Siapalah yang tak kenal dengan pasangan usahawan jenama kosmetik D’Herbs Dato’ Sri Aliff Syukri Kamarzaman, 30 dan Datin Sri Nur Shahida Mohd Rashid,32. Rupanya selain hebat berbisnes, pasangan bahagia ini juga pandai memasak di dapur, malah turutk memiliki restoran sendiri iaitu Romah Makan Terlajak Laris.
Semalam, Dato’ Sri Aliff Syukri atau lebih dikenali dengan tagline ‘abang terlajak laris’ ada berkongsi video resipi Siakap Stim Limau Ala Thai dilaman instagramnya.Menu tersebut disediakan bersama isteri tersayang untuk hidangan berbuka puasa.
Berikut cara-cara untuk masak Ikan Siakap Stim Limau Ala Thai yang dikongsikan oleh beliau;
Bahan-Bahan:
Ikan Siakap
Daun limau purut
serai
halia
bawang putih
sos ikan
cili padi
garam
limau nipis
serbuk pati limau
Ads
Cara Membuat:
1.Kukus ikan siakap dalam periuk pengukus.
2.Masukkan daun limau purut,serai dan halia, biarkan selama 15 minit.
3.Kemudian cincang bawang putih, cili padi.
4.Masukkan bahan-bahan yang dicincang tadi kedalam sos ikan.
5.Masukkan pula serbuk pati limau kedalam sos tadi dan kacau sebati.
6.Perahkan pula dengan limau nipis dan masukkan sedikit garam.
6.Akhir sekali masukkan kedalam ikan yang telah dikukus dan letak sekali hirisan limau nipis.
Jadi kalau mak-mak nak rasa Ikan Siakap Stim Limau Dato’ Sri Aliff Syukri dan Datin Sri Shahida ni,bolehlah cuba resipi ini untuk hidangan berbuka puasa nanti.Tak perlu dah makan dekat restoran ala thai, boleh buat sendiri di rumah je!
Awalnya Abby Abadi menulis kapsyen yang dia sedang mencari bayi baru sebagai anak angkat di laman Instagam miliknya semalam, dan dalam hari yang sama Allah tunaikan kehendaknya untuk memiliki bayi lelaki.
Cukup mudah urusannya, hari ini dia lalui hari yang berbeza dengan kehadiran bayi lelaki baru itu malah nampak begitu teruja menguruskan persiapan dan kelengkapan anak kecil itu bersama suaminya, Muhammad Faizal Zakaria.
Apa yang menarik, Norman Hakim dan Memey serta anak-anaknya juga menyambut kedatangan bayi itu dengan baik melalui perkongsian video yang dirakam oleh Norman sendiri.
Assalamualaikum. Pagi ❤️
Sahabat, boleh tolong saya tak?
Saya nak mencari baby untuk saya dan suami jaga sebagai anak angkat. Boleh share info di mana saya boleh ambil/ pergi tengok dan sebagaiya.
Kalau boleh yang tiada syarat ketat dan bukan-bukan sebab niat saya ikhlas nak menjaga anak itu sebaiknya. Apa pun buleh bincang dulu. Mohon ye share info disini. TQ.
Pesanan:
Yang sedang mengandung sekarang pun dialu-alukan DM saya kalau tak nak baby tu ye. Jangan dibuang dik. Kesian dia.. Meh bagi kita. Kita akan bagi sikit belanja unutk ibunya kembali dapat pulihkan kehidupannya ya.
Rezeki. TQ ALLAH ❤️
Dah dapat. Baby Boy.
Bila ALLAH nak bagi… Syukur.
Doakan semoga segala urusan dokumentasi dipermudahkan
Pesanan:
Keluar hospital terus kita gi ambil baby ni. Nama pun tak ada lagi ni. Nanti-nantilah saya share gambar ye. @normanhakim_786 jangan share dulu video tadi. Puk kang.
Ambil Baby yang baru berusia 9 hari ni terus gi shopping beli barang-barang Baby. Terserempak Oman, Memey dan anak-anak kat Wangsa Walk. Oman terus ambil video dulu. Walaupun rasa tak aci, tak apa lah, kita pun tak nyempat nak ambil.
Cakkkkk!
Sipi-sipi la dulu ye. Maluuuuuuu….
Masa baru bangun tidur tadi. Tangan tu memang tak suka dibedung.
Tangan lepas takpe, kaki kena bedung juga ya, biar jalan segak dah besar nanti.
Pesanan:
Kakak Baby nya nak gi sekolah pun susah pagi ni, nak pegang babylah, nak ciumlah, nanti balik sekolah nak dukunglah. Ni adik kakak Baby lah, comel. Takde dengki-dengki pun. Baik hati dia, macam…
Ini dia bayinya.
Berubah-berubah muka dia sebab baru 10 hari.
Semalam susah nak tengok dia buka mata. Pagi ni macam dah besar je tetiba.
Jangan jadi juri ya kat sini cakap Baby begitu begini . Asal Baby sihat, syukur dah kami.
Nama siapa?
Muhammad F________ F_________
Atau mungkin
Muhammad D________ F_________
Belum final lagi sebab beberapa urusan pun tak dpt diselesaikan lagi.
Doakan ye urusan baby dan kami dipermudahkan. Semoga Baby ini membesar menjadi anak yang soleh, bergelar Al Hafiz macam Abang Danish dan menjadi hamba yang kuat membantu agama ALLAH. Semoga ALLAH redha Baby ni jadi Baby kami suami isteri.. Aminnn #tolongaminkanjuga
Ok dah tidur balik.
Abahnya lepas mandikan Baby, dah gi mandikan Atuk, belikan makan Opah (Mak Ayah kita) Mamanya baru nak mandi ni.
Chop chop, ada yang tanya, kata suka kak Abby ada baby, nak hadiahkan Baby saya ni itu ini. Sya alu-alukan. Baby takde pantang. Benda free Mama terima je, DM ye. Saya jawab bila free nanti.
Pesanan:
Oklah, Sambung nanti. Nak berkemas ni. Business tergendala hari ni sebab adik-adik pembantu kita gi daftar untuk semester baru. Tunggu akan dijawab nanti order-ordernya ye. Love U, Bye!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Wanita yang melibatkan diri dalam industri ‘lorong gelap’ atau pelacuran sering dianggap hina serta dipandang rendah dalam mata masyarakat.Namun sebaliknya berlaku di New Zealand, apabila seorang aktivis yang juga bekas pekerja seks tersenarai untuk menerima gelaran kehormat New Zealand hari ini sempena ulang tahun Ratu Elizabeth II, sebagai mengiktiraf jasanya dalam industri pelacuran itu.
Catherine Alice Healy yang menerima anugerah “Dame Companion of the New Zealand Order of Merit”, memainkan peranan penting dalam ‘menghalalkan’ pekerja seks New Zealand pada 2003 serta memperkenalkan undang-undang pelacuran paling liberal di dunia.
Healy, 62, terkejut dengan penghormatan itu yang melayakkannya menerima pengiktirafan New Zealand Order of Merit.
“Ia sesuatu yang bukan saya jangka. Malah, saya sentiasa mengatakan, saya menjangka ditahan pada awal pagi, bukan penghormatan seperti ini dan saya amat terharu,” katanya kepada Radio New Zealand.
Healy mengetuai Kolektif Pelacuran New Zealand sejak 1989 dan ucapan penghormatan menyebut, beliau membangunkan penyedia kesihatan awam dihormati di peringkat global. Beliau menerajui kempen untuk pembaharuan undang-undang 2003 yang membenarkan rumah pelacuran dan pelacur jalanan beroperasi secara sah.
Pembaharuan itu bermaksud, pekerja seks mendapat liputan manfaat pekerjaan, kesihatan dan undang-undang keselamatan, memberi mereka hak yang tidak pernah dinikmati sebelum ini. Healy berkata, gelaran baharunya menunjukkan berapa banyak sikap sudah berubah.
New Zealand memberi penghormatan dua kali setahun iaitu sempena Tahun Baharu dan ulang tahun rasmi Ratu Elizabeth II pada awal Jun.
Penerima lain termasuk bekas Perdana Menteri Bill English yang dianugerahkan kesatria.
Soal anak, jodoh, berat badan adalah antara perkara sensitif untuk dijadikan bahan gurauan mahupun topik bersembang. Dalam meraikan Aidilfitri ketika ditebak dengan soalan-soalan ini oleh makcik-makcik bawang, memang boleh hilangkan mood untuk terus beraya.
Baru-baru ini, pelakon Siti Elizad ada meluahkan perasaan berang dan terkilan didalam ig story dan twitternya dengan tindakan segelintir tetamu yang sering bertanya soalan berkaitan cahaya mata kepadanya ketika sedang sibuk meraikan Aidilfitri. Elizad atau Siti Elizad Mohamad Sharifuddin, 34, menyifatkan soalan-soalan yang diajukan tersebut sebagai sensitif dan tidak menghormati perasaan orang lain.
“Kepada makcik-makcik bawang, yang kepochi (kepoh) masa beraya, ini aku nak cakap sikit bagi lekat dekat kepala. Soalan di hari raya, bila nak ada anak? Bila nak buat anak? Tak ikhtiar ke? Cara tak betul ke?
“Mari sini aku nak cakap aku ni manusia biasa, jadi tiada jawapan untuk semua itu,” tulisnya di Twitter dan Instagram miliknya pada Selasa.
Elizad telah mendirikan rumah tangga dengan duda dua anak, Shamsul Baharin Rahman, 46, pada 11 Januari 2015. Lebih jengkel lagi kata Elizad, pertanyaan tersebut diikuti dengan tindakan memegang dan mengusap perutnya. Pelakon drama Teman Lelaki Upahan itu berkata, pertanyaan tersebut juga menjejaskan emosinya untuk beraya.
“Sekarang aku faham macam mana budak-budak bujang yang belum ada jodoh, kau sibuk tanya bila nak kahwin? Aku yang sudah kahwin belum ada anak orang sibuk tanya bila nak ada anak?
“Pegang-pegang perut aku sambil cakap belum ada isi ke dalam? Menunjukkan betapa ceteknya didikan kau, kau rasa seronok ke melawak tentang benda tu semua?” ujarnya.
Elizad mengingatkan agar orang ramai tidak lagi bertanya tentang itu kerana ia bukanlah satu gurauan. Tambahnya, sebagai seorang manusia biasa, dia sendiri tidak mengetahui rezeki dan jalan hidup yang sudah disusun untuknya.Malah, dia juga mempunyai harapan untuk dikurniakan cahaya mata seperti mana pasangan suami isteri lain.
“Berhenti bertanya soalan begitu. Kalau tiada soalan nak tanya atau tidak reti bergurau lebih baik diam.
“Belajarlah menghormati perasaan orang sebab itu aku ni jenis tidak lama beraya dekat rumah orang,” katanya.
Ada benarnya apa yang diluahkan oleh Siti Elizad ni. Tak perlulah bergurau atau tanya isu-isu sensitif musim-musim raya ni. Daripada elok nak merapatkan hubungan silahturahim jadi sebaliknya pula, bermasam muka dan berkecil hati.Doakan je yang baik-baik. Semoga Siti Elizad banyakkan bersabar dan dimurahkan rezeki dengan anak satu hari nanti.