Sambut birthday cara luar biasa, gadis belanja minyak motor untuk orang utara. Mudahnya meraih pahala dan didoakan orang lain. Perbuatan baik seorang gadis dikenali sebagai Anis yang membelanja orang kampung minyak motor percuma meraih perhatian ramai.
Apatah lagi, perbuatan baiknya itu jatuh pada hari jadinya sendiri. Ia begitu berbeza dengan sesetengah hari jadi yang diraikan oleh ibu ayah, ramai taulan, sepejabat dan sebagainya tetapi gadis ini meraikannya dengan cara yang cukup menyentuh hati.
Sambut Birthday Cara Luar Biasa
Dalam klip berkenaan, wanita terbabit yang hanya dikenali sebagai Anis dilihat memaklumkan kepada petugas kaunter untuk memberikan belanja kepada pengguna motosikal yang mengisi bahan api di stesen minyak tersebut.
“Boleh tak saya nak belanja hari ini untuk siapa yang buh minyak motor,” katanya yang bercakap dalam loghat Utara.
Gadis Belanja Minyak Motor Untuk Orang Utara
Di dalam video sama, wanita terbabit turut memaklumkan dia perlu membayar terlebih dahulu belanja berkenaan kerana perlu bergegas ke tempat kerja. Dari video dikongsikan, kelihatan penerima minyak motor mengucapkan terima kasih dan mendoakan dirinya yang membelanjakan minyak untuk hari berkenaan.
Ads
Mungkin jumlah dibelanjakannya tidak sebanyak orang politik lakukan tetapi keihlasan hatinya buat ramai terharu.
“Orang lain sambut birthday dapat hadiah, tapi akak ni bersedekah dengan belanja rider minyak motor. Semoga dimurahkan rezeki, panjang umur. Selamat Hari Lahir Anis,” tulis budak_kampung78.
Dalam pada itu, menerusi video sama, beberapa penunggang motosikal turut melahirkan penghargaan atas tindakan yang dilakukan oleh Anis.
Video ucapan daripada pengguna terbabit diambil oleh petugas di stesen minyak berkenaan.
Ads
TONTON VIDEO MENARIK DI SINI :-
“Biarlah hukuman mati itu dikekalkan. Tak ada kekhilafan dalam hukuman sebelum ini. 8 tahun kami sekeluarga menderita menantikan keenam-enam tertuduh melalui detik itu.
Demikian luah Hawa Osman ibu kepada arwah Zulfarhan yang didera kejam ditekap dengan seterika wap sebanyak 90 kali termasuk di kemaluan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Tiada yang lebih menyayat hati bagi seorang ibu selain melihat anak yang dikandung, dibesarkan dan disayangi dengan sepenuh jiwa, kembali dalam keadaan sudah tidak bernyawa.
Begitulah yang dilalui oleh Nuramalina Ibrahim, 37, apabila anak lelakinya yang berusia 12 tahun, Muhammad Aqil Fitri Hishamudin, ditemui kaku di permukaan sungai selepas hampir 24 jam dilaporkan hilang.
Tragedi yang berlaku di Sungai Felda Teloi Kanan, Baling itu meninggalkan luka mendalam buat seorang ibu yang selama ini hanya mahu memberikan yang terbaik untuk anaknya. Aqil bukan sekadar anak, dia adalah penguat semangat dan cahaya dalam hidup Nuramalina. Saat tubuh kecil itu ditemui, perasaan seorang ibu yang cuba kuat akhirnya runtuh di hadapan takdir yang tidak terduga.
“Saya reda… tapi bila nampak sendiri keadaan Aqil, hati mak mana yang tak runtuh. Tak sempat nak peluk, tak sempat nak cakap selamat tinggal…”– Nuramalina, ibu arwah
Dalam kejadian petang Ahad lalu, mangsa dikatakan mandi di sungai bersama beberapa rakannya di sungai yang terletak kira-kira 100 meter dari rumahnya sebelum lemas dan tenggelam ke dalam sungai.
Berdasarkan maklumat saksi, sembilan sekawan itu baharu pulang dari Sekolah Kebangsaan (SK) Teloi Kanan dan pergi mandi di sungai berkenaan kira-kira jam 1.45 petang sebelum bercadang ke sekolah semula untuk menyertai latihan bola sepak pada jam 4 petang.
Muhammad Aqil Fitri mandi bersama lapan rakan sebelum dipercayai hilang dibawa arus dalam sekelip mata. Jasad Aqil timbul selepas selesai azan Zohor berkumandang dan penduduk kampung yang ternampak jasad kanak-kanak tersebut.
Hanya air mata yang tumpah sebaik melihat jasad anak kesayangan diusung anggota bomba.
Itulah yang dilalui oleh Nuramalina Ibrahim, 37, yang tidak dapat menahan kesedihan hingga terpaksa ditenangkan ahli keluarga di lokasi pencarian Muhammad Aqil Fitri, yang juga murid tahun enam Sekolah Kebangsaan (SK) Teloi Kanan.
“Aqil… awat (kenapa) tinggal ibu, ibu sayang Aqil,” demikian rintihan Nuramalina Ibrahim, 37, sebaik melihat jasad Muhammad Aqil diusung anggota bomba sebaik ditemukan lemas di sungai Felda Teloi Kanan, di sini, hari ini.
Muhammad Aqil Fitri dikatakan pergi ke sungai itu untuk mandi bersama lapan rakan sekelasnya, jam 2 petang semalam, sementara menunggu untuk menjalani latihan bola sepak di sekolah.
Bagaimanapun, mangsa dipercayai tenggelam ke dalam sungai itu dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Baling sejak kelmarin.
“Walaupun arwah sudah ditemui namun saya tidak dapat menahan perasaan sedih sebaik melihat tubuhnya yang kaku kerana dia anak bongsunya itu.
Duit lesap dari akaun tanpa klik apa-apa pautan, pengguna dedah bank cuma cakap, “biasalah kena scam. Bayangkan duit dalam akaun tiba-tiba tinggal RM6.70, walhal tak pernah klik sebarang pautan mencurigakan.
Itulah pengalaman mengejutkan yang dikongsi oleh seorang pengguna yang lebih dikenali sebagai Mc Noriz Riza yang melalui pengalaman mengecewakan ketika berurusan dengan Maybank apabila wang simpanannya ‘lesap’ begitu saja.
Lebih menyakitkan ketika membuat laporan berikutan kehilangan wang begitu saja tanpa sebab, layanan diterima daripada pihak bank langsung tidak membantu, malah dianggap seperti ‘biasa’. Jawapan dari pegawai bank yang berkata “biasalah kena scam…”benar-benar membuatnya kecewa.
Kisahnya bermula apabila kad debit dirinya gagal digunakan sewaktu membuat bayaran di sebuah pasar raya.
“Aku sentuh kad CIMB macam biasa, tapi gagal. Cuba lagi, tetap gagal. Akhirnya dengan rasa malu, aku guna kad kredit. Balik rumah, aku buka CIMB online banking. Terkejut sangat. Baki cuma tinggal RM6.70. Pada hal aku tahu, dalam akaun tu ada banyak lagi. Rasa pelik sangat. Tanpa buang masa aku call bank, terus minta blok kad tu. Tapi sebab minggu tu aku sibuk dan banyak guna tunai, aku tak sempat semak semua.
Duit dalam akaunnya tidak hanya lesap di CIMB tetapi juga Maybank dan cara kerani di kaunter menguruskan kesnya membuatkan dia terlalu kecewa.
“Pagi tadi, diuji sekali lagi. Nak beli roti kat 7-Eleven. Dah la aku rasa lapar lain macam. Kali ni guna kad Maybank pula tapi sekali lagi aku rasa sejuk muka, malu pun ada. Beberapa kali cuba masih gagal, keluar mesej “baki tak mencukupi”.
“Aku dah mula risau. Kad CIMB dah blok. Nasib baik aku ada kad RHB walaupun jarang guna, itu yang selamatkan aku hari ni. Kebetulan pula memang ada urusan kerja di bank, jadi aku terus ke Maybank.
Meluahkan pertanyaan pada siapa harus kita percaya, Mc Noriz Riza meluahkan kekecewaan dilaluinya kira-kira tiga hari lalu di mana perkongsiannya itu menjadi viral.
“Sekarang ni kita tak tahu dah siapa kita nak percaya? Stress tension kepala macam nak meletop.
“Sampai kaunter pertanyaan, aku tunjuk apps Maybank2Mu. Duit aku hilang. Tapi petugas perempuan tu bukan saja tak bantu, malah tinggi suara, kasar, acuh tak acuh. Dia cuma kata:
Duit aku hilang!
Dah la ada duit amanah orang dalam tu, dan perempuan tu kata “biasa”?
Aku dah mula jadi gila, aku jawab:-
“Sebab kena kat saya, puan cakap biasa. Saya doakan satu hari nanti puan atau cucu puan kena pula.”
“Puan pernah kena santau tak? Nanti saya santau puan. Semoga puan kene ujian yang lagi berat, Amin”
“Terus dia lari ke belakang. Tak lama lepas tu, seorang pegawai lelaki datang. Suaranya lembut. Sopan. Dia dengar cerita aku, dan terus tolong uruskan laporan dan semakan. Banyak juga hilang ni, Encik Jai. Kami simpati. Nanti saya sambungkan terus dengan HQ, biar Encik bercakap sendiri dengan mereka.”
Selesai bercakap dengan HQ, pegawai tu minta aku buat kad bank yang baru. Tapi masa dia cakap:-
“Encik kena bayar RM12.00 untuk kad baru ya.” Aku tunduk. Mata dah mula berkaca.
Aku jawab perlahan, “Maaf tuan… semua duit saya dah habis. Bank ambil. Macam mana saya nak bayar RM12 tu?”.
Pegawai tu diam sekejap. Mungkin dia rasa kesian.
Tak lama lepas tu, entah macam mana… aku dapat kad baru percuma.Aku pegang kad tu lama-lama. Macam-macam bermain dalam kepala, duit aku hilang, duit yang orang punya tu macamana aku nak ganti ya? Gaji bulan ni juga tak sempat nak rasa. Barang rumah juga belum beli ni. Stress sangat ni.
Terkini dalam satu status yang baru dimuat naik sebentar tadi, Jai memaklumkan ada sinar di sebalik duitnya yang hilang itu.
Insiden ini mencetuskan persoalan besar, sejauh mana keselamatan akaun bank kita, jika ‘biasalah kena scam’ jadi jawapan rasmi? dan kepada siapa lagi kita sebagai pengguna untuk mempercayai bahawa bank adalah tempat selamat menyimpan wang. Kredit :- FB Mc Noris Rizal.
TONTON VIDEO MENARIK DI SINI :-
Demikian luah Hawa Osman ibu kepada arwah Zulfarhan yang didera kejam ditekap dengan seterika wap sebanyak 90 kali termasuk di kemaluan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Mas Idayu bersyukur bekas suami lepaskan secara baik. Tiada pasangan berkahwin yang inginkan perpisahan namun jika ditakdirkan jodoh tidak panjang pastinya kena reda dengan ketentuan Ilahi. ‘
Terbaru penyanyi senior Mas Idayu mendedahkan dirinya kini sudah berpisah dengan suami, Muhammad Sufian Che Isa. Malah Mas Idayu juga menafikan perpisahan mereka bukan disebabkan campur tangan orang ketiga.
Ibu kepada seorang cahaya mata itu menerangkan dirinya sah bercerai pada 4 Mac lalu di Mahkamah Syariah Shah Alam. Dirinya juga menuntut fasakh ke atas bekas suami sebelum program realiti, Famili Duo bermula.
“Saya tak sorok perceraian ini. Saya pergi menuntut fasakh ditemani wali dan kakak. Kami tak bergaduh langsung, malah boleh ketawa ketika pergi ke mahkamah untuk bercerai.
“Mungkin Allah bantu tutup aib kami. Apa yang boleh saya katakan, memang saya sangat layak memohon perceraian ini.
“Seorang isteri kalau minta cerai tanpa sebab, cium bau syurga pun tak dapat. Tak perlu nak tuding kesalahan atau nak tuduh siapa salah dan betul. Apa yang penting, saya menuntut cerai dan dia pernah jadi suami saya,” ulas Mas Idayu seperti mana dipetik menerusi program Melodi.
Berpisah Secara Baik
Mas Idayu juga menegaskan dia dan Muhammad Sufian berpisah secara baik dan tidak berbalah.
“Kami tak bergaduh langsung, cuma saya nak tahu kenapa dengan netizen? Saya tidak ada masalah dengan netizen, tetapi kenapa buat andaian seperti ini? Macam mana nak minta maaf, sedangkan saya tak bersalah?
“Saya hanya garang ketika jadi juri dan ketika bekerja. Dengan suami, saya tak garang. Tapi, ada lagi tuntutan hati yang belum Allah kabulkan. Alhamdulillah saya bahagia dan harap sebelah sana pun ‘happy’,” sambungnya.
“Orang matang kena bersabar. Suka, kita berkahwin, bila tak boleh berpisah sahaja.
“Saya dan anak gembira meraikan Syawal. Saya seorang yang ‘loving’, janganlah cuba nak pancing sampai terbuka aib. Saya cakap terus-terang, bekas suami lepaskan secara baik, itupun saya membuatkan saya bersyukur.
“Saya sudah lalui dua kali kegagalan dalam perkahwinan. Saya tidak ada sebarang nasihat. Cuma, kalau nak berkahwin hukum hakam agama kena tahu barulah rumah tangga akan selamat,” luahnya.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Siapa sangka, selepas hampir 10 tahun mendiami mahligai serba mewah, Datuk Seri Aliff Syukri akhirnya membuat keputusan besar rumah agamnya bakal dicat semula sepenuhnya buat pertama kali!