Orang cakap, kalu isteri mengidam ni sebab mengada-ngada. Sedangkan, tanyalah mana-mana isteri, perasaan itu datang tidak di duga. Pernah dengar, ada isteri yang tak pernah makan ikan keli selama ini, tiba-tiba teringin untuk makan.
Bukankah itu lari dari kebiasaan isteri. Inilah yang dikatakan mengidam. Mujurlah mengidam makanan atau perkara yang mudah untuk diperolehi, bayangkan kalau itu susah untuk diperolehi, berpeluh jugaklah suami.
Ini pula pendapat daripada Mohd Shariman Che Deris, Professional Learning Fasilitator (mastery) @ Ketua Pembelajaran Excite Learning Consultancy.
Untitled design (45)
Apabila isteri mula meragam dengan macam-macam permintaan, kalau tidak diendahkan nanti kesian pula bawakan budak, kalau dilayan nanti jenuh suami bagai nak rak berkejar merata hanya nak mencari roti canai sekeping pada jam 3.00 pagi, sudahnya apabila dah dapat, ada la secubit je dirasanya. Heii geram hati jadinya namun dek kerana sayang pendam je la.
Soalnya, apa yang patut suami buat. Ada 8 tip yang boleh dikongsikan buat semua suami yang penat melayan karenah isteri mengidam.
M.E.N.G.I.D.A.M
M – Mentarbiyah hati sendiri bahawa permintaan isteri ini adalah dengan izin-Nya dan ujian untuk si suami agar lebih mudah untuk menerima permintaan isteri dengan baik dan redha penuh kasih sayang
E – Empati dengan keadaan isteri, yang akan rosak emosinya, koyak hatinya jika tidak dipenuhi. Permintaan kecil isteri ini juga adalah untuk menilai sejauh mana cinta suami kepadanya sebagaimana suami ingin tahu cinta isteri kepadanya.
Ads
N – Naif kan diri, tidak usah ada rasa prasangka atau negatif terhadap permintaan isteri, pandang dengan rasa kasihan dan bertanggungjawab.
G – Gambarkan bagaimana keadaan isteri jika permintaannya tidak dipenuhi, dengan cara ini suami akan ada lebih usaha dan kesudian untuk memenuhi permintaan isteri
I – Ingatkan diri tentang kenapa kita kahwin dan kini memilikinya, betapa isteri telah banyak berkorban dalam menguruskan hal ehwal rumah tangga dan kini adalah giliran kita untuk menghargai isteri dengan memenuhi permintaannya.
D – Dengarkan kata-kata dan permintaan isteri dalam nilai pengharapan dan syahdu lemahnya dirinya mengharapkan suami memenuhi permintaannya.
A – Anak yang bakal lahir ini adalah tanda cinta dalam rumah tangga. Atasi rasa ego diri seorang suami dan gantikan dengan rasa ingin melengkapi keperluan isteri agar keharmonian dalam keluarga dan emosi isteri tetap stabil dan baik untuk anak.
Ads
M – Meletakkan rasa percaya dan meninggikan keyakinan isteri terhadap suami yang sudi dan sanggup memenuhi karenahnya ketika mengidam. Ini akan membina ikatan cinta yang lebih teguh dalam diri isteri.
Ini yang sebenarnya nilai yang tanpa disedari sangat meninggalkan kesan mendalam buat isteri dan anak. Namun tentu saja biar pun suami telah sudi dan sanggup berenjis peluh, berpenat fikir mencari dan berusaha memenuhi permintaan si isteri, tentu saja sebagai seorang isteri mithali akan ada rasa kasihan dan bimbangkan diri si suami.
Isteri juga perlu bijak mengawal diri dan rasa agar tidak semudah lembutnya lidah menuturkan kata minta kepada suami hanya kerana mengidam.
Ada lima kaedah yang boleh isteri tarbiyah dan teguhkan rasa hati ketika mengidam.
Ads
S.U.A.M.I
S – Soal hati sendiri, apakah yang bakal kita minta ini akan menyusahkan suami hingga sesak dadanya mencari cendawan susu harimau yang tentu saja amat payah nak ditemui. Berihsan lah dengan suami dan gantilah dengan permintaan lain.
U – Usah ikutkan sangat rasa dan keinginan yang lebih dinaungi nafsu daripada keperluan, pujuk hati dan berikan rasa yang lebih baik kepada diri agar tidak terus tenggelam dalam permintaan yang melampau-lampau.
A – Amalkan rasa bahawa suami juga ada kekangan, ada kelemahan dan ada waktunya mungkin tidak akan mampu memenuhi permintaan isteri. Ini penting agar isteri tidak ada rasa kecewa dan berputus asa hanya kerana permintaan tidak dan gagal dipenuhi. Rasa mengidam perlu dianggap hanya sebagai bonus buat diri sekiranya dapat dipenuhi.
M – Mengingatkan diri sendiri untuk sentiasa mengutamakan keharmonian dalam rumah tangga. Tarbiyahkan diri untuk tidak meneruskan rasa atas permintaan yang di luar batasan dan kemampuan suami. Bukanlah satu kejayaan untuk isteri jika permintaannya dapat dipenuhi oleh suami yang hingga mencabar diri untuk memenuhi permintaan.
I – Ingat Allah, tidak semua apa yang kita mahu itu baik dan Allah suka begitu juga sebaliknya, jadi berpada-padalah dan limpahkan rasa ehsan dan empati untuk suami sebelum permintaan dibuat.
Budaya yang baik ini boleh dan wajar diteruskan, hanya perlu dihalusi dengan nilai cinta, empati dan ehsan agar suami tidak terseksa dan isteri tidak kempunan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bahagianya sambut kehadiran orang baru dalam keluarga. Sebolehnya ibu ayah mahu beri segala yang terbaik untuk si comel. Sebaik buka mata, tidur sampailah saat memandikan ibu akan pilih yang selamat dan tak menyakitkan kulit bayinya.
Ini kerana, bayi yang baru lahir ini kulitnya 30 peratus lebih sensitif dari orang dewasa. Penting untuk ibu perlu lebih hati-hati pilih barang penjagaan untuk kulit bayi. Dari losyen badan, mandian malah syampu yang selamat bebas kimia.
Waktu memandikan bayilah paling penting untuk ibu pilih mandian terbaik untuk bayinya. Tidaklah nanti kulit bayi merah merengsa disebabkan tidak tahan dengan tindakbalas bahan penjagaan bayi yang tidak sesuai.
Penting Pilih Mandian Yang Selamat
Memandangkan kulit bayi ini ekstra sensitif malah sesetengahnya mengalami masalah ekzema. Terutama pada bahagian muka, pergelangan tangan, pertengahan siku dan lutut.
Penting untuk ibu mencari mandian bebas sabun, malah tak pedihkan mata. Mandian yang mengandungi hypoallergenic dan tanpa toksik inilah paling sesuai untuk kulit alergi bayi. Dalam masa yang sama membantu mengelakkan risiko kerengsaan.
Mandian Disyorkan Pakar Pediatrik
Ini bermakna mandian ini selamat untuk kulit bayi anda. Ketika membersih, bahan yang terkandung dalam mandian akan membersih dengan lembut malah melembapkan kulit yang halus itu.
Tentunya apabila mandian disyorkan oleh pakar pediatrik, ianya telah diuji secara klinikal dan terbukti keberkesanannya. Sabun mandian Cetaphil Baby Moisturizing Bath & Wash misalnya, mengandungi 1/3 pelembap dengan kandungan aloe vera dan minyak almond.
Cari Mandian Dengan Kadar pH Seimbang
Sebelum memilih sabun mandian bayi anda, perhatikan pH pada produk. Pilih produk mandian dan pembersih yang disahkan pH balanced.
Kenapa? Ini bermakna, kadar pH mandian telah diseimbangkan dan disesuaikan untuk menyamai jumlah pH kulit bayi. Yang mana, ia dapat membantu menjaga kesihatan lapisan kulit bayi.
Kenapa Produk Mandian Bayi Perlu Bebas Paraben
Dalam penghasilan satu-satu produk, paraben digunakan sebagai bahan pengawet dan mencegah penghasilan bakteria. Jadi ibu, hati-hatilah semasa memilih produk untuk bayi anda. Paraben ini meningkatkan risiko kanser.
