Kalau sarangnya cantik, tanda kek sarang semut menjadi. Lubang-lubang pada keknya buatkan kita seronok dan puas hati bila membuatnya. Tapi ada sesetengah petua yang katanya naka kena perap dulu.
Sekarang semuanya mudah, tak perlu nak bazirkan masa yang lama untuk dapatkan sarangnya cantik pada kek sarang semut. Hanya perhatikan adunan semasa membuatnya saja.
Perkongsian daripada Asmida Nor tentang cara nak buat kek sarang semut dengan sarangnya cantik dan berlubang.
“Sudah banyak resipi dah cuba tapi yang ini paling sedap dan menjadi sarangnya. Tk perlu perap pun. Sebab tu kena buat adunan kek dulu baru buat gula hangus. Dalam tempoh buat gula hangus itulah dah perap dah,”
Tip:
Soda bikarbonat & baking powder jugak penting, pastikan ia aktif. Nak tahu dia aktif, bila kita biar lama, adunan kek akan jadi buih-buih halus.
Cara-caranya:
Buat adunan kek dulu.
4 biji telur gred B
1/2 cawan susu pekat
1 sudu kecil esen vanilla
Ads
Kacau sebati
.
1 cawan tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
(ayakkan dulu)
Kacau sebati dan biarkan dulu. Buat gula hangus pula.
.1 cawan gula pasir. Guna api sederhana
Ads
Pastikan gula tadi semua cair, jangan ada ketul-ketul.
1 cawan air panas
Masukkan dengan hati-hati sebab ia meletup. Biar sampai hilang meletup-letup, lepas itu kacau ketulan gula sehingga larut.
Bila semua gula larut, masukkan 1/2 cawan marjerin. Sentiasa kacau dan jangan sampai ia mendidih. Bila dah larut semua tutup api.
Tuang ke dalam adunan kek tadi. Tak perlu tunggu suam atau sejuk. Nampak adunan berbuih-buih, tandanya soda bikabonat aktif dan akan menghasilkan sarang dan lubang yang cantik.
Kacau sebati.
Tapis dan tuang ke dalam loyang size 7.
Ads
Kukus selama 1 jam. Tutup penutup kukusan dengan kain supaya wap air tak jatuh di atas kek. Boleh juga bakar pada suhu 180 darjah selsius dengan api atas bawah selama 50 minit.
Hasilnya selepas siap dikukus.
Kejadian di dalam. Bagi mendapatkan lubang seperti ini, pastikan potong secara melintang.
Mingguan Wanita : Kek tradisi yang menjadi kegemaran semua orang. Cara nak buat pun senang sangat. Selamat mencuba.
Khas buat peminat colek, ini ada resipi serbuk colek kering. Hanya guna 4 bahan sahaja. Untuk mereka yang suka rasa pedas, ini serbuk colek pilihan kalian.
Setiap kali hendak makan buah-buahan seperti jambu, mempelam atau apa sahaja buah pilihan, gaul sahaja dengan serbuk colek ini.
Boleh cuba resipi serbuk colek kering oleh Mim Yusof via grup Masak Apa Hari Ini (MAHN).
“Awak suka makan colek dak?.
Mai kak mim ajar wat serbuk colek kering,
Bila rasa nak makan jambu, pelam ke, buh serbuk ni, gaul jer.
Senang jer buat dia, tengok cara kat gambar deh!”
BAHAN-BAHAN
Udang kering (1 cawan)
Belacan (2 inci)
Cili kering (10 biji, kalau nak pedas, lebihkan)
Gula (1½ cawan – tak de dalam gambar)
1-Potong cili kering, cuci bersih, toskan sampai kering airnya. Kemudian goreng semua bahan kecuali gula. Goreng tanpa minyak (sangai) sampai cili, belacan dan udang garing.
2-Ini yang sudah siap digoreng, sejukkan dulu sampai betul-betul sejuk. Selepas itu kisar kering. Kisar sekali dengan gula ye.
3-Jeng jeng, begini kejadiannya. Kalau hendak lagi masin tambah garam sikit, sebab udang dan belacan sudah masin. Simpan dalam balang.
4-Bila hendak makan, ceduk jer dan bubuh dalam pelam.
Letak Gula Melaka, ini rahsia sambal hijau sedap melantun. Sambal akan rasa pedas-pedas manis dan lemak-lemak sikit. Memang rasanya power habis. Resipi Sambal Hijau Gula Melaka ni senang sangat nak buat, bahan-bahan pun mudah dan murah.
Bukan je sesuai untuk makan tengahari dan malam malah menu ini sangat membuka selera ketika bersahur. Nak buat menu berbuka puasa pun memang ONZ, confirm tambah nasi dua tiga pinggan.
Hancurkan Gula Melaka Supaya Sebati
Nak makan sedap tak payah menu mahal-mahal, yang murah pun asal kita kreatif mengolah memang sedap. Syaratnya kena rajin ke dapur dan cuba resipi baru yang praktikal ni. Pastikan cili betul-betul masak, tumis sampai pecah minyak.
Kalau cili tak masak, bau sambal tak sedap dan boleh menyebabkan sakit perut. Kalau masak sambal, api kena sederhana. Jangan guna api kuat nanti sambal hangit dan pahit. Sebelum masukkan Gula Melaka, tumbuk dalam lesung bagi hancur. Senang gula cair dan sebati dengan sambal.
Bila sambal dah masak elok, masukkan telur rebus. Gaul dan kacau sehingga sebati. Kalau nak sedap lagi, boleh hiris bawang besar dan taburkan dalam sambal. Sekejap je tau, bagi bawang layu dalam sambal lepas tu angkat lauk ini.
Resipi yang sama ini boleh diguna untuk buat sambal hijau ikan dan ayam. Caranya semua sama, cuma gantikan telur rebus dengan ayam goreng atau ikan goreng. Mudah kan, satu resipi boleh buat dua tiga menu. Yang penting, menu ni sedap, jimat masa dan jimat wang sebabnya bahan-bahan digunakan murah. Selamat mencuba!
Resipi Sambal Hijau Gula Melaka
Bahan-bahan:
4-5 biji telur ayam}dibersihkan dan direbus
20-30 cili padi}dikisar
2 ulas bawang putih}dikisar
1 labu bawang besar}dikisar
2-3 inci Gula Melaka
Minyak secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air asam jawa
Cara membuat:
1-Rebus telur sampai masak. Ketepikan.
2-Panaskan minyak, tumis bahan kisar.
3-Masukkan air asam jawa, kacau sebati.
4-Masukkan garam dan Gula Melaka secukup rasa. Tunggu sehingga sambal pecah minyak.
5-Masukkan telur rebus, perlahankan api kacau sebati.
6-Hidangkan bersama nasi dan lauk lain.
Petua Dapur
Kalau nak kurangkan kepedasan sambal, boleh tambahkan bawang besar jadi dua labu.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Setiap negeri pasti ada keunikan kuih tradisional yang tersendiri. Kuih bunga atau tepung bunga ni merupakan salah satu kuih yang cukup popular bagi orang di Terengganu. Katanya selalu dihidangkan sewaktu makan ketika berbuka puasa. Nak buat kuih ni pula cukup mudah hanya guna 4 bahan.
“Kuih bunga atau tepung bunga. Kuih orang Ganu paling simple dan cepat buat. Tak sampai sejam dah siap guna 4 bahan je, tepung pulut, air, telur dan gula. Ade jugak orang bubuh santan sikit nak bagi lemak tapi kite ikut resepi mak kita. Kecik-kecik dulu suka tolong mok getey kalu bulan pose. Rase die lembut + liat-liat + manis”
Campur air dengan tepung pulut sambil uli. Jika masih tak jadi doh, tambah air sikit lagi.
2. Ambik sikit doh dan gentel bulat, kemudian tekan dengan ibu jari. Pastu, celupkan kuih ke dalam telur.
3. Goreng didalam minyak yang panas hingga merekah dan berbunga-bunga. Kalau tak berbunga tak la namanya kuih bunga kan. Jaga-jaga dia meletop sikit..kite pun tekejut.
4. Angkat dan toskan. Salut dengan gula.
Info Ekstra!
Doh yang digentel direbus dulu, dah timbul angkat toskan dalam air biasa bagi sejuk dulu. Nanti dah sejuk sejatkan, baru celup telur dan goreng.Nak sedap dan lemak, telur tu letak garam sikit.
MW: Mudah je rupanya nak buat ‘Tepung Bunga’kuih tradisi negeri Terengganu ni. Guna 4 bahan je dah boleh jadi kuih yang sedap untuk manisan untuk berbuka puasa. Mak-mak boleh cuba buat sendiri di rumah nanti.
Rita Rudaini dedah sekolah sorok kes buli 'bawah karpet'-"Pelajar senior pukul, ikat pelajar di pokok sampai tak boleh berjalan." Pelakon terkenal tanah air, Rita Rudaini mendedahkan pengalaman pahit apabila salah sebuah sekolah yang pernah menjadi tempat anaknya menuntut dikatakan terbabit dengan kes buli yang serius, namun cuba ditutup oleh pihak pengurusan sekolah.