“Selamat Berpantang, Putih Gebunya Baby” Isteri Usop Selamat Bersalin Anak Sulung.
Tahniah diucapkan buat penyanyi Usop yang sudah bergelar bapa. Isteri Usop, Nur Fatihah telamat selamat melahirkan bayi kesayangan mereka yang pertama.
Usop yang lahir dari program Mentor juga turut berkongsi nama anak lelaki mereka.
“Alhamdulilah. Assalamualaikum Muhamad saif umar. Terima kasih yang mendoakan istri usop.”
“Selamat Berpantang, Putih Gebunya Baby“
Sebelum isteri selamat melahirkan, Usop memohon doa orang ramai moga dipermudahkan isterinya bersalin.
Ads
“Semoga dipermudahkan urusan istriku” kongsi Usop
Untuk rekod, Usop berkahwin dengan Fatiha yang merupakan seorang model pada 3 Januari lalu dalam sebuah majlis akad nikah di Pejabat Agama Daerah Butterworth, Kompleks Darul Hidayah, Permatang Tok Gelam, Pulau Pinang.
Jangan sayang harta dunia! Bila mati satupun tak bermanfaat melainkan amal sedekah. Apabila mati anak Adam, maka telah terputuslah amalannya melainkan tiga perkara; sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, anak soleh yang mendoakan ke atasnya.
Pelbagai ragam manusia, ada orang yang baik dan pemurah, tidak kurang juga yang bersifat kedekut walaupun baik. Sebenarnya, semua manusia memang ada sikap ini. Cuma antara sedar dengan tak saja kita ada sifat kedekut dalam diri.
Sementara kita masih bernyawa sedekahkanlah barang -barang tersebut, jangan sayang harta dunia. Seperti yang dikongsikan oleh Puan Dzuriasikim Dzulkifli, pengalaman yang dilalui sewaktu mengemas sebuah rumah memberi pengajaran dan peringatan buat dirinya dan juga bermanfaat buat insan di luar sana.
“Saya ingin berkongsi satu pengalaman yang lama tersimpan. Ianya menjadi pengajaran dan peringatan buat diri saya sendiri juga…
Suatu hari dengan takdir Allah saya mengemas rumah seorang yang telah meninggal dunia…
Sinki rumah yang bersih. Namun ada bekas yang banyak seperti bekas biskut, tin tin minuman, botol minuman, bekas pencuci pinggan dan banyak lagi yang tidak perlu ada atau tidak digunakan. Sebahagian dalam kotak. Sebahagian di merata tempat. Di ruang dapur juga perlu melangkah barang-barang ini.
Dan banyaklah perkara lagi yang tidak dapat saya tuliskan di sini. Saya tulis untuk ingatkan diri saya sendiri…. Ketika itu saya terfikir….
Sementara kita masih bernyawa, selalulah ingatkan diri bahawa dunia ini hanya persinggahan semata. Tempat sementara. Kita tinggal di sini tidak lama. Selalu juga ingatkan diri bahawa kehidupan itu sendiri adalah nikmat yang sangat besar. Allahuakhbar.
Bukalah almari pakaian kita hari ini. Berapa banyak pakaian yang kita miliki. Berapa banyak tudung. Berapa banyak yang dipakai. Berapa banyak yang belum dipakai. Berapa banyak yang sudah berbulan tidak disentuh. Ada terlalu banyak pakaian yang kita miliki. Sedangkan kita hanya mampu pakai satu sahaja pada setiap kali.
Lihat berapa banyak barangan plastik yang kita simpan. Tetapi tidak dipakai. Saya sudah sedekahkan kesemua barangan Tupperware saya kepada adik beradik, saudara mara dan kawan-kawan. Hanya tinggal sangat sedikit untuk kegunaan sendiri. Benar-benar yang dipakai sahaja. Yang cantik dan masih dalam plastik semua saya berikan kepada orang. Sebelum ini saya menyimpan ia dengan sangat lama kerana berasa sayang dan suka melihat kecantikannya.
Lihat pula pinggan mangkuk kita. Adakah terlalu banyak. Atau cukup untuk kegunaan harian sendiri. Sebaiknya tidak perlu kita sediakan pinggan mangkuk yang istimewa hanya untuk tetamu. Yang hanya tersimpan di almari. Sementara kita dan keluarga makan dengan menggunakan pinggan biasa. Hidangkan untuk suami dan anak-anak dengan set pinggan terbaik. Ada orang yang tidak sempat menggunakan set pinggan idaman sendiri hanya kerana terlalu sayang.
Sebaiknya, kemaskan lah rumah kita selalu. Jika tidak mampu, sekadarnya pun sudah cukup baik. Tidak perlu simpan terlalu banyak barang yang tidak perlu. Yang tidak kita gunakan. Jangan sayang barang. Jangan sayang pakaian. Jangan sayang kasut. Jangan sayang perabut lama. Jangan sayang harta dunia. Hinggakan berasa berat untuk disedekahkan.
Tidak perlu beli beg tangan berjenama atau murah dengan terlalu banyak atau berlebihan. Satu, dua atau tiga pun sudah memadai.
Hendaklah kita selalu mengingatkan diri agar barangan yang bakal kita tinggal tidak menyulitkan orang lain nanti.
Apabila kita sudah pergi, tidak ada satupun yang bermanfaat lagi kepada kita. Melainkan amal dan sedekah.,” ujar Dzuriasikim Dzulkefli.
Mingguan Wanita : Sementara kita masih bernyawa sedekahkanlah barang -barang tersebut, jangan sayang harta dunia.
Sekarang ini, ramai anak muda berhijrah, janji kerja yang mereka dapat itu tawarkan gaji yang lumayan. Tak kisahlah kerja hanya tukang sapu, kutip buah dan sebagainya.
Boleh dikatakan kerja di luar negara agak lumayan gajinya. Contohnya, di Australia, Jepun, United Kingdom, Arab Saudi dan sebagainya dengan menawarkan pendapatan lumayan sehingga mencecah tiga kali ganda berbanding gaji di negara ini.
Tak hairanlah, anak muda sanggup cari ejen pekerjaan yang mampu tawarkan peluang pekerjaan di luar negara. Kerja biasa pun tak apa, janji kerja berikan income yang banyak.
Namun, jangan ingat mendapat kerja di luar negara sangat mudah waima dengan bantuan kawan sekalipun. Ada yang pernah tertipu bukan setakat dengan ejen pekerjaan, mungkin juga dengan kawan sendiri.
Inilah yang dikongsikan oleh Michelle Henry yang berada di Kota London, apabila terserempak dengan dua anak muda yang ditipu kawan untuk dapatkan kerja di situ.
“4 hari terkandas di London dengan tidur tepi mall. Ambil makanan di gereja dengan tak mandi dan telefon tak ada internet, bateri nak mati…
Ya Allah, tergamak kawan sendiri tipu macam ini. Katanya, dia ejen pekerjaan kat London. Pemuda ini dah bayar sebanyak RM10K untuk belikan tiket ke London dari KL-Singapura-London. Lepas itu tiket balik, si kawan ni buatkan yang dummy punya. Sampai saja di airport Singapura nombor kena block, duit poket pun tak ada.
.
Konon-kononnya, nanti bila smpai di London, ada orang akan tunggu di airport dan bagi duit belanja sedikit untuk permulaan kerja dan tempat tinggal. Semua ini atas dasar percayakan kawan sendiri.
Mich masa itu balik kerja dan terjumpa depan tempat kerja. Dua-dua lelaki melayu ini menangis minta tolong. Sebak dada.
Seorang itu terfikir nak murtd sebab orang gereja itu cakap, kalau tukar agama mereka boleh tolong buatkan visa, bagi makan minum dan tempat tinggal. Seorang lagi terfikir nak bunuh diri. Keadaan mereka sejuk, tidut tak berselimut dan makan sisi orang buang.
Mich peluk dan minta merka bersabar, jangan menangis. Semua ini ujian dari Allah, kalau kita niat dan ingat nak berhijrah untuk cari kerja, insya Allah pasti ada jalan.
Saya bawa mereka pergi makan, belikan simcard phone dan sambil jalan balik, singgah kedai belikan barang-barang mandi. Balik rumah minta mereka mandi bersih-bersih sambil buarkan kopi. Mich suruh mereka buang baju yang dipakai dah 4 hari tak tukar. Ada kawan Mich berikan baju yang mana muat.
Mich minta mereka telefon keluarga mereka dan beritahu keadaan mereka di sini. Dapat berbual seketika dengan mak mereka. Makcik itu menangis dan ucap terima kasih. Mich hanya cakap kat mak mereka supaya doakan perjalanan anak makcik di permudahkan dan selamat.
Ada part yang buat hati Mich tersentuh, bila masuk saja dalam rumah, terus budak-budak ni buat sujud syukur. Memang mereka minta pertolongan dari Allah. Harap-harap dapat jumpa orang yang boleh tolong, Allah makbulkan doa-doa orang teraniaya.
Dah siap makan, Mich ajak mereka jalan-jalan sekejap. Balik rumah, Mich bagi ceramah sikit tentang perjalanan hidup..hihihhi
.
.
Mich minta jugak mereka doakan Mich, doa-doa orang bermusafir nie mustajab kan…than mich suruh mereka tidur. Insya Allah, Mich tenfok apa pertolongan yang boleh diikhtiarkan.
Pesanan Mich, jangan percaya pada ejen-ejen yang tawarkan pekerjaan kat London, London paling susah nak bagi visa bekerja.
Mereka ada tanya, kat sini ada tak kerja ladang buah? Kat London tak ada ladang buah dik.
Mingguan Wanita : Hati-hatilah dan panduan buat anak-anak muda. Jangan mudah terpedaya dan percaya pada janji-janji bulan bintang. Niat dah baik untuk cari kerja dan bantu keluarga tapi itulah tersalah pilih kawan.
Sungguh tak dapat dibayangkan apabila rumah dipenuhi dengan pelbagai haiwan eksotik terutamanya spesies reptilia. Namun jika dah minat dan suka, tiada yang mustahil malah boleh menjadi sumber rezeki pula.
Siapa sangka bermula dengan minat, sepasang suami isteri berjaya membiak lebih 10 jenis haiwan termasuk ular di rumah mereka di Taman Rusa di sini.
Muhammad Helmi Izzuddin Yusof, 31, dan isterinya, Zulfarina Zulkifli, 30, kini selesa tinggal bersama lebih 200 ekor haiwan eksotik seperti ular, katak, cicak tokek harimau dan tarantula.
Menurut Muhammad Helmi, minat memelihara haiwan eksotik itu bermula semasa dia sedang belajar di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang di Selangor, 11 tahun lalu.
Katanya, selain minat membela spesies reptilia, dia juga mahu memastikan haiwan itu dapat melalui proses pembiakan dengan sempurna.
“Saya turut menjual haiwan ini secara dalam talian dan kami mempunyai lesen Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk memelihara haiwan eksotik ini.
“Saya anggarkan koleksi haiwan eksotik yang berada di rumah kini mencecah RM50, 000,” katanya ketika ditemui di rumahnya semalam.
Muhammad Helmi berkata, bagi kos perbelanjaan pemakanan, peruntukan tidak begitu tinggi kerana haiwan berkenaan tidak makan terlalu banyak.
Katanya, sebagai contoh, ular hanya diberi makanan sekali seminggu.
“Bagi haiwan eksotik kita perlu belajar mengenai selok-belok penjagaan supaya kekal sihat dan dapat membesar dengan sempurna.
“Paling penting kita harus menjaga kebersihan dan jangan biarkan kawasan kotor serta bersepah agar ahli keluarga kita sendiri berasa selesa,” ujarnya.
Sementara itu, Zulfarina berkata, dia turut membantu suami dengan mengambil tempahan dan mengumpul pesanan termasuk makanan ular yang dihasilkan oleh mereka sendiri sejak empat tahun lalu.
Katanya, dia bersyukur apabila perniagaan dari rumah bersama suami mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai.
“Kami bercadang ingin membuka sebuah premis menjual haiwan eksotik, makanan dan ubat-ubatannya.
“Ketika ini sebarang tempahan termasuk maklumat boleh dibuat di media sosial Facebook kami, Raptor Riot Malaysia HQ,” katanya.
Berusia 15 tahun, seorang pelajar perempuan kena tikam di kantin sebuah sekolah menengah di Banting di sini selepas membeli roti. Takut dengan budaya budak zaman sekarang, ada salah faham atau rasa tidak puas hati terus main pisau!