Bagi orang Johor otak-otak memang terkenal di negeri tersebut. Biasanya diletakkan di meja kedai-kedai makan dan harganya boleh mencecah RM0.90 sekeping.Rasa isi ikannya yang berempah, lemak, manis dan pedas dibungkus dalam daun kelapa.Otak-otak ni sedap dimakan dibakar panas, namun boleh juga dikukus untuk disejuk bekukan dijadikan inti popia.
Bagi penggemar otak-otak, jika selalu beli je kali ni bolehlah buat sendiri ikut resepi yang dikongsikan oleh Amie Samuri. Pasti lebih jimat dan boleh makan sepuas hati.
Berikut antara perkongsian tersebut:
Alhamdulillah.. Otak-Otak Bakar, bungkus guna daun pisang sahaja, daun kelapa takda, yang banyak daun kurma, tapi tak muat kecik sangat. Otak-otak terkenal dekat belah Johor, dibuat dari isi ikan, rempah-rempah, tambahan santan dan diperasa mengikut citarasa.Rasanya pula perlulah sedikit manis, lemak dan pedas.
Resepi Otak-Otak Bakar
Bahan A (dikisar, ditumis dan disejukkan)
3 sudu besar cili kisar (kalau nak pedas boleh tambah cili padi)
1/2 labu besar bawang merah
3-4 batang serai dihiris halus
3 biji buah keras
2 sudu besar minyak masak untuk menumis
Bahan B
2 cawan isi ikan dikisar halus( saya guna tenggiri)
1 biji telur gred A
1/2 – 1 cawan santan pekat (ikut kepekatan adunan, jangan sampai terlalu cair)
2-3 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar serbuk kunyit
Pewarna merah jika mahu
Cara Membuat:
Bahan A yang siap ditumis digaul dengan Bahan B dalam 5 minit, (Rahsia untuk dapatkan isi yang kenyal) dan perasakan dengan gula, garam dan pak aji jika mahu. Isi nipis dalam daun pisang / daun kelapa, kalau tebal rasa tak ori.
Apa yang berlaku pada bayi umur 5 bulan ini cukup menyedihkan. Selepas melahirkan anak sulung, Nurul Hudaa M. Basir, 39 (Danish Awisy) bersabar bertahun-tahun lamanya untuk mendapatkan anak yang kedua. Selepas anak keduanya lahir, semasa dalam pantang kehadiran anak ini dirasai. Ramai datang melawat, maklumlah ini anak yang begitu dinantikan selama ini. Dipeluk, dicium bayi itu tanpa sedar, rupanya tetamu yang datang ada yang batuk dan selesema.
Bila ditegah ibu, katanya tak mengapa. Cuma sekejap saja. Siapa sangka, rupanya bayi itu tidak dapat melawan serangan virus yang dibawa oleh tetamu yang sakit. Sudahnya bahagia ibu cuma sementara kerana perjalanan hidup mereka selepas itu berakhir di atas katil hospital.
Ini sekadar peringatan. Cerita ini berdasarkan dari pengalaman Nurul sendiri. Terpulang sama ada mahu baca, mahu percaya, mahu ikut ataupun tidak. Tiada paksaan pun.
Anak Nurul yang kedua, Ahmad Darwisy Zaimi, 5 bulan atau lebih dikenali dengan panggilan Awisy sedang berada dalam proses penyembuhan dari sakitnya.
Awisy dilahirkan pada 8 November 2017. Sewaktu dilahirkan alhamdulillah dia dalam keadaan sihat. Tiada komplikasi kesihatan yang kritikal. Cuma awisy mempunyai G6PD dan kuning.
Dan sakitnya kini tiada kaitan lansung dengan G6PD.
Kisahnya bermula setelah Awisy keluar dari hospital kali kedua kerana kuning.
Awisy bukan sahaja dinantikan oleh kami anak beranak dan sanak saudara serta sahabat-sahabat Nurul pun amat teruja ingin melihat dan melawat Awisy.
