“RM2 juta tak boleh beli tiket ke syurga” – wanita pesakit barah tolak tawaran jadi duta produk. Demi menjaga maruah dan prinsip hidup, seorang wanita yang pernah melalui detik perit melawan barah sanggup menolak tawaran bernilai RM2 juta daripada pihak tidak bertanggungjawab yang mahu mempergunakan dirinya sebagai duta produk.
“RM2 Juta Tak Boleh Beli Tiket Ke Syurga” – Wanita Pesakit Barah Tolak Tawaran Jadi Duta Produk
Sarlinawati Abdul Mues, 49, mendedahkan bahawa individu terbabit memintanya membuat pengakuan palsu seolah-olah dia pulih selepas menggunakan ubat dan makanan tambahan kononnya berkesan merawat barah.
Bekas pesakit barah payudara tahap empat itu, yang kini disahkan bebas daripada penyakit berkenaan sejak lebih empat tahun lalu, tegas menyatakan wang sebanyak itu tidak mampu membeli prinsipnya.
“Saya tanya balik kepada pihak yang menawarkan itu, duit RM2 juta boleh beli tiket masuk syurga ke? Bolehkah jamin saya masuk syurga dengan membohongi pesakit barah lain?
“Kalau tak boleh, saya tak mahu. Saya lebih rela hidup susah daripada hidup senang dengan cara menipu,” katanya.
Sarlinawati yang juga pengasas Himpunan Kanser Semalaya berkata, sepanjang tempoh rawatan dahulu, dia sering menjadi sasaran ejen produk yang cuba memaksanya memberi testimoni palsu.
Katanya, pesakit barah sering dipergunakan oleh pihak tertentu kerana ramai dalam kalangan mereka berada dalam keadaan terdesak dan mudah terpedaya.
Ads
“Mereka tahu pesakit barah ini ada yang terdesak. Jadi, mereka datang dengan janji palsu, kononnya ada produk ajaib boleh menyembuhkan,” jelasnya.
Selepas pulih, Sarlinawati memilih untuk memberi semangat kepada pesakit lain dengan menjelajah seluruh negara. Dengan menunggang motosikal secara solo, beliau telah menemui lebih 450 pejuang barah bagi memberikan sokongan moral.
“Sepanjang jelajah, saya jumpa ramai pesakit barah, ada yang hampir bunuh diri kerana tertekan dengan penyakit, beban kewangan dan ditinggalkan keluarga.
“Malah ada yang tunjukkan parut kelar di tangan kerana tidak tahan diuji,” katanya.
Ads
Sarlinawati turut menegaskan cabaran sebenar pesakit barah bukan hanya rawatan seperti kemoterapi dan radioterapi, sebaliknya tekanan mental dan kewangan yang lebih menghimpit.
“Ramai yang saya jumpa, isteri ditinggalkan suami, suami ditinggalkan isteri, anak-anak ditinggalkan ibu bapa. Barah bukan sekadar penyakit, ia merosakkan institusi keluarga dan memusnahkan emosi jika tiada sokongan,” ujarnya.
Atas keprihatinan itu, beliau menubuhkan Himpunan Kanser Semalaya sebagai wadah untuk membantu pesakit barah, bukan sekadar melalui motivasi tetapi juga menyediakan keperluan harian hasil sumbangan orang ramai.
Puteri Sarah berang komen hinaan dikatakan “barang 2nd hand, “banyak jantan sakit mental…”. Baru saja kita meraikan Syawal hari kemenangan dan bermaaf-maafan, sudah ada peminat yang tidak sensitif dan menulis komen hinaan di media sosial.
Terkini di platform X, Puteri Sarah atau nama sebenarnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin bertindak berkongsi satu hinaan pengikutnya @afiqazni yang menulis kata-kata hinaan “geng secondhand ke ni” selepas dirinya memuat naik video lagu Alamak Raya baru ini.
Puteri Sarah Berang Komen Hinaan Dikatakan “Barang 2nd Hand”
Tidak berdiam diri dengan komen hinaan tersebut, Puteri Liyana pantas membalasnya “Ya, @smafiq pondan macam dia ni lah masa memondan kat IG orang lain.
Ni lah nama IG dia – smafiq. Kemain kau komen hina aku dengan @BellaAstillah . Kat sini pengecut pulak. Actually banyak je jantan sakit mental penuh kat komen IG tu. tapi yang ni do not know how to stop. @afiqazni kenapa block aku ? pic.twitter.com/2hPLEzWfvo
Tidak terhenti setakat itu saja, pelakon berbakat ini turut menempelak kaum lelaki yang di sifatkannnya sebagai sakit mental kerana hanya berani menulis sesuatu yang menyakitkan hati di media sosial tetapi tidak berani bila berhadapan.
“Bukan main kau komen hina aku dengan Bella. Dekat sini pengecut pula, sebenarnya banyak sahaja jantan sakit mental penuh dekat komen IG tu,” tulisnya.
Benar bagai dikata Puteri Liyana, sebaik dirinya menulis komen tersebut, individu yang juga pemilik akaun @smafiq yang menghinanya dan Bella di IG itu sudah menyekatnya di media sosial.
Katanya, dia menyifatkan pemilik akaun berkenaan sebagai pengecut kerana hanya berani meninggalkan komen penghinaan itu di media sosial.
“Ehh? Pengecut rupanya ‘block’ (sekat) kita. Ingat hebat sangat. Komen dekat IG macam bagus.
“Bukan main kau komen IG aku. Dah letak muka tiba-tiba ‘profile’ semua hilang. Bila tweet bukan main nampak baik tapi munafik. Sudahlah komen kurang ajar,” tulisnya.
Sebaik memuat naik perkongsian ini, ramai peminat menyuruhnya membuat laporan ke SKMM termasuk ada yang menyebarkan wajah lelaki tersebut. Apa pun, jangan jadi toksid di media sosial orang lain kerana ianya milik peribadi. Tak suka boleh ignore, bukan mencurah api.
“Tudung is my hair. Kalau tak ada tudung, rasa macam botak. Masak pun pakai tudung, tidur pun dengan tudung…inilah perkongsian dari artis legenda, Bonda Noor Kumalasari.
Dalam pertemuan Mingguan Wanita bersamanya, bintang kesayangan ramai ini turut sebak dan mengalirkan air mata tatkala bercerita tentang hijrah 30 tahun lalu mengenai pemakaian tudung yang dilakukannya seterusnya memilih untuk tidak lagi bergelar anak seni walau menerima banyak tawaran.
Mengimbau kenangan lalu, kata Bonda Noor, dahulu balik dari Makkah, dirinya masih tidak menutup aurat dengan sempurna biar ada dinasihati oleh suaminya kerana mati itu akan berlaku tanpa kita tahu.
“Ketika itu Kak Noor cakap, Kak Noor nak pakai ikut kata hati. Kak Noor minta pada Allah dan itulah yang berlaku hingga ke hari ini. Tak pernah tanggal langsung dah. Dah macam rambut.
“Lagi satu bila kita memilih bertudung, kena tanya pada hati kita. Kita pakai untuk siapa? Pakai untuk diri sendiri? Untuk suami? Atau kerana Allah? The best thing pakailah kerana Allah kerana itu adalah syariat dan tuntutan menutup aurat bagi wanita. Ya itulah kita kena lakukan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Dua sudah lahir. “Kelahiran berselang bayi kembar empat, doktor tangguhkan elak komplikasi.” Perkara ini dikatakan jarang berlaku dalam sejarah kelahiran dunia.
Bayi kembar empat ini dilahirkan secara berasingan di mana dua daripadanya sudah selamat dilahirkan dan lagi dua bayi masih dalam kandungan ibunya.
Dua Sudah Lahir
Dua sudah lahir, dua lagi masih dalam kandungan.
Itu yang berlaku kepada seorang wanita China yang hamil kembar empat, namun sudah melahirkan dua bayi lelaki pramatang, masing-masing pada hari yang berbeza.
Bayi pertama dilahirkan 22 Mac di Hospital Qilu Universiti Shandong di Jinan, wilayah Shandong, timur China, selepas mengandung selama 25 minggu dan enam hari, lapor portal berita dzwww.com.
Empat hari kemudian, wanita itu melahirkan seorang lagi bayi.
Dua bayi itu diletakkan di dalam inkubator.
Doktor berusaha menangguhkan kelahiran dua lagi bayinya untuk mengelakkan komplikasi yang mungkin berlaku terhadap bayi pramatang, kata Ma Yuyan, seorang doktor dari hospital itu.
“Dua bayi pertama dilahirkan sangat awal. Jika keempat-empat bayi dilahirkan pada masa itu, mereka akan mengalami banyak komplikasi dan agak berisiko untuk mereka semua untuk terus hidup,” katanya.
Doktor Tangguhkan Elak Komplikasi
Bapa kepada bayi berkenaan, yang dikenali sebagai Chu berkata, dua bayinya berada di dalam inkubator dan dia belum berpeluang melihat mereka.
Katanya, dia mengurut kaki isterinya selama setengah jam setiap hari kerana kaki isterinya bengkak akibat mengandung.
“Isteri saya menanggung kesusahan yang paling teruk. Saya berterima kasih kepadanya,” kata Chu.
Chu berkata isterinya yang berusia 22 tahun pada mulanya diberitahu hamil kembar tiga kerana janin keempat tidak dilihat semasa pemeriksaan.
Pasangan terbabit berasal dari kawasan pedalaman Jining di Shandong.
Keluarga itu mempunyai pendapatan isi rumah sebanyak 5,000 yuan (AS$786 atau kira-kira RM3,310.63) sebulan. Ia diperoleh Chu sebagai pekerja di sebuah syarikat logistik.
Kelahiran berselang jarang berlaku di China dan di seluruh dunia.
Pada 2017, seorang wanita di Yichang, Hubei, tengah China, melahirkan bayi lelaki enam hari lebih awal daripada dua kembarnya.
Mingguan Wanita : Semoga ibu dan bayi-bayi ini sihat dan selamat dilahirkan kesemuanya. Bukan mudah melalui proses kelahiran anak kembar.
Kalau nak tahu madu asli katanya akan tenggelam dalam air. Madu tiruan pula akan bercampur dengan air dan ia tidak mempunyai sifat kental.
Seperti yang diketahui umum, madu mempunyai manfaat yang baik untuk kesihatan. Madu juga mudah untuk didapati di pasaran, namun banyak juga yang dijual itu tidak asli.
Dengan 5 tip ini, anda dapat membezakan madu asli mahupun tidak. Semoga entri ini membantu…
1. Uji dengan air
Madu asli tidak mengandungi air. Untuk melihat sama ada madu itu asli atau tidak, tuangkan sedikit di dalam air.
Jika asli, madu ini akan tenggelam dalam air. Madu tiruan pula akan bercampur dengan air dan ia tidak mempunyai sifat kental.
2. Melekit atau tak
Madu sifatnya melekit baik yang asli mahupun tiruan. Untuk mengujinya, letakkan madu pada hujung jari anda dan biarkan seketika.
Madu asli akan meleleh perlahan. Madu tiruan pula akan terus melekit dan menempel pad jari.
3. Guna kertas
Tuangkan madu di atas kertas. Jika madu yang anda tuangkan itu tiruan, kertas tersebut akan berlubang (terkoyak) kerana kandungan air di dalamnya.
Madu asli sebaliknya akan kekal atas kertas tanpa menjejaskannya.
4. Semut suka
Madu asli mempunyai aroma yang kuat dan tidak disukai semut. Rasa manis semula jadi pada madu asli tidak digemari oleh semut.
Namun begitu, madu tiruan lebih disukai semut kerana bau manis dan rasanya adalah kerana gula. Itulah sebabnya semut akan menghurung madu tiruan bukannya madu asli.
5. Tuang atas pasir
Titiskan madu atas pasir, jika asli ia tidak akan ‘merebak’. Hal ini kerana madu asli sifatnya padat dan likat.
Madu tiruan pula akan ‘merebak’ kerana kandungan air di dalamnya.
Madu tiruan banyak mengandungi bahan pemanis, jadi kurang elok untuk kesihatan. Jadilah lebih bijak ketika memilih madu dengan menggunakan salah satu daripada cara-cara ini. Selamat mencuba.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Eyna bukan minah rempit - "Sejak remaja adik memang minat motosikal," abang jururawat maut konvoi RXZ. “Sejak remaja adik meminati aktiviti pemotoran sebagai hobinya dan mendapat sokongan keluarga dengan aspek keselamatan menjadi keutamaan.”