“Sempat Melawat A. Aida, Lihat Wayar Sudah Berselirat Di Badannya” Ameng Kongsi Bekas Isteri Sudah Sedar Masih Kenal Anak

Share

“Sempat melawat A. Aida, lihat wayar sudah berselirat di badannya” itulah antara yang dikongsi oleh Ameng Spring tentang bekas isterinya.

Malah Ameng juga berkongsi detik cemas apabila anaknya menghubungi dan memberitahu Datuk A. Aida dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) di sebuah hospital di ibu negara baru-baru ini.

“Sempat Melawat A. Aida”

Dirinya mengetahui hal tersebut apabila anak sulungnya Wan Az Aleesa menghubungi dirinya.

“Anak saya telefon sambil menangis teresak-esak. Saya ingatkan kucing dia mati sebab dia ada kongsi dalam sosial media tentang kucingnya yang sakit. Rupanya mama dia yang sakit.

“Lepas dapat panggilan, saya terus ke hospital bertemu anak saya. Dia beritahu tahu saya doktor suruh baca Yasin. Jantung ibunya sudah berhenti sebanyak lapan kali.

“Saya sempat melawat A.Aida. Saya lihat wayar sudah berselirat di badannya ketika tu. Waktu itu saya sedar ini bukan sakit biasa-biasa. Tetapi sakit kronik. Pada mulanya saya syak dia kena serangan jantung disebabkan faktor umur. Tetapi rupanya dia mengalami komplikasi,” terang Ameng seperti mana dipetik menerusi Kosmo! Online.

Koma Selama 4 Hari

Alhamdulillah bekas isterinya sudah sedar daripada empat hari koma.

“Saya tengok seolah-olah dia sudah tiada harapan. Jadi kami telah lakukan bacaan Yassin dan solat hajat. Alhamdulillah pagi tadi (semalam) saya dapat panggilan daripada anak saya memaklumkan ibunya sudah sedar.

“Yang paling penting bila dia sedar, dia kenal anak dia. Maknanya otak dia masih berfungsi. Selalunya kalau orang sedar daripada koma mereka susah untuk ingat.

“Tetapi dia masih belum boleh bercakap kerana ada tiup di dalam mulut. Cuma bila anak saya tanya kenal tak dia, dia angguk. Insya-Allah dalam masa terdekat dia mungkin akan dipindahkan ke wad biasa,” jawabnya.

Untuk rekod sebelum ini A. Aida rebah selepas melakukan rawatan fisioterapi. Difahamkan A. Aida baru dua hari menjalani pembedahan di kedua-dua lututnya sebelum kejadian.

Sumber : Kosmo! Online

 

BACA DISINI : Rezeki Tertutup Bila Pukul Isteri, A Aida Tak Akan Beri Tawaran Berlakon Pada Hafidz Roshdi

Bagi Fattah, setiap pasangan perlu sekufu dalam hal agama dan tujuan hidup. Itulah yang menjadi pegangan utama dalam membina rumah tangga yang kukuh.

Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.

“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.
Published by
Norhayati Suboh