Siapa yang tahu kisah Nurul dah tentu akan teruja ingin melihat si kecil ini yang sekian lama bukan takat lama. Tapi terlalu lama berlayar untuk berjumpa dengan kami. Itupun tanpa diduga. Alhamdulillah.
Pelawat berganti pelawat dan antaranya tak dikenali kerana mengikut rakan dan ada antaranya yang tidak sihat.
Nurul dah pun pesan terlebih dahulu. Sekiranya tidak sihat, demam batuk dan selesema, usahlah di sentuh baby tu.
Tapi ni bukan takat sentuh, tapi dicium sekali sambil mengatakan, “Alah, sikit je” sambil tertawa sinis.
Maka, dengan itu bermulalah sakitnya si Awisy.
Selang 3 / 4 hari, diusia Awisy 28 hari, macam biasalah rutin pagi nak mandikan si Awisy, Nurul perasan lutut belah kanannya membengkak sehinggakan Awisy tidak dapat mengangkat kaki kanannya. Bila diusik dan dirasa, lututnya berasa amat panas sedangkan di tempat lain biasa saja.
Awisy pon waktu tu menangis sahaja sampai sukar untuk dipujuk..rupanya dia sedang kesakitan ya amat..
Kasihannya kamu sayangku..
Bila dirujuk ke hospital, maka doktor mengesahkan bahawa Awisy telah mendapat jangkitan kuman dan kuman tersebut telah berkumpul dalam lututnya.
Aduh! Memang terkejut besar. Sebab dalam semalaman lutut dia membengkak sampai macam tu sekali.
Dan bila di tanya oleh doktor, ada tak pelawat yang tidak sihat menyentuh atau menciumnya. Dah tentu Nurul kata ada.
Maka doktor mengatakan bahawa itu mungkin menjadi salah satu punca kuman tersebut.
Jangkitan kuman itu telah menyerang paru-parunya dan telah berada dalam darah.
Maka, Awisy telah diberi antibiotik dan diberikan oksigen selama 3 minggu. Barulah diizinkan untuk pulang setelah doktor mengesahkan bahawa kuman itu telah clear.
So hati-hatilah semua pada ibu-ibu yang dalam pantang dalam hari ni.
Kurung anak pun tak apalah. Biarlah sampai dia diberi suntikan imunisasi terlebih dahulu.
Dan janganlah sesuka hati membenarkan sesiapa pun menyentuh baby kita tanpa membasuh tangan terlebih dahulu.
Lebih-lebih lagi yang tidak sihat. Kalau boleh tidak perlulah lawat baby.
Please!!kasihanilah baby itu.
Ku ingatkan jangkitan itu hanya di situ dan telah mati kumannya. TAPI itu hanyalah
Ketika ini, Awisy sudah pun dibedah dan sebelah kanan paru-parunya telah dibuang. Bersimen separuh badan sebab kuman dekat paru-paru dah terlalu teruk sampai memakan tulang belakang Awisy hingga bengkok. Sekarang tengah tunggu sama ada nak buka atau pasang baru simennya. Nak kena tengok sama ada tulang belakang dia dah ok dan kuman dah clear atau belum di bahagian itu.”
“Saya dah balik ek Melaka. Pada 26 April nanti akan ada check up di hospital. Selepas jangkitan kali pertama, Nurul masuk semula ke hospital kali kedua disebabkan kuman. Tarikhnya pada 10 Januari lalu. Terus masuk wad ICU di Melaka selama sebulan.
“Tapi keadaan Awisy makin teruk. Tu yan ditransferkan ke ICU HKL pada 19 Februari untuk jalani operation dan proses menyimen badan. Dan pada 20 Mac kami balik ke hospital Melaka.”
Bagi seorang anak, mak adalah segala-galanya dan dianggap bagaikan satu keramat dalam hidup kerana mempunyai darjat yang tinggi.Sungguh, jasa dan pengorbanan seorang mak takkan mampu terbalas sampai bila-bila.Bersyukurlah jika masih mempunyai mak dan sentiasalah berdoa agar insan yang kita sayangi ini diberikan kesihatan yang terbaik.
Baru-baru ini,pelakon,pelawak, penyanyi, penerbit dan pengarah, Dato’ Afdlin Shauki Bin Aksan, 46 atau lebih dikenali sebagai Afdlin Shauki ada berkongsi luahan sayu didalam instagram dimana ibunya dikhabarkan mendapat serangan jantung dan kini berada di Hospital Serdang. Selain melahirkan rasa kebimbangan terhadap ibunya, Afdin turut memohon kawan-kawan dan peminat agar sama-sama mendoakan kesihatan ibunya, Fadzilah Jelani.
“Semalam keramat hidup saya, ibu yang sangat saya cintai terkena serangan jantung sekali lagi. Syukur dia berada di Hospital Serdang ketika itu, salah satu hospital kerajaan yang mempunyai Department Kardioloji di Kuala Lumpur.”
“Dada saya sesak mendengar berita itu. Saya berada di dalam sebuah meeting untuk mencari peluang perniagaan. Tiba-tiba saya lihat muka-muka di sekeliling meja dan semuanya tidak penting lagi… saya bergegas ke hospital dan ibu berada dalam keadaan separa sedar.”
“Runtun jiwa ini melihat ibu saya ketika itu dan rasa lemah yang teramat sangat melanda diri ini. Serius semua dugaan yang sedang saya alami tiba-tiba tidak penting lagi. Yang penting hanyalah keadaan ibu saya.”
“Masa ni saya juga melihat diri saya di tempat ibu saya, nampak beliau dalam kesakitan dan keletihan. Nampak beliau cuba mendapat nafas seterusnya. Beliau hanya boleh minum sedikit air… saya merasa lemas kerana jika saya di keadaan begitu ketika ini, saya mungkin tak sekuat ibu saya. Pasal masih terikat sangat kuat dengan duniawi.
“Syukur Alhamdulillah ya Allah kerana mempermudahkan keadaan ibu saya dan syukur masih membenarkan saya terus berjuang untuk keluarga, masyarakat dan diri saya. Syukur…syukur…syukur ya Allah. Kepada kawan-kawan saya mintak tolong doakan kesihatan ibu saya Fadzilah Binti Jelani. Semuanya sementara….
A post shared by Afdlin Shauki (@afdlinshaukiofficial) on
Sayang sungguh Afdlin Shauki pada ibunya.Semoga beliau dan keluarga tabah menghadapi dugaan ini.
Sementara itu, rata-rata para pengikut instagram turut mendoakan agar ibu kepada Afdlin Shauki cepat sembuh, diberikan kesihatan yang baik dan kembali pulih seperti sedia kala.
Bila badan mulai lesu, perut sebu, buncit dan angin dalam badan, minum jamu halia madu setiap hari antara yang mak-mak boleh diamalkan bagi mengatasi masalah ini. Menurut perkongsian oleh Cik Pooja, jamu ini beliau amalkan bagi menurunkan berat badan secara semulajadi. Selepas berpantang selama 2 bulan, baru amalkan minum jamu ini. Apa yang penting ia bergantung pada usaha yang konsisten dalam mengamalkan jamu ini.
2 inci Halia Tua
2 biji limau nipis @ 1biji lemon
3 cawan air
1/2 cawan madu
1.Ukur pakai jari kita takat 2 ruas jari telunjuk yea.
2.Potong membulat macam ini.
3.Selepas itu masukkan dalam periuk dan isikan 3 cawan air. Renehkan sampai air yang 3 cawan tadi berbaki 2 cawan. Biarkan suam.
4.Setelah itu, masukkan dalam blender dan tambahkan dengan 1/2 cawan Madu.Kisar sampai halus.
Siap!
Isi dalam botol elok-elok dan simpan dalam peti.
Minum 3 sudu besar, 2 kali sehari pagi dan malam. Sukatan yang dibuat ni mampu bertahan dalam 2,3 hari je.