Ads

Segala Jerawat Dan Kulit Berminyak Terus Settle, Patutlah Konjac Sponge Jadi Kegilaan Orang Jepun!

konjac sponge

Kalau dah habis idea nak guna produk apa untuk selesaikan masalah kulit jerawat, kali ini kaum wanita mungkin boleh cuba menggunakan Konjac Sponge. Tip yang dikongsikan Eiscya Isa ini mampu menyelesaikan masalah jerawat, muka berminyak dan seangkatan dengannya.

Haa… nama benda alah ni adalah konjac sponge. Konjac sponge ni dihasilkan daripada tumbuhan iaitu ubi konjac (konnyaku) yang berasal dari Jepun.

Dekat jepun, penggunaan konjac sponge ni sudah menjadi rutin kecantikan diorang more than 100 years. Product ni juga amat popular di china, South Asia dan jugak Eropah.

Konjac sponge ni jadi kegilaan smpai popular sebab ianya kaya dengan vitamin (A, B1, B2, B6, B12, C, D, & E), proteins, lipids, fatty acids and natural minerals seperti copper, zinc, iron n magnesium.

Faedah Konjac Sponge Jepun:

?Membersihkan pori
?Mengeluarkan sel kulit mati, kotoran & minyak
?Menghidrat kulit
? mengimbangi pH
?menyihatkan kulit
?Menghapuskan sebum yang berlebihan
?100% semulajadi, & bio-degradable
?Tiada bahan kimia toksik & berbahaya
?free GMO

✔Yang penting sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif. Termasuk kulit sensitive sebab benda alah ni diperbuat dari tumbuhan. Tumbuhan yang boleh makan. So apa-apa yang selamat diconsume adalah selamat untuk skin juga.

✔Sesuai untuk semua orang dari bayi, wanita ,lelaki,kunyit lengkuas suma boleh guna

Ads

Bagaimana konjac ini bertindak

Konjac Sponge mempunyai lapisan unik yang boleh memegang air dengan baik. Apabila span penuh dengan air, permukaannya Akan diliputi oleh lapisan air. secara tidak langsung Lapisan ini akan sentiasa bertindak sebagai pelindung kepada kulit dan membentuk lapisan penghalang antara span dan kulit.

So hasilnya, kulit tidak pernah bersentuhan langsung dengan serat dan ia tidak akan merosakkan kulit walaupun korang sental kuat

Cara guna sponge

Masa kering sponge konjac ni Keras..
▫️so korang kena rendam ngan.air suam /biasa..(eiscya biasala malas so just cuci jer kejap pastu biarkan)

Ads

Jangan bagi alasan benda alah ni buang masa atau tak sempat ok… sebab apa?

Sebab sementara korang gosok gigi confirm sponge ni dah gemuk

1. Biarkan dia kembang semangkuk, jangan terus sental muka masa sponge 2 kering nanti berbirat pula.
2. Bila dia kembang confirm dia jadi lembut..so korang ambik perahkan dan ready to use…boleh Guna ngan fash wash korang atau rub2 manja macam tu je.
3. Elakkan dari sental, terutamanya di kawasan jerawat. Gosok-gosok manja.. 2 muka bukan jamban yang korang nak sental kuat-kuat.
4. Lepas siap Guna sila bilas span dengan air bersih dan perah excess air pastu gantung lelok biar dia kering. (gantung lelok nanti kak Pas kenduri plak duk jilat konjac sponge tu.

Tadaaa….senang, bukan?

Ads

Oh ya, kulit eiscya super sensitif. Setakat ini konjac banyak membantu.

Kalau ada sesiapa cakap konjac sponge dia high end sebab 2 harga Mahal. Itu menipu sebab benda alah ni suma sama.

?Yang hitam = charcoal (bagus untuk white head/muka berminyak)
?Yang purple 2 = lavender
?Yang hijau ni = green tea (bagus untuk jerawat)
?Yang putih = original

Kat mana boleh cari?

Korang boleh beli dekat daiso..mostly dekat Daiso dan Japanese shop. RM5.90 tahan 2 bulan.

Semoga bermanfaat.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Prosiding Komital

Seret Bekas Pasangan ke Penjara, Peguam Jelas Prosiding Komital Bukan Nak...

Berkait isu lawatan anak Fattah Amin dan Fazura semalam, masih ramai yang kurang jelas tentang prosiding komital.