“Saya tak sangka semalam adalah sambutan hari lahir terakhir arwah anak…” kata Kasmaazleena Kamsan, 47, dalam nada pilu yang menahan sebak.

Anak ketiganya, Muhammad Daniel Saberi, 21, maut bersama teman wanitanya, Aiza Nur Elysha Sabri, 17, selepas kereta Toyota Vios yang mereka naiki terbabas lalu melanggar pokok dan terbakar di Kilometer 32 Jalan Tanjung Balau – Sedili, awal pagi tadi.

“Saya Tak Sangka Itu Hari Lahir Terakhirnya”. Ibu Reda Pemergian Anak Dalam Tragedi Ngeri Di Sedili

Menurut Kasmaazleena, kali terakhir dia berhubung dengan arwah adalah malam sebelumnya, malam yang tidak disangka menjadi momen terakhir antara seorang ibu dan anaknya.

Ads

“Malam tadi dia telefon saya, katanya nak sambut hari lahir dengan Aiza di Stulang, Johor Bahru.
Saya sempat pesan, jauhnya… esok Uda (nama timangan arwah) nak kerja, nanti penat, mengantuk macam mana. Tapi dia jawab,
‘Tak la ibu, sekejap je. Lepas makan Uda hantar Aiza balik.’”

“Saya Tak Sangka Itu Hari Lahir Terakhirnya”. Ibu Reda Pemergian Anak Dalam Tragedi Ngeri Di Sedili

Namun panggilan yang cuba dilakukan ibu itu pada jam 4 dan 5 pagi tidak pernah berjawab.

Ads

“Saya ingat dia tidur di rumah keluarga Aiza… tapi tak lama lepas itu, kira-kira pukul 6 pagi, polis datang ke rumah beritahu kejadian.

Dunia saya rasa gelap sekejap,” ujarnya dalam linangan air mata ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Kota Tinggi (HKT).

Cinta Muda Yang Tak Kesampaian

Muhammad Daniel, anak ketiga daripada enam beradik, ketika ini tidak lagi berkhidmat dalam pasukan tentera dan bekerja dalam sektor e-hailing.
Menurut ibunya, hubungan Daniel dan Aiza sudah lama terjalin dan kedua-duanya merancang untuk bertunang Februari depan.

Ads

“Mereka memang serius. Saya pun dah kenal keluarga Aiza. Tapi rupanya jodoh mereka cuma sampai di dunia ini saja…” katanya dengan suara yang hampir tenggelam dalam tangisan.

Jenazah Muhammad Daniel Saberi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Aping Barat, manakala Aiza Nur Elysha dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Air Tawar 4 selepas solat Zuhur.

Kredit: https://www.hmetro.com.my/

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Follow kami di TELEGRAMINSTAGRAMTIKTOKFACEBOOKTWITTER dan YOUTUBE

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI