
Rumah Kena Pecah Masuk
Tular video di medsos sekeluarga berdepan detik cemas selepas menyangka rumah kena pecah masuk, rupanya berlaku sebaliknya.
Apa yang mengejutkan, kejadian itu disahkan sebagai salah faham selepas pemeriksaan polis mendapati tiada sebarang unsur jenayah berlaku.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, memaklumkan, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian tersebut kira-kira jam 1.50 pagi susulan panggilan kecemasan yang dibuat oleh jiran mangsa.
“Siasatan awal mendapati, keluarga berkenaan keluar dari rumah sekitar jam 9 malam pada Sabtu sebelum meletakkan cawan kaca di tombol pintu dapur sebagai petunjuk sekiranya berlaku pencerobohan.
“Apabila mereka pulang kira-kira jam 12.30 tengah malam, bunyi kaca pecah didengari dari bahagian dapur sehingga menimbulkan syak bahawa rumah dimasuki orang,”
katanya.Menurutnya, panik dengan situasi itu, penghuni rumah bertindak keluar semula dan meminta bantuan jiran untuk menghubungi pihak polis.
Sepasukan anggota dari Balai Polis Tanjung Minyak yang tiba di lokasi kemudiannya menjalankan pemeriksaan menyeluruh, namun tidak menemui sebarang tanda pecah masuk atau kehadiran individu mencurigakan.
Sumber: Sinar Harian