
Astro Originals Good Boys Go To Heaven baru sahaja menayangkan episod pertamanya, tetapi impak drama thriller psikologi ini sudah mula terasa luar biasa di media sosial.
“Sesak Dada Lepas Layan”
Paling mencuri perhatian apabila seorang petugas kesihatan berkongsi di Threads bagaimana episod pertama drama itu membuatkan dia kembali teringat kepada kes kanak-kanak yang pernah dikendalikan sendiri. Pengakuan tersebut terus mengundang pelbagai lagi reaksi emosi daripada penonton lain yang mengaku drama ini meninggalkan rasa “berat” dan sukar dilupakan.
Ada ibu bapa yang tanpa sedar terus memeluk anak selepas episod tamat. Reaksi sebegini jarang kita lihat dan mungkin di situlah terletaknya keistimewaan Siri Astro Originals, Good Boys Go To Heaven.
Threads mula dipenuhi dengan teori, persoalan dan rasa curiga terhadap setiap karakter dalam cerita ini.
“Tak ada siapa nampak innocent.”
“Aku rasa semua orang simpan rahsia.”
“Drama ni buat aku trust nobody.”
Hanya dengan SATU episod, Good Boys Go To Heaven sudah berjaya membuatkan penonton jadi “detektif” sendiri. Ramai mula replay semula dialog, memerhati setiap riak wajah dan mencari klu kecil yang mungkin terlepas pandang.
Dan satu persoalan kini mula menghantui ramai penonton:
Astro SHAW berjaya mengadun drama ini dengan cermat dan kemas. Karya Mira Mustaffa begitu mencengkam setiap emosi kali ini. Drama ini tidak bergantung kepada jumpscare murahan atau adegan melampau untuk membuat penonton takut. Sebaliknya, ia bermain dengan emosi, sunyi dan trauma secara perlahan hingga meninggalkan rasa tidak selesa yang melekat lama di kepala.
Siri ini tidak memaksa rasa takut dan tidak menjerit untuk mengejutkan penonton. Ia menyusup perlahan, meninggalkan ketidakselesaan yang menetap lama di hati.
Lakonan Beto Kusyairy dan Zahirah MacWilson pula menjadi antara kekuatan utama yang diperkatakan. Kesedihan yang dipaparkan terasa begitu nyata sehingga penonton terlupa mereka sedang menyaksikan sebuah lakonan.
Dalam masa sama, ramai mula membandingkan Good Boys Go To Heaven dengan psychological crime drama antarabangsa dan K-drama premium kerana visualnya yang dark, kemas dan penuh detail emosi.
Malah poster rasmi drama ini juga dipuji kerana tampil minimal tetapi cukup kuat membawa rasa misteri dan kehilangan tanpa perlu terlalu “menjerit” untuk mencuri perhatian.
Kalau episod pertama pun sudah berjaya buat ramai penonton overthinking dan mula mencipta teori sendiri, nampaknya misteri sebenar Good Boys Go To Heaven baru sahaja bermula.
Memasuki minggu kedua, misteri pembunuhan Ahyan semakin meresahkan. Setiap teori membawa lebih banyak persoalan. Setiap episod menuntut perhatian penuh.Selepas seminggu lebih tayangan, media sosial dibanjiri komen-komen luar biasa. Bukan sekadar pujian biasa tetapi perbualan yang sarat dengan emosi. Saksikan Good Boys Go To Heaven di Astro One dan Sooka.