Ads

Sekelip Mata Kehilangan Suami, Isteri Luah Rasa Sebak Selepas Imamnya Dilanggar Lori

Kehilangan Suami
Kehilangan Suami

Sekelip mata kehilangan suami, isteri luah rasa sebak selepas imamnya dilanggar lori. Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu, mangsa Hanan berusia 33 tahun menunggang motosikal jenis Yamaha MT-15.

Langgar Motor Dan Jatuh Ke Lorong Tengah

Mangsa dipercayai melanggar bahagian belakang sebuah motosikal jenis Honda Dash 125 yang ditunggang lelaki tempatan berusia 31 tahun di lorong kiri lebuh raya.

Sekelip Mata Kehilangan Suami, Isteri Luah Rasa Sebak Selepas Imamnya Dilanggar Lori

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Zamzuri Mohd Isa,“Akibat pelanggaran tersebut menyebabkan mangsa hilang kawalan sebelum terjatuh ke lorong tengah lebuh raya.

“Ketika itu, sebuah lori treler yang dipandu lelaki tempatan berusia 41 tahun dari arah sama gagal mengelak dan membrek lalu melanggar mangsa,” katanya.

Sekelip Mata Kehilangan Suami

Sekelip Mata Kehilangan Suami, Isteri Luah Rasa Sebak Selepas Imamnya Dilanggar Lori

Ads

Menerusi perkongsian isteri arwah, Darleen Zakir, dia cukup terkejut dan rasa gelap dunia apabila menerima berita suaminya telah kemalangan dalam masa tidak sampai sejam semasa keluar dari rumah. Tulisnya:

Assalamualaikum, Hanan, suami syurga saya.

Baru pagi semalam kita sama-sama kejut anak nak pergi preschool. I hantar anak naik kereta, awak pergi kerja naik motor. 9.30AM I text tanya “Dah sampai office belum?”

Ads

Pukul 10.18AM you called me. But it wasn’t you. Polis. “Suami puan kemalangan. Kena langgar lori.”

Gelap dunia I. Hancur hati I yang. Hanya mampu meraung. I baru bersalaman dengan you pukul 7 pagi. Pukul 10 pagi you dah tak ada yang? Allahuakbar.

Terima kasih semua yang mendoakan Hanan.

Ads

Sekelip Mata Kehilangan Suami, Isteri Luah Rasa Sebak Selepas Imamnya Dilanggar Lori

Pemandu Lori Menangis

Pada masa yang sama, tular video pemandu lori meraung selepas kemalangan itu berlaku kerana rasa bersalah dengan apa yang berlaku. Sekelip mata tanpa sempat mengelak dan semuanya begitu cepat.

Apa pun, sama-sama kita doakan semoga Allah mengampunkan segala dosa arwah, melapangkan kuburnya dan menempatkan arwah di kalangan orang-orang yang beriman.

Sumber video: Poket Kedah

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Kulat Dinding

Jangan Pandang Remeh Kulat Dinding Yang Tumbuh, Anak 10 Tahun Kena...

Tolong jangan pandang remeh kulat dinding yang tumbuh, baru-baru ini ada anak 10 Tahun sampai kena tebuk paru-parunya. Ini nak salahkan siapa?