Sebolehnya ibu baca dilabel betul-betul ketika membeli. Pilih produk mandian yang disyorkan dan hindari bahan-bahan yang boleh mengundang kemudaratan pada kulit bayi anda.
Cetaphil Baby Moisturizing Bath & Wash
Bukan Sekadar Mandikan Bayi Anda..
Perlu ibu ingat! Semasa memandikan bayi anda, ia bukan sekadar mandi. Proses itu lebih kepada pengikat kasih sayang ibu dan anak. Semasa memandikan inilah ibu membelai, mengusap tubuh si kecil dengan lembut dan kasih sayang.
Agar prosesnya berjalan dengan lebih lancar, ibu gunakanlah Cetaphil Baby Moisturizing Bath & Wash yang memberikan kesan lembut dan bersih pada kulit mulus bayi.
Mandian Cetaphil Baby ini juga memiliki kesemua ciri-ciri yang dikongsikan di atas. Bermakna, ia selamat untuk kegunaan kulit bayi yang sensitif. Tidak akan memberi masalah iritasi mahupun kerengsaan pada kulit yang baru lahir.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tak semua lelaki mampu hargai pengorbanan ‘orang rumah’ dengan cara yang paling membahagiakan. Haaa… beli kek besar, bawa melancong ke luar negara atau bagi hadiah harga ribu riban belum tentu akan ikat hubungan suami isteri. Tetapi bila baca perkongsian doktor Taufiq Razif ini, rupanya begitu mudah untuk cairkan hati wanita bergelar isteri. Anda pernah buat macam ini tak?
Kalau belum, baca dan sila aplikasikan secepat mungkin…
“Abang tak beli kek untuk anak kita?”
Saya tahu je hari ni 8/8/2017 bersamaan dengan birthday pertama anak lelaki saya, Muhammad Solahuddin.
Isteri saya tanya saya nak beli kek ke tak untuk birthday boy tu tapi saya diamkan je. Saya pilih untuk ke pasar basah! Saya beli 4 ekor ikan selar dan seplastik cili.
Balik rumah saya sorang terkontang kanting di dapur dan saya biarkan isteri saya berehat dengan anak-anak kat ruang tamu. Akhirnya siap la jugak resepi rahsia saya. Ikan bakar beraroma limau dimakan bersama petai dan budu pedas.
Isteri saya pelik kenapa la saya tak sambut birthday si Muhammad Solahuddin tu. Sebenarnya hari ni saya memilih untuk menghargai pengorbanan isteri saya melebihi saya bersyukur dengan kelahiran birthday boy tu.
Saya takkan lupa betapa teruknya isteri saya muntah muntah ( hyperemesis gravidarum ) hampir 9 bulan akibat hamilkan si birthday boy tu! Saya takkan lupa betapa peritnya pengalaman isteri saya yang mengalami premature contraction hingga hampir keguguran si birthday boy tu akibat kepenatan melampau ketika bertugas di bahagian kecemasan!
Saya takkan lupa bagaimana isteri saya hampir melahirkan di dalam kereta semasa hampir melahirkan si birthday boy tu. Bayangkan waktunya cuma 2 jam je antara regular contractions dengan waktu isteri saya mengalami pembukaan 10 cm dan akhirnya melahirkan!
Saya takkan lupa pada riak wajah isteri saya yang kerisauan apabila bacaan bilirubin si birthday boy tu melebihi paras normal dan terpaksa dimasukkan ke hospital untuk fototerapi walaupun baru berumur beberapa hari! Masih banyak yang saya tak boleh lupa tapi cukuplah isteri saya tahu bahawa saya takkan mampu untuk balas jasanya mengandungkan dan melahirkan zuriat saya. Jadi harini saya tekad, saya nak buat dia bahagia! Tu yang saya masak menu istimewa untuk dia tadi.
Saya pernah nampak dia lahap petai dan budu macam lahap popcorn. Tu yang saya masak menu berlaukkan petai dan budu malam ni. Biarlah bukan Me’nate. Biarlah bukan Sushi King. Biarlah bukan Meatball Ikea sekalipun yang penting saya tahu menu kali ni boleh buat si dia tersenyum lebar sampai ke telinga!
