Bila dah jadi satu keluarga, perkara utama yang perlu dijaga ipar duai adalah hubungan baik sesama mereka kekal terpelihara. Paling indah, sampai ke akhir hayat hati kekal bertaut dan tiada masam muka.
Inilah cantiknya hubungan ipar duai antara Hijab Stylist, Azlia Idha dengan adik iparnya, Allahyarham Ahmad Saif-elisham yang kembali ke rahmatullah sehari selepas hari lahirnya yang ke 33 tahun.
Bila dikhabarkan adik iparnya yang baik itu meninggal dunia di Masjid pada Subuh 15 November lalu, hati kakak iparnya ini luluh. Empangan air mata tak dapat lagi ditahan tahan. Pecah!
Baik Adik Iparnya.. Sentiasa Fikirkan Orang Lain
Orangnya suka tersenyum, tak pernah saya tengok beliau marah. Saya selalu tanya “Ko tak pernah marah orang ek? Cool je.”
Orangnya sangat menyenangkan, suka membantu memudahkan urusan orang lain.
Nak cakap buruk tentang orang lain, memang jauh sekali.
Solat dijaga, dia tak pernah nasihat suruh orang solat. Dia suka ajak “Jom jemaah sekali.” Halus sekali dakwahnya.
Dia tak pernah judge orang. Jahat ke baik. Solat ke tak. Kaya ke sederhana; semua dia layan sama rata.
Kalau balik rumah kami, beliau suka keluar ke masjid lama-lama. Bila saya tanya kenapa pada adik; beliau kata nak bagi masa saya dan Erin (adik ipar) boleh selesa bukak tudung kat rumah.. Allah tak pernah terfikir langsung.. tapi itulah Ahmad.
Ads
Banyak lagi perbuatannya yang sangat consider orang lain.
Dan banyak kenangan saya dengan Ahmad.
Aku Sentiasa Doakan Syurga Balasan Untukmu
Orang lain nampak kami sebagai hubungan ipar sahaja. Tapi kami closed macam adik beradik, rakan bisnes dan sahabat yang sentiasa membantu.
Jujurnya, saya sangat gembira adik saya berkahwin dengan orang seperti Ahmad. Beliau selalu risau sebab saya hidup seorang diri (sebelum kahwin, saya dan Allia buat bisnes dan tinggal bersama). Sebenarnya saya tak rasa keseorangan pun sebab adik & Ahmad sentiasa berjumpa keep in touch.
Baiknya Ahmad sampai kami selalu bergurau saya kata dia, “Ahmad, kalau ko meninggal mesti ko masuk syurga Mad..ko baik sangat.”
Ads
“Aku rasa ko ni ahli syurga la Mad..sebab ko suka tolong orang.” Ahmad akan ketawa gembira.
Tenanglah kau di sana duhai adikku Ahmad Saif-elislam. Terima kasih selalu teman dan support segala apa yang Kakngah buat. Terima kasih jaga dan jadi suami Allia dengan baik sekali.
‘Dah takde dah orang nak jadi barista buat kopi untuk aku, Mad.. Kita kan hantu kopi.’
Aku sentiasa doakan syurga balasan untukmu.. moga doa aku makbul dan aku percaya engkau salah seorang ahli syurga. Kebaikan kau menjentik hati kami semua.
Kau sentiasa hargai orang lain dan jaga hubungan dengan Allah. Indahnya pengakhiran hidup kau di tempat yang kau selalu pergi; rumah Allah.
Mulianya kau solat jenazah sampai 2 kali. Ramai orang datang semua menceritakan kebaikan kau. Muka kau macam tengah tidur je Mad.
Ads
Ucapan hari lahir terakhir seorang isteri untuk suami yang tak dapat lagi ditemui di dunia ini.
Doa Untuk Adik Yang Baru Kehilangan Suami
Ini doa kakak untuk adiknya yang baru saja kehilangan suami tercinta. “Tabahkan dirimu Allia Idha. Aku selalu ada untukmu sampai bila-bila. Kita hadap benda ni sama-sama ya?
“Mohon doakan kekuatan Allia, keluarga Ahmad dan keluarga kami semua untuk menghadapi dugaan ini. Terima kasih banyak-banyak kepada semua yang datang semalam.”
Alfatihah buat Ahmad.
Doodle yang isteri hasilkan untuk suaminya. Sehari selepas itu, suami kembali ke rahmatullah meninggalkannya.
Kau Sentiasa Ada Dalam Hati Kami
Kau selalu teman aku, Ahmad.. Kau selalu tolong masa aku susah.. Kau & Allia tahu segala yang aku tanggung.. Naik turun hidup aku.. tapi Kau tak pernah pandang rendah dekat aku..
Kau sentiasa bagi semangat & kau percaya dengan potensi aku.. Kau anggap aku macam kakak sendiri walaupun aku sedar aku taklah baik mana.. Semalam aku berkesempatan temankan kau, Mad. Aku berkesempatan solat jenazah untuk kau.
Terima kasih Ya Allah kerana meminjamkan @thesaifulislammalek untuk kami. Masukkanlah beliau ke dalam syurgaMu.
Mohon sedekahkan alfatihah buat adik ipar kami sempena jumaat (ketika catatan ini ditulis) yang mulia ini.
Moga doa kalian dibalas dengan sebaik-baik balasan. Amin.
Bakal bergelar bapa, isteri Usop hamil empat minggu. Tahniah diucapkan buat penyanyi yang telah berkongsi khabar gembira tentang isterinya, Nur Fatihah kini sedang hamil cahaya mata sulung mereka.
Pemilik nama sebenar Muhammad Saiful Naim Muhammad Noor, 25 akui dirinya dan isteri sudah bersedia menimang anak.
Bakal Bergelar Bapa
Naib Juara program Big Stage musim ketiga yang diijabkabulkan pada 3 Januari lalu menerusi sebuah hantaran video yang dimuat naik dilihat menerima kejutan daripada isteri kesayangan yang memberikan alat ujian kehamilan yang diletakkan dalam sebuah beg.
“Alhamdulilah rezeki Allah.
“I love you sayangku. Terima kasih untuk semua doa yang yang baik untuk kami,” ungkap Usop.
Tak Sangka Rezeki Secepat Ini
Difahamkan isteri Usop tidak mengalami sebarang alahan. Seperti mana yang dikongsi menerusi Kosmo! Online Usop berasa begitu sebak kerana tidak sangka rezeki untuk timang cahaya mata datang secepat ini.
“Alhamdulillah, kandungan isteri saya kini hampir memasuki usia empat minggu.
“Waktu itu, saya nak mengemas baju kemudian dia suruh saya ambil barang dalam beg
“Saya sebak sebab tak sangka rezeki Allah secepat ini.
“Setakat ini dia tak ada alahan lagi,” luah Usop yang sememangnya bersedia terima kehadiran anak pada usia muda.
Allahu, sebak guru ini, Diana Suhaimi mengenangkan si ibu kepada anak muridnya yang dijemput Ilahi sewaktu melahirkan anak kelimanya.
Allahyarham, seorang yang sangat dedikasi terhadap kerja sekolah sepanjang PdPR anaknya. Dan biarpun, ibu telah pergi keprihatinan terhadap tugasan anak diteruskan oleh pakcik anak itu.
Perginya Si Ibu Disaat PdPR
Kisah tentang seorang murid Tahun 4 saya. Seorang murid yang baik dan sangat berpotensi, yang tak pernah tertinggal untuk menghantar segala tugasan yang diberi.
Sepanjang PdPR ini, si ibulah yang akan menjadi orang tengah, mengambil gambar tugasan anak, menghantar pada saya, ucap terima kasih setiap kali saya respon pada tugasan si anak dan akan meminta maaf dahulu andai tugasan dihantar pada waktu malam.
Seorang ibu yang sangat cakna dengan ilmu si anak.
Sungguh, kematian itu pasti. Pada 15 Jun 2021, saya mendapat perkhabaran si ibu dijemput Ilahi saat sedang bertarung nyawa melahirkan anak kelima. Syahidnya seorang ibu, dan anak lahir tanpa sempat menatap wajah ibunya.
Perginya si ibu, meninggalkan anak-anak di rumah, yang setia menunggu si ibu untuk kembali bersama adik baru.
