Setiap wanita mementingkan penjagaan kulit wajah dan penampilan diri. Malah cara penjagaan wajah dengan betul menerusi penggunaan produk kecantikan yang tepat juga memainkan peranan penting dalam memastikan kulit wajah cerah berseri, tiada jeragat dan hilangkan parut jerawat.
Apatah lagi bagi wanita yang bekerjaya dan seharian berada di pejabat lagi-lagi di bawah pendingin hawa, menjadikan kulit wajah kering.
Namun Hada Labo ada jawapannya, Hada Labo Premium Whitening Water Gel baharu sangat sesuai untuk wanita yang menjaga kecantikan kerana ia didatangi dengan manfaat tiga kali kuasa pencerahan dan kuasa penghidratan yang tinggi agar kulit kelihatan cerah, berseri, lembap sepanjang hari.
Produk ini juga diperkaya dengan ramuan pencerahan intensif yang cukup berkesan seperti Niacinamide, Vitamin C dan α-Arbutin yang turut mampu membantu menghilangkan jeragat dan parut jerawat.
Hada Labo Premium Whitening Water Gel juga diperkaya dengan dua jenis Asid Hyaluronic (HA) yang mampu meresap ke dalam setiap lapisan kulit untuk mengunci kelembapan dan memberikan kelembapan yang berpanjangan.
Ads
Tambahkan Keyakinan Pada Diri Setiap Wanita
Yakinlah setiap wanita yang memiliki kulit putih berseri akan menambahkan keyakinan pada diri mereka.
Hada Labo Premium Whitening Water Gel yang turut mengandungi ekstrak tumbuhan mengawal sebum berlebihan dan menghaluskan liang pori. Krim pencerah ini ternyata antara yang terbaik dan memastikan kulit kekal terhidrat pada setiap masa.
Ads
Hada Labo Premium Whitening Water Gel menjadi pilihan dan didatangi dengan tekstur gel ultra ringan menembusi secara mendalam tanpa melekit.
Ianya juga cepat menyerap ke dalam kulit. Sesuai digunakan dalam cuaca panas dan semasa memakai pelitup wajah.
Paling penting produk ini juga tidak mengandungi alkohol, bukan dari sumber haiwan, tiada pewarna, tiada pewangi dan tidak menggunakan minyak mineral.
Ads
Wow! Setelah mengetahui jawapan di atas anda pasti faham dan yakin dengan krim pencerah jenis ini!
Jadi jangan lepaskan peluang dapatkan HADA LABO, Premium Whitening Water Gel 50g segera. Produk ini boleh didapati di Watsons Malaysia berhampiran anda!
#hadalabomalaysia
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Wanita dan fesyen sememangnya tidak boleh dipisahkan! Apatah lagi keperibadian gaya sebenarnya merupakan terjemahan kepada personaliti seseorang.
Bukan sekadar memilih busana persalinan yang cantik, wanita yang mementing gaya tidak ketinggalan menitikberatkan soal pemilihan aksesori. Malah gajet pintar juga turut mempengaruhi keterampilan.
Kini wanita bukan sekadar memilih gajet pintar kerana kecanggihan teknologi semata-mata, malah reka bentuk serba moden dan penuh fesyen turut ditampilkan.
Pastinya edisi terhad Xiaomi 11 lite 5G NE cukup berbaloi dimiliki malah ia juga merupakan pelengkap fesyen wanita anggun ditambah seri dengan rantai leher Kristal Swarovski sebagai bonus.
Terbaharu dua nama gergasi dalam bidang kepakaran masing-masing, Xiaomi dan Swarovski telah mengumumkan kolaborasi yang pastinya memberikan pulangan yang berganda kepada pelanggan.
Paling istimewa dengan pembelian edisi terhad Xiaomi 11 lite 5G NE juga anda akan menerima sebuah kotak hadiah yang diserikan dengan kilauan rantai leher Swarovski.
Kolaborasi eksklusif Xiaomi dan Swarovski dengan rekaan kotak hadiah istimewa edisi terhad ternyata merentasi sempadan antara penataan gaya berserta teknologi yang lebih baik. Ternyata penawaran ini merupakan satu percubaan baharu yang berani ditampilkan Xiaomi terutamanya dalam gaya hidup komuniti yang gemar berfesyen dan membawa gaya memenuhi sinergi teknologi kepada semua orang.
Penampilan sempurna adalah antara yang dititikberatkan oleh wanita. Kecanggihan teknologi yang ditampilkan peranti pintar Xiaomi 11 lite 5G NE di mana reka bentuknya serba moden dan penuh fesyen.
Rekaan yang lebih nipis, langsing dan ringan menjadikan peranti pintar ini sebagai aksesori fesyen yang praktikal buat wanita bijak. Kerjasama sinergi antara Xiaomi dan Swarovski bertujuan menonjolkan ekspresi diri anda!
Sememangnya peranti pintar memainkan peranan penting dalam kehidupan. Peranannya lebih daripada alat komunikasi tetapi aksesori yang ditonjolkan merupakan pelengkap gaya seharian anda.
Xiaomi juga sentiasa berusaha menampilkan sesuatu yang istimewa dan unik untuk pengguna setia mereka. Edisi Baru Xiaomi 11 Lite 5G NE adalah bahagian inovatif yang menggabungkan ciri unggulan dengan reka bentuk yang luar biasa.
Mana tidaknya, Xiaomi 11 Lite 5G NE merupakan peranti ideal dengan reka bentuk yang anggun, nipis, langsing dan ringan. Peranti pintar ini juga badannya hanya 6.81mm tebal dengan berat 158g.
Malah reka bentuk yang nipis, ramping dan elegan bersesuaian dengan seni ketukangan koleksi perhiasan Swarovski yang begitu ikonik.
Ditambah pula dengan rekaan rona Snowflake White yang menampilkan reka bentuk warna yang cukup bersinar umpama kilauan kristal Swarovski. Bukan sekadar menampilkan gaya yang menawan malah wanita yang menghayun peranti pintar ini mampu mencuit hati yang memandang.
Paling istimewa Xiaomi 11 Lite 5G NE ini turut didatangkan dengan empat warna menarik iaitu Snowflake White, Bubblegum Blue, Peach Pink dan Truffle Black.
Setiap warna mempunyai aura tersendiri yang mampu menyerlahkan diri dan penampilan. Empat warna yang diperkenalkan menerusi peranti pintar ini sememangnya menjadi kesukaan wanita. Malah kesemua warna hadir dalam tonasi yang boleh digayakan mengikut kesesuaian busana harian.
Gabungan Xiaomi dan Swarovski menerusi kotak edisi terhad istimewa, ternyata pelanggan yang bertuah dapat menggayakan peranti pintar dengan aksesori rantai leher yang cukup mewah.
Pulang saja ke rumah, dengan membuka kotak, pengguna akan mendapat kejutan berganda mana tidaknya bukan sekadar elegan dengan telefon pintar canggih namun dipadankan pula dengan rantai leher khas Swarovski.
Hadiah ini cukup bermakna buat mereka yang sangat menghargai gaya!
Bukan itu saja golongan suami, anda juga boleh menghargai isteri dengan menghadiahkan edisi terhad Xiaomi 11 Lite 5G NE.
Malah hadiah peranti pintar moden dan kotak terhad ini juga akan menambahkan gaya eksklusif penampilan isteri anda.
Buka saja kotak terhad ini, bukan saja miliki peranti canggih, malah penampilan isteri tersayang akan lebih menyerlah dengan mengenakan rantai leher kilauan kristal Swarovski. Pastinya isteri anda akan rasa dihargai dan jatuh cinta kali kedua apabila memperolehi hadiah berganda ini.
Xiaomi 11 Lite 5G NE merupakan aksesori fesyen yang praktikal. Bukan sekadar gaya malah ia dilengkapi pelbagai fungsi.
Dengan 6.55″ AMOLED DotDisplay, sokongan TrueColor 10-bit dan Dolby Vision®, Xiaomi 11 Lite 5G NE menawarkan kualiti gambar yang sangat menakjubkan dengan warna-warna cerah luar biasa, kontras dan perincian yang menakjubkan.
