Rambut gugur bukan satu masalah besar buat wanita. Kadar keguguran rambut yang normal ialah 50 hingga 100 rambut sehari. Apabila seseorang mengalami kadar keguguran rambut melebihi jumlah yang disebutkan, seseorang itu dikatakan mempunyai masalah alopecia.

Apa sebab rambut gugur dan apa pilihan rawatan yang ada? Cuba baca apa yang  Doktor Estetik, Dr Foo Wing Jian ini kata berkaitan keguguran rambut .

“ Keguguran Rambut Paten Wanita (Female Pattern Hair Loss) merupakan sejenis keguguran rambut yang khusus di kalangan wanita. Ramai wanita merupakan mangsa FPHL. Sebanyak 40 peratus wanita dibelenggui masalah FPHL sebelum umur 50 tahun dan kurang daripada 45 peratus wanita mempunyai rambut yang penuh pada umur 80 tahun.

Wanita yang mengalami masalah FPHL akan mendapati kenipisan rambut yang secara global (iaitu melibatkan keseluruhan kepala) ataupun tertumpu pada bahagian tengah kepala (iaitu kawasan partisi rambut).”

6 Sebab Rambut Gugur

Dr. Foo menjelaskan rambut gugur berpunca daripada pelbagai faktor seperti berikut:

1-Jangkitan pada kulit kepala (kurap),

2-Penyakit sistemik (HIV/AIDS, sifilis, masalah tiroid, penyakit auto-imun),

IKLAN

3-Malnutrisi (kekurangan zink, biotin),

4-Kesan sampingan ubat dan rawatan (kemoterapi, radioterapi, ubatan makan),

5-Trauma kepada kulit kepala (produk dan rawatan salun yang tidak sesuai),

6-Stress.

 

IKLAN

Apa Rawatan Yang Ada

Antara rawatan yang sedia-ada pada masa kini termasuklah:

1-Minoxidil – Ubat cecair yang disapukan pada bahagian kulit kepala

2-Rawatan hormon – Ubat makan untuk mengurangkan efek androgen (seperti spironolactone, cyproterone, finasteride dan flutamide)

3-Suplemen seperti zink dan biotin – Vitamin dan mineral untuk rambut

IKLAN

4-Rawatan laser (Low level laser therapy) – Sinaran laser dipancarkan pada kulit kepala untuk merangsang dan mengaktif semula akar rambut

5-Mesoterapi – Rawatan di mana vitamin dan ubat (seperti minoxidil) disuntik terus pada kulit kepala

6-PRP (platelet rich plasma) – Rawatan di mana faktor ketumbuhan (Growth factor) dari darah sendiri diekstrak dan disuntik terus pada kulit kepala

7-Hair Stem Cell – Rawatan di mana stem cell dari rambut sendiri diekstrak dan disuntik terus pada kulit kepala

8-Pemindahan rambut (Hair Transplantation)

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI