Dalam dunia media sosial yang penuh dengan pelbagai pandangan, selebriti tidak pernah lari daripada menjadi perhatian baik yang positif mahupun negatif. Baru-baru ini, pelakon dan pengacara Sharifah Aleya mencuri perhatian apabila tampil dalam potcast Sembang Wanita Xtra dan berkongsi beberapa perkara termasuk tindik di bahagian hidung.
Seperti dijangka, pelbagai komen mula membanjiri ruangan media sosial Mingguan Wanita. Ada yang menyokong, tidak kurang juga yang mengkritik. Namun, dalam ketenangan yang penuh yakin, Aleya memilih untuk tidak melayan komen negatif.
Baginya, ketenangan dan keyakinan diri jauh lebih penting daripada berbalas kata dengan netizen yang tidak mengenal siapa dirinya yang sebenar.
Dalam temubual tersebut, Sharifah Aleya ditanya mengenai tindakan dia memilih untuk melakukan tindik dibahagian hidung dan sebagai seorang wanita muslim.
Aleya mendedahkan bahawa dia memilih untuk kekal tenang dan tidak melayan komen negatif netizen berhubung penampilannya yang bertindik di bahagian hidung.
Ads
Aleya berkata keluarganya termasuk suami dan ibu bapanya tidak mempersoalkan keputusan tersebut.
Malah, katanya, suaminya menyukai tindikan itu, manakala ibunya kadang kala memuji subang hidung yang dipakainya.
Namun, tindik hidung ini bukan sekadar gaya. Ia turut mengundang perhatian pendakwah terkenal PU Syed, yang menegaskan bahawa perbuatan tersebut tidak dibenarkan dalam Islam kerana menyerupai budaya agama lain. Pesannya, pandangan agama harus menjadi keutamaan, bukan semata-mata kerana sokongan keluarga.
Menurut beliau, dalam Islam, perbuatan menindik hidung dianggap tidak dibenarkan kerana dikaitkan dengan hukum tasyabbuh – iaitu menyerupai amalan budaya atau agama lain. PU Syed menjelaskan, walaupun seseorang wanita mendapat keizinan suami atau ahli keluarga, ia tetap tidak mengubah hukum asal perbuatan tersebut.
“Kalau kita tidak pasti tentang sesuatu hukum, carian di internet atau merujuk kepada pihak berautoriti seperti jabatan mufti boleh membantu. Restu keluarga bukanlah penentu kepada halal atau haram sesuatu perkara,” tulisnya dalam hantaran di Instagram.
Ads
Beliau turut menambah bahawa, kebiasaan dalam masyarakat Islam hanyalah menindik telinga, dan tindakan seperti menindik hidung, kening atau lidah sepatutnya dielakkan. Katanya, bukan kerana takut pada kecaman netizen, tetapi kerana menghormati garis panduan dalam agama.
“Letakkan panduan agama sebagai yang utama dalam setiap keputusan yang kita ambil,” pesannya lagi.
Sebelum ini, Aleya terbuka berkongsi mengenai penggayaan subang di bahagian hidung dan berharap perkara tersebut tidak diperbesarkan.
Dia juga berhasrat untuk menindik di bahagian kening dan bibir tetapi terpaksa melupakan kerana sedar akan kesan yang bakal dihadapi.
Saksikan video penuh di youtube Mingguan Wanita di https://www.youtube.com/watch?v=ZEQ-ZmFUqGg
Kakak berniaga aiskrim potong jaga makcik OKU dapat hadiah kereta. Warganet terkesima dengan sumbangan yang disalurkan penceramah dan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew.
Simpati dengan nasib seorang wanita yang berniaga aiskrim potong dan terpaksa membawa makciknya seorang OKU yang dijaga dengan menggunakan motor roda tiga, Ustaz Ebit tampil menghulurkan sumbangan sebuah kereta Perodua Bezza bagi memudahkan pergerakan wanita tersebut.
Kakak Berniaga Aiskrim Potong Jaga Makcik OKU Dapat Hadiah Kereta
Perkara itu dikongsikan Ebit melalui laman sosial Facebooknya dan mendapat sokongan daripada netizen yang memuji langkah yang diambil.
Malah Ustaz Ebit juga berasa sebak apatah lagi hadiah tersebut diberikan sempena 1 Ramadan. Malah penerima bantuan, makcik OKU juga berasa sangat gembira dengan hadiah diterima.
“Sebak syukur rasa.
“1 Ramadhan kami dapat hadiahkan kereta Perodua Bezza baru untuk akak yang viral kebaikannya menjaga makciknya sakit oku dengan bawa berniaga kemana-mana dalam motor roda tiga di Terengganu.
“Syukur pada Allah sangat-sangat.
“Lepas Subuh terus ke Terengganu. Sampai tadi akak ni terkejut dan gembira. Saya terus bawa kakak ni beli kereta dekat Perodua Kuala Terengganu.
“Baik layanan semuanya terus kami bayar cash kereta ni untuk hadiah pada kakak ni.
Tak Suka Bergantung Harap Pada Sesiapa
“Akak ni kuat kerja jual aiskrim potong.
“Siapa nak beli aiskrim potong beliau akan hantar dengan motor roda tiga ke mana-mana.
“Beliau juga tidak suka bergantung dan berharap pada sesiapa.
“Jika sesiapa nak bantunya boleh beri aiskrim potongnya dan sponsor ke untuk anak yatim atau majlis buka puasa.
Tak Dapat Sambung Belajar Kerana Keadaan Kewangan
“Sebelum ini sambung ijazah sarjana master tapi terhenti kerana keadaan kewangan dan menjaga makcik yang sakit.
“Makcik tadi tiba-tiba pegang tangan saya cium dan ketawa gembira je bila dapat kereta baru.
“Semoga Allah berkati keluarga ini dan berikan rezeki mencurah-curah buatnya,” tulis Ustaz Ebit.
“Hanya Allah Dapat Membalas Segala Kebaikan Ustaz” Pujian Warganet
Keprihatinan Ustaz Ebit ternyata membuka mata ramai pihak, malah menerusi ruangan komen warganet ramai yang muji dan berharap segala kebaikan akan mendapat balasan daripada Allah SWT.
50 Tahun Hidup Sendirian Selepas Bercerai, Nenek Teruja Kahwin Diri Sendiri. Seorang wanita berusia 77 tahun membuat keputusan mengahwini dirinya sendiri selepas 40 tahun hidup menjanda, lapor portal berita MailOnline kelmarin.
Dorothy Fideli berkahwin di Rumah Persaraan O’Bannon Terrace dalam negeri Ohio pada Sabtu lalu, dengan ditemani keluarga dan rakan-rakan.
Pernah Kahwin Upacara Ringkas
Ibu tunggal kepada tiga anak itu pernah berkahwin pada 1965 dalam upacara ringkas. Namun, dia bercerai sembilan tahun kemudian.
Menurut Fideli, dia mendapat idea untuk berkahwin dengan diri sendiri ketika sedang duduk di sebuah gereja.
“Saya hidup bersendirian selama 40 tahun. Sesuatu berlaku kepada saya ketika sedang duduk di gereja pada suatu hari. Ia membuatkan saya berfikir bahawa saya perlu melakukan sesuatu istimewa untuk diri sendiri.
“Saya melakukan semua perkara sendiri. Mengapa tidak (untuk berkahwin dengan diri sendiri)? Akhirnya, saya membuat keputusan untuk mengahwini diri sendiri,” katanya.
Teruja Kahwin Diri Sendiri
Selepas mendapat kebenaran pengurus rumah jagaan tersebut, anak Fideli, Donna Pennington menyewa gaun pengantin, menempah katering serta menghias lokasi majlis untuk hari bersejarah ibunya.
“Ini adalah sesuatu yang baharu buat saya. Saya tidak pernah berkahwin seperti ini,” kata Fideli sambil menambah, dia berasa gementar dan teruja ketika itu.
“Saya tidak menyangka bahawa saya akan kelihatan cantik dalam pakaian pengantin seperti ini,” katanya.
Mesti Baca:Isteri Baru Kahwin Seminggu Menangis Kena Bangun Awal, Biasa Bukak Mata Jam 11 Mak Dah Hidang Semua
Baca Lagi Di Sini:Cinta Terhalang Ketika Remaja, Warga Emas Kahwin Selepas 60 Tahun Terpisah!
Artikel Menarik:Tak Pernah Berkahwin, Wanita Warga Emas Bertemu Jodoh Pada Usia 83 Tahun!
Mingguan Wanita:Tak kisahlah nak rasai pengalaman pakai gaun pengantin dan berkahwin dengan diri sendiri sahaja pun, janji bahagia.
Pembantu rumah adalah pekerjaan yang mulia.Bukan untuk direndah-rendahkan statusnya.Lebih-lebih tugasnya adalah memudahkan urusan mak-mak yang sibuk dalam menguruskan rumahtangga dan anak-anak. Apatah lagi, zaman sekarang cukup sukar untuk mendapat pembantu rumah yang boleh dipercayai dan cekap dalam menguruskan kerja-kerja rumah.
Semalam, penyanyi Siti Sarah Raisuddin ada memuat naik satu status di Instagram miliknya sedang mencari pembantu rumah warga Filipina muslim dengan secepat mungkin. Penyanyi lagu ‘Semakin’ ini meminta bantuan daripada para pengikutnya yang mengetahui mana-mana agen pembantu rumah tersebut agar menulis di ruangan komen status terbabit.
Rata-rata ramai pengikut Siti Sarah meninggalkan komen pada status tersebut tetapi bukan niat untuk membantu penyanyi ini. Sebaliknya ramai yang mempermainkan isteri kepada pelawak Shuib ini dengan mention nama rakan masing-masing diruangan komen dengan niat bergurau.
Perkongsian status tersebut juga turut mendapat perhatian daripada sebahagian pengikutnya serta meminta ia tidak dijadikan bahan gurauan.
Antaranya:
aida__rosidi@sitisarahraissuddin tu mintak tolong nak guna pembantu rumah secepat mungkin..jangan lah nak main-main.. Makin pelik tengok perangai rakyat Malaysia ni..tak kira perempuan atau lelaki same je..semua benda nak di buat gurau..Jangan cakap saya tak boleh bergurau..bagi saya tak semua benda boleh di buat gurau.
mrsirsyadKadang-kadang natizen ni cakap macam kurang cerdik. Gurau tak kena tempat.Kita buat orang sekarang, one day nak mintak tolong, orang buat balik.Time tu baru tau apa yang dirasanya.
hudahusnaaaaaOrang serious dia main-main pulak..netizens sis @sitisarahraissuddin mintak tolong tu.Bantu laa..mana-mana yang tahu adaaa maid Filipina muslim tu…adehh main2 plak ye…
me_dealovaRakyat Malaysia memang akhlak kurang, bercakap pun tak sopan. Tengah serius ramai yang main-main nak buat lawak. Bodoh dah tahap manaa.Kalau tak dapat tolong diamm tak susah. Jangan di pandang murah sangat!! Kesiann pulak.
Luah Rasa Kesal
Rasa kesal dipermainkan oleh para pengikutnya ketika meminta pertolongan tersebut, Siti Sarah meluahkan rasa kesal di posting terbaru Instagramnya.Penyanyi kecil molek ini menegur tindakan pengikutnya yang menganggap pembantu rumah kerja yang hina dan berstatus rendah.Sebaliknya penyanyi ini memberitahu, baginya pembantu rumah adalah pekerjaan yang mulia kerana membantu dirinya dan membesarkan anak-anaknya dikala sibuk bekerja.
Mingguan Wanita bersetuju sangat dengan apa yang diluahkan dan teguran Siti Sarah buat para pengikutnya. Ada perkara yang boleh dibuat gurauan dan ada perkara yang perlu diambil serius. Pembantu rumah adalah tugas yang mulia, siapalah kita untuk merendah-rendahkan status dan pekerjaan ini.
Lavender bakery akui tiada sijil halal tapi guna bahan halal & patuh standart HACCP. Baru-baru ini, Lavender Bakery tampil memberikan penjelasan rasmi susulan dakwaan...