Saat menerima berita ini, kami semua cikgu terkesima. Terpampang di mata masing-masing wajah kesemua anak-anak arwah yang sedang kami mengajar, yang sulung Tahun 4, Tahun 1 dan Prasekolah. Sugul.
Anak Ini Tetap Menyiapkan Tugasan Dengan Bantuan Pakcik
PdPR diteruskan, tugasan masih diberikan seperti biasa. Pada kami, tidak lagi kami harapkan anak-anak ini untuk menghantar tugasan secepat mungkin.
Walau bagaimanapun, hanya selepas beberapa hari perginya ibu, tiba-tiba saya menerima mesej daripada nombor arwah,
“Salam cikgu, saya … pakcik kepada (si anak). InsyaAllah, buat masa ini saya yang akan uruskan PdPR anak-anak arwah. Maaf atas kelewatan sebab banyak urusan yang perlu diselesaikan termasuklah anak yang baru lahir.”
Allahu, air mata saya bergenang. Hati jadi bertambah sayu. Saat emosi si anak mungkin masih cuba menghadam kehilangan ibu, takkan sesekali dibiarkan larut dengan tidak menyiapkan amanah guru.
Semua tugasan disiapkan dengan baik dan si pakcik tetap menghantar segala tugasan seperti mana yang dilakukan si ibu dahulu.
Ketika itu, terasa mahu terbang merentas negeri, memeluk ibu sendiri.
PdPR ini, setiap kita ada bahagian ujian kita. Akan tetapi, moga kita tidak lupa dengan mereka yang ujiannya mungkin melebihi kadar kudrat kita. Reach out to them, let them know that we care and they are loved.
Maka, nikmat Tuhanmu yang manakah yang kau dustakan?
Moga si ibu ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan saya mohon juga kita doakan moga si ayah dan anak-anak arwah terus kuat dan InsyaAllah, mereka bertemu semula di syurgaNya. Al Fatihah.
Wanita dan perhiasan tidak boleh dipisahkan. Lebih-lebih lagi bila berkaitan dengan barang kemas. Rasa tak keruan bila ada saja patern baru di pasaran. Pasang angan-angan untuk memilikinya.
Sebetulnya, wanita yang memakai perhiasan tidak salah dan boleh pakai tapi kenalah bersederhana. Janganlah bila keluar rumah, semua jenis barang kemas dipakai. Kononnya untuk kepuasan dan nampak cantik.
Sedangkan cara ini boleh membuat pandangan mata orang lain akan kata nak menunjuk-nunjuk, walaupun pemakainya tiada niat untuk menunjuk.
Dengarlah penjelasan dan teguran yang diberikan oleh Ustazah Asma’ Harun ini. Apa yang dikatakan itu benar belaka.
Tak salah wanita memakai perhiasan. Tapi pakai itu biarlah saiz dan jumlah hiasan itu bersederhana.
Bila pakai terlalu banyak dan berlebihan, ia boleh mengundang tabaruj dan menarik perhatian. Bila dah tarik perhatian, ia boleh pula mengundang kepada perasaan hasad dengki dan cemburu.
Pakai Tanpa Niat Menunjuk
Mungkin ada sesetengah wanita memakai bukan pun dengan niat menunjuk. Tapi cra perbuatan itu seolah menunjuk.
Kononnya, ada yang pakai untuk kepuasan diri sendiri. Nak pakai dengan jumpah yang banyak, boleh saja. Pakailah di rumah. Sebaliknya, kalau di khalayak ramai , pakailah sedikit.
Kita pun bila pakai sederhana dah tentu tangan pun nampak cantik.
Kena ingat. Walaupun tiada niat tapi ia menarik perhatian. Sederhanalah.
Mingguan Wanita : Betul apa yang dikatakan. Nak pakai banyak, pakailah di rumah. Tapi di luar, bersederhana. Banyak mata memandang dan mulut berkata-kata nanti.
Bapa kepada arwah Nurin Jazlin membuat permintaan menyentuh hati untuk menyunting gambar bersama arwah anak, mengundang sebak rakyat Malaysia. Baca kisah penuh dan pengajaran di sebaliknya.