Bermula hari ini, penduduk mukim Klang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi mengekang penularan wabak Covid-19 yang semakin membimbangkan. Di sebalik arahan duduk rumah ini, penyanyi Liza Hanim juga terkesan.
Kerana terpaksa berjauhan selama 2 minggu dengan suaminya, Mohd Shahrin Mohd Samsudin.
Sewaktu aktif menyanyi dahulu, Shahrin merupakan anggota kumpulan Indigo. Dan kali ini, untuk rancangan realiti hiburan Gegar Vaganza 7 (GV7) Shahrin bakal menyertainya.
Memandangkan kawasan kediaman mereka terlibat dengan PKPB dan akan menyukarkan kelancaran urusan rehearsal, Shahrin membuat keputusan menginap di sebuah hotel di Kuala Lumpur.
Pasangan ini dikurniakan dua orang anak perempuan, Marysa Qistina dan Marysa Qaireen. Sememangnya terasa lain bagi seorang isteri yang sentiasa ke mana saja ada suami di sisi. Apa pun, kejauhan itulah nanti yang mengajar erti rindu.
MW : Semoga wabak Covid-19 segeralah pergi dari bumi Malaysia ini.
Pelakon yang juga isteri kepada Syamsul Yusof dan ibu kepada dua orang anak, Puteri Sarah Liyana baru-baru ini telah berkongsi pengalaman membuat ujian saringan Covid-19 (swab test) baru-baru ini.
Biarpun bukan kontak rapat kepada mana-mana pesakit Covid-19, namun Puteri Sarah mengambil inisiatif sendiri untuk menjalani ujian bagi memastikan diri bebas daripada virus berkenaan.
Menerusi sepotong video yang dikongsikan menerusi akaun Instagram miliknya, Puteri Sarah menyatakan sesiapa yang pernah memberitahu sakit ketika membuat ujian saringan, sebenarnya hanya untuk menakutkan orang lain.
“OK, siapa yang cakap sakit tu sebenarnya nak menakutkan korang saja. Tapi sebenarnya memang tak sakit. Sarah buat dekat dalam mulut dan dalam hidung. Tak sakit pun. Jadi, jalankan tanggungjawab anda.
“Buat Untuk Keselamatan Diri Sendiri & Famili”
“Dan lagi satu benda ni sangat wajib, lagi-lagi untuk kita yang sedang shooting ni, memang kena buat untuk keselamatan diri sendiri dan juga famili,” kongsinya.
Pereka fesyen terkenal, Ruzaini Jamil berkongsi berita sedih di laman instagramnya. Ibu mentua, Hajah Aminah Binti Ismail yang begitu dikasihinya akhirnya pergi menghadap Ilahi. Malah, sebelum perjalanan akhir, dia sempat menjahit bantal akhir untuk arwah ibu mentuanya itu.
Biarpun cuma sempat menikmati kasih mentua selama 4 tahun, kasih menantu ini tidak bertepi. Kerana melalui ibu mentuanya itulah dia dapat kenal apa itu kasih mentua. Dan berjanji akan menjaga isterinya sebaik ibu mentua menjaga ketika hayat masih ada.
Sebelum ini, arwah ibu mentuanya dimasukkan ke hospital disebabkan jangkitan kuman pada paru-paru.
Kongsinya,
“Assalamualaikum. 3 hari mak mertua saya pergi bertemu sang pencipta. Hanya 4 tahun lebih saya dapat berkasih sayang dan dapat mengenali apa itu erti mak mertua. Sempat berbisik di telinganya dan cium dahinya sehari sebelum dia pergi.
Boy minta maaf. Dan Boy doakan terbaik untuk mak walau apapun yang terjadi pada mak. Boy redha. Mak jangan risau kalu mak takdak pun boy akan jaga dikda macam mak jaga dia dulu”
Dalam hati boy, ‘mak pergi lah dengan tenang walau tak sempat tengok bakal cucu mak. Tapi boy yakin doa mak sentiasa ada untuk kami.’
Untuk mak, boy sempat jahit bantal untuk mak tidur di sana dengan tenang.
Al Fatihah untuk mak Hajah Aminah Binti Haji Ismail…kami pula akan menyusul nanti.”
Sementara isterinya, Hidayati Yahya turut berkongsi kisah betapa beruntung ibunya kerana Allah memberi ibunya nikmat rezeki anak-anak, menantu, cucu malah ahli keluarga yang baik untuknya.
Ketika membawa ibu ke destinasi akhir, isteri kepada Wan Ruzaini Jamil ini berkongsi kisah.
