“Saya Cuba, Bertahan, Usaha Tapi Gagal. Tiada Lagi Kita” itulah yang diluahkan oleh Aprena Manrose tentang rumah tangganya yang dikatakan sudah berantakan.
Pelakon cantik, Aprena mengesahkan sudah bercerai dengan bekas suami, Mohd Afiq Hazman.
Pemilik nama sebenar Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman, 30, berkata, dia sudah berusaha mempertahankan rumah tangga namun berakhir dengan jalan buntu.
“Sedih pula bila skrol gambar bersama tetapi hakikatnya kita tidak lagi bersama.
“Ya, saya bukan lagi isteri kepada Afiq.
“Kalau ada jodoh tak ke mana.
“Selamat tinggal untuk sekarang atau mungkin selamanya. Saya cuba, bertahan, usaha tapi saya gagal. Tiada lagi kita,” luahnya menerusi akaun media sosial Instagramnya.
Walau sudah berpisah namun Aprena tetap mendoakan yang terbaik buat bekas suami selain meminta mereka di luar sana dapat mendoakan kehidupan baharunya.
“Terima kasih atas rasa yang diberi. Rasa yang luar biasa. Semoga berbahagia.
“Saya undur diri dulu. Kebelakangan ini banyak media yang telefon dan bertanyakan tentang status saya.
“Jadi, ini kenyataan saya. Doakan saya mengharungi fasa baharu ini dengan tenang ya,” jelasnya lagi.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.