Tersentuh Dengan Jihad Kemanusiaan GSF
Mengulas mengenai misi aktivis GSF, Elly menyifatkan pengorbanan mereka sebagai jihad luar biasa yang wajar dijadikan teladan rakyat Malaysia.
“Kadang-kadang jihad seseorang membuatkan kita rasa insaf. Hebat rakan bersama GSF, perjuangan mereka harus menjadi ikutan untuk kita semua.”
Penyanyi lagu Bungaku Bakawali ini turut merakamkan penghargaan kepada rakyat Malaysia dan komuniti antarabangsa yang berdiri teguh menyokong misi tersebut, sambil menitip doa agar semua yang terlibat kembali dengan selamat.
“Terima kasih rakyat Malaysia, satu dunia bersama mereka. Harap kita semua sama-sama kuat dan sabar menanti kepulangan mereka selamat sampai ke tanah air. Terima kasih aktivis atas keberanian anda,”ujarnya seraya mengakhiri perbualan.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE