Air mata Wan Fatihah Mat Husin, 35, seakan kering. Dalam satu detik yang terlalu singkat, dunianya musnah. Suami tercinta, Mohd Fuad Fahmie Ghazali, 35, ditembak bertalu-talu di depan matanya sendiri saat dia sarat mengandung, menunggu kelahiran zuriat mereka.

“Saya Peluk Suami Dalam Darah, Tapi Mereka Masih Menembak…” – Isteri Sarat Hamil Saksikan Suami Ditembak 18 Das

“Pembunuh sangat kejam apabila menembak suami bertalu-talu. Saya yang melihat suami rebah terus memeluknya, namun mereka masih melepaskan tembakan sehingga habis peluru…” katanya dalam nada sebak ketika ditemui di Sungai Golok, petang semalam.

Kisah tragik itu berlaku ketika pasangan suami isteri berkenaan sedang memasang kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan kediaman mereka. Tanpa amaran, dua individu datang dari arah belakang dan melepaskan tembakan ke arah Mohd Fuad.

“Sebaik terkena beberapa das tembakan, suami terus rebah dan saya memeluknya dalam keadaan berlumuran darah. Namun pembunuh masih menembak, tidak berhenti sehinggalah peluru habis. Selepas itu barulah mereka melarikan diri,” ujar Wan Fatihah sambil menahan tangis.

Suaminya kemudian dikejarkan ke Hospital Sungai Golok, namun selepas pemeriksaan, doktor mengesahkan 18 das tembakan mengenai leher, dada dan badan mangsa. Mohd Fuad disahkan meninggal dunia kira-kira jam 9 malam waktu Malaysia.

Ads

“Saya Peluk Suami Dalam Darah, Tapi Mereka Masih Menembak…” – Isteri Sarat Hamil Saksikan Suami Ditembak 18 Das

“Saya tidak pernah sangka akan melihat suami pergi dengan cara begini. Saya hanya mampu memeluknya dalam darah, berharap dia masih bernafas,” luahnya dengan suara bergetar.

Difahamkan, kejadian berdarah itu dilakukan oleh dua individu yang dikenalinya, namun motif serangan masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Ads

Kini, Wan Fatihah bukan sekadar menanggung kehilangan seorang suami, tetapi juga memikul kekuatan luar biasa  untuk melahirkan zuriat yang tidak sempat menatap wajah ayahnya.

Sementara itu, jenazah mangsa tembak dalam kejadian di sebuah rumah di pekan Sungai Golok, Narathiwat, Thailand petang semalam selamat dikebumikan petang ini.

Ads

Jenazah Mohd Fuad Fahmie Ghazali, 33, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Apam, Apam Putra pada jam 2.30 petang tadi, dihadiri kira-kira 100 ahli keluarga, rakan dan penduduk kampung.

Terdahulu, jenazah disolatkan di Masjid Kubur Besar, Sungai Golok selepas selesai proses bedah siasat di Hospital Golok dan kemudiannya dibawa ke Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang jam 11.30 pagi untuk dibawa pulang ke rumahnya di Kampung Kepas Apam.

Sumber:https://www.bharian.com.my/

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Follow kami di TELEGRAMINSTAGRAMTIKTOKFACEBOOKTWITTER dan YOUTUBE

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI