Kalau sebelum ini Dato’ Aliff Syukri, ada kongsikan cerita arwah abah yang telah dimasukan ke wad ICU kerana masalah jantung, tetapi semalam berita mengejutkan telah diterima menerusi update terbaru di IG miliknya, mengenai abahnya telah menghebuskan nafasnya yang terakhir semalam.
Difahamkan, arwah bapanya telah sakit selama dua minggu di kampung dan Dato’ Aliff dengan segera membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Namun sudah sudah ajalnya, akhirnya ayahnya pergi jua. Berita sedih itu disampaikan oleh setiausaha kepada Dato’ Aliff Syukri di laman media sosial.
Assalammualaikum. Saya selaku setiusaha @muhdiqbalsani kepada Dato’ Sri Aliff Syukri bin Kamarzaman dengan ini ingin menyampaikan khabar sedih bahawa bapa kepada Dato Sri telah pun kembali ke rahmatullah sebentar tadi. Marilah kita mendoakan arwah di tempat kan di kalangan orang orang yang beriman. Segala jadual bisnes atau apa sahaja boleh berurusan dengan saya.
Saya memgalu-alukan orang ramai di jemput hadir esok, majlis yang amat bermakna.
Allah sahaja tahu perasaan saya ketika ini, saya seakan tak percaya abah tak ada lagi. 11 tahun lepas saya niaga pasar dia datang teman tiap minggu. Abah lah orang kuat saya yang mendengar segala masalah saya selama ini. Bila saya buat Dherbs dia selalu tolong saya selama hampir 4 tahun.
“Abah jangan tinggalkan kri. Abahlahh tempat kri mengadu susah senang. Kri tak sempat nak balas budi abah. Tangan abah yang berjasa mencari rezeki besarkan saya, dengan kerja kilang, pengawal keselamatan sebab kri sampai hari ni, kasih sayang abah dan sokongan abah kri tak terbalas.
Ads
Semalam dengan hati yang masih bersedih, Dato’ Aliff Syukri menjemput sesiapa sahaja yang sudi datang ke majlis solat jenazahnya pada pukul 10 pagi ini menerusi akaun Instagram miliknya.
“Saya nak jemput kepada semua sahabat-sahabat di ig, kiranya sudi datang untuk sama-sama solat jenazah esok di di Masjid Makmuniah Sg.Nipah, Sg Besar, Selangor esok jam 10.00 pagi saya akan disana. Mudahan kehadiran anda dapat bersama-sama solat dan mendoakan buat arwah abah saya tenang.”
Ads
“Dan tolong kongsikan kepada mereka yang berhampiran di sana.. Saya terpaksa buat disana demi menghormati keluarga abah saya (mak dan abah saya bercerai).”
Turut bersedih dengan berita mengejutkan ini, moga Dato’ Aliff Syukri tabah menerima ujian Allah dan semoga arwah ayahnya di tempatkan di kalangan orang-orang beriman dan soleh.
Amiinn.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Menjadi tugas dan tanggungjawab seorang ibu menjaga anaknya daripada kecil hinggalah dewasa. Tidak pernah merasa terbeban biar pun sekelumit. Ibu sentiasa berada di sisi anakanda tercinta tidak kiralah di kala sihat atau sakit. Kadang kala hubungan antara ibu dan anak tidak mampu digambarkan dengan kata-kata dan hubungan ini juga tidak akan terputus sampai bila-bila.
Wanita ini, Hasanah Hassan, 50 tahun, merupakan salah seorang ibu yang diuji. Anakanda yang dilahirkan sihat dan membesar sempurna secara tiba-tiba hilang upaya sekelip mata.
Empat Hari Koma
Sebenarnya, tiada apa kekurangan kepada anak remajanya yang kini berusia 23 tahun. Anak ketiga daripada empat beradik ini, Muhamad Adli Asyraf, seorang yang aktif bersukan. Sering bermain futsal, bola serta sukan lasak lain. Sehinggalah suatu hari di tempat kerja, ketika dia sedang bersarapan, dia terasa pipinya kebas sebelum tumbang.
Kongsi Muhammad Adli Asyraf atau mesra dengan panggilan Ayap, dia hanya sedar seketika dan bertanya kawan sekerjanya apa yang berlaku sebelum ambulan tiba dan kembali tidak sedarkan diri selama empat hari.
Apa yang menyedihkan, kesan daripada rasa kebas itu, tempurung kepala sebelah kirinya dibelah kerana terdapat darah beku dan pasukan perubatan mengambil tindakan pantas untuk menyelamatkan nyawanya.
