Resipi Peria Goreng Rangup Sedap & Tak Rasa Pahit Bila Rendam Dalam Air Garam Dulu!

Share

Peria mempunyai banyak khasiatnya yang tersendiri.Namun ramai yang tak suka makan peria kerana rasanya yang pahit.Selain dibuat ulam dan masakan berkuah, peria juga sedap digoreng garing! Kerangupannya setelah digoreng, menghilangkan rasa pahit dan sesuai dimakan sebagai kudapan bila-bila masa.

Mak-mak yang nak cuba buat sendiri peria goreng garing yang rangup dan sedap ni, boleh cuba resipi dan tip yang dikongsikan oleh Puan Nurul Nordin

sebagai panduan.

Berikut perkongsian tersebut;

Untuk kawan-kawan yang disayangi, resipi peria goreng kruk kruk (tak pahit).

Bahan-Bahannya :

Sebiji peria
secawan tepung beras
3/4 cawan tepung ubi kayu
1 sudu besar serbuk ketumbar
2 ulas bawang putih ditumbuk halus
minyak untuk menggoreng
garam

Cara Membuat:

1. Buangkan biji peria.Kalau guna sudu lebih senang.

2. Sagat peria seperti kita nak buat kerepek. Harus nipis-nipis. Kemudian rendam dalam air garam selama 30 minit untuk kurangkan rasa pahit.

3. Seterusnya, bilas peria dengan air biasa dan rendam/rebus dengan air panas dalam seminit juga bertujuan mengurangkan rasa pahit peria.Jangan rendam lama sampai peria berubah warna.

4. Kemudian gaulkan tepung beras dan tepung ubi kayu.Masukkan serbuk ketumbar, bawang putih dan garam.

5. Kepekatannya sedang-sedang sahaja. Agak-agak pekat macam nak buat tempeyek.
6. Kemudian bolehlah digoreng sehingga keperangan. Jangan kerap terbalikan sangat, takut tepung tak melekat langsung dengan peria nanti.

7. Akhir sekali, bolehlah disimpan di dalam balang kedap udara.

Siap! Selamat mencuba!

MW: Semoga perkongsian resipi ini bermanfaat.Mak-mak boleh lah cuba di rumah dan buat sendiri nanti.

Sumber: Nurul Nordin

IKLAN