Sampainya hati seorang ibu apabila tergamak melacurkan dua orang anak kandungnya sendiri yang masih bawah umur pada warga asing dengan nilai serendah RM50!
Memetik laporan akhbar Sinar Harian, kejadian yang dilaporkan berlaku di Johor Bahru ini,seorang ibu tunggal dijatuhkan hukuman penjara 75 tahun oleh Mahkamah Sesyen, di sini, sebentar tadi selepas mengaku bersalah melacurkan dua anak kandungnya kepada warga asing, Oktober lalu.
Hakim Kamarudin Kamsun mengarahkan tertuduh yang berusia 39 tahun itu menjalani hukuman penjara 15 tahun untuk 10 pertuduhan yang mana setiap dua daripadanya berjalan serentak.
Lacur Anak Umur 13 & 10 Tahun
Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa melakukan kesalahan menganiaya dari segi seks dengan melacurkan dua anak kandungnya yang masing-masing berusia 13 dan 10 tahun di sebuah hotel bajet di Larkin di antara 1 hingga 7 Oktober lalu.
Ads
Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut seksyen 31(1)(b) Akta Kanak-Kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 16(1) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Ia memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000; penjara tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya, sebagai tambahan kepada hukuman boleh dihuk penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan hendaklah dihukum dengan sebat.
Ads
Saksi Perbuatan Keji
Untuk rekod, tertuduh difahamkan tergamak melacurkan dua anaknya itu hanya dengan kadar bayaran serendah RM50 kepada warga asing malah sanggup menyaksikan perbuatan keji itu dibuat.
Ads
Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Suhaila Shafi’uddin manakala tertuduh tidak diwakili sebarang peguam.
Sungguh masyarakat kita semakin tenat, dimana hilangnya perasaan kasih sayang dan fitrah sifat keibuan melindungi anak-anak yang sepatutnya ada dalam diri?
Mesti ada yang tak tahu apa itu social climber, kan? Ok, anda ada tak kawan yang hobinya tayang barang-barang berharga di media sosial? Kalau beli handbag baru dia tunjuk, Hp baru terus tunjuk, kasut baru tunjuk lagi, atau saat berada di suatu tempat mewah dia tunjuk juga.
Makan di restoran mahal tunjuk, tengok wayang terbaru tunjuk, malah sampai ke toilet Mall pun dia tunjuk dengan memasukkan foto di depan cermin.
Lebih parahnya lagi, keadaan yang realitinya tidaklah sehebat dengan apa yang dia tunjuk di media sosial. Jika di media sosial ia mempamerkan barang mewah dan kehidupan glamour, namun kenyataannya dia bukanlah seorang yang kaya. Bahkan cenderung dari golongan menengah ke bawah.
Untuk golongan ini biasanya disebut dengan istilah Social Climber. Social climber pada dasarnya merupakan perilaku seseorang yang dilakukan untung ‘menaikkan’ status sosialnya. Ia sanggup buat macam-macam agar dapat tarik perhatian status sosial lebih tinggi dari status yang sebenarnya.
Biasanya orang yang mengidap perilaku social climber gaya hidupnya cenderung glamour dan selalu ingin terlihat mewah. Sebab dengan gaya hidup seperti itu, ia ingin menyatakan jika dia termasuk orang kaya, meskipun kondisi yang sebenarnya tidak seperti yang ia pamerkan di media sosial.
Sebenarnya tak ada yang salah jika ingin dianggap golongan seorang kaya, namun bagi para social climber, dia sanggup buat macam-macam demi tarik perhatian. Para social climber ingin nampak kaya dengan tidak melalui sebuah proses terlebih dahulu untuk benar-benar menjadi orang kaya. Malah boleh melakukan apa saja agar mendapatkan kelas sosial.
Biasanya golongan social climber akan merasa tidak senang duduk, tidak percaya diri, dan jadi takut tidak diterima di kalangannya apabila tidak tampil glamour. Akibatnya seboleh mungkin dengan berbagai cara ia lakukan agar tampil mewah.
Tentu! Social climber merupakan benih penyakit kejiwaan yang sangat berbahaya. Sekali lagi nak tegaskan, para social climber boleh melakukan apa saja agar hidupnya nampak memiliki status sosial yang tinggi dengan hal yang praktis dan tidak melalui proses.
Dari point tersebutlah para penderita social climber boleh melakukan hal-hal negatif sekalipun agar ia boleh tampil mewah. Misalnya, pegawai negeri golongan I mengimpikan hidup dengan rumah megah, keretamewah, barang-barang keseharian yang berharga puluhan sampai ratusan juta, tentu gaji dari menjadi PNS tidak boleh mencukupi, dan jalan pintasnya kemungkinan membuat pinjaman melampau dan mengambil hak orang!