“Alhamdulillah… urusan menghantar mak tersayang ke destinasi terakhir telah selamat disempurnakan oleh anak-anak, menantu-menantu, cucu-cucu mak dengan bantuan saudara-saudara, dan jiran-jiran.
Urusan memandikan mak disempurnakan oleh anak-anak dan cucu mak dengan pertolongan daripada 2 orang makcik. Alhamdulillah dikda diberi peluang untuk mengambil wudhu’ terakhir buat mak. Sungguh, tak dapat nak tahan sebak sebab teringat masa kecil, tubuh kaku ini yang selalu mengajar cara-cara mengambil wudhu’ dengan betul.”
“Solat jenazah mak, diimamkan oleh anak mak, abang Halim. Makmum pula terdiri dari anak-anak yang lain, cucu-cucu, menantu-menantu, anak-anak saudara mak, jiran-jiran dan qariah masjid. Cukup dengan hanya mendengar laungan “Allahuakbar” ketika takbiratul Ihram dari suara anak lelaki mak, membuatkan rasa sebak tak henti-henti.
Waktu di liang lahad, mak disambut oleh 3 orang anak lelaki mak, abang Din, abang Halim dan abang Duan, dan kemudiannya dibantu oleh menantu-menantu, cucu-cucu, saudara-saudara dan jiran-jiran sehingga selesai pengkebumian.
Betapa besar Allah kurniakan rezeki untuk mak. Moga Allah kurniakan juga rezeki itu pada dikda nanti.
Di sini, ida / dikda nak ucapkan terima kasih kepada semua yang turut terlibat menyempurnakan pengkebumian mak, Hajjah Aminah binti Haji Ismail. Allah saja yang dapat membalas jasa tuan-tuan dan puan-puan.
Buat suami tercinta @ruzaini.jamil … terima kasih kerana izinkan dan beri peluang untuk sayang jaga mak bergilir-gilir dengan adik-beradik yang lain masa mak 3 hari di hospital. Sekarang hanya tinggal abang yang jadi jambatan sayang untuk ke syurga.. 2 lagi jambatan sayang kini tiada kerana Allah telah panggil pulang.” #chuminahsayang
Pelakon yang juga anak kepada penyanyi lagenda tanahair, Amy Search, Nabila Huda menerusi sepotong video yang dimuat naik di Instagram Story semalam meluahkan perasaan sedihnya.
Menurut Nabila dia mengalami keguguran buat kali kedua pada Isnin lalu.
Apatah lagi, dia dan suaminya, Mohd Izwan Johar sudah hampir lima tahun menantikan kehadiran cahaya mata.
Nabila tidak menahan sebak dan mengalirkan air mata sewaktu berkongsi kisah tersebut dengan pengikut di Instagram.
“Saya rasa kalian perlu tahu apa yang berlaku pada saya sejak dua hari lepas. Saya keguguran lagi buat kali kedua. Masa pertama kali tahu saya alami pendarahan, saya sangat kecewa. Semalam saya cuba untuk memulihkan semula perasaan itu.
“Sejujurnya, saya nak sangat ada anak. Terlalu nak sangat. Keinginan untuk ada anak tu nak sangat. Saya sangat teruja bila buat ujian dan doktor sahkan saya mengandung lagi. Tetapi dalam masa sama saya risau sangat tiba-tiba ‘dia’ tiada atau ‘dia’ jatuh atau ‘dia’ tak ada kat dalam tu (rahim).
Semakin Pulih & Positif Harungi Ujian
“Saya percaya, tak ada rezeki lagi, kesian dekat suami saya. Lama dia tunggu, kenapa susah sanga. Susah sangat bila kita teringin sangat… tapi saya kena move on. Saya ok, jangan risau. Semalam seharian fikir. Sakit rasanya,” jelasnya.
Terima Kasih Pada Yang Titipkan Katra Semangat & Doa
Dalam entri di Instagram yang berasingan, Nabila turut mengucapkan terima kasih kepada semua teman rapat, sahabat dan pengikut Instagram yang tidak putus-putus menitipkan kata semangat dan doa.
Untuk rekod, menerusi perkahwinan pertama, Nabila dikurniakan seorang anak perempuan, Keisha Laila yang berusia 10 tahun.
Satu tragedi kebakaran di Taman Rathna, Butterworth pagi Rabu semalam cukup menyayat hati bila mana seorang ibu ditemui rentung bersama anak angkatnya berusia sekitar 4-5 tahun. Lebih menyedihkan, kedua-duanya ditemui di ruang tamu rumah berhampiran pintu keluar dalam rumah yang hampir terbakar keseluruhannya.