Dalam perkahwinan, nak rumah tangga sentiasa bahagia dan rezeki lekat, baik isteri atau suami kena sama-sama jaga.
Isteri jangan harapkan pasangan menjadi seorang suami yang bertanggungjawab dan membahagiakan, jika isteri tidak pula melakukan perkara sama. Tak kisah menjaga makan pakai suami dan anak-anak, uruskan rumah dan sebagainya.
Begitu juga suami, tak boleh mengharapkan isteri seorang diri melakukan semua itu. Sepatutnya, kenalah sama-sama supaya rezeki lekat dan secara tak langgung Allah jaga rezeki suami isteri dalam rumahtangga.
Orang cakap, suami jangan berkira dengan isteri, barulah rezeki lekat. Tapi, isteri pun kena main peranan juga dalam mendapat redha suami. Tak bolehlah mengharapkan hanya satu pihak saja.
Dalam rumahtangga, baik suami atau isteri kena tahu peranan. Inilah yang dikongsikan oleh Noor Fathin Azlan, moga memberi manfaat untuk semua.
Kejayaan seorang isteri datang dari redha seorang suami. Dulu aku pernah buat beberapa perkara yang tidak mendapat redha suami dan apa yang aku buat ada saja halangan.
Kalau menjadi sekali pun, kejayaan tak bertahan lama, tiba-tiba punah.
Kemudian aku muhasabah diri kenapa aku tidak mendapat redha suami. Kalau aku jadi dia, jadi suami pun aku takkan redha (dibaca: tak gembira) bila tiba-tiba isteri mula kurang beri perhatian.
Semua benda nak “Iya kejap awak, saya tengah reply whatsapp pelanggan ni”. “Kejap awak, kejap awak, saya tengah nak close sale ni, sikit lagi, sikit lagi”
Ish kalau aku pun marah bila isteri utamakan orang lain dari suami sendiri. Bukan tak boleh bertolak ansur, tapi kalau setiap kali diseru, setiap kali itu juga asyik nak sekejap-sekejap sape tak angin kan?
Ads
Paling Atas
Bermula dari itulah, aku meletakkan suami yang paling teratas selepas Allah. Sesibuk macam mana pun aku cuba untuk jadi pendengar dia yang setia sebab dia suka bercerita. Apa saja yang dia buat setiap hari, siapa dia berjumpa, dia suka ceritakan kembali pada aku.
Walaupun kadang-kadang aku rasa kisah tu dia dah cerita lebih dari 10 kali, aku tetap kena buat seolah-olah yang aku masih berminat untuk dengar.
“Saya pernah cerita tak pasal ni dekat awak?”, dan aku kena jawab, “Tak pernah cerita lagi awak, eh cerita lah”, walaupun aku tahu endingnya kawan dia jatuh motor.
Itulah usaha keras yang aku perlu buat supaya dia tidak terasa ‘kehilangan’ isteri tercinta dengan kesibukan kerja. Makanya aku kena pandai bahagikan masa untuk keluarga dan kerjaya. Layanan dan perhatian pada suami tidak boleh kurang.
Redha Suami
Orang selalu kata, suami yang tidak berkira dengan isteri, rezeki si suami akan digandakan. Begitu juga dengan isteri, isteri jaga hati suami, dapat menenangkan hati suami ketika merasa gelisah, Allah jaga rezeki kita.
Ingatlah kejayaan isteri adalah atas redha dan restu suaminya. Isteri yang dapat membawa rezeki dalam perkahwinan adalah wanita yang sentiasa meminta redha suami ke atasnya.
MW: Baik suami atau isteri kena faham. Rezeki dalam perkahwinan ini kerana suami isteri saling membahagiakan.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Tujuh Pilihan Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Nak maju jangan tunggu. Peluang pun datang bukan selalu apatah lagi sekarang ini kita sedang lalui kehidupan sukar berbanding dahulu. Daripada asyik termenung dan meratap pilu, elok mengorak langkah mulakan bisnes baru. Sampai bila nak tengok orang lain maju dan kita masih lagi kaku?
Tiada idea, tak ada kemahiran dan arah nak tuju? Mingguan Wanita (MW) sebagai teman setia wanita sedia membantu dan tahu apa yang anda perlu.
Terkini, selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.
Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Ads
Apa yang menarik, kursus-kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini.
Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Antara kursus-kursus asas yang dijangka mampu melahirkan peserta yang berkemahiran dan boleh terus dipraktik dalam perniagaan ialah:
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI. Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 12 Jun dan 26 Jun 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti.
Cookies Viral Legend. Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 10 Julai dan 24 Julai 2021.
Sebenarnya, bukanlah susah sangat untuk gembirakan hati isteri. Suami layan isteri berborak pun rasa dah cukup bahagia. Tapi, tak semua suami boleh buat macam itu. Ada perkara yang lebih penting baginya iaitu dengan fokus kepada handphone.
Tidak dinafikan, dengan keadaan sekarang ini, handphone menjadi teman masing-masing sehinggakan boleh hilang kemesraan antara suami isteri Mungkin ini menjadi salah satu cara pasangan ini cari bahagia tersendiri.
Lebih teruk, bila isteri yang seharian sibuk bekerja atau menguruskan rumah tangga langsung tidak dihiraukan oleh suami. Semua kerja rumah tidak dibantu suami. Lama-kelamaan, isteri boleh jadi tawar hati. Beringat ye suami!
Perkongsian daripada Zulfikarullah Ren ini cukup mudah untuk memastikan isteri rasa gembira dan bahagia. Sebanyak 50 cara boleh suami lakukan. Tak mampu buat semua, salah satu pun dah cukup buat hati isteri berbunga-bunga.
Nak Gembirakan Hati isteri ni sebenarnya mudah saja. Cuma kena tahu cara dan ada keinginan nak buat.
Saya kongsikan 50 cara mudah untuk memenangi hati isteri tercinta.
1. Time balik ke rumah tu, jangan sibuk dengan benda lain. Terus cari dia dulu. Paling biasa pun peluk dan cium pipi dia. 2. Jadi pendengar cerita dia. Waima 100 kali dia cerita sekalipun, dengar seolah-olah itu kali pertama dengar. 3. Jangan sesekali sibuk nak selesai masalah dia. Just berempat sahaja sebagai sokongan. 4. Puji kecantikan isteri dengan seikhlas hati. Jangan buat main-main atau jadikan bahan sindiran tentang kecantikan dirinya. 5. Fahami perasaannya ketika dia kecewa. 6. Bantu buat kerja rumah tanpa dipinta. Tahu-tahu saja dah siap. Dia pasti rasa woww, so caring gitu. 7. Apabila terlewat pulang, pastikan call atau mesej bagitau dia. Jangan buat diam. 8. Apabila perlukan masa bersendirian, beritahu dia yang kamu mahu masa untuk berfikir dan bertenang seketika. 9. Bila dah tenang dan okey, kembali kepada isteri dan bercakap tentang perkara yang merunsingkan kamu dengan cara yang berhemah. Jangan buat dia tertanya-tanya sendirian. 10. Kalau keluar sendirian, tanya apa yang dia perlukan. 11. Kalau penat, beritahu dia yang kamu mahu berehat atau tidur seketika. 12. Peluk dia empat kali sehari. 13. Telefon atau mesej dari tempat kerja tanya khabar atau share perkara yang menyeronokkan. 14. Cakap I luv u beberapa kali sehari. 15. Kemaskan katik dan bilik tidur. 16. Vakum rumah tanpa dipinta. 17. Bila tong sampah penuh, buang tanpa dipinta. 18. Pastikan flush ditarik dan mangkuk tandas ditutup lepas guna. 19. Lepas minum air, gelas sebiji tu terus basuh. 20. Kalau dia masak, makan juga walaupun sedikit jika perut dah kenyang. 21. Puji masakan dia dan ucap terima kasih. Jangan asyik komplen je. 22. Cuci keretanya. 23. Isi minyak keretanya. 24. Mandi dan pakai wangi-wangi jika nak bersama dengannya. 25. Pastikan segala kebuluan yang ada dibuang sebelum nak bersamanya. 26. Berpihak kepadanya bila dia kecewa dengan seseorang. Jangan sesekali sokong orang lain. 27. Urut bahu, belakang atau kakinya sekali sekala. 28. Jangan asyik alih siaran tv ketika menonton bersamanya. 29. Tunjukkan kasih sayang kamu dengannya di khalayak ramai. Contohnya pegang tangan masa berjalan keluar. 30. Sentiasa fahami andai dia lambat bersiap. 31. Dahulukan dia berbanding anak-anak. Biar anak saksikan dia mendapat perhatian kamu dahulu sebelum mereka. 32. Belikan dia hadiah kecil seperti sekotak coklat ataupun minyak wangi. 33. Tangkap gambar dia pada masa-masa istimewa. 34. Pergi bercuti berdua dengannya. 35. Memandu dengan berhemah. 36. Memandu untuk perjalanan yang jauh. 37. Pergi majlis ilmu bersama. 38. Layan dia macam baru kahwin dulu. 39. Cuba baiki sesuatu yang rosak di rumah. 40. Bukakan pintu untuk dia. 41. Tolong angkat barang pasar yang dibeli. 42. Bila dengar dia bercakap, pandang dia. 43. Sentuh tangannya sekali sekala bila bercakap dengannya. 44. Sentiasa tanya tentang perasaannya. 45. Masuk tidur pada masa yang sama dengannya. 46. Ketawa jika dia buat lawak. 47. Ucap terima kasih setiap kali dia melakukan sesuatu. 48. Pergi bersenam atau berjoging bersama. 49. Pergi bersiar bersamanya tanpa anak-anak. 50. Bawa pulang buah tangan yang dia suka setiap kali pulang dari out station.
Semoga bermanfaat buat para suami yang menjadi pencinta isteri kerana Allah Taala. Bukankah melayan isteri dengan baik adalah Sunnah Nabi saw.
Tak semestinya kena buat semua. Just buat mana yang mampu dan yang isteri selesa.
Sebenarnya isteri ni bukan mengharap pulut dakap bagai nak gembira. Cukup sekadar perhatian dan kasih sayang yang diberikan dengan penuh keikhlasan. Bahagialah mereka bersama suami.
Isteri yang baik ini sebenarnya dah banyak berkorban untuk kebahagiaan dan keselesaan hidup suami. Sayangilah mereka kerana Allah Taala.
MW: Agak-agak dalam 50 cara itu, ada tak suami buat? Tak buat semua, separuh pun jadilah kan…hihihi
Percaya atau tidak, hanya dengan sentuhan dan ciuman anak anda akan membesar emosi yang lebih positif. Tetapi mak ayah kenalah tahu cara nak praktik ciuman pada si anak setiap hari dan lima tempat sentuhan yang berkesan bentuk anak.
Empat Ciuman Dan Lima Sentuhan:
Mengikut saranan doktor Psikologi terhadap ibu bapa, terdapat empat ciuman dan beberapa sentuhan yang harus diamalkan terhadap anak-anak. Ianya hendaklah dilakukan setiapa hari, semenjak lahir setiap hari tanpa had waktu dan umur, selagi dia masih menjadi anak kita.
4 Ciuman
1. Pertama di ubun-ubun, sebagai menunjukkan kebanggaan kita terhadapnya (sambil mendoakan agar si anak jadi anak soleh), insya’Allah.
2. Kedua di dahi, ciuman ini menandakan kita redha terhadapnya sebagai dia anak kita. Rasulullah s.a.w pernah mencium anaknya, Fatimah r.anha di dahi beliau.
3. Ketiga di kedua-dua pipi, iaitu sebagai tanda syauq (perasaan sayang dan rindu) kita terhadap si anak.
4. Keempat di tangan anak, tanda mawaddah wa hubb (kasih sayang) sebagaimana Rasulullah s.a.w juga selalu mencium tangan anakandanya Fatimah r.a.
Perhatian: Ciuman dimulut hanya khas untuk isteri sahaja.
Manakala 5 Sentuhan pula ialah:
1. Mengosok belakang kepala anak, sebagai tanda kasihan belas dan anak akan merasai dikasihani dan terlindung.
2. Menggosok atas kepala atau ubun-ubun, ini untuk menunjukkan kebanggaan kita terhadapnya.
3. Menggosok atas dahi anak, sebagai tanda syauq (perasaan sayang dan rindu) kita terhadap anak.
4. Keempat kedua pipi, juga tanda mawaddah wa hubb (kasih sayang)
5. Memegang kedua tangannya, untuk menenangkan anak ketika nampak perasaannya kacau atau keliru.
Tambahan: Gosok di dada ketika perlu.
Bila nampak dia menunjukan kecenderungan membuat sesuatu yang tidak baik atau sedang marah, gosoklah dadanya untuk menenangkannya.
Wallahu a’lam.
Kredit: Abdul Basit Abdul Rahman
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Mungkin sudah menjadi lumrah, apabila wanita mendirikan rumah tangga dan mempunyai anak, segala tanggungjawab berada di bahunya terutama dalam mengasuh anak-anak. Tidak kiralah, isteri itu seorang suri rumah tangga sepenuh masa atau pun berkerjaya.
Maklum sahaja, naluri keibuan itu menebal membuatkan anak lebih selesa bersama ibu. Sehinggakan suami perlahan-lahan melepaskan ‘baton’ dalam mengasuh atau menjaga anak.
Bukan sahaja di Malaysia, boleh dikatakan semua ibu bapa di seluruh dunia menggalas tanggungjawab yang sma. Persoalannya, adakah menjaga anak itu adalah tanggungjawab isteri sahaja. Mengulas lebih lanjut tentang topik ini bersama Abdul Muiez Ruslee, Guru Bimbingan dan Kaunseling Di Sekolah Menengah & Yang Dipertua Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Sabak Bernam.
Tidak Terabai
Bila difikirkan kembali, tanggungjawab yang digalas oleh isteri yan suri rumah sepenuh masa dan tidak berkerja adalah lebih berat. Contoh, buka sahaja mata, segala tugas sedia menunggu. Bermula dengan menyiapkan keperluan pakaian sekeluarga, menyediakan sarapan, mengemas segala sepah yang ditinggalkan. Tidak cukup dengan itu, tugas isteri ini dengan menyiapkan hidangan tengah hari dan berlarutan hinggalah ke tengah malam. Selagi mata belum terpejam, selagi itulah tugas perlu disiapkan.
Sebagai suami yang prihatin, ada beberapa perkara yang boleh dilakukan dalam meringankan penat isteri.
Bantu isteri mengemas meja makan dan membasuh pinggan mangkuk yang telah digunakan.
Tolong bersihkan baju. Paling mudah dengan hanya masukkan ke dalam mesin basuh, letakkan sabun dan selebihnya biarkan teknologi yang mengurusnya.
Kemas permainan yang ditinggalkan anak di ruang tamu supaya mudah untuk isteri bersihkan keesokannya.
Beli barang dapur sebelum pulang ke rumah.
Urutlah isteri dengan belaian kasih sayang.
Dalam mengendalikan tugas menguruskan rumah tangga, suami isteri perlu sepakat sejak dari awal perkahwinan lagi. Contohnya:
Jika isteri memasak, suami yang mengemasnya.
Jika isteri mengemas ruang tamu, suami yang menyapunya.
Jika isteri membasuh baju, suami yang menyidainya.
Jika isteri melipat baju, suami yang menyusunnya.
Ini adalah perjanjian asas yang perlu dimenterai sejak dari awal perkahwinan lagi. Jika ia disepakati, pasti suami yang bersikap raja tidak akan wujud.
Suami Lepas Tanggung Jawab
Kisah suami lepas tangan sering kali dipaparkan di media massa dan turut mengundang kekacauan dalam rumah tangga.
Apabila semua tugas dan kewajipan yang sepatutnya digalas oleh suami dibebankan sepenuhnya kepada isteri, tidak hairanlah akan wujud konflik dalam rumah tangga. Mungkin berpunca dari sikap tidak puas hati, sehingga persefahaman tidak mampu lagi disepakati. Ini menjadikan rasa amarah semakin meluap dan menyebabkan kerukunan rumah tangga menjadi musnah.
Walaupun apa pun yang berlaku, tugas mencari nafkah sepatutnya berada di atas pundak suami. Isteri hanya sekadar membantu untuk mencukupkan apa yang terkurang dalam keluarga.
Isteri Perancang Utama
Malah, bila difikirkan perkara yang paling suami takuti adalah apabila isteri sakit. Jika ada isteri mengadu tidak sihat atau demam, cepat-cepatlah tolong legakan isteri. Kenapa? Kalau isteri demam atau tidak sihat, lumpuhlah rumah tangga. Apa yang suami lakukan dalam rumah serba tidak kena. Mahu terbalik rumah, rasanya.
Walau bagaimanapun, tidak dinafikan bahawa isteri adalah tulang belakang kepada kesejahteraan dalam rumah. Apa tidaknya, tugas-tugas memasak, menguruskan anak akan dilaksanakan oleh isteri. Suami? Hanya menghulurkan tangan untuk meringankan beban.
Tetapi yang peliknya, apabila suami demam, sikap mengada-ngadanya mengalahkan anak kecil. Rasanya, inilah masalah global yang dialami oleh suami di seluruh dunia.
Apa pun, perkara paling penting dalam rumah tangga ialah suami isteri perlu saling membantu menguruskan istana cinta bersama. Insya Allah, hasilnya pasti cinta membawa ke jannah.
Tugas Suami
Membina mahligai rumah tangga bukannya mudah, apatah lagi mahu mempertahankannya. Suami dan isteri perlu berganding bahu untuk menjemput mawaddah dan rahmah bagi mengekalkan kebahagiaan rumah tangga dan mengetatkan rasa cinta buat selamanya.
Kadang-kadang, perempuan ini sukar untuk difahami. Apatah lagi menebak kemahuan dan kehendak mereka. Bila ditanya kenapa muncung, jawapan mereka sangat mudah, “tak ada apa-apalah.” Tetapi di sebalik perkataan tak ada apa-apa itulah tersenarai satu kajang salah laku suami yang tak disedari.
Apa pula tugas suami? Adakah sekadar membiarkan rajuk itu padam sendiri? Sebagai seorang lelaki yang gentlemen satu tindakan drastik perlu dilakukan. Antara perkara yang boleh dicuba ialah,
1. Belikan hadiah kecil buat mereka seperti coklat, kad mahu pun bunga. Tidak perlu mahal-mahal. Asalkan pemberian itu ikhlas dari hati. Apa perasaan kita jika menerima hadiah tanpa disangka? Begitu juga yang akan mereka rasa.
2. Sebelum pergi kerja, selitkan sekeping dua not sepuluh atau dua puluh ringgit di dalam dompet isteri. Sertakan juga sedikit nota cinta seperti “hadiah kecil buat kesayangan” atau “duit ini tidak boleh beli bahagia tetapi dengannya mungkin akan menghangatkan cinta.” Pasti senyumnya lebar sampai ke telinga.
3. Jika kita pulang kerja lebih awal daripada isteri, lakukan kejutan kecil seperti basuhkan baju, kemaskan meja makan, vakum karpet, masak nasi, siang ikan atau siapkan makan malam. Masa itu, kalau nak minta izin lepak mamak dengan kawan-kawan pun, mesti boleh punya.
4. Jika selama ini sang isteri yang menyediakan minuman sebaik sahaja suami pulang ke rumah, apa kata sesekali si suami pula yang mengambil tugas itu. Tak salahkan, jika suami pula yang berbakti kepada isteri?
5. Sebelum tidur, cuba gosok sedikit pinggang atau belakang isteri. Berikan belaian cinta sehingga isteri terlelap. Insya Allah pasti esoknya dia bangun dengan gembira. Cuma gosok itu jangan lebih-lebih pula. Nanti tak jadi kerja.
Perlukah suami buat semua ni? Eh, sudah tentulah perlu. Hubungan cinta ini konsepnya perlu memberi dan menerima. Sebelum menerima, kita perlu juga memberi. Barulah cinta itu akan mekar selamanya.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...