
Resipi pizza homemade. Selalunya hidangan ini menjadi kegemaran anak-anak. Mak kalau nak mudah pesan saja. Tapi kalau jenis rajin, boleh saja buat sendiri.
Rupanya, mak-mak boleh saja buat snediri resipi pizza homemade, tak perlu pun nak ke kedai makanan segera. Lagipun, kita ‘modified’ dari guna doh, kita pakai saja roti gardenia.
Rasanya pun tak adalah jauh beza dan mungkin juga resipi pizza homemade yang kita buat ini lebih sedap dari beli kat kedai.
Apa kata buat sendiri resipi ini di rumah. Jimat dan semestinya wajib cuba untuk hidangan keluarga.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Tak Perlu Nak Susah-Susah,Wanita Ini Kongsi Resipi Pizza Tanpa Uli, Semudah ABC!
Kongsi Resipi ‘Short Cut’ Kek Coklat Moist ‘Paling Gebu’, Sampai Beribu Bekas Terjual
Resipi Pizza Homemade Wajib Cuba!
Bahan-bahan:
5 keping roti gardenia
3 keping cheddar cheese (atau lebih)
3 biji telur
1/2 cawan susu segar
Bawang holland
Tomato
Topping (daging kisar, crabstick, hotdog dan lain-lain)
Mozarella cheese
Tip: Boleh juga guna sos Prego (sos pasta tomato).
Carannya:
1. Carik roti dan masukkan ke dalam dulang.
.
.
2. Kemudian masukkan kepingan cheese.
.
3. Letakkan bancuhan telur dan susu. Boleh juga tambahkan sedikit mix herb.
.
4. Boleh letak topping ikut kesukaan.
.
5. Taburkan mozarella cheese di atasnya. Masukkan ke dalam oven pada suhu 150’C, api atas bawah dalam masa 5-8 minit.
.
6. Siap. Nampak cantik dan pastinya memang sedap. Wajib cuba.
.
.
Mingguan Wanita : Lepas ni kalau tak ada doh boleh gantikan dengan roti saja. Sedap juga ni.
Sumber: Najihah Ismail
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Buat Sendiri Nasi Impit, Guna ‘Rice Cooker’ Lagi Cepat, Padat & Kenyal Lagi!

Nasi impit, kalau beli yang dah siap paket dan tunggu rebus saja, memang mudah dan senang. Tapi, bimbangnya takut ada yang terlebih lembik dan tak kurang terlalu keras.
Bagaimana pula tiba-tiba teringin ak makan nasi impit tapi tak ada stok dalam paket? Jangan risau, mak-mak boleh saja buat sendiri dengan guna rice cooker saja. Kalau ikut cara yang dikongsikan ini, memang padat dan kenyal.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Resipi Daging Goreng Kunyit Kelate Style ‘Terpaling Sedap’! Kena Rebus Dulu Barulah Tak Liat
Resipi Pecal Mangga Pembuka Selera, Kena Guna Mangga Masam, Putik Barulah Sedap!
Resipi Rendang Telur. Sesekali Tukar Selera Untuk Dimakan Dengan Nasi Lemak, Sedap!
Info Lebih Menarik DI SINI
Nasi Impit Buat Sendiri
Cara nak membuatnya:
1. Sediakan satu gelas beras, cuci bersih.
2. Kemudian, masukkan air sebanyak 4 gelas. Guna gelas yang sama sukatan beras tadi.
3. Selepas itu, masukkan ¼ sudu garam dan 2 sudu minyak masak ke dalam rice cooker tadi. Gaul sebati.
4. Masakah seperti biasa.
5. Bila sudah masak, kacau sebati dan tambahkan 3 sudu rendaman air kapur. (½ sudu teh kapur yang telah dilarutkan dengan sedikit air).
6. Kacau sebati dan masak sekali lagi dengan tekan butang ‘cook’.
7. Bila sudah masak, masukkan nasi yang lembik tadi ke dalam bekas yang tahan panas. Gunakan bekas plastik untuk cepat sejuk.
8. Tekan-tekankan dan dihentak supaya nasi tadi padat.
9. Kemudian, biarkan ia betul-betul sejuk.
10. Bolehlah potong dan makan dengan lontong, kuah kacang atau rendang. Sedap!
Mingguan Wanita : Boleh cuba nanti. Kalau tiba-tiba stok paket nasi impit habis, bolehlah buat cara ini. Senang saja.
Sumber: dapuuinang (tiktok)
@dapuuniang begini cara cepat masak lontong pakai rice cooker cepat padat dan kenyal #lontong #lontongricecooker ♬ Di Batas Keraguan Tersimpan Keyakinan – Agan Rmx
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Oren Bukan Sekadar Buat Jus, Macam-Macam Boleh Dimasak

Isi Kandungan
ToggleBuah oren yang masam manis punya peminat tersendiri dan warnanya juga cantik dan menyerlah. Selain dimakan mentah atau dijadikan jus, terdapat pelbagai juadah yang boleh menggunakan buah oren sebagai bahan utama.
Buah ini yang memiliki warna menarik ini selain daripada mempunyai rasa yang enak, ia juga mengandungi banyak khasiat yang baik bagi kesihatan dan untuk mencecah penyakit.
Selain sangat kaya dengan vitamin dan mineral, ia juga mengandungi serat makanan yang sangat diperlukan oleh tubuh bagi pertumbuhan dan perkembangan tubuh badan yang normal.
Zat yang terkandung
Selain merupakan sumber vitamin C yang baik, buah yang juga mengandungi karbohidrat, potasium, folat, kalsium, thiamin, niasin, vitamin B6, fosforus, magnesium, iron, riboflavin dan asid pantotenik ini juga sangat rendah kalori. Ini bermakna, ia selamat dimakan oleh mereka yang sedang berusaha menurunkan berat badan.
Selalunya ia dimakan begitu saja atau dibuat jus. Tapi sebenarnya macam-macam boleh dimasak mengunakan oren. Jom cuba!
KASTARD OREN
BAHAN-BAHAN:
120gm gula pasir
250gm susu pekat
500gm susu sejat
5 biji telur
2 sudu teh esen vanila
1 biji oren | ambil jus dan parutan kulitnya
1/2 biji hirisan halus kulit oren
1/2 sudu teh garam
Sedikit mentega
HIASAN:
Buah oren dan strawberi
CARA MEMASAK:
- Panaskan ketuhar 150C menggunakan api atas bawah.
- Lenserkan mentega yang telah dicairkan pada loyang atau acuan yang akan digunakan bagi memudahkan untuk mengeluarkan kastard oren nanti. Ketepikan.
- Di dalam kuali tidak melekat masukkan gula, jus oren dan hirisan kulit oren. Masaklah sehingga gula larut dan memekat. Setelah itu alihkan gula tersebut ke dalam acuan atau loyang. Ketepikan.
- Di dalam jag, bancuh susu pekat, susu sejat, telur, garam dan esen vanila, pukul sebati tetapi tidak terlalu lama cukup sekadar bahan-bahan tersebut larut dan sebati. Tuangkan bahan-bahan tersebut ke dalam acuan tadi menggunakan penapis. Letakkan acuan ke dalam bekas yang agak besar dan boleh menakung air, setelah itu tuangkan air panas ke dalam bekas tersebut. Bakarlah selama 30 minit atau sehingga permukaan kastard bertukar kepada warna keperangan dan kastard tidak melekat pada lidi apabila dicucuk. Teknik memasak kastard ini boleh juga ditukarkan kepada teknik mengukus selama 30 minit.
SUP OREN
BAHAN-BAHAN:
125gm dal merah halus yang telah direbus
1 biji parutan kulit oren
1 biji perahan jus oren
1 batang lobak merah |potong dadu
1 biji bawang besar | hiris
4 biji bawang putih | hiris
2 sudu teh serbuk cili
1 sudu teh garam atau secukup rasa
1 sudu teh serbuk stok ayam
1/2 sudu teh serbuk jintan putih
1/2 sudu teh serbuk ketumbar
400ml air
Sedikit daun ketumbar sebagai hiasan
Mentega untuk menumis
CARA MEMASAK:
- Di dalam periuk, panaskan mentega, masukkan bawang besar, bawang putih dan lobak merah. Tumiskan sehingga agak layu, kemudian masukkan serbuk jintan putih, serbuk ketumbar dan serbuk cili kacau sebentar.
