
Siti Nur Atikah Ahmad Shukri
Kemalangan ngeri yang meragut enam nyawa di Kampung Baru Pinang Tunggal meninggalkan kesan mendalam buat seorang wanita, Siti Nur Atikah Ahmad Shukri, 40.
Dia bukan sahaja kehilangan anak lelakinya, Iskandar Arfan Ibrahim, 7, tetapi juga ibu, Nora Mhd Husin, 55, dua adik, Ahmad Shafiq, 29 dan Ahmad Fahim, 21, serta isteri Ahmad Shafiq iaitu Jamaliah Sannusi, 29, serta anak mereka, Ahmad Mikail berusia dua bulan.
BACA ARTIKEL: Keterujaan Naik Proton X50 Baharu Bertukar Jadi Tragedi, Anak Lelaki Tengah Makan Berhenti Sebab Nak Ikut Sama
Seorang lagi mangsa dilaporkan cedera iaitu anak Ahmad Shafiq iaitu Aulia Sofea, 3, mengalami kecederaan parah di bahagian muka dan dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar.
“Saya sanggup jaga Aulia Sofea. Dia dah macam anak saya sendiri…”
Demikian kata Siti Nur Atikah Ahmad Shukri, 32, ibu saudara kepada Aulia Sofea Ahmad Shafiq, 3, yang terselamat dalam kemalangan ngeri di Sungai Petani, petang semalam.
Mangsa yang kini bergelar yatim piatu sedang menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar.
“Bagi saya, kalau Allah takdirkan dia untuk ‘pulang’ pun saya reda sebab mak dan ayah dia pun dah tiada (meninggal dunia).
“Kalau Allah bagi pinjam lagi pun saya terima. Dia dah macam anak saya sendiri, saya sanggup jaga,” katanya.
Meskipun mangsa mengalami kecederaan serius, mangsa dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Dalam masa yang sama, Siti Nur Atikah turut kehilangan anak bongsunya, Iskandar Arfan dalam kemalangan itu.
“Adik (panggilan Iskandar Affan Ibrahim, 7) nampak sangat seronok sebab nak ikut nenek dan bapa saudaranya naik kereta Proton X50 yang baru dibeli, semalam.”
Cerita Norzamilah, ibu saudara kepada Iskandar Affan.Perit untuk membayangkan soal kehilangan ahli keluarga dalam tragedi seperti ini, sama-sama kita doakan agar Aulia Sofea diberikan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusannya. Aamiin Ya Rabbal Alamin.
Sumber berita: Berita Harian