Serangga Masuk Telinga, Boleh Ke Biar Kalau Binatang Itu Dah Mati?

Share

Kalau tetiba serangga masuk telinga, anda jangan kalut masukkan air dalam telinga semata-mata harapkan binatang itu keluar balik. Atau nak mencuba keluarkan serangga itu dengan cutton bud, AWAS! Boleh jadi hasilnya telinga jadi makin sakit!

Jadi apa yang perlu anda buat apabila telinga dimasuki serangga?

Nah, ikut saranan Dr Ezairy M.Sallih ini, moga mak ayah boleh kurangkan sakit kalau telinga anak-anak dimasuki serangga.

Sakitttt!!

Tiba-tiba anak anda mengadu sakit telinga teramat sangat. Anda ‘suspect’ ada serangga masuk ke dalam telinga. Terasa ada objek atau hidupan bergerak-gerak.

 

Apa anda perlu buat?

1. Bertenang. Ini paling penting.

2. Jangan masukkan apa-apa objek untuk cuba mengeluarkannya. Risiko tercedera!

3. Iringkan kepala ikut graviti, sambil menggoyangkan kepala dan telinga, sesetengah keadaan serangga akan keluar.

4. Letakkan minyak zaitun, minyak sayuran, atau baby oil ke dalam salur telinga.

5. Sekiranya serangga tidak lagi bergerak, besar kemungkinan ia sudah mati.

6. Jumpa doktor untuk mengeluarkannya di klinik atau hospital.

Bolehkah ia dibiar sahaja walaupun sudah mati?

TIDAK BOLEH. Jangkitan telinga boleh berlaku dan ia perlu dikeluarkan.

Haaaa… lepas ini kalau tengok gaya anak kecil macam pelik main telinga siap menangis, sila bawa jumpa doktor dengan segera!

IKLAN