Polis Langgar Pelajar SPM Gara-Gara Bunyi Ekzos. Perkongsian dari kakaknya, Nur Zawani yang ditakdirkan Allah berada berdekatan lokasi kejadian memaklumkan, selepas diberitahu tentang hal ini, dirinya bergegas ke lokasi adiknya dilanggar.
“Saya pangku kepala adik, ayah cuba ajar mengucap tapi adik pergi jua. Insiden menimpa seorang pelajar tingkatan 5, Muhammad Zaharif Affendi yang meninggal dunia akibat dilanggar polis semalam gara-gara bunyi ekzos motor mendapat respon hangat dari masyarakat yang mahu keadilan buat remaja ini.
Di media sosial, rata-rata netizen menyuarakan hal ini dan meluahkan perasaan marah atas kejadian yang terjadi.
“Saya pangku kepala adik dan cuba selamatkannya. Saya beri bantuan CPR berkali-kali tapi tiada tindak balas. Ayah yang juga ada di situ bersama seorang ustaz cuba bantu adik untuk mengucap tapi akhirnya adik pergi jua.
“Berkali-kali ayah seru adik untuk bangun tapi adik sudah meninggal sebelum ayah pengsan pengsan kerana terkejut dengan kejadian yang menimpa adik,” katanya yang ditemui pemberita di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) tanpa ditemani kedua ibu bapanya yang tidak kuat untuk menerima berita kematian adiknya.
“ibu dan bapa saya amat bersedih dengan kejadian tersebut tambahan lagi arwah merupakan anak bongsu daripada empat beradik dan merupakan kesayangan mereka.
“Mak dan ayah saya tak kuat sebab itu mereka tidak datang ke sini (hospital). Adik anak bongsu, dia seorang sahaja yang bersekolah dan anak kesayangan,” katanya.
Memetik laporan Kosmo Online, Nur Zawani mahukan keadilan atas kematian adiknya.
“Siapa pun pelakunya, individu itu perlu dihadapkan ke muka pengadilan dan menerima hukuman yang setimpal.
“Kalau dia buat salah sekali pun, jumpa mak ayah saya, mahu letak dia di lokap sekali pun tak apa, tapi bukan hak dia buat macam itu (langgar). Saya harap ada keadilan terhadap adik walaupun yang buat itu (pelaku) seperti yang ditularkan (pegawai polis),” katanya ketika di sini.
Dalam kejadian semalam, pelajar tingkatan lima Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, maut dilanggar dan diseret sejauh lebih 5 meter oleh sebuah kereta yang dipandu seorang pegawai kanan polis bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Kontijen Kedah.
Dalam insiden kira-kira pukul 12.30 tengah hari di Jalan Taman Jati dekat Meru, Ipoh, insiden dikatakan berpunca dari perahan bunyi bising ekzos motorsikal sebelum arwah dikejar oleh pemandu Ativa berusia 44 tahun.
Difahamkan, berlaku insiden tidak puas hati melibatkan pemandu Perodua Ativa terbabit dengan mangsa kerana membuat bunyi bising ekzos motosikal sebelum pemandu kenderaan itu yang dipercayai seorang pegawai kanan polis mengejar mangsa sejauh lebih kurang satu kilometer dan melanggarnya dari belakang.
Jenazah Muhammad Zaharif Affendi dituntut keluarga selepas selesai proses bedah siasat sekitar pukul 6.30 petang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kepayang Luar di sini.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Ibu Kongsi Lukisan Terakhir Anak Syurga, Aydan Gembira “Dibedung” Rupanya Petanda Tubuhnya Dikapan
Kanak-kanak 4 Tahun Meninggal Ketika Tunai Umrah Bersama Keluarga, Bertuahnya Anak Syurga
“Sepupu Fatima Anak Syurga, Autistik” Fazura Kecewa Diherdik Penumpang Wanita Dalam Pesawat
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.