Akibat para social climber yang nak nampak kaya namun tidak mahu melalui proses, mereka sanggup buat menipu untuk hidup mewah. Haa… ini yang jadi kes sanggup mencuri, berhutang dan akhirnya JERAT diri sendiri!
Nak jadi orang kaya memang tidak ada salahnya, namun harus melalui proses dan perjuangan (BERUSAHA) terlebih dahulu. Lagi pun andai kata wang berlimpah, bukankah dengan hidup sederhana akan lebih tenang?
Tampillah apa adanya, tidak perlu membohongi diri sendiri. Syukuri apa yang kamu miliki saat ini, sebab dengan bersyukur kita akan merasa cukup dan puas dengan apa yang ada di hidupmu selama ini.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Selesai sudah majlis pernikahan Izara Aishah, 25 dan Muhammad Adib Khalid dalam sebuah majlis yang cukup indah. Kecantikan mempelai bernama Izara Aishah dizahirkan pereka terkenal negara, Datuk Rizalman Ibrahim bagaikan Wanita Melayu Terakhir; ayu menawan mata yang memandang.
Yang menjadi perbualan di kalangan netizen ketika ini tentang rekaan kerudung yang dikenakan Izara Aishah. Ada yang memuji, tak kurang yang mengecam ‘veil keras’ itu.
Dalam membaca bermacam-macam komen, Mingguan Wanita tertarik dengan perkongsian Wan Amirul Asraf, CEO ONEdesign tentang veil yang diperkatakan netizen.
Tak mustahil, kerudung unik yang dipakai Izara akan menjadi trend 2018. Minta anda membaca kenyataan di bawah dengan berlapang dada ya.
Kata beliau, “Jom kita tukar word veil kepada SELENDANG. Pada pendapat aku, cantik dan aku faham conceptnya yang nak disampaikan oleh seorang trend setter yang ada taste tersendiri iaitu Datuk Rizalman Ibrahim.
Kena tengok video dia, barulah faham. Mungkin ada sentuhan budaya ala-ala Moghul India + Melayu klasik pada theme keseluruhan majlis itu. Dapat difahamkan melalui music backgroud dia guna, dan pakaian yang dia guna untuk majlis berinai beberapa hari lepas.
Mula-mula duk pelik juga, kenapa masa majlis akad nikah, ada muzik macam ni? Haha..tapi bila tengok balik, barulah faham apa yang nak disampaikan.
Izara sepertikan seorang Puteri India yang dikekalkan dalam busana Melayu classic, dan ‘diselindungkan’ kecantikannya melalui selendang keras itu, semuanya diblend sangat baik bersama pelamin.
Yang mana kecantikan dapat dilihat samar-samar dari dalam litupan selendang itu (wanita Melayu dulu-dulukan malu-malu dan menitikkan kesopanan).
Di sebalik juraian kristal pelamin semasa turun dari tangga bak istana. Dalam majlis akad nikah, pengantin perempuanlah yang akan jadi “main attraction” dan seolah-olah bak puteri kayangan turun dari langit.
Semua mata akan menanti-nanti siapakah gerangan orangnya (kalau selebriti, orang akan tengok pula daripada sudut lain, especially kelainan dan kecantikan).
Segalanya telah difkirkan dengan baik mengikut concept yang dikehendaki oleh client.
Jika tengok pada pendetailan Glam Wedding ni pun, 6 buah kerusi masa nikah disusun atur dengan kedudukan yang berbeza, ada yang ke depan, ada yang belakang, ada yang tengah-tengah.
Dan masing-masing duduk tanpa terlalu mengalihkan kerusi, sebab apa? Sebab nanti mudah untuk tetamu dan photographer shoot gambar-gambar cantik, tanpa wajah-wajah utama ini terselindung di sebalik badan-badan mereka.
Banyak benda yang boleh dipelajari pada sesiapa yang meminati bidang management ni.
Dan kes kali ni, Datuk Rizalman adalah bukan sahaja seorang fashion designer, tapi dia juga, seorang event manager, yang memikirkan keseluruhan mengikut temanya.
Adalah pasti berbeza hasilnya jika seorang fashion designer yang mereka baju sahaja tapi tak terlibat dengan majlis dan fashion designer merangkap event manager yang handle dan faham tentang perjalanan majlis dan kehendak client, sebab tu lahirnya kelainan.
Cuma Izara nampak sedikit gemuruh dan kasutnya terlalu tinggi (mungkin) dan tiada pemegang untuk dia berpaut ketika turun tangga, bimbang terjatuh, sehingga terzahir sedikit riak wajah yang “pelik” tu.
Rasanya bukan kerana selendang tu yang menyebabkan lahir mimik muka seperti itu.
Cuba tengok pula bila dia berdiri dalam keadaan dia sangat yakin selepas majlis selesai, kan tetibe jadi cantik pula.
Bagi aku (untuk isu fashion ni), keseluruhan cantik, tidak menjolok mata para lelaki, tak nampak bentuk tubuh, pakaian hampir sempurna, tapi masih kekalkan exclusive, kelainan dan keayuan tu.
From me, ia berjaya… well done.
Ok dah. Itu je penjelasan yang mampu dibuat. Yang biasa-biasa mungkin dah selalu tengok. Kita tengok pula sedikit yang di luar kebiasaan tapi tengoklah, lepas ni, insyaAllah, mungkin akan jadi ikutan-ikutan untuk fesyen 2018.
Tahniah Datuk Rizalman dan Glam Wedding, tahniah Izara dan suami.
Nampak sedikit tinggi dan ada sedikit kelainan. Tengok pula pada potongan kain yang tiada jahitan sekeliling pada leher baju ni.
Untuk mendapatkan leher baju yang tinggi, tiada jahitan keliling leher, kecuali jahitan pada atas bahu je.
Selalunya, untuk dapatkan leher macam ni, orang akan jahit keliling leher. Sorilah, aku tak tau term, guna bahasa pasar je.”
Sumber/foto : Facebook Wan Amirul Asraf
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Musim sekolah dah mula, yang berkeluarga pun dah mula rancang percutian dengan anak-anak dan isteri. Tapi rugi rasanya jika anda tak layan keindahan Langkawi yang dikongsikan pasangan suami isteri yang lebih mesra di kalangan followernya dengan nama CIk Di dan Cik Na.
Sebelum ini, Zaidi Hassan dan Wan Zarina Wan Zainuddin pernah viral dengan perkongsian video dan foto-foto memukau di Pulau Tuba, Langkawi. Cantiknya Langkawi di ketengahkan dengan baik sekali.
Sampaikan ramai yang tag pasangan malah kenalan masing-masing, ajak bercuti-cuti Malaysia di Pulau Tuba. Walhal, nama Pulau Tuba sendiri begitu asing di halwa telinga orang Malaysia.
Bagus sungguh usaha suami isteri ini. Kata Zaidi dalam perkongsian terdahulu, video Pulau Tuba yang dihasilkan itu khas untuk orang Pulau Tuba.
“Khas buat Tuba Beach Resort anda memang best. Selesa view, cantik, staff friendly definitely kami akan datang lagi next time.
“Idea mai sebab tengok filem Langit Cinta arahan Osman Ali anak jati Langkawi juga. Mana tau kot-kot video ni sampai kat dia tengok boleh jadi extra Langit Cinta 2 plak ka. Kalau jadi hero & heroin kesian kat Fazura & Keith Foo plak tak leh cari makan.
Akuinya lagi, mereka akan kongsikan tempat-tempat menarik yang telah mereka jelajahi. “Semoga mendatangkan manfaat kepada kaki-kaki jalan dalam mendapatkan informasi.”
“Cik Di Cik Na akan terjah tempat-tempat di seluruh Langkawi yang mana terbaik, tercantik dan paling menarik untuk dimuat naik gambar & video bagi mempromosikan Langkawi.
“Kami bukan agent, kami bukan dapat comission, kami bukan menjual, kami bukan mengharap ihsan.
“Kami sukarelawan yang CINTAKAN Pulau Langkawi dan cuba sedaya upaya berkongsi tempat-tempat menarik di Langkawi supaya semua rakyat Malaysia tahu what Langkawi got to offer YOU!” Akuinya dalam statusnya lagi
Bagi membolehkan follower menghayati keindahan hasil karya video dan gambar perjalanan mereka, pasangan ini berkongsi dalam page CikDi CikNa Kaki Jalan.
Kata Zaidi, cuti hujung minggu tak lama dulu mereka ke Tanahbendang Banglos Langkawi. Pemandangan bendang dirakam dengan indah sampai buatkan mereka bagai dijampi.
“Tempat ni sempoi bakhiangg, terasa macam dok kat kampung zaman kecik-kecik beringus dulu. So, kali ni kami kembalikan nostalgia ala-ala saloma dengan P.Ramlee gitu.
Lagi sekali kena jampi!
“So bagi sesiapa yang nak honeymoon, yang inginkan privasi boleh mai try tidoq tang ni..kat tempat lain confirm payah angpa nak rasa suasana macam ni.. bangun pagi dengar ayam berkokok wei..”
Semoga video dan gambar yang dikongsikan beliau akan buatkan anda lebih menghargai keindahan Langkawi sebagai destinasi percutian, wajib sampai di Malaysia.
Sumber/Foto : Facebook Zaidi Hassan
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Raih 11A+ SPM (Sijil Pelajaran Malaysia), anak penjual pisang goreng dan laksa buat ramai rasa bangga dengan kejayaan yang dicapai sebagai seorang pelajar.