
Selepas sahur bantai tidur balik, jangan pelik kalau tetiba pedih ulu hati. Ramai lagi yang suka buat tabiat ini, seolah-olah selesa dan konon nak cukupkan tidur.
Nak tahu lebih jauh apa kesan kepada diri jika suka amal tabiat tidur selepas sahur, jemput baca pekongsian ilmu daripada Public Health Malaysia tentang keburukan tidur selepas sahur.
Jam pukul 5.30 pagi. Baru sahaja lepas bantai nasi lauk pauk masa sahur, teguk air suam, dan kemudian sambung tidur. Terus rebah atas katil, sambung tidur terlentang sebelum pergi kerja.
Memang lah nikmat dapat sambung tidur lepas kenyang. Namun perasan tak apabila anda bangun pukul 8 pagi, tekak rasa perit semacam, dada rasa panas berangin, dan mulut rasa masam atau pahit?
Ramai ingat tekak perit tu sebab puasa dah mula, padahal asid perut anda yang tengah ‘party’ kat dalam kerongkong!
Inilah sebabnya tidur lepas sahur adalah tiket VIP ke arah Asid Refluks (GERD):
Perut kita direka untuk cerna makanan waktu kita tegak. Bila anda baring flat lepas makan berat, graviti dah tak boleh tolong tahan asid pencernaan itu kat bawah.
Pintu injap (sfinkter) antara perut dan kerongkong akan jadi longgar bila perut penuh. Asid perut yang sifatnya sangat tajam akan mudah mengalir terbalik dan ‘membakar’ dinding kerongkong anda waktu tengah sedap berdengkur.
Bila asid dan sisa makanan naik semula ke tekak, bakteria akan membiak dengan lebih cepat. Ini buatkan nafas waktu berpuasa jadi berkali ganda lebih busuk dari biasa!
Mulai sahur esok, tolong ubah tabiat ini:
– Lepas sahur, jangan terus baring! Duduk bersandar dulu sekurang-kurangnya 1 hingga 2 jam.
– Ambillah masa ni untuk baca Al-Quran sikit, kemas meja, atau lipat kain.
– Kalau mengantuk sangat dan terpaksa tidur, pastikan kepala dan dada ditinggikan sikit (guna 2 bantal atau bantal ‘wedge’).
Jangan seksa kerongkong anda. Nak puasa selesa, biarkan perut siapkan kerja mencerna dulu.
Kalau biasa cari bantal selepas subuh, jangan pelik kenapa anda rasa pedih ulu hati secara tiba-tiba.
Sumber info kesihatan: Public Health Malaysia