P/s: Update, Alhamdulillah. Tadi lepas bancuhkan kopi arabica Nomad Barista Coffee, si dia datang duduk tepi saya, pegang bahu saya dan pandang saya dengan penuh pandangan cinta! Betul la pegangan saya selama ni. Kalau sampai je birthday kita yang patut kita hargai adalah orang mengandungkan kita, bukan menuntut orang menghargai kewujudan kita semata-mata. Mulai saat ni jom kita lebih hargai insan bergelar wanita dan ibu pada anak-anak kita.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Jangan tak tahu, nak mandikan bayi pun ada caranya. Kalau ikutkan, ramai orang terlepas pandang dan ramai yang suka gunakan kapas lembab untuk lap najis bayi tanpa mencuci dengan air.
Itu belum lagi cerita bab sesetengah orang yang main belasah mandikan anak dengan air sejuk!
Tolonglah ibu ayah, apabila memandikan bayi janganlah terus masukkan badan bayi ke dalam tab. Cuci dahulu kemaluan bayi depan dan belakang menggunakan air mengalir supaya bersih. Tujuannya apabila memasukkan bayi dalam tab, air mandian tidak menjadi air najis, yang mana kesan kemaluan bayi yang beristinjak tidak dicuci dengan air. Nak tahu cara mandikan bayi lebih tepat, ikut tip ini…
Cara Dan Adab Memandikan Bayi Baru Lahir
Antara yang mungkin kita semua tidak beri perhatian adalah tatacara memandikan bayi baru lahir iaitu dari usia sehari hingga 40 hari. Dalam tempoh ini, kaedah mandian memainkan peranan penting dalam membentuk aliran darah dan pembentukan tulang yang baik.
1. Waktu Dhuha
Seeloknya mandikan bayi pada waktu Dhuha, kerana pada waktu tersebut fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang. Gunakan air yang suam.
2. Siram ikut peringkat
Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan, kemudian baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik ke bahagian punggungnya.
3. Cara gosok dan bahan cucian yang betul
Belaian dan gosokan lembut memainkan peranan penting semasa memandikan bayi. Ini akan membuatkan pengaliran darah bayi lancar dan baik. Siraman disertakan dengan sapuan sabun yang sesuai untuk bayi.
4. Pastikan ikut cara siraman ini
Seterusnya siram dari belakang hingga ke kepala. Siraman di kepala dilakukan secara perlahan, supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga. Semasa menyiramkan air di belakang kepala ke bahagian hadapan dahi, tangan digunakan untuk menggosok dahi.
5. Patutnya ayah yang buat
Mungkin anda rasa ibulah yang terbaik mandikan anak tetapi sebenarnya eloklah tugas memandikan bayi ini dilakukan golongan ayah. Jangan lupa, sambil memandikan anak, hati kena berzikir Ya Latif, Ya Hadi.
6. Elak siram muka
Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ini boleh melemaskan bayi serta menyebabkan lubang hidungnya lembap seterusnya mudah selesema atau jangkitan kuman.
7. Akhir dengan siraman ke bawah
Siraman yang terakhir, dilakukan ke atas dada seterusnya hingga ke bawah. Tidak digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi usia ini kerana risau air dan sabun menyebabkan bahagian pusatnya lembap dan seterusnya melambatkan proses ‘gugur’ tali pusat.
8. Jangan lupa lap!
Selepas selesai mandi, lapkan seluruh badan bayi dengan tuala yang bersih. Cara mengelap dimulakan dari kepala kerana kelewatan mengelap bahagian kepala boleh menyebabkan kepala dan ubun-ubun bayi basah serta membawa masalah paru-paru lemah. Selepas itu, balutkan bayi dengan tuala kering atau selimutkannya sekali lagi dan peluk dia selama 10 minit untuk memanaskan badannya. Apabila dia sudah memakai baju, balutkan dia dalam selimut yang kering dan suam.
Haaa… jangan terlalu ‘confident’ rasa anda dah mampu mandikan anak dengan cara yang betul, seeloknya semak dan amalkan info ini untuk jaga kesihatan anak. Moga bermanfaat buat ibu-ibu muda!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Founder wanita antara ditahan terlibat pengedaran pil kuda di Kelantan, nilai rampasan RM6.16 juta. Memaparkan gaya hidup mewah termasuk menayang kenderaan mewah antara trend...