Sotong celup tepung, meskipun mudah tapi jika salah caranya jadi punca tepungnya tertanggal atau tak melekat, tak rangup dan meletup-letup ketika digoreng.
Buat penggemar sotong celup tepung ada cara untuk hasilkan resipi ini sendiri di rumah sama rasanya macam makan di kedai. Namun kena ikut 4 tips yang dikongsikan oleh Puan Murni Rahmat ini.
1.Sotong Segar
Guna sotong SEGAR, tak payah syarat tak perlu rahsia.. Golek-golek sotong dalam tepung dan goreng.. Inshaa Allah tak meletup.
2.Tos Sotong Sampai Kering
Kalau tak dapat sotong segar, siang dan basuh sotong macam biasa, potong dan tos air sampai kering.Nak lap guna tisu pun boleh,yang penting sotong tu kering.
Ads
3. Minyak Banyak & Api Besar
Minyak kena banyak dan api mesti besar.Percaya tak saya goreng sotong ni tak sampai 2 minit pun dia berenang dalam minyak panas tu sedap dan rangup kejadiannya.
4. Guna Tepung Kering & Tepung Basah
Selepas keringkan sotong, golek-golek sotong dalam tepung kering sampai rata.Lepas tu celup dalam tepung basah dan terus goreng.Nak celup dalam tepung basah dulu baru golek dalam tepung kering pun boleh.Mana-mana pun boleh, tak payah pening-pening sangat.
Ads
Sekian,itu sahaja yang dapat saya simpulkan pada hari ini.
Dulu akak selalu goreng sotong celup tepung guna bancuhan tepung buat sendiri.Banyak kerja sikit sebab kena campur-campur jenis tepung,kena guna telur lagi.
Sekarang ni akak selalu main tipu..Guna tepung bestari je dah cukup..garam pun tak letak.Rasa dia..sedappp ya amat macam kita berusaha dan bersungguh-sungguh buat kerja kat dapur.
Ads
Semoga bermanfaat! Selamat mencuba!
Jadi buat mak-mak, bolehlah cuba tips yang dikongsikan ni bila nak buat sotong celup tepung iya. Barulah tepungnya tak tertanggal, rangup dan goreng pun tak meletup-letup.
Raya tak lama lagi, macam-macam persiapan nak dilakukan. Kalau dinding rumah tu masih kosong, boleh serikan dengan ‘Industrial Mirror Wall’ ini. Buat sendiri je, boleh siap dalam sehari.
Haritu sy ada share gmbr hasil “1 Projek Sehari” & industrial mirror wall ni salah 1 hasilnya lah. Tapi saya tak tunjuk pulak prosesnya sebab saya takde ambil gambar tapi ada rakam video cuma belum berkesempatan edit sampailah semalam.
So harini saya share gambar-gambar proses yang saya screenshot dari video tu. Mudah je cuma guna 2 bahan utama + nail free glue je.
So kalau ada yang tengah semangat nak hias rumah sempena nak raya kot la nak buat cermin dinding macam ni boleh la try dan boleh siap dalam sehari je. Kalau buat berdua atau bertiga dengan tools yang lagi lengkap (saya pakai gergaji je nak potong-potong kayu tu) confirm boleh siap lagi cepat dalam beberapa jam je.
Bahan Diperlukan:
Pine wood lace beli kat kedai hardware je murah-murah.
Potong ikut saiz cermin tapi ukur dulu betul-betul jangan percaya sangat saiz yang dia tulis kat bungkusan tu. Cermin LOTS IKEA tu sebenarnya kecik sikit dalam 28cm x 28cm je x sampai 30cm pun. Ni saya potong pakai gergaji tangan je so ambil masa sikit.
Selepas itu spray paint Mr. DIY je. Tapi ikut korang sebenarnya nak buat finishing pakai apa. Yang ni paling mudah dan cepat pada saya.
Bahan paling penting. Takde ni tak jadi cermin. Cermin LOTS IKEA kat shopee pun ada jual.
Cermin tu RM19.90 – 1 set / 4 keping
Nak lekatkan cermin tu pakai tape yang dia dah bagi tu pun dah cukup. Wood lace tu tampal pakai nail free glue je. Tu pun saya beli kat Mr. DIY.
Buat sorang-sorang seharian boleh siap. Buat berjemaah Insya Allah dalam beberapa jam boleh siap kot.
MW: Jadi buat mak-mak yang nak serikan dinding rumah raya nanti, boleh buat sendiri pasang Industrial Mirror Wall ini. Memang mudah dan jimat kos bila buat sendiri. Tak susah pun.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik, kursus-kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini.Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 12 Jun dan 26 Jun 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. ( https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/)
Sambal Sardin Kentang Level Hantu! Setiap kali bulan puasa mak-mak jangan lupa menu wajib iaitu sambal sardin.
Kali ini Mak Empal Masak Apa Hari Ini? nak kongsikan resipi mudah Sambal Sardin Kentang Level Hantu! Resepi sambal sardin ini menggunakan ikan sardin dalam tin.
Sambal Sardin Kentang Level Hantu!
Hari cuti ni, sambil kemas rumah mak-mak pasti kena fikirkan menu berbuka kan. Jadi ambil saja sardin tin jangan fikir lama sangat. Kejap saja kerja memasak selesai apatah lagi dihidangkan dengan nasi panas dan telur dadar. Memang bertambah-tambah nasi anak-anak makan nanti.
Bahan-Bahan:
1 tin sardin
10 tangkai cili kering (dikisar)
2 biji bawang merah (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
3 sudu sos cili
Sedikit halia (dipotong nipis)
Bawang (dipotong besar untuk taburan)
Hirisan kentang yang telah digoreng
Tomato (dipotong bulat)
Hirisan cili merah
Cara Memasak :
1.Panaskan minyak ke dalam kuali kemudian tumiskan cili kering bersama bawang merah dan bawang putih yang telah dikisar.
Kemudian masukkan sos cili biarkan mendidih sekejap.
Masukkan hirisan halia yang telah dipotong nipis dan kacau.
Masukkan pula sardine tin bersama sos kemudian masukkan garam, perisa dan sedikit gula.
Biarkan garing kemudian masukkan bawang, kentang, tomato dan cili merah.
Kacau kemudian siap! Bolehlah hidangkan bersama nasi panas dan telur dadar.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Jumaat kali ini, MW share empat resipi istimewa yang tidak rumit untuk di buat. Dikongsikan oleh Chef Zainal Abd Rahman dari Restoran Tanjung Puteri, Seri Hartamas, Kuala Lumpur…resipi ini pastinya pantas memikat selera anda sekeluarga.
MEE WANTAN DAGING
Bahan-bahan :
• 100 gm mee wantan direbus terlebih dahulu
• 100 gm daging
• 2 ulas bawang putih yang dicincang
• Sesudu besar kicap pekat
• Sedikit minyak bijan
• Sesudu teh serbuk ayam
• 2 batang sawi
• Sedikit lada sulah
• Air secukupnya
Cara Membuat :
1. Panaskan minyak bijan, tumis bawang putih yang dicincang hingga garing.
2. Kemudian tumiskan daging hingga masak.
3. Masukkan mee wantan yang direbus terlebih dahulu, serbuk ayam, kicap, lada sulah dan seterusnya sawi. Masukkan air mengikut skala kuantiti kuah yang dikehendaki. Siap untuk dihidang.
NASI GORENG SALOMA
Bahan-bahan :
• Semangkuk nasi putih
• Sesudu sambal belacan
• Sebiji telur
• Sedikit serbuk ayam
• Dua ulas bawang putih dicincang
• Sedikit udang, bebola ikan, sotong, dan fishcake (bahan tambahan ini boleh diolah mengikut selera masing-masing)
• Minyak untuk menggoreng
• Garam secukup rasa (*jika perlu)
Cara membuat :
1. Panaskan minyak di dalam kuali, kemudian tumiskan bawang putih.
2. Masukkan udang, sotong, bebola ikan dan fishcake. Tumis sehingga bahan-bahan ini masak. Seterusnya masukkan sambal belacan.
3. Kemudian pecahkan telur, masukkan sedikit serbuk ayam gaul kesemua bahan tadi. Akhir sekali masukkan nasi. Gaul rata kesemua nasi dan bahan-bahan rencah di dalam kuali. Perasakan dengan garam jika perlu, siap untuk dihidangkan.
MEE GORENG P. RAMLEE
Bahan-bahan :
• Sebiji telur
• 100 gm mee kuning
• 50 gm udang basah
• 50 gm sotong
• Bebola ikan secukupnya
• Fishcake secukupnya
• Sedikit bawang putih dicincang
• Sesenduk sambal *cili kisar yang telah dimasak terlebih dahulu
• Sedikit kicap pekat
• Sesudu sos cili
• 2 batang sawi yang dipotong kecil
• Sedikit serbuk ayam
• Sedikit tauge
• Minyak untuk menggoreng
• Air secukupnya
Cara Membuat :
1. Panaskan minyak di dalam kuali, kemudian tumiskan bawang putih.
Seterusnya tumis seketika udang, sotong, fishcake dan bebola ikan.
2. Langkah berikutnya masukkan cili kisar yang telah dimasak terlebih dahulu dan sos cili. Masak sehingga naik bau.
3. Masukkan mee dan sedikit air, diikuti dengan serbuk ayam. Curahkan kicap pekat serta pecahkan telur dan gaul rata.
4. Kemudian masukkan sawi dan juga tauge. Ringkas lagi menyelerakan.
KUIH LOMPANG
Bahan-bahan :
• 1.5 cawan tepung beras
• 0.5 cawan tepung ubi
• 2 cawan air
• Secawan gula merah
• Secawan gula pasir
• Pewarna mengikut citarasa masing-masing
• Dua helai daun pandan
• Kelapa parut bahagian putih sahaja
Cara Membuat :
1. Masak dua cawan air bersama daun pandan sehingga mendidih.
2. Dalam bekas berasingan masukkan tepung beras, tepung ubi, air dan secawan gula. Gaul kesemua bahan ini biar mesra. Jika ada yang mahukan lompang berwarna, anda boleh masukkan pewarna pilihan kedalam adunan ini.
3. Kemudian masukkan adunan ini ke dalam acuannya.
4. Adunan yang telah dimasukkan ke dalam acuan kemudian dikukus dalam periuk pengukus untuk tempoh 15-20 minit.
5. Setelah kuih lompang masak, angkat dan sejukkan seketika. Sebaik ia sejuk, barulah taburkan parutan kelapa di atasnya. Siap untuk dinikmati.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pelajar tingkatan tiga jatuh asrama kritikal, ibu rayu doa orang ramai anak kembali pulih. Tiada yang lebih menyakitkan daripada melihat darah daging sendiri terbaring...