Sosej Telur Super Sedap, Cicah Sos Cili & Mayonis Memang Terangkat!

Share

Jadi mak-mak ni, kadangkala takda idea nak siapakan bekal sarapan pagi atau hidangan minum petang untuk anak-anak.Tak susah sebenarnya nak buat menu yang sedap, cuma perlu olah dan jadi lebih kreatif sikit dengan bahan-bahan yang ada.

Mak-mak boleh cuba resipi sosej telur yang dikongsikan oleh Puan Rosliza Nawi ini sebagai rujukan.Cukup mudah dan ringkas untuk disediakan.

Berikut perkongsiannya;

“Saya dah buat sosej telur.Sungguh sedappppp sangat…? Terima kasih empunya resepi.Mintak halal ye..Resepi ada di setiap gambar”

Bahan-Bahan:

Sosej
*Daun bawang
*Lobak
Telur
Garam, lada sulah, lada hitam
*Potong halus / dadu
Plastik aiskrim ( tiada dalam gambar )

Cara Membuat:

1.Pukul telur dan letak sedikit bahan perasa. Saya letak garam, lada sulah dan lada hitam sikit.
2.Masukkan daun bawang dan lobak yang telah di hiris tadi kedalam bancuhan telur.Kacau sebati.
3.Masukkan kedalam bekas yang ada muncung.Saya letak dalam jug plastik tu je.Supaya senang nak isikan dalam plastik aiskrim.
4. Masukkan sosej kedalam plastik aiskrim dahulu, kemudian tuangkan bancuhan telur tadi.
5.Bila masukkan dalam plastik aiskrim, jadi begini.

6.Kukus sekejap, agak-agak telur dah keras boleh angkat. Guna api perlahan, kalau tak dia pecah dan akan terkeluar isinya.

7.Hasil setelah dikukus.Rupanya tak cantik, sebab teroverrr kukus, tapi rasanya super sedap. Tak tipu.

8.Lepas kukus, boleh grill pakai marjerin. Grill manja-manja je. Api sedang, kalau tak rentung.

9.Hidang dengan sos cili dan kewpie mayonis.Memang terangkat.

Selamat Mencuba!

Info Ekstra!

Untuk kukus, tak nak pakai plastik aiskrim pun boleh.Ikut pada pandangan dan kesukaan masing-masing ye.

MW: Sedapnya sosej telur ni. Mak-mak boleh cuba buat untuk anak-anak bawa bekal sarapan pagi ke sekolah atau untuk hidangan minum petang nanti. Mesti anak-anak suka.

Sumber: Rosliza Nawi

IKLAN