“Semoga Allah Lindungi Isteri Saya”. Hati mana yang tidak gusar saat terpaksa meninggalkan isteri tercinta di hospital. Itulah dilema pelakon terkenal, Fattah Amin, 35, apabila terpaksa berangkat ke Korea Selatan atas urusan kerja, sementara isterinya, penyanyi Amira Othman, 32, masih menerima rawatan.
“Semoga Allah Lindungi Isteri Saya”
Merusi satu hantaran ringkas di InstaStory, Fattah menitipkan doa penuh agar Allah memelihara kesihatan suri hatinya.
“Semoga Allah lindungi isteri saya dan beri kesembuhan secepatnya. Amin Ya Rabbal Alamin. I love you @amiraothman,” tulisnya penuh kasih.
Amira Tak Lepas Terbang Untuk Ke Luar Negara
Selepas itu Fattah berkongsi luahan Amira yang sangat memahami tuntutan kerja yang perlu dilaksanakan oleh Fattah.
Ads
“Aloo omeii suami saya. Saya pujuk dia suruh fly juga sebab kesian team Rissa dah prepare A to Z.
Allah sebaik-baik perancang. Terima kasih teman saya tidur hospital semalam. Be safe and have fun in Korea.
Saya tak lepas lagi nak terbang. Tiga doktor pakar saya jumpa, semua cakap tak boleh fly sebab cuaca sana sejuk.
Insya-Allah doakan saya selalu. Ok je ni sikit lagi. I love you @fattahaminz, saya kirim @thelikeyuti jaga awak ye,” tulis Amira.
Untuk rekod sebelum ini Fattah telah memuat naik gambar sebuah katil hospital dalam tona hitam putih, menimbulkan tanda tanya ramai mengenai kondisi sebenar Amira.
Ads
Walaupun pasangan ini tidak mengulas lanjut, peminat mula berteka-teki apabila melihat perubahan bentuk badan Amira, ada yang mendakwa Amira mungkin sedang berbadan dua. Namun, sehingga kini, tiada kenyataan rasmi berhubung perkara tersebut.
Seorang wanita warga emas yang dilaporkan hilang sejak tiga hari lalu akhirnya ditemui dalam keadaan tidak bernyawa di sebuah parit berhampiran kebun pisang di Kampung Teluk Kerdu, Hutan Melintang, pada Sabtu.
Mangsa, Halimah Idris, 77, ditemukan sekitar jam 10.50 pagi oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang melibatkan pelbagai agensi termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) serta Unit Anjing Pengesan (K9).
Pemangku Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Perak, Shazlean Mohd Hanafiah berkata, operasi mencari mangsa dimulakan sebaik pihak bomba menerima laporan kehilangan pada Khamis lalu.
“Mangsa dikatakan keluar dari rumahnya dan tidak pulang. Difahamkan, mangsa juga mengalami masalah ingatan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Sabtu.
Menurut beliau, usaha pencarian hari pertama dijalankan dalam radius empat kilometer dengan membahagikan pasukan kepada beberapa kumpulan terdiri daripada pelbagai agensi serta penduduk kampung.
Operasi itu kemudian diteruskan pada hari berikutnya dengan memperluaskan kawasan carian sehingga lima kilometer menggunakan kaedah sweep search bagi memastikan setiap kawasan dilalui diperiksa dengan teliti.
“Pada pagi Sabtu, pasukan SAR dibahagikan kepada dua sektor dan sekitar jam 10.50 pagi, mangsa ditemui dalam parit di kawasan kebun pisang dalam Sektor B.
“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan di lokasi kejadian,” katanya lagi.
Mayat Halimah Idris kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Operasi SAR kali ini turut melibatkan 8 anggota JBPM, 16 anggota polis, 10 anggota APM, 9 anggota Rela, dua anggota K9 PDRM, tiga anggota K9 JBPM serta tiga orang penduduk kampung.
Misi pencarian diketuai oleh Mohd Rozali Uyop dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hutan Melintang dengan bantuan Komander Operasi Kanan, Mohd Azroisan Wahab, dan berakhir sepenuhnya pada jam 3.37 petang.
Pihak berkuasa merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa serta mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat warga emas di Hutan Melintang ini.
Tragedi ini menjadi peringatan kepada masyarakat agar sentiasa menjaga keselamatan warga emas, terutamanya mereka yang mengalami masalah ingatan, supaya kejadian seumpama ini tidak berulang.
Ibu Fatin Syazwani luah kesedihan, “Makcik memang takut duduk seorang diri dalam sel lokap polis. Dipakaikan baju tahanan reman selain dipisahkan dari suami dan dua anak adalah satu pengalaman tak mampu makcik lupakan tapi inilah harga dibayar untuk bertemu anak sendiri. Selama berkahwin dengan pakcik hampir 30 tahun, inilah kali pertama berpisah tempat tidur dengan pakcik.
“Makcik menangis dalam lokap tu. Tapi makcik tak fikirkan diri sendiri ketika itu tapi hati makcik runsing fikirkan diri Fatin. Apa keadaannya. Bagaimana kesihatannya. Semalaman makcik tak boleh tidur memikirkan nasib Fatin. Itulah yang buat makcik sedih,” katanya berkongsi pengalaman tidur semalam dalam lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, di sini selepas ditahan pihak polis bagi membantu siasatan sebelum dibebaskan kira-kira jam 7 malam semalam.
Di dalam sel lokap, Aminah akui tidak menghiraukan keadaan dirinya sebaliknya hanya memikirkan nasib anak keduanya iaitu Fatin Syazwani, 27 yang berkahwin dengan Prince Syed atau nama sebenarnya, Syed Muhammad Syah Hasif Syed Othman serta dikurniakan dua cahaya mata.
“Makcik datang ke Gerik pun nak tengok anak serta cucu serta risaukan situasi Fatin yang dibedah perutnya.Makcik dapat tahu anak kena tebuk di leher lepas buat pembedahan perut tu. Kami cuma datang nak tengok anak tapi Prince Syed tak beri tengok walau kami mesej beritahu mahu tahu keadaan Fatin sehinggalah pergaduhan tercetus yang membawa mereka sekeluarga ke lokap polis.
Jelasnya lagi, selepas semalaman ditahan reman, sekitar petang semalam dia, suami Ishak Saif, 59 serta dua anaknya, Muhd Syahmi Faiz, 31 serta Muhammad Ikhwan Alif, 22 telah dibebaskan oleh peguam yang dilantik.
“Kami kena keluarkan RM3000 untuk membayar kos peguam dan tahu kes ini akan ada pendakwaan kelak. Sebagai ibu, selama tujuh tahun Fatin mendirikan rumahtangga, makcik sekali pun tak pernah masuk campur urusan rumahtangga mereka dan hanya mamandang sahaja. Tapi bila soal kesihatan Fatin tidak dimaklumkan, itu buat kami risau,”katanya ketika ditemui Mingguan Wanita
Dalam pada itu, selepas dibebaskan dari lokap polis semalam, Aminah akui berpeluang bertemu anaknya sendiri di hospital petang tadi.
Mengakui urusan itu tidak mudah kerana tidak diberikan kebenaran melawat anak sendiri, dakwa Aminah mereka sekeluarga terpaksa bertemu pihak pengurusan hospital meminta izin mereka bertemu anak sendiri, Fatin Syazwani.
“Sebelum naik ke wad, telefon pun kena bagi pada guard. Beg pun tak boleh dibawa naik. Hanya bawa badan saja. Niat ziarah nak tengok anak tapi makcik diiringi tiga orang polis bantuan hingga ke wad. Dua tunggu di luar dan seorang ada bersama kami. Ini semua atas arahan siapa,” soalnya yang jelas kecewa dengan kesulitan dilalui oleh mereka sekeluarga demi bertemu anak sendiri.
Jelasnya lagi, sepanjang setengah jam melawat anak, Fatin lebih banyak mendiamkan diri, tidak seperti karektor anak yang dikenalinya.
“Dia ada cakap akan balik ke rumah makcik selepas keluar dari hospital ini. Kami tunggu janjinya. Nak tengok sama ada betul menantu akan hantar Fatin ke rumah kami.
“Jujurnya sebagai mak, kita rasa tak bebas nak berbual dengan anak sendiri. Bila tanya anak sakit apa, tiada jawapan makcik perolehi. Keadaan pesakit hanya boleh dimaklumkan kepada suaminya, Prince Syed.
“Masa jumpa Fatin tadi, makcik peluk dia erat-erat. Rasa sebak tengok keadaannya. Dia nampak sihat tapi itulah tak banyak bercakap pun. Lebih banyak menunduk saja mukanya. Tapi itu dah cukup buat makcik rasa puas hati.
“Makcik tak boleh tanya banyak-banyak sebab kalau Fatin menangis kami kena keluar. Jadi makcik tak adalah tanya banyak-banyak walau ada banyak makcik nak tanya,”katanya yang sudah dapat melepaskan rindu bertemu anak sendiri.
Dalam pada itu suaminya, Ishak Saif, 59 memaklumkan malam pertama di lokap polis adalah kali pertama dia dan isteri tidur berasingan.
“Selama hampir 30 tahun berkahwin, malam semalam adalah kali pertama kami dipisahkan. Pakcik tak kisah kena lokap tapi kasihan pada isteri perlu melalui semua kemelut ini.
“Fatin dimasukkan ke hospital selepas kami paksa Prince Syed bawak Fatin ke hospital. Keadaan dia dah nampak lemah. Lehernya perlu ditebuk. Lepas didesak barulah Fatin dibawa ke hospital,”katanya memaklumkan ada banyak cerita mengenai menantunya itu.
“Bayangkan kehidupan mewah ditunjukkanya di media sosial hanyalah “penipuan” semata termasuk barangan kemas, nafkah RM200,000 sebulan dan sebagainya. Boleh saya katakan, sepanjang 7 tahun anak berkahwin hanya RM200 diberi kepada keluarga oleh Fatin. Selebihnya banyak kami yang bantu.
“Paling saya sedih, dua anak yang rapat dengan saya sebelum ini, tidur bersama saya, dipanggil Tok Ba tapi nampak renggang dan cucu yang sulung tak bercakap pun dengan kami. Apa semua ini.
“Mereka kalau datang ke rumah, Prince Syed diminta dilayan seperti raja. Nak ambil air sendiri pun suruh isteri. Selama ini kami hanya pandang saja perbuatan-perbuatan begini sebab nakkan anak bahagia. Tapi semalam adalah kemuncak kemarahan keluarga kami selepas Prince Syed tak benarkan kami bertemu anak sendiri,” dakwanya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Seorang jemaah haji wanita Malaysia kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Saudi German, Makkah selepas disahkan menghidap pneumonia sejak 13 September lalu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar memaklumkan bahawa jemaah berkenaan, Asmah Mansor, 71, telah menunaikan ibadah haji sepenuhnya meskipun berdepan cabaran kesihatan yang berat. Beliau menyifatkan ketabahan Asmah sebagai luar biasa dan wajar dijadikan contoh kepada jemaah lain.
Menurut Dr Mohd Na’im, Asmah Mansor mula menerima rawatan sejak 13 September 2025 akibat pneumonia. Keadaan kesihatannya masih memerlukan sokongan alat bantuan pernafasan atau ventilator secara berterusan bagi memastikan fungsi paru-parunya kekal stabil.
“Fokus kita adalah untuk memastikan kesihatan beliau pulih sepenuhnya. Asmah masih memerlukan sokongan ventilator sepanjang masa,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook hari ini.
Walaupun pihak hospital sudah memberikan lampu hijau untuk membawa pulang jemaah haji wanita Malaysia itu ke tanah air, proses berkenaan bukan sesuatu yang mudah. Ia melibatkan persediaan logistik dan perubatan yang sangat rumit serta kos yang tinggi.
Kos besar tersebut berpunca daripada keperluan penggunaan alat ventilator secara berterusan, termasuk ketika penerbangan pulang ke Malaysia. Ini penting bagi memastikan keadaan pesakit kekal stabil sepanjang perjalanan jauh dari Makkah ke tanah air.
Asmah akan terus menjalani rawatan intensif di Makkah sehingga pasukan perubatan menilai kaedah terbaik untuk memindahkannya dengan cara paling selamat dan sesuai.
“Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama mendoakan kesembuhan Asmah,” ujar Dr Mohd Na’im.
Beliau turut menegaskan bahawa Tabung Haji dan kerajaan Malaysia akan terus memastikan kebajikan serta rawatan terbaik diberikan kepada jemaah haji wanita Malaysia itu sehingga beliau pulih sepenuhnya.
“Semoga Allah SWT mengangkat darjatnya di sisi-Nya dan memberikan kesembuhan yang sempurna. Aamiin Ya Rabbal Alamin,” katanya lagi.
Faraj berbau hanyir selepas bersama suami boleh jadi tanda vaginosis bakteria. Ketahui punca, simptom dan cara atasi masalah kesihatan intim wanita ini.