Sebelum ini banyak persoalan tentang pelakon dan pengacara, Ain Edruce yang dikatakan hamil kerana ada yang membuat spekulasi ‘baby bump’ dan bentuk badan dirinya sudah berubah.
Pengesahan yang dibuat oleh Ain atau nama penuhnya, Nurain Edruce, 29, menerusi laman YouTube miliknya, sekali gus menjawab tanda tanya peminat yang sebelum ini membuat spekulasi tentang hehamilannya.
Spekulasi ‘Baby Bump’, Ain Akui Hamil 4 Bulan
Mendirikan rumah tangga 13 Disember pada tahun Ain Edruce mengesahkan dirinya sedang hamil cahaya mata pertamanya dan usia kandungan kini hampir mencecah empat bulan.
“Banyak sangat persoalan orang tanya adakah saya saya dah hamil kerana nampak macam ‘baby bump’ lah, badan dan berubah dan lain-lain.
“Jadi saya rasa dah tiba masanya untuk saya kongsi dengan semua orang yang sayang saya tentang perkara ini.
“Ya, saya dah mengandung. Alhamdulillah saya mengandung. Sebelum ini saya tak pernah cakap apa-apa sebab benda itu masih terlalu awal. Sekarang baru boleh kongsikan,” jelas Ain tentang spekulasi dirinya hamil.
Menurut pelakon sitkom J.K.K itu lagi, mengetahui tentang kehamilannya beberapa hari sebelum bercuti ke Langkawi kerana lewat ‘datang bulan’ pada ketika itu.
“Disebabkan lambat datang bulan, saya membeli alat ujian kehamilan dan akhirnya dapat tahu saya hamil.
“Bila dah tahu hamil, saya dan suami terpaksa batalkan aktiviti lasak yang kami sudah rancang untuk percutian di Langkawi dan hanya relak-relak sahaja di sana,” ujarnya.
Kongsi Momen Kejutan Buat Suami
Menerusi video tersebut, Ain turut berkongsi momen membuat kejutan pada suaminya tentang berita tersebut.
Ads
Suami Ain, Amirul Hafizi Mustaffa pada awalnya seperti sukar mempercayai berita tersebut kerana menyangkakan Ain hanya bergurau, namun kemudiannya tidak dapat menyembunyikan keterujaannya bakal bergelar bapa.
“Perkahwinan kami sudah hampir setahun dan saya rasa inilah waktu yang terbaik buat kami.
“Mungkin tahun 2020 menjadi tahun yang sukar bagi ramai orang, tapi bagi saya, tahun 2020 sangat bermakna kerana ia memberi kenangan yang tak boleh dilupakan, sebab saya mengandung,” kata Ain yang begitu teruja mahu menimang cahaya mata sulung.
Sumber/Sumber Foto: YouTube & Instagram Ain Edruce
Biskut Raya Gergasi Cornflakes 15 Kg Tarik Perhatian Pengunjung FIESTA HOMEBAKERS USHA USHA BISKUT RAYA.
Fiesta Homebakers Usha-usha Biskut Raya anjuran Mingguan Wanita bersama penaja utama Central Sugars Refinery Sdn. Bhd (Gula CSR) serta penaja bersama marjerin Adela dan rakan kerjasama lain Fruttose, Ever Miracle Solutions (barangan Tupperware Brand, Cadbury dan penaja belon dekorasi, Omeiluth Party Expert berlangsung penuh meriah di Setia City Mall semalam.
Biarpun hanya sehari sahaja, namun fiesta yang dirasmikan oleh Yang Berhormat Hajjah Aiman Athirah Sabu, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) hadir bersama CEO NU Ideaktif, Syamil Fahim dan CFO Gula CSR iaitu Mohd Azahar Mohd Salleh bersama isteri memberi kenangan manis buat semua peserta.
Menghimpunkan 40 vendor usahawan biskut raya dengan hampir 10 ribu kupon sampel biskut raya diberikan secara percuma kepada pengunjung, dalam ucapan perasmian YB Hajjah Aiman Athirah berkata, usaha dilakukan Mingguan Wanita ini sangat disokong kerana membantu golongan wanita menerusi kempen Bangkit Wanita.
“Golongan B40 dan M40 antara yang terkesan dengan pandemik sebelum ini. Jadi usaha menghimpunkan golongan wanita dalam fiesta begini dengan bermula dari rumah menghasilkan biskut, ternyata ia satu usaha sangat baik kerana ia selari dengan usaha KPWKM yang turut mempunyai kempen Wanita Bangkit.
“Negara kita menyediakan banyak dana dalam membantu golongan wanita berpotensi untuk mencapai kejayaan dari segi ekonomi dan golongan wanita boleh merebut peluang memajukan diri dalam perniagaan menerusi dana disediakan,” katanya yang turut mengalu-alukan Mingguan Wanita datang ke Kementerian berbincang untuk program Bangkit Wanita.
Sementara itu, CEO Nu Ideaktiv, Syamil Fahim memaklumkan, selama lebih 40 tahun Mingguan Wanita berada di pasaran dengan jualan majalah dahulunya mencecah 160 ribu seminggu serta lebih 4 juta pembaca setia untuk media sosialnya terkini berjaya membawa suara wanita ke persada gemilang.
“Kempen Bangkit Wanita yang kita usahakan sejak 3 tahun lalu, dijayakan dengan pelbagai aktiviti menghimpunkan 40 pengusaha biskut raya dan moga usaha begini berterusan,” katanya semasa ucapan alu-aluan.
Dalam fiesta sehari semalam, selain promosi jualan dan tempahan biskut raya, banyak aktiviti pentas interaktif bersama pengunjung telah diadakan.
Menampilkan Hanif sebagai pengacara yang penuh lincah, penaja utama CSR turut memberikan pelbagai hadiah menarik di booth mereka. Dengan hanya follow laman sosial mereka, pengunjung menerima beg hadiah menarik di mana pelbagai produk Gula CSR diberikan secara percuma buat pengunjung bertuah.
Persembahan fiesta semalam dihangatkan dengan persembahan bertenaga dari Marsha Milan Londoh yang menyampaikan dua buah lagu iaitu Girls On Fire selain lagu popularnya, Kembali Terang.
Selain persembahan pentas dari Marsha, ada banyak aktiviti pentas berlangsung seperti demo bancuhan topping dekorasi biskut bersama pengasas Gula Cakery, Nor Arieni Adriena, pertandingan tekan-tekan semperit biskut raya, demo biskut raya kurang manis oleh pengasas Easy Bake Lab iaitu Cik Dayang, pertandingan susun-susun biskut raya, pertandingan tekan biskut semperit raya bersama Puan Hanani yang datang jauh dari Terengganu, happy hour dan banyak lagi di mana pengunjung selain membeli kuih raya dan membuat tempahan, mereka juga membawa pulang hadiah lumayan dan banyak disediakan pihak penganjur.
Turut diadakan, acara biskut raya terbesar oleh para pelajar kulinari dalam Pertandingan Biskut Raya Gergasi.
Sebanyak tiga universiti / kolej memasuki pertandingan ini terdiri dari Food Institute Of Malaysia (FIM), Saito University dan Institut Kemahiran Belia Negara Kemasek Kemaman Terengganu. 9 kumpulan telah bertanding melibatkan 36 penyertaan pelajar.
Kumpulan juri yang diketuai oleh Puan Norhayati dari Taylor Universiti, Puan Nor Arieni Adriena dari Gula Cakery dan Marsha sepakat memilih kumpulan Zucchero dari IKBN yang menghasilkan biskut Giant Golden Flakes seberat 15 kg.
Kumpulan Zucchero memenangi hadiah utama sebanyak RM700 serta nilaian RM10,000 bagi artikel mengenai sekolah masakan terbaik, hadiah iringan serta sijil penyertaan.
Pemenang kedua dan ketiga dimenangi oleh pelajar dari Food Institute Of Malaysia yang menerima wang tunai RM500 dan RM300. Bagi saguhati, hadiah sampingan dan sijil disediakan buat kesemua pelajar yang bertanding.
Fiesta diteruskan dengan pelbagai aktiviti bermula seawal jam 10 pagi dan menghampiri kemuncak acara pada jam 9 malam bila mana penganjur utama Gula CSR menawarkan hadiah lumayan sebanyak 36 kg gula Better Brown kepada vendor yang memenangi tiga kategori yang dipertandingkan iaitu vendor Paling Aktif Promosi Di Sosial Media, vendor Sampel Biskut Paling Laris dan vendor Booth Tercantik.
Yums Delicacies telah memenangi vendor paling aktif promosi di media sosial, diikuti Ayu Bakery bagi kategori sampel biskut paling laris sementara pemenang vendor booth tercantik jatuh kepada The Kelopak Bakes. Masing-masing teruja membawa 36 kg gula Better Brown yang sememangnya digunakan dalam pembuatan biskut raya untuk menambah rasa enak pada biskut.
Fiesta yang penuh kemetiahan dan warna-warni ini dijangka akan dianjurkan sekali lagi dengan tema yang berbeza pula. Hingga jumpa lagi di fiesta akan datang.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Penjagaan kulit terutamanya kulit wajah amat penting bagi semua orang. Sayangilah diri dan kulit anda dengan penjagaan kulit yang baik agar kulit tidak bermasalah. Kulit wajah yang sihat dan cantik memberikan banyak manfaat kepada kesihatan dan keyakinan dalam diri sendiri.
Sebaiknya sebelum memilih produk penjagaan kulit wajah, seharusnya anda mengenalpasti dan memahami terlebih dahulu apa yang kulit mahukan. Setiap orang tidak ada jenis kulit yang sama dan masalah kulit yang dihadapi.
Umumnya terdapat lima jenis kulit:
Normal
Anda wanita yang bertuah apabila miliki kulit seimbang iaitu dari segi kelembapan kulit, minyak dan ketahanan.
Berminyak
Kulit nampak berminyak dan berkilat selepas beberapa jam dicuci. Disarankan untuk memilih pencuci muka dengan pH rendah (acidic) untuk memudahkan proses penyingkiran minyak.
Kering
Paling ketara apabila liang roma pada kulit sukar dilihat selepas beberapa jam muka dicuci. Seharusnya anda harus elakkan diri daripada menggunakan pencuci muka yang mengandungi alkohol dan minyak.
Sensitif
Selalunya anda akan berasa gatal-gatal ataupun tegang dan senang alami alahan bila terkena bahan kimia tertentu. Elakkan pencuci muka yang mengandungi pewangi (fragrance), minyak atau bahan kimia yang boleh merengsakan kulit.
Kombinasi
Kebiasaannya sebahagian kulit wajah akan berminyak pada bahagian zon-T bagi wanita yang mempunyai kulit kombinasi. Manakala bahagian lain adalah kering atau sensitif. Oleh itu pilih pencuci muka yang lembut pada kulit dan bilas dengan air suam.
Atasi Kulit Sensitif Dengan Produk La Roche-Posay
Mempunyai kulit sensitif bukanlah pengakhiran hidup sebaliknya anda boleh memilih produk terbaik iaitu La Roche-Posay untuk mengatasinya. Produk La Roche-Posay telah disarankan oleh lebih 90,000 pakar dermatologi seluruh dunia.
Misi utama La Roche-Posay ialah untuk menawarkan kehidupan yang lebih baik untuk wanita yang mempunyai kulit sensitif. Dicipta oleh ahli farmasi sejak tahun 1975 lagi, jenama ini telah menembusi pasaran di lebih 60 negara.
Selain menawarkan rangkaian perjagaan kulit harian yang unik, ternyata produk ini juga telah dikembangkan agar sesuai bagi setiap jenis kulit. Sudah tentu La Roche akan memberikan rawatan yang sepadan dengan masalah kulit yang dihadapi setiap wanita.
Jenama ini membangunkan formula dengan menggunakan air dari sumber haba di Thermal Center, Pusat Dermatologi pertama di Eropah yang kaya dengan ‘Selenium’. ‘Selenium’ dikatakan mempunyai ciri antioxidant dan juga agen penyembuhan.
Kelebihan utama produk La Roche-Posay adalah kesemua produknya telah menjalani ujian klinikal yang ketat untuk keberkesanan dan selamat biar pun pada kulit sensitif.
La Roche-Posay merupakan jenama dermo-kosmetik pertama di seluruh dunia. Antara rangkaian produk yang kami menawarkan ialah Lipikar (kulit kering), Anthélios (photoprotection), Effaclar (jerawat), Tolériane (kulit sensitif) dan Cicaplast (pembaikan kulit).
Sudah tentu kulit kami memerlukan penjagaan yang rapi lebih-lebih lagi kini waktu negara kita dilanda Covid-19. Biarpun wajah tersorok disebalik pemakaian topeng muka, jangan abaikan penjagaannya dan sayangi kulit sebaik mungkin lebih daripada kebiasaannya.
Berikan penjagaan TENDER LOVING yang diperlukan dengan menggunakan produk bebas paraben dan wangian yang telah disyorkan oleh pakar dermatologi seluruh dunia. Jika anda sayangi kulit, jangan ketinggalan dapatkan produk kami dari ‘LaRoche-Posay x Shopee Super Brand’ pada 27 hingga 28 Mei di sini
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Sukar menyimpan? Masalah ini bukan hanya dialami oleh wanita bujang, malahan mak-mak yang telah mempunyai anak turut mempunyai masalah yang sama. Kebanyakan daripada kita walaupun sudah bertahun-tahun bekerja, namun duit entah hilang ke mana, langsung tidak boleh menyimpan.
Pengurusan kewangan memang langsung tidak tahu, ditambah pula dengan sikap suka berbelanja tak tentu hala. Sebenarnya cara termudah adalah mula menyimpan melalui akaun simpanan dalam jumlah tertentu pada setiap bulan.
Tetapkan satu akaun bank, contohnya akaun Maybank2u.Premier, Maybank sebagai akaun khusus untuk menyimpan duit simpanan bulan-bulan. Jika tiada keperluan, seeloknya janganlah dikeluarkan lansung duit didalam akaun ini. Hanya gunakan dimasa kecemasan sahaja.
Cara Menyimpan Dengan Betul:
1. Dapat Gaji Simpan Dahulu Setiap bulan, jika mahukan tabungan secara berjadual sebaiknya selepas sahaja terima gaji simpan dahulu wang gaji. Tetapkan jumlah tertentu, selesaikan segala bil serta komitmen dan akhirnya barulah berbelanja mengikut kemahuan.
2. Mulakan Menabung Sejak Awal
Paling terbaik, anda mula menyimpan sejak muda atau pada ketika masih belum banyak komitmen. Biar pun bergaji kecil, biasakan diri menabung barulah anda terbiasa dan lama-lama tidak berdepan dengan masalah tak boleh menyimpan kerana amalan menabung telah subur sejak awal.
Kita juga sukar meramal masa depan, sekarang kita masih sihat jadi mampu berjimat sebaik mungkin. Esok, lusa belum tentu.
3. Tetapkan Matlamat Untuk Memiliki Aset Sendiri
Setiap daripada kita mempunyai impian untuk memiliki kereta dan rumah sendiri setelah bergaji. Ini boleh dijadikan motivasi terbaik untuk kita mengorak langkah dalam menabung. Langkah terbaik sebelum anda membeli aset ini adalah cukupkan tabungan dahulu sama ada melalui simpanan atau pun pelaburan.
Contohnya, kita nak ada rumah sendiri 5 tahun dari sekarang dengan wang pendahuluan sebanyak RM30,000. Apa yang kita perlu anda buat? Mulakan dengan menabung dahulu!
Simpanan yang konsisten sebanyak RM500 sebulan boleh menjadi lebih daripada RM30,000 dalam masa 5 tahun sahaja. Nah, sekarang kita dah boleh membayar wang pendahuluan rumah impian. Ingat, tetapkan matlamat dan berusaha untuk memastikan kita dapat mencapai matlamat kita.
Sumber: Google
4. Tambahkan Pendapatan Sampingan
Zaman sekarang tak dinafikan komitmen terhadap keluarga terutamanya bab anak-anak memang tinggi termasuklah kos pengasuh, tadika, perubatan dan pendidikan anak-anak.
Kadang-kadang walaupun kedua suami isteri bekerja tetapi tetap tidak mampu menampung kos sara hidup yang tinggi. Menabung apatah lagi. Kini tiba masanya anda mencari pendapatan sampingan untuk menjana pendapatan tambahan.
Sekurang-kurangnya dengan adanya pendapatan sampingan anda dapat menyimpan untuk masa depan keluarga dan anak-anak.
5 Sebab Perlu Membuka Akaun Maybank:
1. Memudahkan Urusan Perbankan Harian
Sekarang ini, hampir setiap wanita atau mak-mak memilih untuk melakukan urusan jual beli dan pembayaran bil secara dalam talian. Oleh itu, kenalah ada akaun perbankan dalam talian yang dapat memudahkan urusan kita.
Dengan akaun simpanan Maybank, kita juga mendapat akses kepada Maybank2u, perbankan dalam talian yang boleh memudahkan urusan perbankan anda. Hanya online sahaja dari rumah, selesai semuanya.
2. Kurang Terdedah Jangkitan Covid-19
Gara-gara Covid-19, negara kita melalui fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Untuk memudahkan anda membuka akaun dan seterusnya melakukan urusan perbankan yang lain, boleh berurusan di Maybank2u sahaja. Ya, buka akaun di dalam talian pun boleh di Maybank.
Caranya mudah sahaja:
Apabila akaun sudah diaktifkan, bolehlah mula menggunakan Maybank2u yang ternyata lebih selamat dan kita juga kurang terdedah dengan jangkitan Covid-19. Senang kan bila semua urusan di hujung jari.
3. Pulangan Menarik Ke Atas Simpanan Bulanan
Akaun Maybank2u.Premier serta akaun Maybank yang lain bukan sahaja memudahkan urusan perbankan harian anda dengan Maybank2u, malah simpanan bulanan anda juga mendapat kadar faedah yang tinggi dan dikreditkan setiap bulan.
Jadikan akaun ini khusus untuk anda simpanan setiap bulan anda dan yang paling utama disiplin. Fokus kepada matlamat kewangan anda. Jumlah simpanan bulanan samada kecil atau banyak tidak penting. Setiap bulan hadkan perbelanjaan dan lebihkan kepada menyimpan untuk masa kecemasan dan juga pendidikan anak-anak.
4. Simpanan Dilindungi oleh PIDM
Sebagai ahli Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM), simpanan anda di Maybank adalah dilindungi oleh PIDM sepenuhnya, sehingga RM250,000 seorang pendeposit.
Manfaat ini adalah automatik dan kepada para pendeposit, ini adalah jaminan yang simpanan anda di dalam akaun bank adalah selamat dan akan dibayar balik sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini oleh pihak insitusi kewangan.
Jadi, tidak perlulah lagi risau atau ragu untuk menyimpan di dalam akaun bank. Kalau ada lagi mak-mak yang menyimpan duit di rumah, teruslah pergi ke mana-mana cawangan Maybank yang terdekat. Selamat lagi menguntungkan.
5. Berpeluang Memenangi Ganjaran Hebat
Menariknya bukan sahaja dapat menabung, bermula 1 April hingga 30 September 2020, kita semua berpeluang memenangi hadiah berupa pelaburan emas dan e-baucar. Hanya buka akaun deposit Maybank yang mengambil bahagian dan teruskan menyimpan setiap bulan untuk mendapat penyertaan.
Anda sudah memiliki akaun Maybank? Boleh la terus menyimpan bulan-bulan untuk menyertai kempen ini. Kalau dahulu simpan sedikit sahaja, sekarang inilah masanya untuk tingkatkan jumlah simpanan bulanan.
Penyertaan ini terbuka kepada pemegang akaun Maybank yang sedia ada dan baharu. Dapatkan maklumat lanjutdisini:
MW: Tanamkan niat untuk menabung atau menyimpan sejak awal demi masa depan kita, terapkan juga pada anak-anak dengan membuka akaun simpanan untuk mereka. Percayalah bahawa menabung sedikit demi sedikit, lama-kelamaan akan menjadi banyak di masa depan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Uqasha Senrose meragui status perkahwinan dakwa tarikh nikah berbeza seperti dicatat dalam sijil nikah. Terbaru menerusi perkongsian di Instagram Uqasha Senrose mendakwa berlaku kesilapan...