
RM175 sebulan belanja barang basah, isteri kongsi tip jimat makan sekeluarga. Di kala ramai yang mengeluh harga barang dapur naik melambung, seorang isteri, Nabila Nayan berkongsi tip jimat poket yang boleh diamalkan.
Memperuntukkan belanja basah sekitar RM175 sebulan, ibu kepada seorang cahayamata berusia setahun lima bulan ini mampu mempelbagaikan belian di pasar basah tanpa menjejaskan kualiti mahupun rasa.
RM175 Sebulan Belanja Barang Basah
Ketika Mingguan Wanita menghubunginya, Nabila memaklumkan, sebaik dirinya berkongsi barangan basah dibelinya dengan hanya kos RM175 sebulan di threadsnya, ramai yang pelik bagaimana dirinya mampu berbelanja hanya sejumlah itu saja. Bagi sesetengah orang, jumlah dinyatakannya mungkin untuk seminggu saja tapi Nabila berjaya berbelanjakan untuk sebulan.
Jelasnya, suami memperuntukan sekitar RM250 sebulan untuk barang basah tapi biasanya dirinya berbelanja kurang dari jumlah itu. Memaklumkan tip ini mungkin sesuai untuk keluarga kecil sepertinya, jelas Nabila dia sentiasa mempelbagaikan menu makanan lain.
“Mungkin cara ini agak ekstrim sikit tapi ianya berbaloi buat keluarga kecil saya kerana hanya suami saja yang bekerja.
Isteri Kongsi Tip Jimat Makan Sekeluarga
Berkongsi barangan dibelinya pada harga RM175, Nabila memaklumkan dengan jumlah itu dia membawa pulang dua ekor ayam. Tips darinya ayam mesti berat di atas 2.3kg dan dipotong 16. Bila pulang ke rumah, ayam masih boleh dikecilkan lagi.
“Saya juga beli tulang dan ekor (biasanya untuk dua kali masak), daging tetel (beli RM10), sotong kecil dan udang (biasanya dalam setengah kg setiap satu). Dapat juga ikan siakap, ikan tongkol, ikan kerisi, ikan kembong dan kerisi. Semua itu kos dalam RM175.

Menurut Nabila, dia biasanya membeli lauk basah yang menjadi kesukaan suami.
“Kalau ikan tu biasanya akan beli sekitar 4 ekor dan bergantung kepada saiznya. Kalau tulang tu biasa beli dalam 6 ketul dan boleh dikerat dua. Jadi lauk akan jadi lebih nampak banyak.
Mengakui sebelum ini dia memperuntukkan sekitar RM300-RM400 sebulan membeli barangan basah seperti keluarga lain namun selepas melihat gaya makan suami, dirinya sudah boleh mengagak berapa banyak yang perlu dimasak tanpa perlu adanya lebihan lauk.
“Dulu berbelanja lebih juga. Tapi saya suka memerhati cara suami makan. Tapi adakalanya tak habis makan dan kemudian dibuang. Dari situ, saya mula masak ikut keperluan saja. Sebagai contoh, balik saja dari pasar, saya akan membuat label di plastik.
“Setiap lauk akan diasingkan ke dalam plastik kecil. Siap dilabel “pagi” dan “malam”. Untuk satu kali masakan, contohnya ayam cukup 6 ketul sahaja. Pagi-pagi, saya akan masak awal untuk bekalan suami. Bekalan itulah yang akan dimakan oleh saya sepanjang hari. Jika tak cukup, barulah ambil dari plastik ‘malam’.


“Begitu juga lauk pauk lain saya akan buat begini. Tapi kos-kos ini semua tak termasuk bawang, sayur dan lain-lain. Ini hanya untuk lauk mentah dibeli saja,”katanya yang memaklumkan sejak mengamalkan begini, tiada lagi lauk pauk terbuang begitu sahaja.
TONTON VIDEO MENARIK DI SINI :-“Biarlah hukuman mati itu dikekalkan. Tak ada kekhilafan dalam hukuman sebelum ini. 8 tahun kami sekeluarga menderita menantikan keenam-enam tertuduh melalui detik itu.
Demikian luah Hawa Osman ibu kepada arwah Zulfarhan yang didera kejam ditekap dengan seterika wap sebanyak 90 kali termasuk di kemaluan.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI