Bertahan lama atau tidak sesebuah rumah tangga adalah bergantung kepada sikap sabar suami, isteri dalam sebuah perkahwinan. Jika tiada sikap sabar mana mungkin hubungan suami, isteri mampu kekal lama, berbelas, berpuluh tahun.
Sabar adalah kunci utama rumah tangga bertahan lama kerana rumah tangga ini bukan selamanya bahagia, kadang-kadang diuji dengan pelbagai asam garam rumah tangga. Hanya mereka yang bersabar saja mampu bertahan.
Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin ini dan jadikannya inspirasi untuk terus kekal bersabar:
Sebenarnya, kunci kepada lamanya perhubungan itu adalah SABAR…orang akan nampak macam 20 tahun itu adalah tempoh yang seronok, yang bahagia, walhal dalam 20 tahun itu sudah macam-macam yang jadi dalam rumah tangga…
Ads
Sudah pernah ada rasa hendak berpisah, sudah pernah ada rasa hendak mengalah, sudah pernah ada rasa tawar hati, sudah pernah ada rasa hendak hidup sendiri… Kalau bukan disebabkan sifat sabar yang ada dalam hati itu, tak mungkin dan hampir mustahil untuk bertahan selama tempoh tersebut…
Sepanjang tempoh mendirikan rumah tangga, ada naik turunnya… Ada ketikanya bahagia, ada ketikanya bermasam muka… Bukan hari-hari kita gembira, dan bukan juga hari2 kita berduka…
Sabar dalam rumah tangga ini tidak terhad kepada sabar dengan sikap dan perbuatan pasangan semata-mata… Ada orang bersabar dengan mertua, ada orang bersabar dengan ipar duai, ada orang bersabar dengan orang ketiga, ada orang bersabar dengan kesusahan keluarga, ada orang bersabar dengan ujian kesihatan, ada orang bersabar dengan rezeki Allah SWT dan sebagainya…
Kalau sabar itu tiada di hati, dalam beberapa bulan sahaja hubungan itu sudah tamat… Sudah diletakkan titik hanya kerana tak sabar…
Ads
Tak sabar dengan sikap dan perbuatan pasangan, tak sabar dengan mulut mertua, tak sabar dengan karenah ipar duai, tak sabar dengan kehadiran orang ketiga, tak sabar hidup susah dan sebagainya…
Selagi Hati Mampu Bersabar
Uniknya hati tu kerana hati sentiasa berpesan dan menasihati diri serta akal untuk terus menanti sesuatu yang tak pasti… Hati kalau sudah sayang, akan sentiasa meletakkan harapan dalam hubungan itu agar ianya berkekalan… Selagi hati boleh bersabar, maka selagi itulah hubungan akan berjalan walaupun ianya tidak selancar yang difikirkan…
Untuk berada dalam tempoh 15 tahun, 20 tahun perhubungan bukanlah sesuatu yang sukar, namun ianya juga tidak semudah yang disangkakan…
Hanya SABAR sebagai peneman…😊
Nota Kaki : Ada orang, kesabaran dia hilang selepas 20 tahun… Di saat kesabaran dia hilanglah dia mula untuk buat pilihan yang baru kerana dia sudah cukup lama BERSABAR….✌️
MW: Jaminan untuk kekal bahagia dalam rumah tangga adalah sabar. “Sabar” tidak semudah diungkap, sabar memerlukan pengorbanan dan pengertian yang mendalam tak kiralah daripada seorang suami atau isteri.
Tak dinafikan kadang-kadang sebagai anak kita terasa hati dengan sikap orang tua. Mungkin orang tua kita tanpa sengaja melebihkan adik-beradik yang lain berbanding kita. Ada juga kalau anak sulung buatlah apa pun mesti dipuji, tetapi anak kedua, ketiga ini jika berbuat sesuatu, seolah-olah mak ayah tak nampak.
Memang sedih, memang terasa sebab kita juga manusia. Tetapi bolehkah kita terasa hati dengan orang tua kita? Tanpa mereka sudah tentu tiadalah kita di dunia ini, oleh itu jika terasa cuba pendam, jangan mudah tunjuk perasaan takut hilang redha mereka…
Fitrah bagi manusia untuk rasa macam-macam sebab Allah bagi kita perasaan… Kita boleh rasa gembira, sedih, kecewa, terkilan, sebak, sayu dan sebagainya… Itu semua perasaan, rasa yang hadir dalam hati kita…
Ada ibu,bapa yang membezakan kasih sayang terhadap anak-anaknya… Ada ibu, bapa yang melebihkan seorang anak daripada anak yang lain… Ada ibu, bapa yang mengabaikan anak-anaknya… Ada ibu, bapa yang meninggalkan anak-anaknya untuk dijaga orang lain…
Boleh Ke Terasa?
Boleh atau tidak kita terasa hati dengan org tua kita disebabkan hal-hal yang tertentu atau hal-hal seperti yang dinyatakan di atas?
Kalau baik kefahaman agama kita, maka kita akan melihat kapada gambaran yang lebih besar… Apa matlamat hidup kita? Nak redha Allah SWT… Tapi dapatkah redha Allah jika ibu, bapa tidak meredhai kita?
Keredhaan Allah bergantung kapada keredhaan ibu, bapa kita… Murka Allah bergantung kepada murka ibu, bapa kita…
Jadi, untuk terasa hati dengan org tua itu, atas apa yang dilakukan mereka itu bagi saya, jangan smpai dizahirkan rasa itu dalam bentuk perbuatan atau percakapan….
Biar kita saja rasa sorang-sorang perasaan itu, pendam sorang diri dan dalam masa yang sama didik hati untuk terima dengan berlapang dada, dengan terbuka dan bersangka baik yang mana, mungkin ada sebab yang baik-baik kenapa mereka berbuat sedemikian…
Kita anak, tempat kita sentiasa di kedudukan anak…tanpa mereka, kita tak akan dapat lihat dunia… Maka lihatlah gambaran yang lebih besar sebelum kita ada rasa yang bukan-bukan kepada orang tua kita…
Tiada mereka, tiadalah kita…
MW: Jika terasa hati, pendam sendiri jangan luahkan bimbang orang tua berkecil hati. Insyallah Allah bersama anak-anak yang bersabar.
Macam mana sweet pun orang lelaki yang bernama suami, apabila dia ada satu-satu jenis hobi dalam hidup dia, maka hobi itulah ‘Me Time’ untuk dirinya. Sebab itu jangan halang ‘Me Time’ suami. Hobi itulah andai disekat-sekat oleh isteri akan melukakan hatinya. \\
Melemahkan emosi dan semangatnya untuk segala-galanya. Bunyinya pelik dan macam mengada-ngadakan? Tapi itulah dia lelaki. Kalau lelaki kata isteri itu sejenis makhluk ciptaan Tuhan yang pelik, dia pun tak kurang peliknya. Sama-sama pelik, jadi WIN kan.
Tapi yang lagi pelik bila tiba hujung minggu saja, suami mula bersiap-siap mahu keluar dari rumah. Pergi sendirian tanpa membawa isteri. Beza benar dari sikapnya di awal percintaan dulu. Pantang keluar, nak saja di bawanya bersama.
Isteri makin tak faham. Mulalah fikir suami dah berubah laku. Isteri nak luah pun nanti dia yang kena marah semula. Dikatanya cemburu tak bertempat. Mulalah isteri diam-diam memendam rasa-makan hati.
Silap-silap bila dah tak tahan sangat, mengungkit. Sikit-sikit lama-lama jadi berbukit. Akhirnya terjadilah perang dunia ketiga.
Selalunya pasangan baru, lebih kurang inilah dilema mereka. Sebabnya, masing-masing masih dalam fasa saling mengenal. Isteri mencari kesempurnaan a.k.a suami sempurna di pandangan matanya. Lalu mengharapkan suami jadi seperti yang diharapkan.
Sedangkan suami masih lagi dalam proses menerima dirinya sudah hidup berdua. Lelaki memang lambat matangnya. Tindakan waktu bujang; berjalan sendirian, layan hobi dengan kawan-kawan tak dapat lagi dipisahkan.
Dan isteri sekalipun jangan halang ‘me time’ atau hobi suami anda. Jika dia mahu mengisi ruang kesukaannya itu. Benarkanlah.
Ada suami yang hujung minggunya digunakan untuk mencari koleksi hobinya misalnya mengumpul gajet, permainan gundam, koleksi kereta hot wheels. Yang kadang kala anda pun tak berapa nak faham dengan kesukaan suami. Kalau anda sama minat, ia jadi kelebihan sebabnya mungkin suami ajak keluar bersama.
Jika anda masih tercari-cari maksud tersirat hobinya itu. Tak mungkin anda sanggup berjam-jam melayan, menunggu, menerawang suami membeli, membelek, berangan menikmati apa yang dia gemari.
Kesudahannya bila anda penat meneman, anda merungut, mempertikai hobinya itu. Dan lelaki tidak gemar dengan kritikan.
Terutama kritikan itu datangnya dari orang yang dia cintai. Lebih baiklah anda biarkan saja dia layan hobinya itu. Anda boleh kemas rumah dan memasak makanan kegemarannya.
Bila dia sudah selesai, dia akan pulang ke rumah. Anda hidangkan apa yang suami suka. Wah.. bukankah berbunga-bunga hatinya. Seminggu sekali dia dapat berbuat demikian, sudah membahagiakannya.
Kredit foto : loveandrelationshipclinic.wordpress.com
Isteri Perlu Meletakkan Batasan
Suami ini pun sifatnya macam budak-budak. Makin dilayan makin naik tocang. Tapi kalau tak dilayan mulalah masam mencuka. Jadi letakkan syarat. Dia boleh ada ‘me time’ tapi seminggu sekali saja. Selebih 6 hari itu, isilah ruang cinta di dalam hatinya. Berikan padat-padat.
Percayalah, sampai satu masa suami akan dapat menerima hakikat yang dia sudah berumah tangga. Dan ketika ini hobinya tidak lagi dilakukan sendirian, sebaliknya dia akan melibatkan anda juga.
Sebabnya anda tidak pernah sekali mengongkongnya. Menggalak pun tidak, menghalang jauh sekali.
Apabila dia merasakan cinta dan kasih sayang isteri wujud dalam hatinya, ‘me time’ untuknya bukan lagi hobi yang perlu dilakukan sendirian, tetapi disuburkan bersama isteri tercinta.
Jalinan persefahaman ini takkan terjadi sekelip mata. Ia perlu melalui banyak fasa; rindu, bertingkah, merajuk, terluka dan kesemua ujian cinta ini memerlukan masa untuk anda fahami.
Benar, mengenal hobi suami ada kalanya membuatkan kita jadi seakan jatuh nombor dua. Tapi membiarkan suami melayan hobinya akan mengangkat darjat anda di mata suami dan meletakkan sifat saling memahami dalam diri anda pada kedudukan yang paling tinggi di hati suami.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa. Maka bertebaranlah suami yang keliru menolak troli sambil berpandukan senarai barang yang perlu dibeli. Macam-macam gelagat dan respons yang diterima. Ada yang tersalah beli. Nak beli ikan kembung yang dibelinya ikan mabong, kunyit hidup dikatanya tak ada…yang tinggal semua yang tak hidup. Minyak zaitun pun jadi mangsa. Dimintanya minyak zaitun untuk dimasak bersama pasta, yang dibawa balik minyak zaitun yang sesuai untuk kegunaan rambut.
Sekadar berkongsiragamsuami di Syria, perkongsianmenarikdariSharifah Zahidah ada sisi positif yang boleh dijadikan contoh. Ada hikmah positif dalam kita tak sedar disebalik PKP dan makna sebenar ketua keluarga. Semoga perkongsian ini menjadi manfaat suami budiman di luar sana.
—————————————————————————————————–
Kecoh semalam troll dan post pasalkaumbapabelibarangkan. Buat saya teringat tentang budaya para suami di Syria.
Masa di Syria, pemandanganlelakimembelibarang-barang di pasar adalah SANGAT NORMAL. Bahkan yang kurang normal ialahbilaperempuan yang membelibarang di pasar.
Saya pernahtanyakenalan dan penduduktempatantentanghalni, kenapalelaki yang belibarangdapur? Terror plaktu.
You name it, EVERYTHING! Semua merekabolehbeli.
Adalah saya dapat beberapa jawapan yang paling terkesan di jiwa saya sampai hari ini, antaranya…
“Saya yang perlu beri barang dapur kerana penjual-penjual semua adalah lelaki. Selagi saya mampu, saya tak mahu mendedahkan isteri saya bercakap dengan mana-mana lelaki ajnabi kerana dia sangat istimewa untuk saya…”
Subhanallah… Jauh bezadenganbudayakita.
Itulah taqwa dan warakmereka yang sukarkitatemuidalambudayakita di sini yang penuh dengan ikhtilat yang kadang mencabar untuk kita kawal, termasuklah diri saya sendiri.
Lelaki di Syria buat dua kerja to feed the family. Jadi wanita-wanitanya boleh duduk rumah dan lakukan tugas mereka. Wanita di sana LANGSUNG TIDAK TERBEBAN dengan sesen pun urusan mencari nafkah. Bahkan, duit hujung bulan masuk dengan banyak.
Yeszaaa.. Wanita Arab rajin shopping ya! Hujung minggu, penuhjalandenganwanitaarabbershopping..
Dan bukansedikitdarimereka yang ditemanisuamisendiri. Suami tukang angkat barang dan dukung anak. Ini pemandangan biasa di sana. Rasanya tak ada drama mertua tuduh menantu pergunakan anak lelaki dia. Sebab mertua pun sama kot buat macam tu pada suami dia, hehehehe…
Lelaki Syria lembut hati dan sensitif jiwa mereka, walau fizikal mereka saling tak tumpah macam askar. Setakat dukung anak, dukung baby sambil teman isteri shopping apalah sangat. Tak ada pulak dorang ni buat troll terseksa teman isteri shopping. Bahkan nampak itu adalah budaya yang diraikan dalam kalangan keluarga Arab Syria.
Happy dan gelak-gelak lagi penuh kasih sayang dengan anak dorang lagi adalah…Masa isteri shopping adalah masa bermakna untuk keluarga. Masa seorang suami buktikan kasih dan penghargaan untuk isteri… Budaya kita? Rasa macam tercalar maruahkan teman isteri shopping? Macam merana tujuh keturuan kalau kena teman.
Yang paling menarik, Laki-laki yang sado macam askar ini jugalah, yang boleh menangis bila berjumpa kawan-kawan. Tak percaya?
Percayalah… Salam pelukciumpenuhkasihsayangbilaberselisihdengankawan di tepijalantubenda nnormal. Ya, lelaki Syria cium sahabat mereka.
Perempuan? Hahakalau dah lelaki pun macamni, bolehbayangkanperempuannyamacam mana?
Tak susah nak bayang situasi lelaki yang lembut jiwa ni kerana kelembutan jiwa yang terbentuk itu juga, adalah ASALNYA DARI banyaknya kasih sayang sang Ibu yang mendidik mereka. Wanita Syria sangat kaya dengan cinta, maka itulah juga hasil yang tertumpah ke atas anak lelaki mereka.
Pernah saya tengok beberapa kali lelaki Syria bergaduh. Masa mula-mula tengok dulu kita sesama kawan gelak tengok mereka gaduh.
Sebab? Sebab gaduh lepas tu nangis. Hahaha. Yes, lelaki Syria menangis tu bukan benda luar biasa. Yaaa… Mereka menangis.
Alah, menangis sebab marah sangat. Tahan geram sampai menangis. Bukan menangis sebab lembik, tp sebab cuba bersabar.
They are vulnerable just like women. Bezanya, mereka tetap lelaki gagah yang bersifat melindung. Tapi dari emosi, mereka bukan berhati batu. Jiwa mereka kaya empathy..
Antara jawapan lain saya dapat tentang soalan kenapa kaum lelaki yang do the grocery shopping, adalah..
“Jika isteri saya yang membeli, dia perlu membawa barang-barang yang berat ini untuk balik ke rumah.. ALLAH mencipta wanita untuk boleh bawa keberatan di rahim mereka, tapi bukan dengan tangan mereka..”
Fuhh! Tahap empathy.. Subhanallah! The ability to think and FEEL about others that lead them to become more responsible and protective to the family..
Adalah normal pemandangan kaum lelaki di Syria membeli belah barang dapur, tak kekok malah cekap sekali.
Dan.. There goes WHY dalam budaya masyarakat Syria, ianya adalah satu ‘keaiban’ untuk wanita angkat barang berat. Anda akan dapati ramai lelaki di jalanan akan datang menghampiri menghulurkan bantuan.
Mereka mendekati juga dengan cara terhormat. Tanpa flirting, sengih-sengih atau cubaan berkenalan. Mereka terus minta izin ambil barang, tanyakan perlu dihantar ke mana. Dengan muka serius. Tapi anda takkan ragu-ragu biarkan mereka membantu.
Selesai mereka bantu, mereka terus pergi. Pandangan mereka ditundukkan. Sama macam kisah bagaimana Nabi Musa membantu memberi minum kepada ternakan Nabi Syuaib.
Budaya di sini? Memboyot 9 bulan pun belum tentu ada nak bagi seat dalam LRT. Jadi toksah sembanglah bab angkat barang..
Itulah, kuasa empathy..
Anak-anak lelaki khususnya yang dididik dengan ibu yang penuh kasih sayang, akan tumbuh membesar menjadi lelaki gagah teguh emosi dan tebal kasih sayang dalam diri.
Anak perempuan? Tidaklah begitu sulit untuk menemukan kasih sayang dalam diri mereka, sekalipun si ibu mungkin kurang memberi dan demonstrate love dihadapan mereka… Tapi untuk anak lelaki, ianya SANGAT SULIT ditemui kalau bukan kerana dididikan dari kecil lagi.
Itulah, kisahnya. Kenapa dalam budaya Syria, yang membeli keperluan dapur adalah ketua keluarga dan bukan isteri mereka.
Di Malaysia, ketua keluarga juga yang beli barang. Bezanya, yang jadi ketua keluarga itu adalah wanita. Ramai lelaki kalau pun bukan semua, yang dag lama lepaskan jawatan itu pada isteri mereka. If you get what I mean.
Semoga wabak Corona ni buat kita kembali kepada peranan masing-masing dan suami isteri dapat berganding bahu dengan lebih cemerlang selepas ni dalam mengemudi rumahtangga..
Jangan lepaskan semua pada isteri. Lama-lama nanti isteri yang akan lepaskan anda..
==== UPDATED =====
Gambar yang dilampirkan (kredit to google) adalah contoh muka2 lelaki Syria yang DO GROCERY shopping, teman isteri shopping, dukung anak dan STILL ENJOY doing it..
Muka2 maskulin macam ni jugalah yang boleh menangis bila hanti tersentuh.. Di manakah kepondanannya jika tolong isteri beli grocery, teman shopping, jaga anak dan sebagainya?
Tujuan saya lampirkan gambar ini, supaya lelaki hentikan TROLL seoalah2 mereka dah berubah menjadi pondan apabila bersikap sebagai lelaki gentleman yang melindungi isteri dan berperanan sebagai ketua keluarga yang sejati.. Lagi2 yang sado.. Rasa hina sangat kalau kena angkat bakul sayur ya? 😅
Satu perkara yang lelaki tak pernah tahu, WANITA TAKKAN pandang rendah pada lelaki yang lembut hati, tinggi empathy dan boleh menangis kerana orang lain.. Bahkan, itulah BENTUK SECURITY yang paling diharapkan wanita – apabila insan yang paling rapat dengan dirinya adalah mereka yang subur hati dengan kasih sayang dan empathy..
Saya tak exaggerate inshaALLAH.. Tanyalah sendiri sahabat2 kami yang belajar di Syria juga.. Inilah pengalaman di Syria mengajar kami tentang kehidupan..
Secebis kecil dari yang tak mampu kami ungkapkan semuanya di sini.. Ini baru cerita tentang grocery ya
=========
Coretan Spontan Tentang Syria. Rindu, Sharifah Zahidah 23 Mac 2020 #sebelumsenja
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pelajar tingkatan tiga trauma dipercayai Dirogol dua pelajar senior di dalam kelas dan dirakam video. Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah dilaporkan mengalami trauma teruk dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar lelaki senior.