hand sanitizer

Ramai yang sedia maklum ‘hand sanitizer’ atau cecair pembasmi kuman mampu membunuh segala bakteria daripada membiak pada tangan. Ia sekaligus mampu memberi perlindungan daripada terkena segala jenis penyakit yang berpunca daripada tangan yang kotor.Rupanya selain mampu basmi kuman pada tangan, ada 8 kegunaan lain ‘hand sanitizer’ ini yang ramai tak tahu.

Kami Kongsikan Antaranya:

1. Kilatkan Permukaan Bercermin

Manfaatkannya sebagai semburan cecair pembersih biasa kerana ia mampu mengilatkan serta membersihkan skrin telefon atau kaca mata dengan mudah!

2. Guna Sebagai Agen Pencuci

Kalau nak tahu, hand sanitizer bukan sahaja boleh digunakan sebagai pembersih tangan bahkan, anda juga boleh menggunakannya sebagai pencuci untuk menghilangkan lekit di meja, membersihkan tompok air kopi yang tertumpah di meja serta segala kotoran yang ada pada kusyen kereta mahupun pakaian. Tetapi, sila gunakan hand sanitizer asli yang bebas aroma (free-fragrance).

***Untuk menghilangkan kotoran degil pada pakaian atau kusyen, sapukan cecair tersebut dan biar ia sebati untuk beberapa ketika sebelum memberusnya dengan sabun dan air.

3. Menghilangkan Kesan Pelekat

Apabila membeli barang di kedai, sudah tentu tanda harga serta labelnya dilekatkan pada permukaan barang yang kemudian apabila dikopek, bekas gam akan tertinggal di permukaan objek tersebut.

IKLAN

Bagi menghilangkan sisa gam itu, boleh sapukan cecair hand sanitizer pada bahagian yang berkenaan sebelum mengesat dan mengikisnya secara lembut dengan sebarang kain atau tisu.

4. Menghapus Kesan Pen Marker Berdakwat Kekal (permanent)

Mungkin kadang-kala kita tersilap dengan menyangka pen marker permanent itu merupakan pen marker biasa. Oleh itu, hand sanitizer mampu menghilangkan kesan dakwat kekal daripadapen marker permannet yang sukar untuk dibersihkan dengan pemadam papan putih biasa.

5. Legakan Kegatalan Bekas Gigitan Nyamuk

Jika digigit nyamuk akan menyebabkan rasa gatal dan timbulnya bintik merah.Atasinya dengan sapu sahaja hand sanitizer pada bahagian tersebut, pastinya ia akan menhilangkan rasa gatal dan tak perlu menggaru sehingga luka.

IKLAN

Selain Mampu Basmi Kuman Pada Tangan, Ini 8 Kegunaan Lain ‘Hand Sanitizer’ Yang Ramai Tak Tahu!

6.Gel Rambut!

Menariknya, jika dalam keadaan terdesak bagi yang lelaki, sebenarnya boleh menggunakan hand sanitizer sebagai gel rambut.

7. Menghilangkan Parut

Jika ada parut pada bahagian tubuh sapukan sahaja cecair hand sanitizer ini di bahagian yang berkenaan.Menurut Griffin-Black, beliau pernah mencuba taktik itu menggunakan hand sanitizer lavender dan ternyata ia amat membantu untuk mengurangkan pigmentasi parut.

IKLAN

8.Sebagai Penyelamat ‘Tandas Awam’

Gelinya apabila mangkuk tandas awam yang kita gunakan sehari-hari itu dikongsi dengan punggung orang lain dan tidak terjamin kebersihannya. Oleh itu, sebelum duduk di mangkuk tandas (bagi tandas duduk), gunakan tisu dan sapu bahagian tempat duduk itu dengan hand sanitizer terlebih dahulu untuk membunuh kuman-kuman yang ada.

Selain Mampu Basmi Kuman Pada Tangan, Ini 8 Kegunaan Lain ‘Hand Sanitizer’ Yang Ramai Tak Tahu!

Menarik bukan! Semoga bermanfaat dan Selamat Mencuba!

Sumber: Wanista

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI