Sungguh bersikap terpuji, apabila sanggup menggadai diri tanpa berfikir panjang demi menyelamatkan individu lain yang sedang berada di dalam kesusahan.
Seorang lelaki sanggup menggadai nyawa menyelamatkan tiga individu hampir lemas selepas Perodua Myvi dinaiki mereka terbabas dan terjatuh ke dalam tasik dekat Kampung Jorak Elahi, Bukit Pasir, di sini, tengah hari tadi.
Penolong Penyelia Kilang, Suzaini Mohd Sadali, 43, bertindak demikian selepas menyedari nahas berkenaan ketika dia sedang memandu kereta berhampiran tasik terbabit.
“Saya sedang memandu kereta melalui kawasan sebelah tasik dan ternampak kereta terbabas ke dalam tasik lalu terus berhenti sebelum ternampak dua mangsa perempuan di sebelah tempat duduk pemandu dan penumpang belakang berpaut pada badan kereta sambil menangis.
Ads
“Pemandu kereta, seorang lelaki pula sudah terkapai-kapai. Bila nampak saya, dia menjerit minta tolong, saya terus terjun tanpa fikir apa-apa, tak fikir panjang kerana kasihan melihat mereka terkapai-kapai dan menjerit minta tolong,” katanya.
Berjaya Selamatkan Semua Mangsa
Katanya, dia berjaya membawa mangsa lelaki ke tepian tasik sebelum dua lelaki lain membantu menyelamatkan dua wanita berkenaan dengan menarik kedua-dua mangsa ke tebing.
“Alhamdulillah, semua berjaya kami selamatkan. Memang ini pengalaman tak boleh dilupakan, baru saya tahu, tasik ini memang dalam,” katanya.
Memang Tahu Berenang
Suzaini berkata, sebelum kejadian itu, dia bersama anak lelakinya, Muhammad Haziq Asyraf, 12, dalam perjalanan pulang ke rumah di Parit Yaani selepas anaknya mendapatkan pemeriksaan mata di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) di pusat bandar.
Ads
“Saya memang tahu berenang dan tasik ini juga sering jadi lokasi saya memancing. Selepas menyelamatkan lelaki itu, baru saya tahu penat bukan kepalang dan saya memang sudah tak larat lagi untuk selamatkan dua yang lain.
“Mujur ada dua lelaki datang membantu hingga kami berjaya menarik semua mangsa ke tebing dengan menghulurkan kayu yang ada di kawasan itu,” katanya.
Kejadian terbabit tular di media sosial dengan komen-komen memuji tindakan Suziani dan mereka yang membantu menyelamatkan tiga mangsa berkenaan.
Mingguan Wanita:Alhamdulillah. Semua mangsa berjaya diselamatkan. Tahniah buat lelaki ini, sungguh bersikap terpuji sanggup bergadai nyawa demi menyelamatkan insan lain yang memerlukan pertolongan.
Salam takziah diucapkan buat pelakon Ako Mustapha yang telah kehilangan ibu mentuanya semalam.
Perkhabaran duka tersebut disampaikan menerusi akaun Facebooknya. Ibu mentuanya, Hajah Santanina disahkan meninggal dunia akibat Covid-19. Ako berkahwin dengan Kartina Shuaib (Tina Mustapha) pada 17 Januari 2009.
Ibu Mentua Ako Mustapha Meninggal Dunia, Isteri Reda Pemergian Ibu
Terdahulu, Ako pernah berkongsi mengenai keadaan kesihatan ibu mentuanya yang berada dalam keadaan kurang baik hingga dimasukkan ke hospital pada April, tahun lalu.
“Dukacitanya dimaklumkan bahawa mak mertua saya, Hajah Santanina, ibu kepada isteri saya, Tina Mustapha telah kembali kerahmatullah hari ini di HKL disebabkan virus Covid,” tulisnya.
Isteri Ako juga memaklumkan perkara berkenaan dan reda dengan pemergian ibu tercinta menerusi perkongsian di laman sesawang.
“Assalamualaikum kepada yang mengenali ibu ku hajah Santanina binti Jalam minta jasa baik KAWAN KELUARGA SEDEKAKAN AL-FATIHAH buat ibu ku yang telah pulang kepencipta nya ptg tadi..halal kan klau arwah ibu ku ada terpinjam atau termakan dan terminum, semoga arwah ibu kami di tempatkan dikalangan ahli-ahli syurga Allah SWT.
“Mak Tenang dan Damailah Engkau Di Dalam Dakapan Pencipta Mu”
“Mak tenang dan damai lah engkau di dalam dakapan pencipta mu. Anak-anak disini akan sentiasa mendoakan mu. Ya Allah sungguh sakit ujian mu ini tapi aku sebagai hamba mu reda dengan pemergian mak kami. Mak kami sayang mak dunia dan akhirat. Sehingga kita bertemu,” kongsinya.
Syukur, apabila dapat melayari kehidupan bersama pasangan dari awal perkahwinan sehinggalah beranak cucu. Itu impian setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga. Jodoh pelakon yang juga chef selebriti, Datuk Fazley Yaakob dan isteri, Datin Azrene Ahmad bahagia bersama sehingga 14 tahun menjadi suami isteri.
Selama 14 tahun berdua empat orang cahaya mata, onak dan duri telah mereka harungi. Terharu sungguh, Fazley bila mana isteri tetap setia di sisi dalam apa juga kesukaran yang terpaksa mereka tempuhi.
Azrene yang mesra dipanggil ‘Adik’ oleh suaminya ini, menerima dirinya seadanya. Dari seorang yang dalam keadaan sehelai sepinggang, tetap isteri mencurahkan kasih sayang yang berpanjangan.
Azrene Jadi Isteri Abang Dalam Keadaan Sehelai Sepinggang.. – Datuk Fazley
14 tahun dah kita Adik Sayang!
Syukur ke hadrat Ilahi, 7 November 14 tahun yang lalu kami telah disatukan. Pelbagai onak duri, duka dan duka (bukan suka duka) dan airmata yang mengalir, namun Allah tetap izinkan kita untuk terus berdiri teguh mempertahan masjid yang satu ini. Bukan mudah untuk mempertahankan perkahwinan yang baru setahun jagung, apatah lagi memperkukuhkan masjid yang terbina 14 tahun lamanya. Moga iman kita semakin kukuh, tiang agama kita semakin utuh, dan anak2 kita yang 4 orang tu membesar dengan tersedianya ilmu dunia dan terpatrinya ilmu akhirat sentiasa.
Terima kasih di atas pengorbanan Adik sayang @azrene_ahmad selama ini. I am who I am today because of you.. Adik menjadi isteri abang dalam keadaan sehelai sepinggang, dan abang sendiri sampai tiada apa lagi yang tinggal akhirnya, namun Allah tetap memberi harta kasih dan sayang berpanjangan. Biarlah kita miskin harta, namun kekal kaya kasih dan sayang. Yang pahit tak semestinya racun, yang manis tak selalunya madu! Salam Ulangtahun kita yang ke-14 dan percintaan yang hampir ke-16 tahun.
Perkongsian Fazley ini dimuatnaik dalam instagramnya dalam bentuk paparan video beserta lagu ‘November Itu’. Yang mana, lagu dan liriknya oleh beliau sendiri.
Ajal dan jodoh sememangnya ketentuan tuhan. Namun sebelum membuat keputusan melibatkan kehidupan dan perkahwinan, sebaiknya fikir dahulu dan dapatkan nasihat daripada rakan-rakan mahupun keluarga terdekat. Supaya tidak menyesal dengan keputusan yang dilakukan.
Penat Jaga Suami Muda Pemalas
Seorang nenek berusia 83 tahun yang tular kerana mengahwini jejaka umur 37 tahun akhirnya mengumumkan perpisahan mereka selepas mengaku berasa penat menjaga suaminya, lapor portal berita LadBible semalam.
Iris Jones menjadi perhatian di seluruh dunia apabila dia mendedahkan kisah cintanya bersama lelaki muda dari Mesir, Mohamed Ibriham.
Bawa Haluan Masing-Masing
Pasangan itu berkahwin pada 2020 dan sejak itu, Ibriham berpindah ke banglo milik Jones di Weston-super-Mare, England dan bekerja sebagai pengawal keselamatan di pasar raya Tesco.
Meskipun Jones sering memberitahu orang ramai bahawa cinta mereka sejati, ia malangnya tidak berkekalan dengan pasangan tersebut akhirnya membawa haluan masing-masing bulan lepas.
“Saya berasa penat kerana perlu menjaganya. Saya perlu melakukan semua pekerjaan di rumah, daripada memasak, mengemas dan membersihkan rumah.
“Lebih baik saya berpisah dengannya. Saya sepatutnya mendengar nasihat keluarga dan rakan-rakan mengenai Ibriham sebelum ini.
“Saya menyesal mengenali dia dan sedar bahawa suami terbaik ialah suami (bekas suami) pertama saya, Gwyn,” katanya.
Jatuh Cinta Sebab Rupa
Tambah Jones, dia mengaku telah jatuh cinta pada Ibriham disebabkan paras rupa lelaki itu.
“Mungkin imej yang ditampilkan membuatkan saya menyukainya. Jika dia mempunyai perut buncit atau botak, pasti saya tidak akan tertarik dengannya,” katanya.
Mingguan Wanita: Bab perkahwinan memang kena fikir panjang dan dapatkan nasihat daripada keluarga serta rakan terdekat dahulu. Bukan hanya ikut kata hati. Apatah lagi, jarak umur yang jauh, supaya tidak menyesal kelak.
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...