Rupanya Begini Cara Orang Jepun, Buang Lebihan Minyak Masak Terpakai

Share

Minyak masak terpakai yang dah tak boleh digunakan untuk menggoreng, jika dibuang ke dalam sinki boleh sebabkan sinki tersumbat. Dalam masa sama, ia mencemarkan alam sekitar.

Sebenarnya ada cara terbaik yang mak-mak boleh cuba untuk buang minyak masak terpakai itu. Boleh cuba cara orang Jepun buang minyak masak terpakai dalam rumah mereka.

Ini yang dikongsikan, Sharifah NorSakinah Tyasin yang telahpun mencuba dan berjaya.

Tak Perlu Buang Minyak Masak Terpakai Ke Lubang Sinki

“Harini saya nak share benda best.. Oil hardener kat Daiso. Best sebab tak perlu buang minyak terpakai ke drain yang boleh menyebabkan sinki tersumbat dan susah nak cuci.. dalam masa yang sama kita memelihara sumber air kita dan juga kebersihan longkang.

“Ada yang kumpul minyak then jual balik kan? Tapi saya tak suka, tak tahu nak letak mana pastu kalau lama-lama sangat nak tunggu botol 5kg tu penuh habis maggots (ulat sampah) pun datang. Maklumlah duduk kat rumah ni pun berdua je, jarang sangat guna minyak banyak-banyak.”

Kalau nak mudah dapatkan, boleh buat belian online dekat shoppe

.

Begini Caranya..

RM5++ dapat dalam 5 bungkus. So, boleh pakai 5 kali.

Ni rupanya dalam kotak tu. Macam oat tapi jangan makan pulak.

Panaskan minyak dengan api kuat then bila dah agak-agak minyak dah panas kita tutup api.

Minyak panas-panas kita curahkan bahan tu.

Kacau-kacau bagi sebati.

Tutup periuk then biarkan dalam 2-3 jam.. biasanya saya buat malam, esok pagi baru buang.

Saya suka menggoreng ayam or nugget dalam periuk sebab macam deep fry gitu.. cepat masak pun ye jugak.

Selepas beberapa jam dah keras minyaknya.

Then buang terus dalam plastik, campak je dalam tong sampah. Ni adalah salah satu cara orang Jepun untuk melindungi sumber air mereka.. so bila kita tak buang kat drain takde laa longkang kita busuk berkerak.. selamat mencuba!

Baca sini : Rupanya selama ini kita salah pilih minyak masak, nak selamat mak-mak boleh ikut saranan Dr Redza.

*Artikel diterbitkan dengan keizinan daripada penulis, Sharifah NorSakinah Tyasin

IKLAN