Tidak dinafikan bahawa disebalik kejayaan seorang suami, pasti disampingnya adalah seorang isteri yang hebat, memberi sokongan tidak berbelah bahagi di kala susah dan senang. Kejayaan jaguh perseorangan badminton negara, Datuk Wira Lee Chong Wei, 36 pada hari ini, merupakan hasil pengorbanan daripada isteri tersayang Datin Wong Mew Choo, 36 dalam hidup beliau.
Luah Penghargaan Buat Isteri
Chong Wei mengakui bersyukur dipertemukan dengan wanita yang paling penting dalam hidupnya serta turut meluahkan penghargaan buat isteri sempena hari jadi wanita itu pada 1 May lalu didalam Instagram peribadinya baru-baru ini. Berkenalan dengan Mew Choo sejak dari zaman remaja dan kenal hati budi isterinya, membuatkan dirinya yakin wanita tersebut adalah insan yang paling tepat untuknya.
“Ever since I met her during our teenage years, I knew I met the most beautiful girl in my life. Little I knew she had the most beautiful heart as well,”kata Chong Wei.
Tidak kurang ramai yang beranggapan bahawa bertuah menjadi isteri ‘Lee Chong Wei”. Hakikat Chong Wei membetulkan tanggapan bahawa disebabkan isterinya lah yang menjadikan siapa Lee Chong Wei pada hari ini dan dirinya banyak terhutang budi pada isteri tersayang.
“Many said its lucky to be Lee Chong Wei’s missus. But let me get it straight, it’s due to her that Lee Chong Wei is who he is today. I owe her so much,” ujar Chong Wei.
Pengorbanan Isteri
Chong Wei juga menambah, isterinya sentiasa ada bersamanya ketika dia bukan sesiapa. Sentiasa memberi inspirasi untuk lebih bekerja kuat mencapai kejayaan, menjaga dirinya ketika mengharungi detik sukar ketika jatuh sakit, malah turut melahirkan dua orang cahayamata buat dirinya.
Ads
Selain mengucapkan Selamat Hari Lahir buat isteri, Chong Wei turut mengharapkan agar dapat meniti usia tua dan meraikannya bersama-sama pada tahun-tahun mendatang.
“She was there for me when I was a nobody.She inspired me to work harder. She carried me during my darkest hours due to illness. And she gave me the two little precious naughty rascals, Kingston and Terrance,”
“Happy birthday, my lovely Wife. I promise you I won’t leave you so early yet. Let’s grow old together and celebrate many many more birthday of yours,”jelas Chong Wei lagi.
Ramai yang terharu dan turut mengambil peluang menyampaikan ucapan selamat ulang tahun kelahiran buat isterinya dan mendoakan mereka kekal bahagia selamanya.
Ads
Terdahulu, Chong Wei dan isterinya Wong Mew Choo mendirikan rumah tangga pada 9 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Kingston, 6, dan Terrance yang kini berusia empat tahun.
Curang itu pilihan, rasa seronok dilayan orang lain sedangkan pasangan dah tatang macam raja, ratu. Alasan seperti “suami saya tak bukakan pintu kereta, tapi ada lelaki di pejabat yang selalu buat begitu” sebagai justifikasi untuk berlaku curang, itu adalah satu bentuk rasionalisasi yang tidak wajar.
Curang Itu Pilihan, Rasa Seronok Dilayan Orang Lain Sedangkan Pasangan Dah Tatang Macam Raja, Ratu
Kesetiaan, menurut beliau, tidak sepatutnya selemah atau setipis itu. Sekadar gesture kecil seperti membuka pintu kereta tidak seharusnya mampu menggoyahkan kepercayaan dalam hubungan.
Beliau turut menyatakan bahawa jika gesture kecil seperti itu mampu mengganggu kesetiaan, maka itu bukanlah cinta, tetapi lebih kepada ego yang haus perhatian serta nafsu yang tidak pernah puas.
Ini menunjukkan bahawa masalah sebenarnya bukan terletak pada kekurangan pasangan, tetapi pada ketidakmatangan emosi individu yang sentiasa mencari validasi luar.
Betul, curang itu memang satu pilihan, bukan satu kemalangan yang “terjadi begitu saja”. Kenyataan seperti “tak sengaja”, “dia bagi perhatian yang saya tak dapat”, atau “saya rasa dihargai dengan orang lain” seringkali digunakan sebagai justifikasi untuk menutup kelemahan diri sendiri dalam mengurus emosi dan keinginan.
Dilayan Bak Raja/Ratu, Tapi Masih Tak Cukup?
Sungguh menyedihkan bila seseorang yang sudah dilayan dengan penuh kasih sayang, dimanjakan, malah dihargai seperti raja atau ratu dalam rumah tangga, masih memilih untuk mencari perhatian di luar. Ini bukan tentang pasangan tidak cukup memberi, tetapi tentang diri sendiri yang tamak dan tidak pernah puas.
Perhatian dan layanan dari orang luar kadangkala hanya bersifat sementara dan berbentuk godaan. Ia datang dengan niat yang tidak tulus, dan bila seseorang terpengaruh, ia menunjukkan kelemahan dalam integriti dan prinsip.
Rasa ‘seronok’ dilayan orang lain adalah normal secara emosi, tetapi apa yang membezakan orang setia dengan orang curang adalah tindakan. Perasaan boleh datang dan pergi, tapi kesetiaan memerlukan disiplin, komitmen dan penghargaan terhadap pasangan yang telah banyak berkorban.
Kalau seseorang boleh memilih untuk kekal setia walaupun dikelilingi godaan, maka orang yang curang juga memilih jalan itu dengan sedar – kerana mereka mementingkan ego dan keseronokan jangka pendek, bukannya nilai dan masa depan hubungan.
Penutup: Hargai yang Setia, Jangan Kejar Yang Sementara
Kecurangan bukan sekadar mengkhianati pasangan, tapi juga mengkhianati diri sendiri – kerana akhirnya, ia hanya membawa penyesalan. Jangan sia-siakan orang yang sudah melayan kita dengan penuh kasih sayang semata-mata kerana kita gagal mengawal diri bila dilayan manja oleh orang asing.
Curang itu bukan takdir. Ia keputusan. Dan setiap keputusan datang dengan akibat.
Penyanyi legenda dan terkenal dengan panggilan sifu, Dato M Nasir menyentuh hati para tetamu yang hadir ke majlis perkahwinan anak perempuannya, Nur Nilam Sari apabila menyampaikan lagu Nur Nilam Sari yang dirakamkan Awie dan Search pada 1998 secara live di majlis resepsi tersebut.
Dalam video yang tular di media sosial itu, pelantun lagu Tanya Sama Itu Hud Hud itu mengenakan sepasang baju Melayu rona biru kehijauan menyampaikan lagu tersebut diiringi tangisan bahagia anak kelimanya itu di majlis yang berlangsung di The Agam, Sungai Penchala, semalam.
Warisi Kejelitaan Allahyarhamah Junainah @ Nana
Untuk rekod, Nilam merupakan anak M.Nasir bersama isterinya, Allahyarham Junainah Johari yang menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur 8 Ogos 1998 akibat penyakit lelah dihidapinya. Allahyarhamah masih dalam tempoh berpantang selepas melahirkan anak bongsunya, Nur Nilam Sari, yang ketika ibunya meninggal dunia, baru berusia dua bulan.
Selain Nur Nilam Sari yang juga satu-satunya cahaya mata perempuan Nana (panggilan untuk arwah) dan Nasir, mereka turut mempunyai empat anak lelaki – Ilham, Yasin, Mohd Hidayat dam Shafie – yang ketika itu berusia dalam lingkungan 3 hingga 13 tahun ketika itu.
Nilam melangsungkan perkahwinan dengan Mohd Hafidzurrahman Sahard’din yang juga merupakan kakitangan di Luncai Emas Sdn Bhd milik Nasir serta pengurus kumpulan Pitahati yang dianggotai abang Nilam dan merupakan seorang penulis skrip.
Rata-ratanya netizen mengucapkan tahniah dan menggambarkan itu adalah majlis perkahwinan terbaik dan ada juga yang memuji wajah Nur Nilam Sari, diwarisi daripada kejelitaan ibunya. Malah ramai memuji kejelitaan Nilam serta gaya anggun tetapi sopan yang digayakan untuk majlis akad nikah serta majlis persandingannya.
Antara tetamu yang turut hadir memeriahkan majlis persandingan Nur Nilam Sari termasuklah Dato Ramli Sarip dan beberapa selebriti rapat dengan Dato M. Nasir.
Lagu Nur Nilam Sari dicipta Nasir untuk album Search – Bikin Wilayah pada 1998 yang menampilkan Awie sebagai penyanyi. Liriknya ditulis penulis lirik legenda, Allahyarham Loloq. Nasir juga merakamkan semula lagu ini pada 1999 menerusi album Srikandi Cintaku.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Anak menangis jangan terus jerit, suruh diam atau pukul! Mungkin anak hanya ingin perhatian daripada mak ayah.
Kadang-kadang mak ayah terlalu leka dengan urusan harian atau kerja sehingga terlupa anak di depan mata perlu dimanja dan dibelai.
Bayangkan jika mak, ayah dianugerahkan anak-anak syurga atau orang kelainan upaya (OKU) yang tidak mampu menguruskan diri dan hanya harapkan mak ayah untuk uruskan, pasti sukar bukan.
Oleh itu, layanilah anak anugerah Allah ini sebaik mungkin. Waktu kecil anak-anak hanyalah sekejap saja, suatu hari mak ayah pasti akan merindui momen-momen ini seperti mana yang dikongsi oleh Ustaz Firdaus Mokhtar ini.
Mungkin Anak Hanya Ingin Perhatian
Ada satu hari tu saya teman ummi pergi temujanji dengan doktor pakar di Hospital Sungai Buloh. Isteri ada sekali memandangkan sesi dia dengan pesakit sebelah petang.
Sedang menunggu giliran nombor terpapar dekat skrin tergantung atas kaunter, sampai seorang akak ni. Tolak anak dia atas kerusi roda. Berhenti betul-betul sebelah aku.
Aku pandang ke akak tu, dia pun balas pandangan. Dia senyum. Pemurah orangnya ni.
Anak dia mungkin sekitar umur 10 tahun kalau ikut saiz badan. Lelaki dan sedikit berisi. Anak kurang upaya. Tak boleh duduk dengan betul, macam menyandar baring tapi sambil duduk. Ada bantal kecil segi empat sama menahan belah kanan badan adik ni.
Anak Tak Mampu Uruskan Diri
Tangan semua sempurna rupa. Cuma berlipat ke dalam di pergelangan kedua belah tangan. Yang tak boleh diluruskan. Ada gaya seperti tak boleh uruskan diri sendiri.
Di hidung adik ni ada tiub panjang. Dilekat kemas ke arah bawah melalui tepi pipi kanan. Terus panjang tiub tu masuk ke dalam baju dia melepasi leher. Aku tak pasti tiub apa. Macam tiub makanan pun iya.
Akak tadi berbisik ke adik itu dan dia terus ke kaunter bawa kad biru. Kad temujanji. Mungkin baru nak dapatkan nombor giliran.
Melihatkan itu baru aku perasan, rupanya ramai dalam tempat menunggu tu mak ayah dengan anak-anak sekitar umur yang sama.
“Rasanya hari ini memang hari untuk temujanji kes macam anak-anak ni,” tiba-tiba isteri aku menyatakan pendapat. Aku angguk tanda setuju.
Sungguh Ajaib
Akak tadi patah balik ke anak dia. Senyum lebar sungguh ke anak dia. Adik tu merespon. Angguk angguk dan senyum juga.
“Hmm.. hmm.. hmm..” suara adik tadi bercakap sesuatu. Aku tak faham. Tapi akak tadi bercakap balik dengan dia. Seolah dia mendengar setiap butir cakap adik tadi. Ajaib. Yang aku dengar cuma bunyi orang kemam mulut.
Kadang-kadang nampak akak tu sapukan mulut anak dia dengan kain sapu. Air liur dia meleleh. Berusaha nak bersembang dengan mak dia. Akak tadi masih tersenyum-senyum melayan anak istimewa dia.
Nampak dia terhibur betul berdua tu. Keadaan yang bising dengan perbualan ramai di kawasan menunggu bagai langsung tak dipeduli. Mak dengan anak tu macam di alam lain, bergembira dan sama-sama menanti sesuatu.
Aku perhati sahaja. Leka sekejap. Aku senyum sendiri.
Tenangnya akak ini. Melayan anak yang sudah besar tapi terbatas pergerakan. Mungkin banyak renyahnya sebab semuanya mak yang kena buat. Nak bergerak ke sana sini, mak kena tolak kerusi roda dan mungkin banyak keadaan kena dukung dan angkatkan dia.
Nak makan pun bersuap. Mandikan, basuhkan rambut dan seluruh badan. Berak kencing semua mak itu juga yang bersihkan siang dan malam.
Anak Menangis Jangan Terus Jerit, Suruh Diam
Bukan waktu kecil bayi tu, ini dah 10 tahun. 10 tahun menguruskan anak dengan gaya menjaga bayi besar. Siap boleh bergelak ketawa dengan anak yang tak keluar pun butir kata percakapan dia.
Allahu.
Kawan-kawan, kita Tuhan bagi anak yang sihat dan sempurna. Tak lama mana pun zaman kanak-kanak dia. Sekejap sahaja sudah besar. Dah pandai urus diri. Dah pandai bercakap memberi kita faham kehendak dan apa yang dia nak.
Memang sifat anak-anak kadang-kadang meragam dan kasar bermain. Baru sikit anak menangis kita dah jeritkan. Kita dah cubit dan pukul suruh diam. Mungkin dia letih. Atau nak perhatian kita.
Teringat pagi hari tu baru marahkan Khalilah. Pagi pagi baru bangun, bergaduh pula dia dengan Abidah. Walidnya geram terus marahkan Khalilah.
Tuhan tunjuk terus depan mata hari ini, orang lain Tuhan uji anak sakit dan tak upaya. Seharian perlukan bantuan bergerak dan upaya daripada seorang mak. Elok je akak tu layan. Kau dah kenapa senang sangat nak marah anak?
Oh Tuhan. Berikanlah kami hati yang tenang dalam membesarkan anak-anak. Dan berilah kesabaran buat semua ibu bapa yang Kau uji dengan anak-anak yang istimewa.
Berikan mereka pahala yang sangat banyak kerana mereka bersungguh menyantuni anak-anak mereka. Ampunkan dosa mereka ya Allah. Berikan mereka syurga-Mu nanti bila mereka kembali kepada-Mu.
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan https://t.me/bangkitwanitaMW
Air mata terakhir Zara Qairina, bersumpah & nafi mencuri sebelum temui ajal. Inkues kematian pelajar, Zara Qairina membuka kisah memilukan apabila arwah dilaporkan menitiskan...