Xiaomi 11 Lite 5G NE memberikan rakaman terbaik dalam kelasnya dengan kamera utama 64MP, kamera sudut ultra lebar 8MP dan kamera telemakro 5MP.
Skrinnya pula cukup memuaskan di mana ia menggunakan paparan AMOLED FHD+ bersaiz 6.55 inci dengan kadar segar 90Hz.
Begitu juga dengan kualiti gambar yang dihasilkan dari kamera utama 64MP sudut lebar, 8MP f/2.2 sudut ultra lebar dan 5MP f/2.4 telemakro dengan kamera swafoto pula sebesar 20MP.
Bonggol kamera tidak begitu tinggi dengan panel belakang pula diperbuat daripada plastik. Ciri lain yang disertakan ialah pembesar suara stereo, sokongan HDR10 dan pemancar infra merah untuk kawalan jauh.
Bagi mereka yang gemar bermain permainan Online memang tiada masalah. Malah ia mampu memainkan permainan tersebut dalam tetapan yang tinggi.
Malah Xiaomi 11 Lite 5G NE dilengkapi dengan bateri 4250mAh serta pengecas pantas 33W.
Ditambah menarik peranti pintar Xiaomi 11 Lite 5G NE menggunakan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 778G dengan capaian 5G.
Keupayaan Xiaomi 11 Lite 5G NE tidak perlu dipertikaikan kerana ia sebuah cip pemprosesan yang cukup berkuasa dan antara yang terbaik dalam kategorinya.
Promosi Kotak Edisi Terhad berharga dari RM 1,399 untuk varian 8GB + 128GB dan RM 1,599 bagi varian 8GB + 256GB hanya ditawarkan untuk tempoh masa yang terhad, sementara stok masih ada! Jangan lepaskan peluang, rebutlah segera, bawalah pulang kotak Xiaomi dan Swarovski edisi terhad anda di Kedai Xiaomi terpilih.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Memang ada benarnya penting bagi wanita zaman sekarang untuk mempunyai ilmu dan asas dalam menguruskan kewangan sendiri dengan baik. Ilmu ini sangat penting untuk wanita, baik yang bekerja mahupun suri rumahtangga. Pengurusan kewangan sendiri dapat diamalkan dengan beberapa cara. Antaranya ialah, dengan mempunyai simpanan sendiri, melakukan perbelanjaan secara berhemah, membuat pelaburan bijak dan sebagainya.
Bukan apa, ia sebagai persediaan dalam menghadapi kekangan seperti contoh, keadaan ekonomi yang tidak menentu, serta perlindungan kecemasan untuk masa depan nanti. Malah tidaklah kita sampai terlambat dalam menyedari kepentingan mengurus kewangan sendiri mahupun untuk keluarga.
Ini antara perkara yang wanita boleh melakukan untuk menguruskan kewangan dengan baik.
Untuk menguruskan kewangan dengan baik, wanita wajar mempunyai pendapatan dan simpanan sendiri. Wanita juga perlu belajar untuk menyimpan tanpa mengira bentuk hasil pendapatan, sama ada duit dari bekerja, berniaga kecil-kecilan, dividen pelaburan, bonus mahupun pemberian nafkah daripada suami.
Setiap ‘duit masuk’ atau pendapatan yang ada perlu diasingkan untuk simpanan sendiri. Sekurang-kurangnya, buat simpanan 10% dari pendapatan setiap bulan secara konsisten, kemudian tingkatkan jumlah simpanan sehingga 20% ke 30% setiap bulan. Jika berkemampuan, ada baiknya juga untuk wanita mempelbagaikan simpanan mereka, seperti membuat pelaburan bagi menambah nilai dan jumlah simpanan untuk jangka masa panjang, dan lain-lain.
Asas dalam pengurusan kewangan yang baik ialah mengetahui cara menguruskan hutang dan harta dengan bijak. Berhutang itu tidak salah namun uruskanlah dengan bijak. Jangan kerana hutang yang ada, membuatkan kita terbeban dengan tanggungan yang tidak wajar.
Tak dinafikan ramai sebenarnya yang masih mengambil mudah dalam urusan melangsaikan hutang ini. Tak kiralah berhutang pada orang lain, pihak bank dan sebagainya.
Oleh yang demikian, penting sebenarnya bagi kita agar tahu menguruskan setiap hutang dan harta dengan bijak. Antaranya, tidak terperangkap dengan hutang jahat seperti membuat pinjaman peribadi pada ‘kehendak’ serta perkara bukan keperluan yang akhirnya boleh memakan diri sekiranya tidak diuruskan dengan baik.
Bagi wanita terutamanya, sebolehnya ‘tahankan’ hati untuk membeli pelbagai barangan yang diingini secara berhutang. Sebaiknya jika ingin membeli sesuatu dalam jumlah yang besar, buat simpanan khas dan beli secara tunai. Ia mungkin mengambil masa yang panjang, namun ia lebih selamat dan berbaloi, berbanding hutang.
Bukan itu sahaja, pelajarilah beberapa teknik pengurusan hutang yang boleh diamalkan antaranya ialah ‘Snowball Effect’. Teknik ini dapat membantu menyelesaikan hutang yang mempunyai kadar faedah atau ‘interest’ yang tinggi dulu, kemudian diikuti dengan hutang-hutang yang lain.
Semoga usaha kita untuk melunaskan semua hutang-hutang ini, dapat membebaskan diri dari bebanan, sedikit demi sedikit.
Tahu menguruskan perbelanjaan secara berhemah merupakan antara perkara penting dalam menguruskan kewangan dengan baik. Wanita atau isteri selalu dianggap sebagai ‘Menteri Kewangan’ keluarga, kerana peranannya dalam menguruskan segala perbelanjaan dapur serta hal ehwal kewangan rumahtangga.
Oleh yang demikian, wanita boleh mengamalkan prinsip 50:30:20 dalam menguruskan kewangan, iaitu 50% perbelanjaan, 30% keperluan dan 20% simpanan apabila menerima gaji atau pendapatan pada setiap bulan.
Pastikan tidak berbelanja lebih daripada kemampuan dengan mengukur baju di badan sendiri. Malah sangat penting dalam memastikan pendapatan yang diperolehi lebih besar dari komitmen dan perbelanjaan bulanan yang perlu dilangsaikan.
Pada masa yang sama, selalulah mengenal pasti dan menganalisis tahap kewangan anda pada setiap 6 bulan, mahupun setahun sekali atau setiap kali gaji dinaikkan. Ini penting bagi memastikan tahap kewangan berada di tahap yang sihat dan digunakan secara berhemah.
Akhir sekali, untuk menguruskan kewangan dengan baik, wanita juga perlu mengetahui dan mempunyai matlamat kewangan yang jelas. Para wanita perlu bertanya, apakah tujuan wang simpanan tersebut dan apakah kegunannya? Wang simpanan adalah untuk digunakan pada hari tua, waktu kecemasan, pendidikan anak-anak, deposit pembelian rumah, menunaikan umrah/haji dan sebagainya, bergantung pada objektif setiap individu.
Dalam memastikan setiap matlamat simpanan tercapai, penting untuk mewujudkan tabung khas pada setiap tujuan. Sebagai contoh, ‘Tabung Kecemasan’, wanita perlu ada sekurang-kurangnya 3 hingga 6 bulan gaji, juga sebagai persedian bagi menghadapi waktu yang sukar mahupun musibah yang boleh berlaku. Anggaran ini adalah supaya boleh bersedia apabila diuji dengan keadaan yang tidak dijangka.
Iklan ini belum disemak oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
*Penafian:
Artikel ini disiarkan bertujuan untuk mendidik dan memberikan kesedaran dan tidak harus ditafsirkan sebagai tawaran atau memujuk untuk menerima tawaran atau melanggan produk Kenanga Investors Berhad (“KIB”). Tiada wakil atau jaminan dari KIB, atau sebarang penerimaan tanggungjawab atau liabiliti untuk ketepatan, kesempurnaan atau kebenaran ke atas maklumat yang terkandung.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!