Selepas 8 Tahun Menanti, Jehan Miskin & Isteri Timang Cahaya Mata Sulung

Share

Akhirnya penantian selama lapan tahun cukup berbaloi apabila Jehan Miskin, 42 dan isteri kini sudah menimang cahaya mata sulung.

Jehan mendirikan rumah tangga bersama Julie Camelia Rhee Abdullah, 37, yang berasal dari Korea pada 4 Mei 2013.

Jehan Miskin Kini Jehan Bergelar Bapa

Selepas lapan tahun berkahwin, pelakon Jehan Miskin kini bergelar bapa, apabila isterinya, selamat melahirkan cahaya mata sulung pada Sabtu lalu.

Jehan berkongsi berita gembira tersebut menerusi laman Instagramnya dengan memuat naik foto permata hatinya itu buat pertama kali.

Bayi Lelaki Diberi Nama Axel Nova Rhee

Dalam perkongsian sama, Jehan turut mengumumkan nama bayi lelakinya itu yang dinamakan sebagai Axel Nova Rhee.

“Welcome to planet earth my son, Axel Nova Rhee bin Jehan, first of my name.

“Born just past midnight on the 9th day of CNY, with fireworks all around, you are truly a miracle,” tulisnya.

Baca Disini Juga: 

7 Tahun Berkahwin Akhirnya Jehan Miskin Bakal Bergelar Bapa ‘Bayi PKP’

“Anak Siapa Kalau Sahur Macam Ni..” Shuib Kongsi Gelagat Comel Uwais & Talita Di Meja Makan

Rakan Artis Ucap Tahniah

MW: Tahniah juga diucapkan buat Jehan dan juga isteri. Semoga anak yang dilahirkan menjadi anak yang soleh.

Sumber/Sumber Foto: Instagram Jehan Miskin.

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

IKLAN