubungan apabila Amerika Syarikat menyertai Perang Dunia Kedua. Isabell telah menyertai pasukan jururawat tentera laut yang berpangkalan di Maryland manakala Preble pula berkhidmat sebagai seorang Tentera Marin. Lima bulan selepas tamatnya peperangan, mereka terus ke jinjang pelamin pada 15 Feb 1946.
Pasangan ini dikurniakan lima orang anak sepanjang tempoh perkahwinan. Salah seorang anak mereka, Laurie Staver Clinton memberitahu majalah PEOPLE, “Mereka adalah orang yang sangat hebat. Ibu sering berpesan bahawa kita tidak boleh mengubah seseorang tetapi kita boleh mengubah sikap kita terhadap mereka. Ayah saya adalah seorang yang agak sukar untuk diuruskan!”
Pada tahun 2013, pasangan ini berpindah dan tinggal di sebuah pusat jagaan di Norfolk selepas Isabell mula menunjukkan tanda-tanda demensia. Preble sangat kecewa melihat keadaan demensia isterinya yang semakin teruk, sehingga bilik mereka terpaksa diasingkan.
Walaupun demensia Isabell semakin kronik, dia tetap mengingati suaminya yang dicintai. Menurut Laurie, mereka perlu sentiasa meminta Isabell untuk fokus dan melihat. Namun, setiap kali Isabell melihat dan tahu itu adalah suaminya, dia akan terus tersenyum.
Semasa usia Preble hampir mencecah 96 tahun, dia memberitahu anaknya yang dia mahu berkongsi katil untuk tidur sejenak bersama Isabell. Jadi, para pekerja membuat persiapan dan menguruskan agar permintaan Preble dipenuhi.
Apabila pekerja menolak kerusi roda Isabell masuk ke dalam bilik, Isabell menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi kepada Preble. Pasangan itu kemudian berbaring di samping satu sama lain selama tiga jam tanpa mengucapkan walau sepatah kata. Mereka hanya berpegangan tangan dengan erat sehingga tertidur. Preble berasa sangat gembira kerana itu merupakan hadiah hari lahir paling bermakna daripada Isabell.
Beberapa hari selepas itu, Laurie dimaklumkan yang dia perlu mengucapkan selamat tinggal kepada ibunya. Laurie turut membawa ayahnya berjumpa ibu untuk memberikan kata-kata terakhir mereka.
Preble hanya memegang tangan Isabell. Laurie bertanya pada ayahnya sama ada dia mahu ditinggalkan di situ selepas berdoa, namun dia menggelengkan kepala. Laurie memberitahu ayahnya, jika dia tidak mahu menghabiskan masa di situ, dia perlu melepaskan tangan ibu. Preble menitiskan air mata dan dibawa pergi.
Isabell menghembuskan nafas tidak lama selepas itu. 14 jam kemudian, Preble turut sama menutup mata buat selama-lamanya.
Pasangan yang sangat sweet ini dilahirkan dengan beza hanya 14 hari pada tahun yang sama dan meninggal 14 jam perbezaan pada hari yang sama.
Preble dan Isabel bersama-sama mengharungi 70 tahun usia perkahwinan dengan penuh komitmen. Tidak kira apabila hidup menjadi sukar ataupun menemui apa-apa halangan dan onak duri, mereka tetap tempuhi bersama sehingga ke akhir hayat.
Tarikh 25 Disember takkan pernah hilang dari ingatan S. Hazizan Othman, 44. Setahun lalu, anak ketiganya, Ahmad Haziem Anizan lemas di Pantai Tok bali bersama satu lagi mayat kawannya. Seminggu mencari mayat-mayat mangsa dan akhirnya kedua jasad itu ditemui di Pantai Belawan, Takbai, Thailand.
Bukan tidak redha atau pasrah dengan ketentuan Ilahi, sesekali saat rasa rindu itu hadir, jatuh juga air mata ibu mengenangkan memori indah bersama arwah Haziem yang rapat dengannya.
Ketika orang sedang bergembira bercuti bersama keluarga pada cuti sempena perayaan Hari Natal tahun lalu, siapa sangka itulah hari terakhir Hazizan melihat anak kesayangannya itu.
Pagi sebelum kejadian, Haziem dan tiga orang temannya bermain di kawasan rumah mereka sebelum keluar tanpa pamit seperti kebiasaan yang dilakukan oleh arwah. Biarpun pelik dengan perlakuan arwah, tapi didiamkan sahaja. Mungkin Haziem ada sebab tersendiri.
“Pagi itu dia lepak dengan 3 kawannya dekat kawasan rumah ni. Tengah hari itu, adalah dia masuk sekejap. Dia pandang saya dan suami. Lama dia tengok kami. Sampai kami pun tegur ‘kenapa pandang mak ayah macam itu.’. Tapi diam saja.”
“Dalam 3 lebih saya dengar bunyi motor. Saya tanya Haziem nak ke mana. Dia diam juga, Cuma melambai dan senyum saja. Itu jarang berlaku. Biasanya dia beritahu saya kalau nak ke mana-mana.”
Masuk Maghrib, Haziem tak juga balik-balik. Risaunya hati ibu. Dah jadi kelaziman anak-anaknya masuk Maghrib mereka tak ke mana-mana. Lagilah Hazizan tak senang duduk.
Tak lama dia dapat panggilan telefon dari kakak iparnya. Katanya ada 2 remaja hilang di bawa arus ombak besar. Selalu macam itulah hujung-hujung tahun, pesisir pantai negeri Pantai Timur ombaknya jadi bahaya.