- Masukkan air, dal, garam dan stok ayam. Apabila menggelegak tutupkan api dan kisar kesemua bahan sehingga hancur.
- Setelah itu tuang kembali bahan yang telah dikisar ke dalam periuk, bersama parutan kulit oren dan jus oren. Masaklah sehingga sup agak memekat dan tutupkan api.
Angkat dan sedia dinikmati. Semasa menghidangkan sup bolehlah diletakkan sedikit yogurt dan hiaslah dengan daun ketumbar.
Lagi resipi di sini:
Roti Goreng Berinti Super Sedap, Boleh Buat Bekal Anak Ke Sekolah
Roti Nak Tamat Tempoh, Boleh Buat Roti Kering, Sedap Cecah Kopi O!
https://www.instagram.com/mingguanwanita/
SCONE OREN DAN MARMALADE OREN
BAHAN-BAHAN ORANGE MARMALADE:
10 biji oren | ambil jus
2 biji lemon | ambil jusnya
2.5kg gula pasir
2.5ml air
CARA MEMASAK:
- Untuk membuat orange marmalade; Perahkan kesemua oren dan lemon ke dalam bekas, tapis biji dan korek buang segala serat-serat oren dan lemon menggunakan sudu. Bungkus di dalam kain kasa serta diikat. Ketepikan.
- Hiris nipis-nipis secara memanjang kulit oren dan lemon yang dikorek biji dan seranya tadi sehingga selesai.
- Kemudian di dalam periuk masukkan kesemua jus oren, lemon, air dan kain kasa yang berisi biji dan serat limau. Rebuslah sehingga 1-2 jam sehingga kulit limau terlihat seperti lut sinar dan lembut. Kemudian masukkan gula, masaklah sehingga gula itu memekat. Tutupkan api, tuangkan marnalade itu semasa masih panas ke dalam bekas jem. Simpan di tempat yang sejuk dan redup. Marmalade tahan selama 4-6 bulan di suhu bilik sehnigga tutup botol jem dibuka.
BAHAN UNTUK SCONE OREN:
500gm tepung gandum
2 sudu makan gula pasir
1 sudu makan + 1 sudu teh serbuk penaik
1 1/2 teh garam
125gm mentega
125gm kismis
1 biji parutan kulit oren
125gm susu segar penuh krim
1 biji telur gred B
2 sudu teh esen vanila
SAPUAN TELUR:
1 biji telur
1 sudu makan susu segar
CARA MEMASAK:
- Untuk membuat scone; Di dalam mangkuk gaulkan tepung gandum, gula pasir, serbuk penaik,garam sehingga sebati. Masukkan mentega gaulkan sehingga menjadi seperti serbuk roti kemudian masukkan kismis dan parutan kulit oren kacau lagi.
- Satukan susu, telur dan esen vanila di dalam bekas kacau sehingga kesemuanya sebati kemudian tuangkan ke dalam adunan tepung. Pada peringkat ini tepung hendaklah digaulkan menggunakan sudu kayu tetapi tidaklah terlalu lama cukup sekadar kesemua cecair dan tepung sebati. Jika terlalu lama doh akan menjad keras.
- Simpan doh di dalam peti sejuk selama 30 minit sebelum proses membentuk scone.
- Tabur tepung di atas papan pencanai dan di atas doh canaikan doh cukup sekadar meratakan menggunakan tangan dengan ketebalan 3-4 cm.
- Tekaplah doh menggunakan penekap bulat bersaiz 2 cm. Buatlah sehingga selesai menghasilkan 10 hingga 12 biji scone.
- Sapukan dengan telur yang telah dipukul sedikit bersama susu segar. Bakar menggunakan api atas bawah dengan suhu 150 C selama 20 – 30 minit atau sehingga scone bertukar warna keemasan. Setelah masak bolehlah disejukkan di atas rak dawai.
- Enak dimakan bersama Scone oren.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sup Akar Naikamo, Petua Turun Temurun Orang Cina Ini Mujarab Jadi Penambah Darah Dan Banyakkan Susu Ibu

Isi Kandungan
ToggleAmoi Jamu, Amanda Tan ini memang terkenal dengan perkongsian jamu-jamu tradisional Melayu. Kali ini, Amanda kongsi pula jamu atau sup turun temurun masyarakat cina yang bagus untuk penambah darah dan banyakkan susu ibu.
Amanda rajin menggali ilmu dan belajar petua jamu dari kaum Melayu dan Indonesia. Namun, resepi yang dikongsikan ini sudah menjadi amalan bangsa Cina sejak turun temurun.
“Sup ini sangat senang untuk dimasak. Sangat sedap dan sesuai untuk seisi keluarga. Ibu yang tengah berpantang selepas bersalin pun sangat sesuai.
“Minuman ini bagus untuk menambah kecergasan, menghangatkan tubuh dan menambah susu ibu yang sedang menyusukan badan. Bagus untuk menambah sel-sel darah merah lagi-lagi buat mereka yang kurang darah atau anemia.”
Bahan Sup Akar Naikamo
Longan kering – seganggam
Kurma cina -segenggam
Buah Goji – segenggam
Yuk Chuk – segenggam
Huai Shan atau dikenali “Naikamo” – 2 batang
Cara Membuat
1. Bersihkan setiap bahan-bahan
2. Hiriskan kulit Huai Shan dan cuci bersih. Potongkan saiz sederhana.
3. Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam periuk dan isikan air bersih anggaran 800 ml.
4. Biarkan mendidih di atas api kecil selama 2 jam. Jaga-jaga supaya tidak hangus atau melimpah. Kalau air kurang, tambahkan air. Pastikan masak selama 2 jam.
**Perisakan dengan garam secukup rasa sebelum dihidang.
**Semua bahan boleh agak-agak ikut keperluan setiap orang. Ada yang nak minum 2 orang kurangkan , ada yang nak minum 10 orang, tambahkan kuantiti bahan. Air agak-agak ikut sukatan yang diperlukan.
Manfaat Setiap Bahan
Setiap bahan yang digunakan mempunyai zat nutrisinya yang tersendiri bermanfaat untuk kesihatan dan kekuatan badan kita.
Longan Kering – Sifat longan kering yang ‘hangat’ dikatakan bagus untuk kesihatan jantung dan buah pinggang.
Kurma Cina – Memperkaya dan menambah sel sel darah merah
Buah Goji – Bagus untuk kesihatan mata dan sistem imun badan
Yuk Chuk – Menguatkan paru-paru dan sistem imun badan.
Huai Shan “Naikamo” – Menguatkan organ perut. Mengurangkan keletihan. Malah menguatkan organ limpa.
Siapa Boleh Minum Sup Akar Naikamo
√ Lelaki dan wanita yang letih, penat bekerja. Sup ini bagus untuk memberi kecergasan.
√ Orang tua uzur yang kekurangan zat terutama zat besi.
√ Wanita selepas habis tempoh datang bulan, selepas bersalin dan dalam waktu pantang. Bagus untuk memperbanyakkan sel sel darah merah.
√ Lelaki dan Wanita yang mengalami kekurangan sel sel darah merah / anemia
√ Bagus untuk kekuatan sistem imun badan.
√ Kanak-kanak pun boleh minum.
√ Tiada masalah untuk wanita mengandung. Cuma jangan kerap. Makanan berunsur herba untuk wanita mengandung kena jarangkan kekerapannya.
Baca Lagi Infonya
√ Sup ini bebas unsur unsur daging / haiwan sebab saya seorang vegetarian.
√ Setiap bahan di atas kecuali Huai Shan, boleh dibeli di bahagian menjual herba herba di pasaraya atau di kedai tabib Cina.
√ Huai Shan boleh dibeli di pasaraya bahagian sayur sayuran. (Dekat AEON pun ada)
√ Rasanya manis masin (sebab ada penggunaan garam)
Sumber/Foto : Amanda Tan
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI