Ads

Suami Isteri Rentung Bersama Tiga Anak Perempuan, Dua Beradik Bergelar Yatim Piatu Dalam Tragedi Ramadan

Suami isteri rentung bersama tiga anak perempuanm, dua beradik bergelar yatim piatu dalam tragedi Ramadan. Suasana sedih menyelubungi dua beradik yang bergelar yatim piatu sekelip mata apabila ibu, ayah serta tiga adik beradik meninggal dalam tragedi kebakaran rumah.

Dalam kejadian jam 3.35 pagi tadi di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong sekeluarga terdiri dari suami isteri dan tiga anak perempuan rentung selepas terperangkap dalam kebakaran rumah.

Suami Isteri Rentung Bersama Tiga Anak Perempuan, Dua Beradik Bergelar Yatim Piatu Dalam Tragedi Ramadan
Dua anak pasangan ini dilaporkan selamat kerana berada di asrama ketika kejadian

Mangsa yang terkorban terdiri dari  Mohd Alawi Muhammad, 56, dan isterinya, Zaleha Adam @ Ibrahim, 44 serta tiga anak perempuan mereka, Ruby Adira Batrisya, 17, Ruby Adlina Banin, 14, dan Ruby Azyan Barizah, 10 sementara dua lagi terselamat kerana tinggal di asrama sekolah.

Suami Isteri Rentung Bersama Tiga Anak Perempuan, Dua Beradik Bergelar Yatim Piatu Dalam Tragedi Ramadan
Kesemua mangsa disahkan rentung kerana terperangkap di dalam rumah yang terbakar.
Suami Isteri Rentung Bersama Tiga Anak Perempuan, Dua Beradik Bergelar Yatim Piatu Dalam Tragedi Ramadan
Turut musnah dalam kebakaran itu ialah tiga kereta dan tiga motosikal.

Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Raub, Superintenden Mohd Shahril Abdul Rahman, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 3.40 pagi melalui panggilan anggota Pondok Polis Pamah Kulat.

Ads

Menurutnya, susulan itu, pihaknya bersama anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Raub bergegas ke lokasi kejadian.

“Hasil siasatan mendapati lima sekeluarga yang menghuni rumah tersebut telah meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Ads

Suami Isteri Rentung Bersama Tiga Anak Perempuan, Dua Beradik Bergelar Yatim Piatu Dalam Tragedi Ramadan

Beliau memaklumkan dua lagi anak mangsa terselamat kerana ketika kejadian berlaku mereka tiada di rumah.

Ads

“Difahamkan anak sulung mangsa berusia 19 tahun tinggal di asrama Kolej Matrikulasi Gambang, Kuantan, manakala seorang lagi anak lelakinya berumur 15 tahun berada di asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dong,” katanya.

Terdahulu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Datuk Mohd Razam Taja Rahim, berkata keseluruhan rumah dilaporkan musnah 100 peratus dan turut terbakar tiga buah kereta serta tiga buah motosikal.

Menurutnya, punca kebakaran masih dalam siasatan.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Meriah & Sarat Ilmu! Parenting A+ Forum 2026, Platform Berkongsi...

Meriah & Sarat Ilmu! Parenting A+ Forum 2026, Platform Berkongsi Tip Parenting Bersama Pakar, Selebriti & Ibu Bapa