Cepat-cepat Hazizan dan suami, Anizan Ramli, 50 ke pantai. Doa kemas-kemas moga yang lemas itu bukan Haziem dengan kawan-kawannya.
“Sampai saja di pantai, saya tengok nama dekat papan kenyataan ejaannya bukan nama Haziem yang betul. Lega hati kami.
“Tapi bila kawan Haziem yang selamat datang minta maaf, saya rasa dunia saya gelap. Allah saja yang tahu perasaan dan suami.”
Usaha mencari dan menyelamatkan Haziem diteruskan selama seminggu. Melibatkan piha Bomba, Polis, Maritim, APM dan ramai lagi. Termasuklah nelayan-nelayan yang berdekatan.
Akhirnya, jasad Haziem dan kawannya ditemui di Pantai Belawan, Takbai, Thailand.
Redha dan pasrah dengan ketentuan Allah, Hazizan dan suami percaya kini anak ketiganya itu berada dalam jagaan baik di sisi Sang Pencipta.
Haziem memanggil ibunya dengan panggilan Ma. Kehilangan Haziem buatkan ibu ini tidak keruan dekat tiga bulan lamanya.
“Kehilangan ini memang satu berita yang mengejutkan kami. Dia anak yang baik dan rapat dengan saya. Dialah yang selalu tolong saya di dapur. Dia juga tempat untuk saya berkongsi cerita. Nanti dia pun akan cerita tentang apa saja dengan saya.
“Dua tiga bulan pertama merupakan waktu yang sukar untuk saya tempuhi. Kalau dahulu, bila tiba waktu memasak dia akan ke dapur. Tanya saya nak masak apa. Sebabkan itu, saya tak dapat memasak untuk beberapa ketika kerana asyik terkenangkan Haziem.
“Sampai kawan-kawan pejabat pun perasan. Sebab saya tak henti-henti cerita tentang Haziem. Bila dekat rumah, saya dalam dunia sendiri. Tak ambil tahu pun apa jadi di sekeliling.
“Mujur saya dikelilingi mereka yang memahami keadaan saya. Alhamdulillah, saya punya suami, anak-anak, keluarga dan juga sahabat handai yang banyak memberidorongan dapatkan semula semangat yang hilang..
Waktu dirinya kemurungan itu, suamilah yang uruskan anak-anak dan rumah tangga. Banyak yang suaminya dah lakukan dan berkorban. Ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat pun banyak membantu. “Merekalah tempat saya luahkan kerinduan.
Arwah Haziem dapat dengan empat adik-beradik yang lain. Anak paling bongsu paling terkesan sekali sebab dia paling rapat dengan Haziem. Kadangkala dia menangis bila terkenang abangnya.
“Suami saya tak terkecuali. Siapalah yang tak sedih kan bila anak sendiri pergi meninggalkan kami. Tapi suami saya kuat orangnya, apa yang sering dilakukan adalah memberi kata-kata semangat untuk kami sekeluarga meneruskan kehidupan walaupun tanpa Haziem di sisi.
“Kami semua perlu redha dan pasrah dengan ketentuan Ilahi. Saya yakin apa yang terjadi ini ada hikmahnya dan saya tahu Haziem kini sudah bahagia di alam sana.”
Kini Hazizan lebih kuat untuk menghadapi hari-hari mendatang bersama ahli keluarga yang lain. Namun jika terkenangkan arwah anaknya, koleksi foto yang ada bersama memori yang tersimpan dalam sanubarinya menjadi pengubat rindu buat anak yang kini sudah tiada.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Kesusahan waktu itu memaksa adik-beradik kandung ini dipisahkan daripada keluarga. Si adik diserahkan kepada sebuah keluarga lain ketika usianya masih 3 hari. Dari saat itu sampailah ke hari ini adik-beradik kandung ini tak pernah berjumpa.
Jumaat yang lalu, seorang kakak, Pauziah Roziberkongsi keinginan hari dalam grup Gabungan Anak Terengganu mencari adik kandung yang terpisah itu.
“Assalammualaikum.. Hari Jumaat yang mulia ini saya ingin memohon sahabat semua menolong saya mencari adik kandung yang diberi mak saya seumur 3 hari.” Inilah tuturnya kepada ahli-ahli dalam grup berkenaan.
Ternyata permintaannya itu mendapat perhatian ahli, apabila ramai yang berusaha membantu menyebarkan statusnya itu. Dengan doa suatu hari nanti adik beradik ini akan dapat bersatu kembali.
Akuinya beliau, niatnya bukan mahu mengambil kembali adiknya, Tapi lebih kepada mahu bertemu. Inilah yang dinamakan kerinduan seorang kakak, darah daging sendiri.
Walau terpisah jauh mana pun, ikatan darah itulah yang kuat menarik-narik rasa hati ingin berjumpa. Katanya lagi, “Kerana kesempitan hidup, mak saya memberi anak ini kepada orang.”
“Selepas anak ini diberikan, kami tak pernah berjumpa. Gambar ini ada orang bagi kepada arwah nenek saya. Saya cuma nak kenal bukan nak balik.”
Sayu sekali permintaan kakaknya ini. Dalam perkongsiannya juga dia memaklumkan yang adiknya itu ketika ini sudah pun berusia 22 tahun.
Barangkali ada di luar sana yang mengenali adik wanita ini. Doa Mingguan Wanita, semoga kakak ini berjaya menemui adik kandungnya yang dicari-cari dan dirindui itu.
Sumber/Foto : Pauziah Rozi via Gabungan Anak Terengganu
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Anak Norlia Ghani meninggal dunia akibat kanser usus pada usia 57 tahun. Norlia Ghani reda kehilangan anak tersayang selepas bertarung dengan penyakit tersebut.