Mengimbau kejadian yang berlaku pada 12 November 2018 lalu, Ayap sedang duduk bersarapan ketika kejadian. Tiba-tiba mukanya terasa kebas dan dia terus terjatuh dari kerusi.
“Kata kawan sekerja, semasa sedar selepas terjatuh itu, saya hanya sempat bertanya apa yang berlaku dan kemudian pengsan kembali. Masa dalam ambulan pun saya tak sedar sehinggalah tiba di hospital.
“Kata mak, dia cuba panggil-panggil saya tapi saya hanya mampu angkat tiga jari dan terus tidak sedarkan diri,” katanya yang dikejarkan ke unit pembedahan kerana hasil imbasan x-ray, terdapat darah beku di bahagian kepalanya.
Dibedah
Malah keluarganya juga tiada pilihan lain kerana perlu menandatangani borang persetujuan bedah dengan kadar segera kerana keadaannya kritikal. Lebih sebulan selepas sebahagian tempurung kepalanya, dibuang terdapat lekukan besar di kepalanya.
Sebagai ibu, sudah tentu pilu melihat perubahan ke atas diri anaknya. Bayangkan selama ini anaknya cukup aktif, tiba-tiba terdiam kaku dan tidak sedarkan diri. Tatkala mendapat perkhabaran daripada kawannya, dirinya menjadi hilang arah seketika.
Melihat keadaan anaknya yang tidak sedarkan diri di hospital amat meruntun hatinya. Berkali-kali dia memanggil anaknya tetapi anaknya hanya mampu gerakkan tiga jari sahaja. Penantian selama empat hari bukanlah satu tempoh masa yang singkat, siang malam dia berdoa agar anaknya sedar.
Mustajabnya doa seorang ibu, selepas empat hari tidak sedarkan diri Ayap sedar dan orang pertama yang dicari adalah emaknya. Menitis laju air mata seorang ibu apabila anaknya kembali memanggil “emak”. Hasanah memanjatkan rasa syukur yang tidak terhingga.
Perubahan Positif
Sementara itu, jelas Hasanah, sebelum ini selepas pembedahan pertama keadaan Ayap lebih teruk. Hinggakan dia menguruskan segala keperluan anak bujangnya kerana Ayap tidak boleh berdiri dengan stabil.
“Kalau tak pegang dia akan jatuh. Perlu dibantu lagi. Alhamdulillah juga memorinya tidak terjejas kerana kalau itu yang berlaku risiko nyawa akan lebih terancam. Setelah pembedahan kedua, keadaan Ayap semakin bertambah baik.
“Kini dia mampu pergi ke bilik air sendiri tanpa bantuan saya. Sebelum ini memang 100 peratus saya bantu dia bergerak. Ada kalanya dia akan lepaskan tongkat dan jalan sendiri. Cuba saya awasinya dari jarak jauh. Tidak rugi kami luangkan masa dan wang ringgit untuk Ayap pergi fisioterapi. Kesannya amat positif,” ujarnya yang mulai sebak.
Ayap yang kini cuti sakit dan bekerja di Henry Butcher berkata, pada pembedahan pertama di KPJ Hospital Damansara, bil rawatannya mencecah RM83 ribu. Manakala pembedahan yang berlangsung pada 8 Januari 2019 yang lalu menelan belanja hampir RM52 ribu. Menurut bapanya, Jasni bin Abdullah, 56 tahun, kos rawatan agak tinggi kerana sebahagian tempurung kepala anaknya dibuang.
“Insurans dari pejabatnya hanya RM50 ribu. Nasib baik jugalah ketika bulan empat hari itu, saya baru pencen. Duit baki pembedahan sebanyak RM33 ribu itu saya guna duit bersara dan selebihnya duit daripada sumbangan orang ramai.
“Begitu juga pembedahan kedua, saya kumpulkan duit yang ada demi kembalikan anak saya yang dahulu,”katanya ketika ditemui di rumahnya, Blok B, PPR Kerinchi, Pantai Dalam, Kuala Lumpur.
Alami Penyakit AVM
Jelas doktor, Ayap mengalami penyakit Aeteriovenous Malformation (AVM). sebenarnya tidak ramai yang mengetahui mengenai penyakit AVM dan serangan AVM ini mempunyai gejala seperti sakit kepala yang teruk, muntah dan juga kejang di leher.
AVM disebabkan pembentukan tidak normal ketika bayi di dalam kandungan atau masalah konginental. Serangan itu tidak dapat dibuktikan ada hubung kait dengan keturunan dan tidak juga disebabkan oleh masalah persekitaran. Biar pun kurang arif tentang penyakit ini, Hasanah akan sentiasa pastikan dia berada di sisi Ayap.
Setiap kali Ayap mengalami emosi yang tidak stabil, sebagai ibu Hasanah cuba menenteramkan anaknya. Malahan dia cuba bersabar dengan perubahan sikap Ayab yang sensitif. Bagi Hasanah, mungkin apa yang berlaku pada Ayap adalah normal kerana perbezaan hidup Ayap dahulu dan sekarang.
Perubahan
Dahulu dia bebas bergerak, bekerja dan berkawan, kini segala-galanya berubah. Dia tidak mampu bersukan seperti selalu, malahan juga tidak punyai daya untuk melepak bersama kawan-kawan. Keadaan ini memberi kesan kepada emosi Ayap secara keseluruhannya.
“Saya bersyukur, anak-anak saya yang lain dan setiap ahli keluarga menyokong penuh Ayap. Kawan-kawan Ayap juga banyak luangkan masa datang ke rumah, memberi sokongan kepada Ayap. Dalam masa dua bulan ini saya cuba memahami dan menerima keadaan Ayap sebaik mungkin.
“Sebagai ibu saya berdoa Ayap akan kembali pulih dan sihat 100 peratus seperti dahulu. Saya mahu dia kembali aktif, dapat berkawan agar dia tidak murung dan sedih dengan nasib dirinya.
“Apa pun yang berlaku, saya dan Ayap perlu hadapi ujian ini. Setiap kali saya sedih, saya akan lihat gambar Ayap sebelum dia sakit. Gambar lamanya banyak memberi motivasi kepada diri saya untuk terus menyokong Ayap ,” ujarnya lagi sebelum mengakhiri perbualan.
Bagi anda yang bersimpati dan mahu menghulurkan bantuan demi meringankan beban keluarga ini, bolehlah salurkan bantuan ke akaun CIMB Bank atas nama Muhammad Adli Asyraf Jasni di nombor akaun 7057679401.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Panas betul isu doula sejak dari malam tadi, rentetan siaran Analisis AlHijrah. Mana yang tak berkesempatan menonton, suami ini, Khairul Kamilin berkongsi pandangan, memberi senarai info untuk mak-mak faham dan hadamkan.
“Semalam terlepas siarannya maka hari ini aku luangkan masa hampir sejam untuk menonton kembali siaran Analisis AlHijrah berkaitan isu doula yang viral itu.”
“Ulasan secara terperinci telah diberikan ramai yang ahli. Aku bukan ahli justeru tak ada niat nak menjelaskan apatah lagi menghuraikan.”
“Troll pun tidak, sebab jika dibanding dengan Kak Yatt selaku ‘freelance doula’ itu pun ilmu aku tak setara mana.”
“Dia ada baca, ada analisis. Soal direction dia ke mana hala, itu hal dia. Namun jika ada pelanggaran hukum dalam soal tatacaranya, yang arif boleh bicara.”
“Nak banding aku dengan Prof Imelda apatah lagi lah. Cuma, aku nak listkan semula cara faham aku dari siaran itu secara umum dari kacamata orang awam untuk rujukan diri sendiri dan orang yang tak berkesempatan menonton.”
1. Doula mesti benar-benar faham fungsinya sebagai peneman dan pemberi sokongan kepada ibu bersalin. Garisnya cukup jelas. Doula bukan bidan apatah lagi doktor.
Oleh itu doula mesti bersama-sama doktor atau bidan bertauliah ketika dalam proses meneman ibu bersalin.
2. Dengan garis sempadan yang sama, doula harus akur dan sedar bahawa mereka tiada hak mempengaruhi, menghasut atau dalam bahasa baiknya, memberi nasihat kepada ibu-ibu tentang pilihan yang bagaimana perlu mereka buat ketika mahu bersalin.
Mudahnya, doula bukan ahli dalam menangani setiap isu perbidanan. Teman dan sokong. Itu tanggungjawabnya.
3. Tiada hak memberi nasihat berkaitan perbidanan ini juga termasuklah nasihat supaya ibu-ibu bersalin secara alami di rumah.
Bahkan jika doula itu bertanggungjawab, dia sendiri yang akan pastikan wujudnya kombinasi doula, doktor dan peralatan yang lengkap walau di mana pun proses bersalin itu dilakukan.
Jika tiada, dia sendiri yang akan rujuk ibu-ibu ini ke premis perubatan dari awal lagi dan bukannya menggalakkan ‘homebirth’ kerana sedar jika ada apa-apa komplikasi terhadap ibu-ibu ini, intervensi boleh dibuat segera.
Terlambat, membawa padah.
Itu perkataan yang paling banyak diulang oleh Prof Imelda berkaitan penyebab kepada akhirnya berlaku perkara yang tidak diingini.
4. Diakui, ada kekangan dari segi ‘keselesaan’ apabila melibatkan urusan bersalin terutama di hospital-hospital besar. Dan kekangan ini boleh mengakibatkan stress kepada ibu-ibu bersalin.
Tak jumpa ayat yang paling lunak untuk diguna, tapi jika nak mudah difahami, tidak selesa itu sememangnya sudah jadi asam garam ketika bersalin.
Atau mungkin boleh dikatakan, tidak selesa itu sendiri sebahagian dalam proses alami atau fitrah ketika bersalin.
Bahkan dalam kajian yang dinyatakan Prof, ada hospital di UK yang terlalu menekankan aspek selesa ini dan akhirnya mengundang kemudharatan kepada ibu itu sendiri kerana terlambat.
Aku nak tutup post ni macam ni je.
Teringat dulu pernah tanya abang ipar yang merupakan ejen takaful.
“Kenapa sakit bersalin tak cover dalam medical card?”
Selamba je dia jawab,
“Sebab sakit bersalin tu mung yang cari pasal sendiri.”
Walaupun agak kasar bunyinya tapi ada benarnya.
Kita yang sama-sama ‘cari pasal’.
Allah perkenan dan anugerahkan.
Maka, ketika isteri sibuk mengisahkan tentang perjagaan diri waktu mengandung dan bersalin, si suami pula kena lah sibuk mengisahkan penjagaan keperluan emosi mereka.
Ada Doula yang bertanggungjawab.
Tak kurang ramai juga Doula yang extreme.
Apa pun, yang paling penting kena ingat, kitalah doula utama isteri.
Tak dipanggil doula pun tak pa.
Panggil dollah pun ok.
Janji buat yang terbaik.
Dari bulan pertama kita wujudkan rasa berteman dalam diri dia. Bila tiba masa, serahkan isteri kepada ahli yang selayaknya.
Kalau pun ada ketika, tak dapat izin dari hospital untuk masuk teman bersama, sekurang-kurangnya isteri rasa kewujudan kita sepanjang 9 bulan lamanya.
MW : Kehadiran suami itulah paling penting sepanjang isteri hamil. Dari saat pertama alami mabuk morning sickness sampailah tiba di bilik labour room. Jangan sesekali fikir, isteri itu kuat dan tak apa apa.
Hidup berjiran ini kenalah saling sepakat, bertegur sapa. Biar pun berbeza bangsa, jangan sampai tak kenal siapa jiran sebelah rumah kita.
Sebab bila kita bercuti panjang atau balik kampung, jiranlah orang paling dekat dengan kediaman kita. Bila kita tiada, dialah nanti yang boleh kita minta bantuan untuk tengok-tengokkan rumah.
Indahnya hidup berjiran ini, ditunjukkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Apabila beliau sendiri meraikan jiran cina dengan memberikan buah tangan berupa sebiji kek.
Tiada batasan bangsa, keharmonian hidup bermasyarakat dapat dinikmati dengan aman jika kita sendiri mencorak pemikiran kita ke arah yang positif.
Inilah yang cuba disampaikan oleh Mufti Wilayah dalam perkongsiannya di laman facebook miliknya.
Hidup beragama ini sebenarnya indah dan sudah jika kita memahami kehendak agama, juga batasannya.
Islam meraikan kepelbagaian agama dan keberagaman bangsa. Betapa sejarah kehidupan Rasulullah SAW sendiri membuktikan bahawa tembok bangsa dan agama boleh diketepikan dengan akhlak dan kesantunan.
Hari ini saya meraikan jiran-jiran saya yang berbangsa Cina dengan kek sempena Tahun Baru Cina.
Mungkin ini hanya hadiah tahunan yang kecil, namun saya amat berharap ianya mampu menyumbang sesuatu kepada keharmonian rakyat Malaysia berbilang bangsa.
Marilah kita kembali kepada asas yang hakiki bahawa kita sebenarnya satu keluarga besar yang bernendakan Adam dan Hawa.
MW : Jika Mufti Wilayah pun boleh menghulurkan salam silaturahim dengan jiran cina nya, mengapa kita tidak usahakan ke arah yang sama. Semoga Malaysia jauh dari sengketa.