Setahun suami keluar khuruj, isteri kongsi rasa seperti bercinta semula tapi versi halal. Bila kita meletakkan keyakinan tinggi kepada Allah, kita akan sentiasa yakini Allah akan menjaga kita.

Satu perkongsian di Tik Tok @blessinghunter94 pemilik akaun Hidayah dan Hanip dua hari lalu membuatkan ramai terharu. Manakan tidak, setahun suami keluar menyebar agama ke jalan Allah dan apabila kembali semula ke pangkuan keluarga, perasaan kali pertama bertemu itu seakan waktu bercinta. Namun ini versi cinta halal dengan dua orang cahaya mata.

Dapat dilihat dari video dikongsikan oleh  isteri kepada seorang jemaah tabligh yang baru sahaja menamatkan misi khuruj selama setahun di jalan Allah, Hidayah di mana suaminya Hanip seakan malu-malu untuk bertentang mata malah memakai cermin mata hitam bagi menutupi “perasan malu” bertemu isterinya kembali selepas setahun keluar ke jalan Allah.

Setahun Suami Keluar Khuruj

Setahun Suami Keluar Khuruj, Isteri Kongsi Rasa Seperti Bercinta Semula Tapi Versi Halal“Alamak dah kurus, itulah perkataan pertama Hidayah sebaik melihat suaminya yang sudah tidak ditemui setahun selepas keluar khuruj.

“Time nie dah blussing”, macam baru bercinta semula pula perasaan dia. Awkward rasa lama tak jumpa. Tiba-tiba pakai spek mata hitam pulak dia sebab malu nak bertentang mata.

Ads

“Alhamdulillah. Penantian telah berakhir. Terima Kasih Allah, kerana dah satukan semula kami sekeluarga. Semoga pengorbanan kecil kami ini jadi asbab hidayat tersebar ke seluruh alam. Aamiin.

Hidayah turut berkongsi momen di mana pertemuannya dan suami berlangsung dalam versi pendek sebelum mengambil keputusan bernikah.

“Dulu kami kahwin mengejut. Tak sempat bertunang apatah lagi bercinta. Dalam masa dua minggu nadzor, taaruf sikit, persiapan kahwin dan terus nikah dan walimah. Kami ambil masa dua minggu untuk kenal hati budi masing-masing sebelum nikah. Bercinta selepas nikah,” tulisnya di video yang tular dengan jumlah tontonan melebihi 1.5 juta.

Ads

Jelasnya lagi, dua tahun lepas dirinya dan suami pernah berborak mengenai perasaan bahagia ketika mereka baru bernikah. Dan Allah menjawab pertanyaannya itu di mana dirinya merasakan perasaan bahagia itu sekembalinya suami dari berjuang ke jalan Allah.

“Alhamdulillah, Allah beri perasaan bahagia itu bercinta selepas nikah dengan versi halal, siap pakej anak dua,”katanya yang terlihat bahagia dengan adanya suami di sisi. Dapat dilihat juga, anak sulung pasangan ini erat memeluk kembali ayahnya selepas setahun tidak bertemu.

Mengakui dalam tempoh setahun pemergian suami, dirinya tak terkecuali diuji termasuk anak sakit, kereta rosak namun dirinya mampu menanganinya seorang diri.

Ads

Apa pun, di doakan pasangan ini bahagia hingga ke syurga dan terus menyebarkan agama ke jalan Allah.

TONTON VIDEO MENARIK DI SINI :-

“Biarlah hukuman mati itu dikekalkan. Tak ada kekhilafan dalam hukuman sebelum ini. 8 tahun kami sekeluarga menderita menantikan keenam-enam tertuduh melalui detik itu.

Demikian luah Hawa Osman ibu kepada arwah Zulfarhan yang didera kejam ditekap dengan seterika wap sebanyak 90 kali termasuk di kemaluan.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI